Anda di halaman 1dari 3

Penyediaan Program Latihan Kecergasan dan Kesihatan Diri

Terlebih dahulu, kami telah menyediakan alatan yang diperlukan seperti raket badminton,
bulu tangkis, stopwatch, basikal dan alas lantai. Kemudian, kami telah mencari tempat
yang sesuai untuk menjalankan aktiviti. Kami telah meluangkan masa pada waktu pagi
dan petang untuk melaksanakan program ini.

Pelaksanaan Program Latihan Kecergasan dan Kesihatan Diri

Prinsip FITT

F : Frequency atau kekerapan senaman.

I : Intensity atau bebanan

T : Time atau merujuk kepada masa senaman

T: Type merujuk kepada jenis senaman yang dilakukan

F dalam prinsip FITT bermaksud senaman hendaklah dilakukan dengan konsisten.


Jumlah hari melakukan senaman boleh dijadikan ukuran kekerapan. Aktiviti dijalankan
sekurang– kurangnya 3-5 kali seminggu pada intensiti yang cukup.

I pula bermaksud Kelenturan atau kelembutan memerlukan otot diregangkan melebihi had
biasa. Kecergasan jantung juga memerlukan senaman yang dapat meningkatkan kadar
nadi melebihi kadar nadi normal. Kadar nadi yang perlu dicapai ialah 60%-80%. Sebelum
melakukan aktiviti seseorang indivdu perlu mengetahui bebanan atau tahap kemampuan.
Joging dan lari ulang alik adalah senaman ringan yang wajib diaksanakan.

T. Disarankan adalah 20 minit tidak termasuk aktiviti memanas dan menyejukkan badan
sebelum dan selepas melakukan aktiviti senaman. Senaman yang mempunyai bebanan
rendah memerlukan masa yang panjang. Contohnya berjoging atau berjalan. Bagi
senaman berintensiti tinggi memerlukan masa yang pendek. Senaman harus dibuat pada
waktu pagi dan petang.Aktiviti memanaskan badan sekitar 3-5 minit. Mulakan latihan
dengan 5 pusingan padang.

T pula bermaksud jenis senaman harus dilakukan mengikut komponen kecergasan yang
berbeza. Pilihlah aktiviti mengikut keupayaan dan minat.Lakukan senaman bercorak
aerobik,berbasikal,berjalan pantas, berenang dan aktiviti lain yang banyak melibatkan
pergerakan. Senaman mestilah sesuai dengan tahap kecergasan.
Bermain Badmnton di Padang

Berjoging di padang.
Bangun Tubi

Senamrobik Lompat Bintang

Anda mungkin juga menyukai