Anda di halaman 1dari 10

Tugasan 1 :

Hurai dan nilaikan sejauh mana nilai-nilai murni diamalkan dalam kehidupan masyarakat di
Malaysia. Pelajar dikehendaki memilih 5 nilai murni sahaja. Nilai murni boleh dipilih daripada
16 nilai yang diajar di sekolah atau nilai murni daripada pelbagai agama dan budaya.
Panjang esei lebih kurang 2000 patah perkataan.

1.0 PENGENALAN

Manusia yang bermoral adalah manusia yang mengamalkan nilai murni dalam
kehidupan sehariannya. Nilai murni dalam kehidupan seseorang manusia memainkan
peranan yang penting untuk membentuk insan yang mulia dan beradab. Secara umumnya,
nilai bermaksud kualiti ataupun harga sesuatu benda tetapi dalam konteks masyarakat nilai
diertikan sebagai satu konsep yang dijadikan asas oleh masyarakat untuk melihat,
mengukur atau membuat pilihan terhadap sesuatu perkara, darjat, mutu, kualiti dan taraf
perilaku dan benda mengenai seseorang atau kelompok orang sebagai baik, berharga dan
bernilai. Pengamalan nilai murni menentukan cara hidup dan juga pandangan orang lain
terhadap diri kita. Mereka yang bermoral akan dipandang tinggi oleh masyarakat dan akan
dikitiraf sebagai mereka yang boleh dirujuk untuk mendapat jalan penyelesaian bagi sesuatu
masalah yang timbul dalam kehidupan orang lain.

Setiap nilai murni yang diamalkan dalam kehidupan kita mempunyai kaitan yang
sangat erat dengan ajaran agama kerana agama bermaksud kepercayaan kepada Tuhan,
atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang
berkaitan dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara
yang sangat berkaitan. Tetapi agama mempunyai makna yang lebih luas dan merujuk
kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai
aspek ketuhanan. Agama megandungi ciri-ciri kemanusiaan seperti perlakuan yang
melibatkan upacara sembahyang dan perayaan, sikap seperti menghormati orang lain dan
kasih sayang, pernyataan seperti mantera dan benda-benda material seperti masjid, kuil,
gereja dan sebagainya. Salah satu lagi ciri agama ialah ia berkaitan dengan tatasusila
masyarakat yang sangat berkait rapat dengan nilai-nilai murni.

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun dan sering


dipandang tinggi disebabkan oleh perpaduan dalam kalangan masyarakatnya. Masyarakat
Malaysia sering ditakrifkan sebagai masyarakat majmuk. (Ahmad Fawzi Basri dan Abdul
Halim Ahmad 1987: ix). Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai budaya, kaum dan
agama sememangnya mempunyai nilai-nilai murni yang amat tinggi. Kesemua agama
memberi pelbagai pengajaran terhadap soal moral, akhlak dan kemanusiaan serta
pemeliharaan alam sekitar. Rahsia bagi kejayaan Malaysia dalam era globalisasi ini adalah
kerana masyarakatnya yang menghayati nilai-nilai murni sehingga kini yang menjadi asas
kepada kehidupan mereka ynag aman dan tenteram. Penghayatan nilai murni dalam
pelbagai agama dan budaya akan membawa kita kepada kehidupan yang bertamadun dan
secara tidak langsung ianya bertindak sebagai pemangkin kepada keutuhan nilai murni
dalam masyarakat.

2.0 NILAI 1 : HEMAH TINGGI

Nilai hemah tinggi ini bermaksud beradab sopan dan berbudu pekerti mulia dalam
pergaulan seharian. Nilai ini juga merangkumi aspek-aspek tertentu seperti mengakui
kesalahan diri dan beramah mesra dengan orang lain. Nilai ini sangat ketara dalam
kalangan masyarakat Melayu yang terkenal dengan sifat budi pekerti dan berbudi bahasa
sehingga terungkap di dalam pantun – pantun dan sajak yang sering diungkapkan.
Contohnya,

Dari Daik pulang ke Daik

Sehari-hari berkebun pisang

Budi baik dibalas baik

Dalam hati dikenang orang

Tanam lenggun tumbuh kelapa

Terbit bunga pucuk mati

Budi tuan saya tak lupa

Sudah terpaku di dalam hati

Ada juga sebuah lagu yang bertajuk ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ yang menunjukkan
ketinggian nilai hemah tinggi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ianya menunjukkan
kepentingan budi dalam membentuk jati diri masyarakat Melayu. Betapa pentingnya budi
dan bahasa sehingga terungkap dalam pantun-pantun. Masih lagi kita ingat akan filem-filem
Dato P.Ramli seperti Labu Dan Labi, Bujang Lapok, Do Re Mi dan sebagainya yang bukan
sahaja lucu dan menarik tetapi juga menunjukkan budi bahasa kaum Melayu dalam
pergaulan seharian mereka walaupun pada masa kini kita tidak dapat menyaksikan filem –
filem yang menunjukkan budi bahasa masyarakat Malaysia. Dalam masyarakat Melayu
keperibadian dan pembentukan sahsiah diri atau jati diri amat penting untuk membina
peribadi Melayu yang baik, beragama, berakhlak dan berbudi.

Bagi masyarakat Melayu, keluarga merupakan agen sosialisasi utama dalarn


masyarakat untuk menjalankan tanggungjawab yang amat berat ini iaitu memupuk nilai
hemah tinggi. Tujuannya ialah supaya keluarga dapat mendidik dan mengajar anak-anak
menjadi anggota masyarakat dan warganegara yang mempunyai keperibadian yang luhur
dan suci serta terhindar dari gejala – gejala negative seperti penyalahgunaan dadah,
merempit, meragut, mencuri, merompak dan gejala –gelaja lain yang tidak senonoh.
Masyarakat juga perlu untuk merealisasikan dan melaksanakan kawalan serta tekanan
sosial. Kawalan sosial sama ada berbentuk primer seperti adat resam, amalan masyrakat
dan lain-lain atau berbentuk sekunder seperti undang-undang, tindakan badan-badan formal
seperti mahkamah, polis dan sebagainya.

Kerajaan atau pemerintah juga memainkan peranan yang penting untuk membentuk
masyarakat yang berhemah tinggi dan berbudi pekerti bagi mewujudkan suasana yang
harmoni dan aman. Kejayaaan pemerintah dapat dinilai menerusi gaya kepimpinan yang
berkaliber oleh pemimpin yang melaksanakan tanggungjawab dengan bersih, cekap dan
amanah .Dr Sidiq Fadhil mentakrifkan jatidiri Melayu dalam pentakrifan konseptual iaitu
berdiri di atas dua asas utama: agama dan budaya. (Pemikir April-Jun 2003 : 5 ). Segala
kepercayaan dan budaya orang Melayu dapat dikaitkan dengan dua unsur utama iaitu Isalm
dan juga adat.

3.0 NILAI 2 : KASIH SAYANG

Nilai kasih sayang bermaksud kepekaan dan sifat menyayangi antara satu sama lain
tanpa mengira kaum, agama dan budaya. Nilai kasih sayang boleh dibahagikan kepada tiga
iaitu sayang akan diri sendiri dan orang lain, sayang akan alam sekitar dan juga cinta akan
negara. Sebagaimana masyarakat Malayu, masyarakat India juga lebih cenderung ke arah
ajaran agama mereka dalam kehidupan seharian. Walaupun ada di kalangan mereka yang
beragama Kristian dan juga muslim tetapi kebnyakkan mereka adalah daripada agama
Hindu. Bagi masyarakat India keluarga merupakan unit asas dan terpenting. (Azhar Hj. Md
Aros dan Azharuddin Mohd Dali 2000 : 164). Masyrakat India juga mengamalkan sistem
keluarga bersama (joint family). Konsep keluarga bersama sudah lama wujud dalam
kalangan kaum India dan tujuannya adalah untuk memupuk nilai kasih sayang antara ahli
keluarga kerana keluarga merupakan asas kepada pembinaan negara bangsa yang bersatu
padu. Oleh itu, kasih sayang merupakan nilai yang sangat dititikberatkan oleh masyarakat
India dalan kehidupan mereka.

Keluarga bersama dibentuk oleh keanggotaan semua anggota lelaki yang seketurunan,
isteri serta anak-anak yang belum berkahwin. Sekiranya anak perempuan berkahwin
mereka akan menjadi anggota keluarga suaminya. Tujuan berkeluarga adalah untuk
mendapatkan zuriat sebagai penyambung keturunan. (Azhar Hj. Md Aros dan Azharuddin
Mohd Dali 2000: 164). Masyarakat India percaya bahawa perpaduan dan kasih sayang
antara ahli keluarga mampu membentuk generasi muda yang berdisiplin dan mendengar
kata orang tua kerana mereka sangat berpengalaman berbanding orang lain. Selain itu,
masyarakat India sangat menititberatkan keperibadian yang tinggi dalam kalanagan anak-
anak dalam keluarga supaya mereka dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat leih –
lebih lagi oleh saudara mara mereka. Kepercayaan serta budaya keluarga dipelihara dan
diperturunkan kepada generasi muda.

Sistem keluarga dipelihara oleh dua aspek utama iaitu ashrama dharma iaitu tahap
yang harus dilalui oleh manusia dan purusartha iatu empat objektif mulia yang mesti ada
bagi setiap insan. (G. Sivapalan dan M. Rajanthheran dalam Tamadun Islam dan Tamadun
Asia UM : 2002: 255-256). Aram (sedekah), porul ( kekayaan ), inbam ( menikmati kekayaan
) meruapak tiga konsep yang asas ketika sesorang manusia hidu di atas muka bumi ini dan
yang terakhir adalah moksha ( dekatkan diri dengan tuhan ) merupakan pencapaian
kebebasan kerohanian di mana golongan tua yang menunggu saat kematian dapat
mengatasi nafsu dan keinginan terutama perkara-perkara duniawi. Mereka melakukan kerja
amal disamping menyebarkan ajaran -ajaran agama. ( Esa Khalid dan Mohd Azhar Abd
Hamid 2004 ; 359-360).

Golongan India juga percaya bahawa seseorang manusia perlulah menyayangi


segala benda di atas muka bumi ini dan berbuat baik kepada semua orang supaya dapat
menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding kehidupan sebelumnya. Jangan sesekali
melakukan perkara yang tidak baik terhadap makhluk lain sama ada manusia, haiwan atau
pun tumbuh – tumbuhan kerana perbuatan kita akan berpaling kepada diri kita mengikut
konsep Karma. Sekiranya mereka mempunyai nilai-nilai murni dan mengamalkannya maka
mereka akan dilahirkan semula dengan mempunyai daIjat yang tinggi pada kelahiran akan
datang sehingga ia mencapai Mokhsa iaitu bebas daripada pusingan kelahiran. Sekiranya
sebaliknya mereka akan dilahirkan dengan daIj at yang rendah. Proses ini berterusan
sehingga individu dapat membebaskan rohnya daripada kelahiran semula dengan
melakukan kebaikan. ( Esa Khalid dan Mohd Azhar Abd Hamid 2004 ; 360). Kepercayaan
inilah yang membentuk keperibadian masyarakat India dari segi etika dan moral yang
mantap agar kehidupan mereka menjurus ke arah yang lebih baik.

4.0 NILAI 3 : HORMAT

Hormat dapat didefinisikan sebagai mempunyai pandangan yang tinggi terhadap


seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan, khidmat, takzim. Menghargai
dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberikan layanan yang sopan;
melalui ketaatan terhadap ibu bapa, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan
pemimpin; dan terjelma juga melalui hormat kepada raja dan negara, patuh kepada undang-
undang dan menghargai maruah diri. Nilai ini sangat berkait rapat dengan cara hidup
masyarakat Cina yang sangat menghormati orang tua mereka. Mereka memuja nenek
moyang dan tian (langit) di samping kepercayaan primitif iaitu animisme iaitu pemujaan
binatang, tanaman atau alam semulajadi. Ianya wujud di kalangan masyarakat Cina sejak
zaman silam lagi.

Di samping itu ajaran seperti agama Buddha, Taoisme dan Konfusianisme menekan
aspek etika dan moral. Konsep Ying dan Yang juga mempengaruhi pemikiran masyarakat
Cina. Kedua-dua tersebut penting untuk mencapai keseimbangan di antara langit dan bumi.
( Soo Khin Wah dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia UM: 2002: 306-307). Seperti
yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan
pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan. Oleh
sebab itu manusia berpotensi untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik iaitu:

1. Perikemanusiaan (ren)

ii. kewajaran (yi)

iii. kesusilaan (Ii)

IV. kearifan (zhi)

Disamping itu, masyarakat Cina juga mementingkan rasa hormat dan ketaatan
kepada ibu bapa seperti yang dititikberatkan oleh ajaran Konfusius. Masyarakat Cina
menyembah roh nenek moyang mereka sebagai rasa hormat dan mengenang jasa mereka
ketika mereka masih hidup. Penyembahan nenek moyang adalah amalan ritual yang
berasaskan kepercayaan bahawa ahli keluarga si mati masih mempunyai waris yang
berterusan, mengambil kepentingan dalam hal ehwal dunia, dan mempunyai keupayaan
untuk mempengaruhi nasib yang hidup. Bentuk-bentuk awal penyembahan nenek moyang
telah lama berakar umbi dan meluas dan dibangunkan pada Zaman akhir Neolitik di China.
Matlamat penyembahan nenek moyang adalah untuk memastikan terus kesejahteraan hidup
yang positif dan kecenderungan nenek moyang terhadap hidup dan kadang-kadang untuk
meminta pertolongan atau bantuan khas. Selain itu, penyembahan nenek moyang juga
mempunyai fungsi dalam sosial masyarakat di China. Fungsi sosial ataupun yang tidak
berkaitan agama adalah "untuk memupuk nilai-nilai persaudaraan seperti ketaatan kepada
ibu bapa, kesetiaan keluarga, dan kesinambungan keturunan keluarga.

5.0 NILAI 4 : BERDIKARI

Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang


lain adalah definisi untuk nilai berdikari. Seseorang berdikari yakin pada diri sendiri dan
mampu bertindak sendirian tanpa bergantung kepada orang lain. Didapati bahawa
kebanyakkan orang Melayu masih tinggal di luar bandar iaitu di kawasan perkampungan
dan kehidupan mereka lebih bersifat tradisional. Mereka menjalani kehidupan yang serba
sederhana dan kebanyakkan mereka adalah pekerja makan gaji ataupun mereka yang
menyara hidup seperti pekebun, tukang kayu, tukang paip dan sebagainya. Anak – anak
mereka kebanyakkanya dibesarkan dalam situasi keluarga yang susah dimana bukan
sahaja ibu bapa tetapi anak-anak juga terpaksa bekerja pada usia muda ataupun ketika
zaman persekolahan. Mereka diajar untuk menyara hidup mereka tanapa bergantung
kepada orang lain dengan berkebun, menangkap ikan, menternak binatang dan sekiranya
budak perempuan, mereka diajar untuk membuat kraftangan menggunakan anyaman,
memasak dan menjahit.

Dalam masyarakat India, sifat berdikari dipupuk sejak kecil lagi dimana anak-anak
diajar seni mempertahankan diri iaitu silambam secara khususnya. Hal ini adalah kerana ibu
bapa tidak akan berada bersama-sama dengan anak-anak pada setiap masa. Oleh itu,
mereka haruslah pandai menjaga diri mereka. Selain itu, anak-anak masyarakat India juga
diajar untuk menyanyi ( sangeetham ) dan diajar untuk bermain alat muzik tradisional seperti
melam, nadhaswaram, veenai dan sebagainya. Hal ini adalah kerana masyarakat India
sangat mementingkan seni muzik dan juga tarian tradisional seperti bharatham, kolattam
dan sebagainya. Mereka berpendapat bahawa golongan muda mempunyai tanggungjawab
untuk memelihara segala budaya dan kesenian yang diturunkan kepada mereka melalui
nenek moyang mereka. Terdapat suatu kebiasaan yang tidak begitu menonjol dalam
kalangan masyarakat India tetapi masih terdapat sehingga kini tanpa pengetahuan ramai
iaitu suatu tradisi di mana anak-anak meneruskan pekerjaan ibu atau bapa mereka.
Contohnya, seorang tukang kayu akan mengajar anaknya tentang selok belok pekerjaannya
supaya anaknya dapat meneruskan perkerjaannya ketika dia sudah tiada lagi. Situasi ini
berlaku kerana mereka tidak mahu kemahiran yang mereka ada pupus sebegitu sahaja.

6.0 NILAI 5 : SEMANGAT BERMASYARAKATAN

Kerajaan Malaysia amat menitikberat persoalan akhlak dan nilai-nilai murni dalam
masyarakat yang berbilang bangsa, kaum dan agama seperti yang tertera dalam
perlembagaan Malaysia. Objektifnya adalah untuk melahirkan satu negara bangsa Malaysia
yang berdaya maju, moden dan hidup bersatu padu. Walaupun negara kita terdiri daripada
rakyat berbilang kaum termasuk penduduk Sabah dan Sarawak yang terdiri daripada kaum
Kadazan, Dusun, Iban, Murut dan sebagainya yang mengarnalkan kebudayaan, adat resam,
agarna dan bahasa masing-masing, mereka mempunyai budaya yang membolehkan
mereka berinteraksi diantara satu sama lain. Kita menggunakan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan dan bahasa pengantaraan untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Kebudayaan masyarakat Malaysia walaupun berbeza tetapi mempunyai asas yang


sarna iaitu membentuk keperibadian dan jati diri individu ke arah yang lebih baik. Inilah yang
membolehkan masyarakat negara kita dapat berinteraksi di antara satu sama lain dalam
melaksanakan satu matlamat yang sama iaitu membentuk masyarkat Malaysia yang
bepegang teguh dengan ajaran agarna masing-masing dan mementingkan nilai-nilai murni
yang diajar dalam agama mereka. Perbezaan anatara kita bukanlah penghalang kepada kita
untuk bersatu padu demi negara kita. Interaksi antara kaum secara langsungnya dapat
mengelakkan masyarakat kita terutamanya generasi muda daripada melibatkan diri dalam
gejala-gejala yang menyalahi undang-undang serta menyalahi norma-norma kehidupan
masyarakat Malaysia.

Interaksi antara kaum adalah merupakan satu jalan kearah perpaduan nasional dan
mencetuskan masyarakat yang harmonis dan bersatu padu. ( Ahmad Fawzi Basri dan Abdul
Halim Ahmad 1987 : xii). Wujudlah semangat bermasyarakatan dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum melalui interaksi kaum dan penyatuan kaum untuk kemakmuran negara.

7.0 Kesimpulan
Walaupun ada pihak yang mengatakan bahawa pengamalan dan penghayatan nilai-
nilai murni dalam kalangan rakyat Malaysia semakin merosot tetapi keadaan tersebut telah
berubah dan kini rakyat negara kita telah pun sedar bahawa penghayatan nilai-nilai murni
dalam kehidupan seharian adalah satu – satunya kunci untuk kesejahteraan hidup mereka.
Mereka juga sedar bahawa ketiadaan penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat
menyebabkan perilaku mereka menjurus ke arah negatif dan adalah tanggungjawab setiap
warganegara Malaysia untuk menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni yang ada
terkandung dalam ajaran agama masing-masing kerana setiap agama menyeru
penganutnya berbuat baik dan tidak berbuat jahat.
Bibiliografi

AI-Qur' an al-Karim. A. Rahman 1. Doi (1412H11992M), Orang Bukan Islam Di Bawah

Undang-Undang Syariah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asbjor Eide & Bert Hagtvet (ed.) (1412H11992M), Human Rights in Perspective A Global

Assessment. United Kingdom: Blackwell Ltd.

Ahmad FawziBasri dan Abdul HaHm Ahmad ed. (1987M), Isu-Isu Perpaduan Nasional:

Cabaran, Pencapaian dan Masa Depan. Kedah: Universiti Utara Malaysia.

Abdul Monir Yaacob dan Sarina Othman ed. (1995M), Masyarakat Majmuk. Cetakan

Pertama, Kuala Lumpur: IKIM.

Asnarulkhadi Abu Samah dan Jayum A. Jawan (1997M), Kenegaraan Malaysia, Serdang:

Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Esa Khalid dan Mohd Azhar et.al., ed. (2004M), Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India,

China dan Jepun, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Ismail Noor dan Muhamad Azaham ed. (2000M), The Malays Par Excellence ... Warts And

All An Introspection. Selangor: Pelanduk Publication.

K. Ramanathan (1412H/1992M), Asas Sains Politik. Shah Alam: Fajar Bakti.


LAMPIRAN