Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK : 2018

Program: Ijazah Sarjana Muda Perguruan Nama Siswa Pendidik :


Kod : PKES 3072 Semester / Tahun: Dua Tahun Dua
Nama Kursus : Program Kesihatan Sekolah Ambilan : Jun 2016
Kumpulan : PJ/PML/PAKK/B&K/SAINS/SEJ

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1. Penulisan Ilmiah 31.01.2018 13.02.2018
2. Pembentangan 24.02.2018 28.02.2018
3. Pelaporan Projek Kesihatan (PBS) 26.03.2018 02.04.2018

Hasil Pembelajaran Kursus :

1. Menjelaskan matlamat Program Kesihatan Sekolah bagi meningkatkan pemahaman pelajar tentang
pendidikan kesihatan di sekolah (C2, PLO1)
2. Merancang satu program kesihatan sekolah bagi membentuk masyarakat yang sihat dan
membentangkannya (C5, A4, PLO4, PLO6, CS1, LL1).
3. Membincangkan program-program pendidikan kesihatan di sekolah untuk menyelesaikan masalah
kesihatan sepanjang hayat (C5, PLO1, PLO3, CTPS2).
4. Mempamerkan keterampilan diri dalam kumpulan semasa melaksanakan program kesihatan (C5, P5, A5,
PLO4, PLO5, PLO9, CS4, TS1, LS1).
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran kursus 1,2, 3 dan 4

Objektif Kerja Kursus :

Pelajar akan dapat :

1. Menulis idea reflektif yang yang mengandungi maklumat lengkap tentang salah satu jenis penyakit
berjangkit dan seterusnya menjelaskan matlamat Program Kesihatan Sekolah dan hubungkaitnya dengan
kepentingan dan implikasinya terhadap murid, warga sekolah, komuniti dan diri pelajar sendiri yang
berfokus kepada jenis penyakit berjangkit yang dipilih.
2. Merancang dan membentangkan satu program atau projek kesihatan yang akan dilaksanakan di sekolah
untuk menyelesaikan masalah kesihatan yang sesuai dengan keperluan sekolah dan senario semasa.
3. Melaksanakan satu program atau projek kesihatan di sekolah.
4. Menyediakan satu laporan pelaksanaan program atau projek kesihatan di sekolah.
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut :

Tugasan 1 : Penulisan Ilmiah (20%)


1. Tugasan secara individu.
2. Menulis idea reflektif yang mengandungi maklumat tentang salah satu jenis penyakit berjangkit dan
seterusnya dapat menjelaskan matlamat Program Kesihatan Sekolah dan hubungkaitnya dengan
kepentingan dan implikasinya terhadap murid, warga sekolah, dan diri pelajar sendiri.
3. Idea atau hujah reflektif yang dikemukakan hendaklah terperinci dan kritis, memfokuskan kepada
informasi daripada kandungan kursus iaitu jenis penyakit berjangkit yang dipilih.
4. Membuat penilaian kendiri berdasarkan pembacaan ilmiah, berkaitan status matlamat Program Kesihatan
Sekolah dan perkembangan kesihatan masa kini yang berfokus kepada jenis penyakit berjangkit yang
dipilih.
5. Penilaian penulisan ilmiah adalah berdasarkan kepada rubrik pemarkahan yang disediakan.
6. Tidak kurang daripada 500 patah perkataan

Tugasan 2 : Pembentangan Projek Kesihatan (10%)


1. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang pelajar.
2. Merancang satu program atau projek kesihatan untuk dlaksanakan di sekolah.
3. Program atau projek atau aktiviti kesihatan tersebut haruslah dapat menyelesaikan masalah kesihatan yang
sesuai dengan keperluan sekolah dan senario semasa
4. Program atau projek kesihatan yang dirancang perlu releven iaitu dapat dilaksanakan dengan berkesan di
sekolah.
5. Menyediakan kertas kerja bagi projek kesihatan yang dirancang.
6. Membentangkan projek kesihatan yang dirancang dan perlu dipersembahkan secara kreatif dalam bentuk
microsoft power point atau mana-mana program teknologi yang bersesuaian.
7. Kandungan utama pembentangan adalah maklumat yang jelas berkaitan program atau projek kesihatan
yang bakal dilaksanakan di sekolah. Perkara-perkara lain adalah mengikut kreativiti kumpulan masing-
masing.
8. Penilaian hasil pembentangan adalah berdasarkan kepada rubrik pemarkahan yang disediakan.
9. Jumlah slaid power point adalah tidak kurang daripada 10 slaid.
10. Setiap kumpulan perlu menghantar salinan hard copy slide pembentangan.

Tugasan 3 : Pelaporan Program atau Projek Kesihatan (30%)


1. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang ahli.
2. Melaporkan program atau projek kesihatan yang telah dilaksanakan di peringkat sekolah semasa menjalani
sesi Pengalaman Berasaskan Sekolah.
3. Menyertakan semua bukti pelaksanaan program atau projek kesihatan dalam laporan.
4. Menulis refleksi tentang pelaksanaan program atau projek kesihatan, disamping mencadangkan langkah-
langkah penambahbaikan dan menjelaskan pengetahuan baharu yang dipelajari secara individu.
5. Penilaian laporan projek kesihatan adalah berdasarkan rubrik pemarkahan yang disediakan.

Arahan Pelaksanaan Tugasan :


1. Tugasan ini dilaksanakan secara individu dan berkumpulan.
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.
3. Penulisan dan laporan hendaklah ditaip menggunakan komputer.
4. Bentuk huruf Arial, saiz fon 11 dan jarak perenggan 1.5.
5. Rujukan menggunakan format APA.
6. Muka kulit patut memasukkan perkara-perkara berikut:
i. Nama siswa pendidik
ii. Nombor Angka Giliran
iii. Nombor kad pengenalan
iv. Kumpulan / Unit
v. Kod dan nama kursus
vi. Nama pensyarah
vii. Tarikh penyerahan

7. Pelajar wajib merujuk sumber akademik yang relevan dengan tugasan.


8. Anda WAJIB sertakan sehelai Borang Maklum Balas Tugasan sebagai muka depan dan Rubrik
Pemarkahan Kerja Kursus sebagai muka surat ke-2
9. Amalan plagiat tidak dibenarkan. Jika didapati berlaku, pelajar akan gagal kerja kursus.
10. Anda dikehendaki mematuhi tarikh akhir penghantaran tugasan. Penambahan masa untuk penghantaran
tugasan tanpa pengetahuan pensyarah menyebabkan markah anda dikurangkan.
11. Tugasan ini membawa markah 60%.

Tugasan yang baik hendaklah menunjukkan kriteria-kriteria berikut:


1. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan
ejaan dan kematangan hujah dalam menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal..
2. Hasil tugasan menunjukkan keaslian dari segi hujah dan persembahan serta menunjukkan bukti
pembacaan dari pelbagai sumber.
3. Mengemukakan bukti-bukti, bahan-bahan dan citation yang dapat menyokong hujah-hujah.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

................................................ .......................................…..……….…

(MAD ROSLI BIN SARAAMU) (NOORYATIH BINTI AHMAD SHAH)


Penyelaras Kursus PKES3072, Pakar Bidang SME,
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan
IPG Kampus Tawau. IPG Kampus Tawau.

Disahkan oleh:

_____________________________

(NOORYATIH BINTI AHMAD SHAH)


Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan,
IPG Kampus Tawau.

Anda mungkin juga menyukai