Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) Kod Sek:JBD 2047

Tel.Sek : 07-7881289
KAHANG BATU 24,
Mail add: jbd2047@moe.edu.my
86700 KAHANG,KLUANG,
NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM.

Rujukan Kami :
Tarikh : 07.08.2017
Kepada:

Ketua Balai,
Balai Bomba dan Penyelamat Kluang,
Jalan Haji Manan, Kampung Masjid Lama,
86000 Kluang, Johor.

Tuan,

PROGRAM KESELAMATAN BERSAMA DENGAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT.

Berhubung dengan perkara di atas, pihak SJK(T) Kahang Batu 24 akan mengadakan program tersebut seperti
ketetapan berikut:-

Tarikh : 01 Februari 2016 (Isnin)


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang SJK(T) Kahang Batu 24, Kahang, Johor

2. Antara agenda program ialah seperti berikut:


2.1 Latihan kebakaran (Fire Drill)
2.2 Ceramah keselamatan dan kebakaran
2.3 Taklimat dan demonstrasi memadam kebakaran
2.4 Pameran Kelengkapan Peralatan Memadam Kebakaran (Jentera Bomba)

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin menjemput pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kluang
untuk membantu kami menjayakan program ini.

4. Berserta dengan surat ini dilampirkan tentatif program (Lampiran 3) pada hari tersebut. Kerjasama dan
perhatian daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"SEHATI SEJIWA”
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

..............................................

Anda mungkin juga menyukai