Anda di halaman 1dari 3

PERBEZAN INDIVIDU DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN

Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik
yang mampu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani)
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR). PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS
memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif
(pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif
(pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan sekolah.

Setiap individu yang dilahirkan adalah berbeza di antara satu sama lain. Menurut Khairul Yusri
(2007), perbezaan individu ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal,
mental, sosial, emosi di kalangan individu. Oleh demikian, saya telah dapat mengenal pasti beberapa
perbezaan individu yang sangat ketara semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Perbezaan individu yang pertama ialah fizikal murid-murid. Aspek fizikal ini adalah perbezaan
yang diwarisi. Ini dapat kita memerhatikan perbezaan individu dari dari segi kelihatan luaran seperti
paras rupa dan susuk badan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, saya melihat
perbezaan perkembangan saiz badan murid perempuan lebih besar berbanding murid-murid lelaki.
Hal ini kerana, murid-murid perempuan akan mencapai tahap kematangannya lebih cepat dan lebih
tinggi berbanding dengan murid-murid lelaki tahap dua.

Seterusnya, perbezaan kognitif adalah salah satu yang saya dapat lihat semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir,
belajar, mengingat, menaakul, menganalisis serta bakatnya. Murid-murid mempunyai aras
kognitif yang berlainan. Mereka mungkin memproses rangsangan-rangsangan yang diterima
daripada persekitaran dengan cara-cara yang berlainan. Contoh yang saya dapat lihat semasa
proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid perempuan mempunyai kemahiran menulis
dan memori ingatan yang lebih tinggi daripada lelaki. Tetapi bukan semua murid perempuan yang
mempunyai kemahiran menulis dan memori ingatan yang baik. Ianya hanya berlaku kepada dua
kelas yang awal. Di sekolah yang saya membuat PBS hanya terdapat 3 kelas sahaja. Kelas yang
terakhir murid-murid perempuannya kurang mempunyai kemahiran dan memori ingatan yang
baik.
Selain itu, yang saya dapat lihat dari aspek sosioemosi. Sosioemosi ini dapat dilihat sama
ada melalui tingkah laku positif seperti berkongsi, berdikari, dan megikut peraturan atau tingkah
laku negatif seperti bergaduh, mengasingkan diri dan kurang berkeyakinan diri. Berdasarkan
pemerhatian saya semasa di kelas, saya dapati sestengah murid memberi tindak balas yang
cepat dan sesetengah murid lambat memberi tindak balas apabila saya menanyakan soalan. Ini
menunjukkan setengan murid di dalam kelas itu mempunyai sosioemosi yang tinggi dan
sesetengah murid mempunyai rendah sosioemosi.

Setiap murid-murid disekolah mempunyai latar belakang yang berbeza. Ada yang datang
daripada keluarga senang dan ada yang datang daripada keluarga yang susah. Saya dapat
melihat sebilangan pelajar yang susah ini kurang mempunyai alat tulis. Bagi murid yang
berkemampuan lebih saya dapat lihat alat tulisnya lengkap dengan pelbagai alat tulis.

Akhir sekali, terdapat juga individu yang berkeperluan khas. Di sekolah saya yang PBS
terdapat kelas pendidikan khas. Hal ini dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada
pelajar yang berkeperluan khas.

Kesimpulannya, manusia ini dicipta berbeza-beza. Hal ini menyebabkan kejadian


manusia ini adalah sangat unik. Guru haruslah memainkan peranan yang penting untuk
menyediakan pendekatan dan bahan bantu mengajar yang kreatif dan inovatif mengikut
perbezaan murid-murid.

(513 Patah Perkataan)


Borang Senarai Semak Guru mengambil kira perbezaan individu semasa proses pengajaran
dan pembelajaran.

Bil Soalan Jawapan


YA TIDAK
1 Guru menggunakan bahasa yang
mudah difahami.
2 Guru menerangkan semula kepada
pelajar yang tidak faham.
3 Guru menggunakan suara yang kuat
semasa mengajar.
4 Guru memilih kasih.

5 Guru tidak perihatin kepada muridnya

Anda mungkin juga menyukai