Anda di halaman 1dari 5

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

1.0 REFLEKSI 1

RUJUKAN

LAMPIRAN

1
REFLEKSI

Berdasarkan tugasan bagi subjek Alat Muzik Utama Vokal (MUZK 3032V), kami
dikehendaki untuk menyanyi dan merakamkan dua buah lagu iaitu dua buah lagu melayu yang
ber-genre zapin dan lagu rakyat. Seterusnya, saya dikehendaki untuk membuat sebuah refleksi
terhadap persembahan nyanyian lagu saya sendiri. Justeru itu, terdapat beberapa aspek
penting yang perlu ada dalam persembahan nyanyian tersebut iaitu, teknik fonasi, penguasaan
sebutan, ekspresi, postur, pernafasan, pic dan tempo.

Postur adalah salah satu perkara yang penting ketika menyanyi kerana ia membolehkan
seseorang penyanyi itu dapat mengeluarkan suara dengan lancar dan dapat menyanyikan
sesebuah lagu dengan baik. Berdasarkan persembahan nyanyian lagu Bunga Melur, postur
saya ketika menyanyi kelihatan sedikit kekok. Saya seharusnya tidak mendongak ketika
menyanyi untuk mengeluarkan suara dan tidak terlalu menunduk untuk membaca skor.
Pernafasan yang baik dapat dicapai apabila postur badan dalam keadaan yang betul. Jika
diteliti, saya tidak mengaplikasikan cara pernafasan yang betul ketika menyanyi kerana bahu
saya bergerak ke atas dan ke bawah ketika bernafas. Mutu nyanyian yang baik juga dapat
dihasilkan melalui latihan pernafasan yang betul. Oleh itu, saya hendaklah membuat latihan
pernafasan yang secukupnya sebelum memulakan nyanyian. Seterusnya, saya dapati bahawa
teknik fonasi yang dihasilkan dalam persembahan nyanyian lagu Bunga Melur ini adalah baik
dan jelas.

Selain itu, dalam penguasaan sebutan diftong dan triftong adalah kurang baik. Saya
tidak dapat menyanyikan dari pic rendah ke pic tinggi dengan baik dan jelas dalam
persembahan nyanyian lagu Bunga Melur. Oleh itu, saya dapati bahawa jika hendak
menghasilkan artikulasi dengan baik, posisi atau bentuk mulut seharusnya tepat dan tidak
dalam keadaan yang dipaksa. Dengan ini, udara dapat keluar dan masuk ke rongga mulut dan
dapat menghasilkan vokal yang lebih baik. Dalam persembahan nyanyian lagu Bunga Melur itu,
saya tidak mempunyai posisi atau bentuk mulut yang baik. Oleh itu, ia telah menyekat
pengudaraan keluar masuk rongga mulut saya dan menghasilkan suara yang kurang baik. Saya
juga mendapati bahawa teknik enunsiasi kurang jelas dari segi pengucapan kata.

Selain itu, saya dapati bahawa saya telah menggunakan suara yang rendah untuk
menyanyikan lagu Bunga Melur dan ini telah menghasilkan bunyi yang kurang sedap. Ketika
menyanyi, saya dapati bahawa terdapat beberapa bahagian lagu yang tidak dapat dinyanyikan
dengan pic yang betul dan sedikit tempo yang kurang tepat. Begitu juga dengan lagu Sungai

2
Pahang, terdapat beberapa bahagian yang mempunyai pic yang kurang tepat serta sedikit
tempo yang lari.

Seterusnya, melihat kepada persembahan nyanyian lagu Sungai Pahang, postur badan
saya kelihatan selesa kerana sebelah kaki diletakkan dihadapan sedikit. Bagi bahagian kepala
pula, saya kelihatan tidak selasa kerana kepala saya menunduk ke bawah sedikit kerana ingin
membaca skor. Ini telah menunjukkan bahawa postur yang salah sedikit sebanyak
mempengaruhi pernafasan dan kelancaran pengeluaran suara. Dengan itu, saya perlulah
menghafal lirik untuk mengelakkan kesalahan dalam postur ketika menyanyi. Selain itu, saya
dapat menggunakan pernafasan yang betul ketika menyanyi. Walau bagaimanapun, saya
hendaklah memperbanyakkan aktiviti latihan pelontaran suara, pic dan tempo untuk mencapai
keselesaan ketika menyanyi.

Selain itu, dalam penguasaan sebutan diftong dan triftong berdasarkan lagu
Sungai Pahang agak baik. Saya dapat melontarkan suara dari pic rendah ke pic tinggi dengan
baik dan jelas dalam persembahan nyanyian lagu Sungai Pahang tersebut. Saya dapati
bahawa saya mampu menghasilkan artikulasi dengan baik, posisi atau bentuk mulut tepat dan
tidak dalam keadaan yang dipaksa. Dengan ini, udara dapat keluar dan masuk ke rongga mulut
dan dapat menghasilkan vokal yang lebih baik. Dalam persembahan nyanyian lagu Sungai
Pahang itu, saya mempunyai posisi atau bentuk mulut yang baik. Oleh itu, ia telah menyekat
pengudaraan keluar masuk rongga mulut saya dan menghasilkan suara yang lebih baik. Saya
juga mendapati bahawa teknik enunsiasi berdasarkan lagu tersebut adalah jelas dari segi
pengucapan kata.

3
RUJUKAN

Brinson, B.A. (1996). Choral music: Methods and materials. New York: Schirmer.

Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik KBSR. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Choksy, L. (1986). Teaching music in the twentieth century. New Jersey: Prentice Hall.

4
LAMPIRAN