Anda di halaman 1dari 10

SKRIP FORUM KUMPULAN 5 :

“CABARAN KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM


PENDIDIKAN DI SEKOLAH”

Oleh :

REDLLY MADAWA

ALBINUS S.WILSON

RIJALMAN GHANI
FORUM CAKNA ISU : KEPELBAGAIAN BUDAYA DI SEKOLAH

Moderator : ALIFF FAIZ

Panel 1 : REDLLY MADAWA

Panel 2 : ALBINUS S WILSON

Panel 3: RIJALMAN GAHNI

Moderator: Selamat petang kepada Warga dewan yang dihormati, dapat bertemu
kita lagi dalam gelanggang Forum Cakna Isu bersama saya, Aliff Faiz
pada bagi yang bahagia ini.

Topik kita pada hari ini ialah “ Cabaran Kepelbagaian Budaya dalam
Pendidikan Di Sekolah ”. Bersama saya adalah tiga orang ahli panel
yang tidak asing lagi bagi kita dan saya pasti hadirin tidak sabar untuk
mendengar perkongsian daripada ketiga tiga ahli panel kita.

Baiklah, di sebelah kiri saya ialah Encik Redlly Madawa, guru pakar
dalam mata pelajaran bahasa Kadazandusun manakala di sebelah
beliau pula ialah Datuk Rijalman Ghani, pengarah pendidikan negeri
johor. Manakala lelaki yang tampan berada di tengah-tengah ialah
Encik Albinus Salang , Guru pakar dalam mata pelajaran bahasa
Iban. Selamat datang kepada ketiga-tiga orang ahli panel kita .

Panel 1,2 dan Panel 3: Sama-sama

Moderator: Baiklah, sebelum saya berceloteh panjang, izinkan saya untuk


berkongsi sedikit maklumat mengenai tajuk yang bakal kita kupaskan
sebentar lagi.

Hadirin Sekalian, berdasarkan pembacaan saya dalam beberapa artikel


berkaitan, ada menyatakan bahawa dalam proses meningkatkan kualiti
pendidikan dan status profesion keguruan, seseorang guru pasti akan
menemui banyak isu dan cabaran pendidikan. Kesedaran dan
kefahaman tentang isu-isu dan cabaran-cabaran tersebut adalah
penting untuk membantu guru kita berfikiran luas dan mantap.

Sidang penonton sekalian,

Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan


masyarakat dan Negara ke arah yang lebih baik. Sebagaimana yang kita
tahu, Malaysia merupakan Negara yang mempunyai masyarakat
majmuk di mana setiap dasar yang dilaksanakan perlu selari dengan
keperluan masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan
sahaja bertujuan untuk memberi pelajaran di sekolah semata-mata
tetapi sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan bangsa. Melalui
sistem persekolahan, masyarakat dibentuk dengan memberi pelajaran
kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan
warna kulit. Walau bagaimanapun, hampir 60 tahun kita mengecapi
kemerdekaan, masyarakat Malaysia masih lagi tidak menunjukkan
hubungan perpaduan yang kukuh.

Hmm… nampaknya terlalu banyak pula saya berceloteh tentang isu ini.
Nanti tertunggu-tunggu pula panel-panel kita untuk berkongsi ilmu
dengan kita. Jadi sebelum kita pergi lebih lanjut, saya ingin meminta
Encik Albinus untuk berkongsi dengan hadirin sekalian definisi
kepelbagaian budaya.

Albinus : Menurut kamus dewan edisi keempat (2005),


KEPELBAGAIAN bermaksud perihal berbagai-bagai jenis, merangkumi
banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di
sesuatu tempat atau kawasan yang sama manakala BUDAYA
bermaksud erti cara hidup manusia yang dibentu supaya dapat
berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam
sekitar.

Jadi, secara kesimpulannya, kepelbagaian budaya membawa erti


masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina,
India, Iban, Kadazan dan lain-lain. Setiap kaum mempunyai budaya
masing-masing dari segi agama, bahasa, kepercayaan dan sistem nilai.

Moderator : Baiklah, warga dewan. Setiap perkara pasti ada


cabarannya. kepelbagaian budaya di sekolah juga tidak terlepas untuk
menghadapi cabaran. Saya suka ingin bertanya kepada Datuk Rijalman
berkaitan cabaran kepelbagaian budaya di sekolah. dipersilakan.

Rijalman : cabaran 1

Moderator: Terima kasih Datuk Rijalman atas penjelasan tadi. Dalam riak wajah
saudara redlly, beliau ingin menambah lagi cabaran yang wujud dalam
perbezaan budaya di sekolah. di persilakan.

Redlly : Cabaran 2

Moderator : Rupa-rupanya cabaran yang wujud dalam sisitem pendidikan di sekolah


kita umpama barah jika tidak di ubati dengan segera. Seterusnya , saya
suka untuk menjemput saudara albinus untuk membincangkan Cabaran
yang ketiga. dipersilakan.

Albinus : Cabaran 3.

Moderator : Warga dewan yang dikasihi, seperti yang kita sedia maklum, dalam
menghadapi kepelbagaian budaya, pelbagai cabaran perlu dihadapi
oleh guru. Antaranya perasaan prejudis antara budaya, pengisian
kurikulum dan kokurikulum, pengaruh Wawasan 2020 terhadap cabaran
kepelbagaian budaya pendidikan dan pengaruh globalisasi terhadap
kepelbagaian budaya.

Nampaknya, Saudara Redlly sudah tidak sabar untuk berkongsi dengan


kita. Jadi tuan, boleh terangkan peranan guru dalam menangani
cabaran kepelbagaian budaya kearah perpaduan nasional dalam
konsep pendidikan di sekolah?

Redlly : Terima kasih diucapkan kepada tuan moderator .

Baik,berbalik kepada soalan yang diajukan kepada saya tadi iaitu apakah
peranan guru dalam menangani cabaran kepelbagaian budaya di
sekolah.

Sebagaimana yang kita ketahui bersama bahawa, guru dan murid


merupakan watak utama di sekolah. Jadi dalam menangani cabaran
kepelbagaian budaya ini, guru perlu memainkan peranan yang sangat
penting dalam sekolah teruatamanya di dalam bilik darjah.

Peranan guru yang pertama, guru seharusnya mempunyai


pemahaman mendalam mengenai budaya pelajarnya. guru
berperanan untuk belajar memahami budaya para pelajarnya. Guru
perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mengenali sedikit demi
sedikit budaya pelajarnya. Sebagai contoh, guru boleh menerima
jemputan untuk menghadiri jamuan makan malam bersama keluarga
pelajar di rumahnya. Lawatan sedemikian memberikan peluang kepada
guru untuk meneroka dan mengalami sendiri cara hidup, tabiat dan cara
sapaan pelajar budaya lain dan secara tidak langsung dapat
mengeratkan hubungan dengan keluarga pelajar berkenaan.

Peranan guru yang kedua dalam menangani kepelbagaian budaya ini


adalah guru perlu mewujudkan peluang-peluang untuk mengumpul
maklumat tentang aspek-aspek kepelbagaian budaya dalam kalangan
pelajar melalui perbincangan dan perkongsian ilmu dalam mata
pelajaran yang sesuai. dalam sesi pengajaran dan pembelajaran guru
boleh menggunakan strategi mengajar seperti mengadakan
perbincangan. Sebelum mengadakan perbincangan tersebut, guru
perlulah membahagikan kumpulan dengan baik iaitu setiap kumpulan
perlu ada yang mewakili budaya masing-masing. Berilah peluang
kepada para pelajar untuk sama-sama berkongsi antara mereka tentang
budaya masing-masing.
Moderator : Baiklah. Terima kasih saya ucapkan kepada saudara
Redlly. Seterusnya saya ingin meminta saudara albinus untuk
menyambung kembali peranan guru untuk menangani cabaran
kepelbagaian budaya di sekolah. dipersilakan.

Albinus : terima kasih tuan moderator.

Peranan guru yang ketiga dalam menangani cabaran kepelbagaian


budaya adalah sewaktu pengajaran dan pembelajaran guru boleh
menggunakan bahan kurikulum yang mewakili kumpulan etnik
secara positif dan pelajaran akan menjadi lebih menarik dan
seronok. Sebagai contoh, dalam topik Pakaian Tradisional, guru boleh
menunjukkan gambar atau membawa pakaian tradisional pelbagai kaum
atau untuk lebih menarik boleh meminta pelajar memakai baju tersebut
dan mengayakannya dihadapan kelas jadi semua pelajar dapat teliti
serta kuasai pengetahuan tentang ciri unik setiap pakaian dengan
melihat lebih dekat dan secara langsung. Selain itu juga, murid dapat
memegang dan mencuba memakai pakaian tersebut dan merasai
sendiri keunikan dan keistimewaan setiap budaya melalui pemakaian
mereka.

Selain daripada itu, guru hendaklah sentiasa menunjukkan kemesraan


kepada semua murid walaupun berbeza budaya. Ini adalah untuk
menjaga hubungan antara semua murid dan menghargai mereka
walaupun berbeza budaya. Guru juga perlu menggalakkan penglibatan
semua murid dalam semua aktiviti yang diadakan sama ada didalam bilik
darjah atau pun di sekolah.

Moderator : Terima kasih saudara albinus atas penerangan tadi. Justeru itu, nasihat
saya kepada bakal-bakal guru dan guru di luar sana untuk mengambil
berat terhadap apa yang telah dikatakan oleh saudara redlly dan
saudara albinus tadi.

Hadirin yang dikasihi, saya di sini ingin mengajukan soalan kepada


Datuk Rijalman sebagai seorang yang lebih arif dan berkelayakan untuk
menjawab soalan ini, apakah antara usaha yang telah kerajaan
laksanakan untuk menghadapi isu kepelbagaian budaya ini.
Dipersilakan.

Rijalman : Terima kasih kepada tuan Moderator.

Soalan yang diajukan ialah usaha kerajaan kearah perpaduan Nasional.


Baiklah seperti yang kita sedia maklum, negara kita terdiri daripada
masyarakat pelbagai kaum dan etnik yang mempunyai latar belakang
budaya yang berbeza-beza. Oleh kerana kepelbagaian budaya yang
wujud, maka perpaduan bukanlah suatu perkara yang mudah
dilaksanakan dimana usaha untuk menerapkan perpaduan dikalangan
masyarakat sering berhadapan dengan masalah. Walaubagaimanapun,
ia tidak bermakna perpaduan tidak dapat dicapai. Pelbagai usaha yang
telah dilakukan oleh kerajaan untuk menerapkan perpaduan dikalangan
masyarakat. Antaranya ialah melalui system pendidikan di Malaysia.
Menurut Prof. madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Zulkifly (2006) ,
pendidikan adalah alat penting bagi Malaysia untuk memupuk dan
menanam semangat perpaduan dikalangan generasi muda terutamanya
bagi kanak-kanak dibangku sekolah’. Ini penting kerana generasi muda
inilah yang akan membentuk nagara Malaysia pada masa depan
samada masyarakat bersatu atau sebaliknya.

Kerajaan telah melancarkan pelancaran Pelan Induk Perkembangan


Pendidikan(PIPP) 2006-2010 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia ,
Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tujuan PIPP ialah melonjakkan tahap
kecemerlangan sekolah, melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkemampuan dan
berjaya mengangkat imej system pendidikan negara dimata dunia.

Jika kita kaji secara spesifik, ternyata enam strategi yang digariskan itu
mampu membawa perubahan kepada sistem persekolahan yang
berperanan sebagai alat perpaduan. Strategi yang pertama iaitu
membina negara bangsa ditekankan oleh kerajaan untuk dilaksanakan
kerana melaluinya perpaduan dikalangan masyarakat Malaysia yang
berbilang bangsa dapat diperkukuhkan lagi. Pelan rancangan ini seiring
dan dapat merealisasikan matlamat utama pendidikan kebangsaan
sejak merdeka iaitu matlamat pendidikan untuk perpaduan bangsa.
Sebab itulah sekolah memainkan peranan yang penting untuk
menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa untuk
menjalinkan hubungan baik dan saling bersikap toleransi.

Moderator : Terima kasih diucapkan kepada Datuk Rijalman.


Seterusnya, sekali lagi, saya ingin menjemput saudara Redlly untuk
menyambung fakta yang telah diterangkan oleh Datuk Rijalman Tadi.
dipersilakan.

redlly : Terima kasih tuan moderator. Selain itu, pihak kerajaan juga
telah mewujudkan sekolah Wawasan dalam usaha menyatupadukan
kepelbagaian kaum di Malaysia. Sekolah Wawasan adalah sekolah
rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan
yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua
atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam
kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri
yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan
jambatan penghubung. Tujuan sekolah ini ditubuhkan ialah
mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai
bangsa dan latar belakang, memupuk semangat integrasi antara pelajar
dari pelbagai aliran, melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi
dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang
bersatu padu dan menggalakkan interaksi yang maksimum antara
semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan
pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah .

Pada masa ini terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah
beroperasi dengan jayanya iaitu , Kompleks Sekolah Wawasan Pekan
Baru, Parit Buntar, Perak, Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman,
Alor Setar, Kedah, Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau
Pinang, Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor
dan Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak.
Kewujudan Sekolah Wawasan diharapkan dapat memberikan impak
yang positif dalam mewujudkan perpaduan dikalangan kaum yang
berbeza.

Usaha lain yang telah dilakukan oleh kerajaan ialah melancarkan


Gagasan 1 Malaysia yang bertemakan Rakyat didahulukan ,
pencapaian Diutamakan’ yang telah diilhamkan oleh Perdana menterri
kita sekarang iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Gagasan ini bertujuan
memupuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia berdasarkan
beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan rakyat
Malaysia. Bagi menjayakan matlamat ini, sektor pendidikan
terutamanya melalui sistem persekolahan memainkan peranan utama
dengan menerapkan nilai-nilai murni dan perpaduan nasional .
Walaupun perkara ini bukanlah sesutu perkara yang baru yang
dilaksanakan disekolah namun ianya diharap menjadi perintis kepada
perubahan masyarakat Malaysia supaya mencapai matlamat perpaduan
nasional.

Kesimpulannya, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dalam


menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan
budaya. Jadi, diharapkan agar setiap lapisan masyarakat menyokong
dan mendokong usaha atau inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan
bagi mewujudkan sebuah Negara yang aman dan harmoni

Moderator : Terima kasih saudara Redlly atas perkongsian yang menarik tadi.
Diharap agar hadirin sekalian dapat mengambil input-input yang telah
dikongsi sebentar tadi.

Hasil perbincangan kita tadi dengan tiga orang ahli panel mengenai topik
Cabaran Kepelbagaian Budaya Di Sekolah, dapat saya simpulkan
bahawa perpaduan dalam masyarakat pelbagai budaya merupakan nadi
kepada kestabilan politik, pembangunan ekonomi dan keharmonian
rakyat. Oleh yang demikian, guru perlu berperanan untuk memimpin di
dalam bilik darjah untuk membudayakan ciri-ciri kesederhanaan,
kepekaan kepada orang lain dan toleransi dalam kalangan pelajar.

Di samping itu, dalam mencapai matlamat perpaduan Negara yang


kukuh, seluruh masyarakat perlu berganding bahu, seiring dengna
usaha murni kerajaan melaui dasar-dasar dan rancangna baru. Mutu
pendidikan yang sempurna serta hubungan masyarakat yang harmoni
menjadi tunggak kejayaan yang akan menjadikan Malaysia sebuah
Negara majudan dapat merealisasikan Wawasan 2020.

Sebelum mengakhiri sesi perbincangan ini, saya ingin mengucapkan


ribuan terima kasih kepada ketiga-tiga orang ahli panel dan hadirin yang
hadir pada forum kali ini. Di kesempatan ini saya ingin titipkan pantun
buat semua :

“Mak Ani ke kedai Pak Saat,

Forum dah habis moga bermanfaat.”

Anda mungkin juga menyukai