Anda di halaman 1dari 3

SENI BINA ISLAM DI INDIA ABAD KE-16-17

Pada abad ke-19 India diperintah oleh kerajaan Islam Mughal yang mengambil alih kerajaan
Kesultanan Delhi. Kerajaan Mughal memerintah India dari tahun 1526 sehingga tahun 1857
apabila British membuang negeri pemerintah terakhir Bahadur Shah II. Tokoh terhebat kerajaan
Mughal, Syah Jehan 1627-1658 telah menyumbang kemajuan dalam bidang seni bina di India.
Pada zaman Syah Jehan, pelbagai bangunan telah didirikan yang menggambarkan kemajuan
bidang seni bina pada era tersebut. Antaranya Istana Taj Mahal, Masjid Moti, Istana Fathpur,
kompleks-kompleks kerajaan, kubu di Agra dan taman-taman bunga di Delhi, Lahore dan
Kashmir.

Ciri-ciri seni bina di India

Abad ke-16 menyaksikan India diperintah oleh kerajaan Islam Mughal.Syah Jehan (1627-1658)
telah menyumbang kemajuan dalam bidang seni bina di India. Monumen seni bina terkenal di
India seperti Taj Mahal di Agra, Kota Merah di Delhi, Masjid Jama di Delhi dan Makam
Humayun di Delhi.ciri-ciri paling menonjol dalam seni bina Islam di India ialah binaannya
banyak yang berkonsepkan masjid.

Ciri-ciri seni bina India :


a. Bahan binaan - batu dan kayu sebagai sumber asas.
b. Senibina tempatan - dipengaruhi oleh budaya dan persekitaran, agama dan cuaca.
c. Pengaruh parsi,
Turki dan Arab dalam seni bina tempatan.
d.Motif corak hiasan
- ukiran dan karigra fi ayat-ayat arQuran di istana dan masjid. Juga dihiasi dengan ukiran
geometri dan ukiran berasaskan alam seperti bunga dantumbuhan.
e.Binaan kubah
- kebanyakan binaan masjid atau istana di India memakai kubah berbentuk bawang.
f. Unsur air dalam seni bina India pengaruh tamadun Islam.
g. Pembinaan menara dalm seni bina India
h. Seni bina masjid khasnya Masjid Jama Delhi
- dua menara, tiga pintu gerbang, tiga kubah, ruang solat terbuka, lantai mannar dan batu merah,
kolam takungan air dan dihiasi kaligrafi al-Quran khasnya pada mimbar di mihrab.
i. Senibina Taj Mahal
Taj Mahal yang
- merangkumi bahagian makam,dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain.
j. Seni bina Kota Merah / Kubu Merah
- Dewan Umum
(Ruang Diwan - i- Aam), D ew an Khu sus (D ew an - i -Khas),
Ruang peribadi maharaja (Nahr-i-Behrsft), Ruangan Maharani (Zenana), Masjid Moti, Hayat
Bakhsh Bag,tempat bersiram diraja (Hammams), Menara Melati (Muthammam Bur), tempat
tinggal gundik-gundik dan isteri-isteri maharaja (Rang Malah), tempat tinggal peribadi maharaja
(Khas Mahal), Naqqar Khana dan ruang kerja maharaja (Shahi Burj).
k. Seni bina Makam Humayum
- mengandungi kubah, mihrab, ukiran ayat-ayat al-Quran dan kedudukan makam mengarah ke
kiblat. Terdapt juga beberapa monumen lain sepertiNai-ka-Gumbad, makam dan Masjid Isa
Khan, makam dankebun Bu Halima, makam dan Masjid Afsarwala danArab sarai.

1
Seni bina India abad ke-16M

Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk,dan reka letak yang
dibina oleh manusia. Pemerintahan kerajaan Moghul di India berakhir pada tahun 1857 M
apabila British bertindak membuang negeri pemerintahnya yang terakhir, iaitu Bahadur Shah 2.
Antara tokoh terhebat dalam kerajaan ini yang menyumbangkan kemajuan khususnya dalam
bidang seni bina ialah Syah Jehan (1627-1658 M).

CIRI-CIRI SENI BINA INDIA

Ciri-ciri seni bina kerajaan Mughal di India antaranya ialah bangunan masjid yang didirikan
dilengkapi dengan menara-menara yang dihiasi indah terutama dengan seni khat Arab. Unsur-
unsur lain ialah terdapatnya kubah-kubah bentuk baharu berupa bunga teratai yang mempunyai
puncak yang meruncing.

Binaan sebegini menggambarkan gabungan bentuk kubah gaya Parsi dengan gaya tempatan.
Pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul ini terbina yang besar dan istana yang didirikan dalam
sesebuah komplek, contohnya Masjid Lapan Mutiara di Agra.

Kubur/ Makam Diraja


Monumen lain ynag terdapat pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul ialah Kubur atau tempat
pemakaman raja-raja dan kaum kerabatnya. Bangunan yang didirikan tersebut diturap dengan
menggunakan bahan-bahan merah yang kekal lama.

Kebiasaanya bangunan berkenaan dilengkapi dengan menara yang didirikan secara khusus serta
berdiri secara bersendirian, iaitu terpisah dari kesatuan bangunan yang menjadi induknya.

Taj Mahal

Binaan yang paling mengagumkan pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul iaitu Taj Mahal.
Bangunan ini dibina di Agra sebagai tanda cinta dan kasih Syah Jehan dan isterinya, Mumtaz
Mahal. Bangunan ini didirikan dihujung sebuah kolam yang luas dengan pintu masuk berbentuk
lengkuk awan yang menawan.

Di bangunan tersebut juga didirikan masjid-masjid yang seolah-olah mempunyai tiga hingga
tujuh buah mihrab yang dibina bersebelahan. Terdapat juga masjid-masjid lain yang berdinding
tebal, tiada tingkap, dan dibuat kosong tanpa sebarang hiasan. Identitinya hanya terlihat pada
kubahnya yang runcing sahaja.

Berkaitan dengan pembinaan istana, binaannya hampir sama sebagaimana masjid, iaitu terdapat
istana di Fathpur Sikri yang didirikan oleh Akhbar diperbuat daripada batu merah yang disusun
dengan saiz yang agak besar.

Sebuah gapura yang dibina sebagai pintu masuk menyerlahkan kehebatan binaan ini. Di
sekeliling istana, terdapar tembok batu yang mempunyai ruang tempat bersemayam pemerintah
yang juga merupakan ruang rasmi pemerintah.
Kompleks ini mempunyai cirri-ciri keselamatan yang baik. Terdapat juga pintu gerbang yang
terpisah oleh sebuah lorong dan terdapat juga satu kawasan lapang yang memisahkan pintu
gerbang kedua dengan bangunan istana.

2
Dari segi bahan binaan, kebanyakannya menggunakan bahan yang berkualiti seperti marmar dan
batu merah. Permukaan dinding bangunan pula dihiasi dengan lukisan mozek yang indah,
seramik serta lukisan-lukisan dari teknik stucco.

Kota Merah, Delhi (Kubu Merah/Red Fort)

Kota Merah atau nama sebenarnya Lal Qil’ah atau Qila-Mubarak (Kota yang dirahmati). Kota ini
ialah istana bagi Maharaja Moghul serta menjadi pusat pentadbiran Delhi sehingga tahun 1857.

Penggunaa warna batu bata merah yang memperlihatkan skema warna ‘Monokrome’ digunakan
untuk membinanya.
Kota atau kubu ini terletak kira-kira 2.5km dari Taj Mahal terletak di tepi sungai Jumna.
Pembinaannya bermula pada 1638 oleh pemerintah Moghul ke-5, Maharaja Shah Jahan (orang
yang sama membina Taj Mahal) dan mengambil masa selama 10 tahun untuk disiapkan (1648)

Kota Merah ialah binaan kubu sepanjang 2km yang pernah berfungsi sebagai tembok pertahanan
terpenting penduduk Kota Delhi daripada serangan sejak zaman-berzaman.
Kubu ini dibina dengan sungai menakung air disekelilingnya sebagai benteng pertahanan
daripada dicerobohi musuh.

Monumen ini memperlihatkan seni bina campuran daripada keindahan seni bina Parsi dan
bentuk-bentuk seni bina India. Selain itu, bengunan yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia
UNESCO itu juga adalah bekas kediaman keluarga diraja Moghul.

Masjid Jama, Delhi

Tidak jauh dari Kota Merah (Red Fort) tersergam indah sebuah masjid dari kurun ke-17 iaitu
Masjid Jama yang dibina oleh pemerintah Moghul yang sama iaitu Shah Jahan untuk puterinya
Jahanara Begum. Maharaja Shah Jahan dikatakan meletakkan batu asas masjid ini dipuncak
sebuah bukit pada tahun 1650.

Nama asal Masjid Jama ialah I Jahan Numa (dalam bahasa parsi bermaksud Masjid Cermin
Dunia) dan kini lebih dikenali dengan nama Masjid Jama. Masjid ini terletak diatas sebuah bukit
yang dikenali sebagai Bhojla kerana maharaja mahukan monument masjid ini lebih tinggi
kedudukannya daripada takhtanya di dalam Kota Merah yang terletak berhadapan dengan Masjid
Jama.

Kehebatan binaan itu kekal sehingga hari ini sebagai masjid terbesar di India yang menjejaki usia
356 tahun atau satu-satunya masjid yang mempunyai Iman Diraja untuk mengetuai sembahyang
semenjak 13 generasi. Pembinaan Masjid Jama yang memakan masa selama 6 tahun dengan
kerahan tenaga seramai 5000-6000 penduduk Islam dan masjid ini dapat disiapkan pada tahun
1656.

KESIMPULAN

Sememangnya kerajaan Moghul memberikan sumbangan besar dalam bidang kebudayaan


khususnya dari aspek seni bina. Ia bukan sahaja menggunakan bahan yang kukuh bahkan yang
paling unik menggabung nilai-nilai kesenian Islam dengan unsur tempatan Parsi.

Anda mungkin juga menyukai