Anda di halaman 1dari 6

Analisis Ringkas Terhadap Aliran Khawarij & Mur’jiah

Serta Kesannya Terhadap Umat Islam

Pendahuluan

Aliran Khawarij adalah suatu kelompok pada awalnya adalah pengikut Ali Bin Abi
Thalib. Namun mereka keluar meninggalkan kelompok itu kerana tidak bersepakat dengan
sikap Khalifah Ali terhadap keputusan yang menerima pembubaran atau tahkim dalam
Perang Siffin dengan kumpulan pemberontak Mu’awiyah Bin Abi Sofyan. Kumpulan ini
pada mulanya berpendapat Ali Bin Abi Thalib dan pasukannya sebagai pihak yang benar
kerana Ali adalah khalifah yang sah dan telah di bai’at oleh majoriti kaum muslimin,
manakala Mu’awiyah pula berada dipihak yang salah kerama melakukan pemberontakan
kepada khalifah yang sah.

Pada perang tersebut khalifah Ali Bin Abi Talib hampir memperolehi kemenangan
tetapi disebabkan Ali menerima pujukan damai dari Mua’wiyah , maka kemenangan yang
telah hampir diraih itu hilang. Perkara ini yang menyebabkan permulaan ketidakpuasan hati
sebahagian penyokong Ali dan akhirnya mereka keluar dari pasukan itu.

Kemudian mucullah semboyan “La hukma illa lillah”bermaksud tiada hukum kecuali
untuk Allah. Dari mulanya hanya disebabkan pertikaian khilafah dan tahkim seterusnya
menjurus pula kepada persoalan keyakinan dan kepercayaan1

Kesimpulan dari tahkim ini, telah timbul dua golongan terpisah iaitu Khawarij dan
Mur’jiah, Khawarij memandang orang-orang yang terlibat dalam tahkim adalah termasuk
dalam golongan pelaku dosa besar dan telah menjadi kafir.

Dalam suasana kucar-kacir inilah, menyebabkan timbulnya satu golongan baru iaitu
golongan Mur’jiah yang bersifat natural yang tidak mahu mengikut dalam keadaan kafir-
mengkafirkan. Bagi Mur’jiah sahabat-sahabat itu merupakan orang-orang yang dapat
dipercayai dan masih tidak keluar dari jalan yang benar. Oleh yang demikian mereka tidak
mengeluarkan pandangan dan pendapat tentang siapa yang sebenarnya salah dan memandang
lebih baik dan sebaiknya dibiarkan hanya Allah sahaja yang berhak menentukannya.2

1
Harun Nasution, Teologi Islam: Aliran-aliran, Sejarah, Analisa Perbandingan, Cet V, Jakarta, Penerbit
Universitas Indonesia, 1986M, halaman 6-8
2
Ibid , halaman 22
Objektif

Untuk mengenali lebih lajut mengenai dua aliran, maka akan diuraikan lebih lanjut di
dalam makalah ini, namun penulis akan merumuskan dan mengecilkan makalah ini dalam
bentuk pertanyaan iaitu :

1. Bagaimana sejarah permulaan Khawarij dan Mur’jiah


2. Bagaimana perkembangan Khawarij dan Mur’jiah
3. Tokoh-tokoh perkembangan Khawarij dan Mur’jiah
4. Pemikiran dan doktrin yang do bawa Khawarij dan Mur’jiah
5. Kesan aliran Khawarij dan Mur’jiah terhadap umat Islam
Sejarah permulaan Khawarij

Muhammad ibn ‘Abdu al-Karim al-Syahrastan’, mengatakan bahawa istilah Khawarij


digunakan untuk mengelar kelompok masyarakat yang memberontak dan tidak mengakui
keabsahan imam yang baik pada zaman sahabat di zaman Khulafa’ al-Rashidin atau pada
zaman tabiin dan para imam (pemimpin) di sepanjang zaman.3

Imam al-Nawawi, menjelaskan Khawarij adalah satu kelompok ahli bidáh yang
menyakini bahawa orang yang melakukan dosa besar menjadi kafir dan kekal di dalam
neraka. Oleh disebabkan yang demikian, mereka membangkang terhadap imam dan tidak
mahu menghadiri solat Jumaat dan solat berjemaah.4

Ibnu Taimiyah menyatakan mereka adalah kelompok yang menghunuskan pedang dan
melakukan peperangan. Mereka membangkang terhadap kelompok ketika memerangi
manusia. Sehingga kini kewujudan mereka tidak diketahui kebanyakan orang. Ini bermaksud
mereka terlepas dari agama adalah mereka keluar dengan menghalalkan darah dan harta
kaum Muslimin.5 Ibnu Taimiyah menyatakan bahawa kaum Khawarij ini bukanlah kelompok
perang tertentu yang dikenali dalam lipatan sejarah.

Ibnu Hajar Asqalani berpendapat, Khawarij adalah kata jamak dai perkataan kharijah
beerti sekumpulan orang. Mereka adalah ahli bid’ah dan dinamakan demikiana adalah kerana
mereka telah keluar dari sialam dan telah melakukan pemberontakan serta pembelotan dari
pemimpin kaum Muslimin.6

Ibnu Nujaim al-Hanafi berkata, Khawarij adalah kaum yang memiliki kekuatan
tersendiri, mereka membelot dari iman dengan pandangan mereka sendiri. Mereka
berpandangan bahawa iman itu batil dan kufur atau melakukan kemaksiatan yang harus
diperangi. Mereka menghalalkan darah dan harta umat Islam dengan pandangan mereka itu.7

3
Muhammad ibn ‘Abdu al-karim al-Sharastain, al-nihal (Beirut : Dar al-Ma’rifah, 2000) halaman 114
4
Muhyi al-Din Yahya ibn Syaraf al-Nawawi, Sharhu al-Nawawi ‘ala Shahih Muslim (Beirut : Dar Ilya al-turats,
1392H) halaman 10:51
5
Ahmad Ibn Abdi al-Halim Ibnu Taimiyah, al-Nubuwwat (Beirut: Dar al-Kitab Al-Arabi,1985) halaman 222
6
Ibnu Hajar Ahmad ibn Ali al-Asqalani, Hadyu al-Sari; Muqaddima Fath Bari(Beirut : Dar al-Marifah, t.th)
halaman 283.
7
Badri al-Din al-Áini, undah al-Qari Sharh Sahih al-Bukhari (Beirut : Dar Ilya al-Turats al-Arabi, t.t), halaman
24:84.
Dari definisi yang dikemukakan para ulama salaf tersebut, bahawa kelompok
Khawarij yang menafikan imam (pemimpin) umat Islam. Mereka menghalalkan darah kaum
Muslimin kerana berpandangan kufur dengan melakukan pembelotan.

Orang-orang Khawarij di zaman dahulu adalah golongan yang taat beribadah, rajin
berpuasa dan rajin membaca al-quran dan bahkan mereka mampu melebihi para sahabat.
Khawarij modern tidak jauh berbeza dengan dahulunya. Secara zahirnya, mereka akan
kelihatan seperti orang-orang soleh dan kelihatan seperti ahli pakar dalam Islam. Namun pada
hakikatnya mereka adalah golongan yang ekstrimis, radikal serta mempunyai keyakinan yang
menyesatkan untuk golongan ulmat Islam, mereka juga sukakan peperangan dan
pembunuhan,keadaan ini anat nerugikan umat Islam seluruh dunia.
Sejarah permulaan Mur’jiah

Sikap saling mengkafirkan dari Syiáh dan Khawarij terhadap golongan lain
menyebabkan munculnya golongan lain yang terbentuk dari gabungan beberapa sahabat Nabi
sendiri iaitu golongan Murji’ah, mereka benci terhadap pertikaian dan pertentangan yang
berlaku dalam keadaan kafir-mengkafirkan antara satu sama lainnya, kemudian mereka
membuat langkah-langkah tersendiri yang natural dan tidak berpihak pada mana-mana pihak.

Golongan Murjiáh ini mula-mua muncul di Damascus pada akhir abad pertama
hijrah.8 Nama Murji’ah berasal dari kata irja atau arjaá yang bererti penundaan, penangguhan
dan pengharapan. Kata ar’ja bermakna memberi harapan iaitu memberi harapan kepada
pelaku dosa besar untuk memperolehi keampunan dan Rahmat dari Allah. Selain itu, arja’á
juga bermaksud meletakkan di belakang atau mengemudiankan iaitu orang yang
mengutamakan iman daripada amal. Oleh yang demikian, Murji’ah bererti orang yang
menunda penjelasan kedudukan seseorang yang bersengketa (Ali dan Muawiyah serta
pengikutnya) sehingga hari kiamat.9

Ada beberapa teori yang berkembang berkenaan asal usul kemunculam Murji’áh.
Teori pertama, mengatakan bahawa golongan irja atau arjaá dipelopori oleh sebahagian
sahabat dengan tujuan untuk menjamin kesatuan umat Islam ketika terjadinya pertikaian
politik. Murji’ah sebagai golongan politik ataupun Teologis dikatakan muncul bersama
dengan Syiáh dan Khawarij. Mur’jiah adalah musuh kepada golongan Khawarij.10

Teori lain mengatakan bahawa Murjiáh muncul pertama kalinya sebagai gerakan
politik yang dibawa oleh cucu Ali bin Abi Tholib iaitu Al-Hassan bin Muhammad Al-
Hanafiah sekitar tahun 695 M. Dengan gerakan politik tersebut Al-Hassan bin Muhammad
Al-Hanafiyah telah mencuba untuk menanguhkan pepecahan umat Islam. Ia mengelakkan
diri dari berdamping dengan golongan Syi’ah yang terlampau mengagungkan Ali dan para
pengikutnya, serta menjauhkan diri dari Khawarij yang menolak mengakui ke khalifahan
Muawiyah.11

8
Nasir, Sahilun A, Prof. Dr K.H, Pemikiran Kalam (teologi Islam), Rajawali pers, Jakarta: 2010 halaman 162.
9
Cyril Glasse. The Concise Encyclopedia Of Islam. Staccny International, London, 1989. Halaman 288-289.
10
W.Montgomery Watt. Islamic Philosophy ang Thelogy : An Extanded Survey. At Uni, Press, Eidenburgh,1987,
halaman 412.
11
Gibb and J.H Krammers.loc.cit
Teori lain mengatakan bahawa ketika permusuhan berlaku antara Ali dan Muawiyah,
telah dilakukan pembubaran (Tahkim) atas usul dari Amr bin Ash (salah seorang dari
kumpulan Muawiyah). Kumpulan Ali terpecah dan menjadi dua bahagian iaitu kumpulan pro
dan kontra. Kumpulan kontra akhirnya menyatakan keluar dari kelompok tersebut dinamakan
sebagai Khawarij. Khawarij berpendapat bahawa Tahkim bertentangan dengan al-Quran atau
dalam pengertian lain iaitu tidak bertahkim berdasarkan hukum Allah dikatakan dosa besar
dan pelakunya dihukum dengan kafir sama dengan perbuatan dosa besar lainnya seperti :
zina, riba, membunuh tanpa alasan, derhaka terhadap orang tua, dan memfitnah wanita yang
baik-baik. Pendapat tersebut ditentang segolongan sahabat yang kemudiannya disebut sebagai
Murji’ah. Murji’ah mengatakan bahawa pembuat dosa besar tetap mukmin, tidak kafir
sementara dosanya diserahkan kepada Allah, untuk diampunkan atau tidak.12

Secara kesimpulannya Murji’ah adalah golongan yang memisahkan amal dari keimanan,
sehingga menurut mereka suatu kemaksiantan itu tidak mengurangi keimanan seseorang.13

12
Abdul rozak, Rosihan Anwat, Ilmu Kalam, (Bandung: Pustaka Setia, 2001) halaman 56
13
Harun Nasution, Teologu Islam, Jakarta, Universitas Indonesia, 1972, halaman 26-32

Anda mungkin juga menyukai