Anda di halaman 1dari 3

LAMPIRAN 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN


TUGASAN KERJA KURSUS TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN
HIASAN

TAHUN AKADEMIK: 2018

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: RBTS3113 Semester / Tahun: Semester 2 / Tahun 3


Ambilan: JUN 2015
Nama Kursus: TEKNOLOGI
PEMELIHARAAN IKAN HIASAN Kumpulan: 6 PISMP RBT

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Akhir/ Hantar


1. Amali Setting Up Akuarium
8 April 2018

2. Laporan Amali 8 April 2018 12 April 2018

Hasil Pembelajaran Kursus:

Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Membincangkan kepentingan pemeliharaan ikan hiasan secara berkumpulan. (C4,


PLO1, PLO3, CTPS1)
2. Merancang projek pemeliharaan ikan hiasan melalui aktiviti amali. (C3, P6, A4, PLO1,PLO1,
PLO2)
3. Menganalisis aspek penyediaan, pengurusan dan pembiakan ikan hiasan. (C4, A3,PLO1,
PLO3, CTPS2)
4. Melaksanakan projek amali pemeliharaan ikan hiasan dalam akuarium. (C6, P4, A4,
PLO2)
5. Menyediakan dokumentasi pengurusan kewangan projek pemeliharaan ikan hiasan melalui
rujukan pelbagai sumber maklumat. (C6, PLO1, PLO6, LL3)

Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 2, 3, 4 dan 5

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar akan dapat:

1. Mengaplikasi kemahiran teknikal berkaitan pemeliharaan ikan hiasan melalui kerjasama


berpasukan dalam aktiviti amali.
2. Menganalisis dari sudut penyediaan, pengurusan dan pembiakan ikan hiasan.
3. Menyediakan laporan amali bagi aktiviti pemeliharaan ikan hiasan
4. Menyediakan perancangan bagi aktiviti pemeliharaan ikan hiasan
5. Merancang pengurusan pemeliharaan ikan hiasan melalui aktviti amali.
6. Menyediakan anggaran perbelanjaan bagi aktiviti pemeliharaan ikan hiasan
7. Menyediakan dokumentasi pengurusan kewangan projek pemeliharaan ikan hiasan melalui
rujukan pelbagai sumber berasakan uian amali yang dijalankan
.
LAMPIRAN 1

Teknologi pemeliharaan ikan hiasan semakin berkembang pesat dan diminati oleh golongan
dewasa dan kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, bermula dari pendidikan rendah lagi guru perlu
memberi pendedahan kepada minat murid di sekolah rendah terhadap pemeliharaan ikan hiasan.
Sebagai seorang bakal guru Reka Bentuk dan Teknologi, anda perlu meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran dalam bidang berkaitan supaya dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki melaksanakan tugasan berikut.

TUGASAN 1: UJIAN AMALI (55%) - Kerja Kumpulan

Menjalankan amali setting up akuarium, memasukkan dan pengurusan ikan.

1. Membuat setting up mengikut plan akuarium yang disertakan dalam perancangan.

2. Menjalankan kerja amali setting up akuarium hingga pengurusan ikan hiasan.

3. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah:

 Melakukan proses kerja/aktiviti projek amali


 Penyediaan bahan dan alatan
 Pengurusan ikan
 Kreativiti dan keaslian
 Mengamalkan langkah kerja/aktiviti dan keselamatan
 Penggunaan kaedah setting up akuarium yang sesuai.

TUGASAN 2: LAPORAN AMALI PROJEK (15%) - Kerja Individu

1. Menghasilkan satu laporan ringkas aspek penyediaan, pengurusan, pembiakan ikan dan
pengurusan kewangan kerja projek amali setting up akuarium yang telah dijalankan.

2. Menyediakan bahan bukti proses setting up akuarium hingga memasukkan ikan.

3. Gambar-gambar sebenar aktiviti disertakan.

4. Buat laporan 5-8 muka surat berkaitan amali yang telah dijalankan.

5. Gambar-gambar sebenar aktiviti (alatan, bahan, kerja amali dan lain-lain disertakan).

6. Cadangan penambahbaikan jika perlu

7. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:


 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini
 Font Arial
 Saiz huruf – 11
 Langkau 1.5 baris
LAMPIRAN 1

Disediakan oleh: Disemak oleh:

____________________________ _____________________________
(Nama: ) (Nama: )

Pensyarah / Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME) / Penyelaras Kursus /


Pensyarah Kanan

Disahkan oleh:

_____________________________
(Nama: )

Ketua Jabatan