Anda di halaman 1dari 1

KEJADIAN buli di sekolah merupakan masalah disiplin yang sukar dibanteras, dan

ia mungkin membawa kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian


yang dijalankan di sekolah-sekolah Malaysia menunjukkan ego, cepat marah, balas
dendam, rasa seronok, pengaruh mereka yang lain.

Setiap hari terdapat pelajar yang takut untuk ke sekolah kerana khuatir akan
dibuli, satu kesan negatif dalam kehidupan pelajar. Mangsa-mangsa buli takut untuk
ke sekolah kerana mereka menjadi sasaran buli. Rasa takut ini membawa
perubahan dalam tingkah laku mereka; ponteng sekolah, kemurungan dan pelbagai
tingkahlaku yang membawa kepada kegagalan mereka di sekolah.

Bagi pembuli, niat mereka hanya semata-mata untuk menunjukkan kekuatan


mereka, sementara ada pula yang beranggapan inilah satu-satunya cara untuk
menunjukkan kehebatan mereka. Juga rasa rendah diri dikaitkan dengan perbuatan
buli, di mana mereka yang kurang keyakinan diri menjadikan mereka yang lebih
lemah sebagai mangsa mereka.
Buli fizikal merangkumi perbuatan seperti memukul, menumbuk, menyepak,
mengugut, menampar, menarik, menolak, atau mencubit untuk menyebabkan
kecederaan kepada mangsa. Di sekolah-sekolah, kejadian buli perlu dikenalpasti di
peringkat mikro sebelum ia merebak ke peringkat makro..
Satu program menyeluruh membabitkan keseluruhan jentera sekolah, iaitu
guru dan ibu bapa mesti dijalankan dengan penuh tanggungjawab supaya kita dapat
membangunkan modal sumber manusia berkualiti demi negara tercinta kita.
Keluarga adalah titik tumpuan penting dalam proses memahami dan menambahbaik
nilai-nilai peribadi serta persekitaran komuniti dalam kalangan anggota keluarga
pelajar. Akhir sekali, peranan keluarga penting kerana tunjuk ajar ibu bapa yang
membentuk personailti setiap pelajar.Jauhi Buli. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai