Anda di halaman 1dari 14

Kaedah Pembelajaran Kolaboratif

Pengenalan: Definisi kaedah pembelajaran koperatif dan perbezaan diantara kaedah


kolaboratif dan juga kaedah koperatif.

Di dalam konteks pendidikan, pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif
membawa maksud aktiviti pembelajaran sekumpulan murid, di bawah bimbingan guru
bertukar-tukar idea melalui perbincangan atau menyumbang kemahiran masing-masing
dengan tujuan menyelesaikan masalah atau menjalankan sesuatu projek ditugaskan. Di
dalam perkataan yang lain, pengajaran pembelajaran kolaboratif dan koperatif merujuk
kepada suatu strategi dan kaedah mengajar di mana guru membimbing murid-murid di
dalam kumpulan pelbagai kebolehan, bekerjasama dan tolong-menolong di antara mereka
untuk menyelesaikan sesuatu kerja kursus atau projek yang disediakan.

Kolaboratif dan juga kaedah koperatif merupakan suatu kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan oleh guru dengan membentuk suatu kumpulan di dalam
suatu kelas dengan tugas guru hanya sebagai pembimbing. Selain itu, matlamat di dalam
kedua-dua kaedah ini adalah untuk menyelsaikan sesuatu masalah. Akan tetapi, sebenarnya,
kedua-dua kaedah amat berbeza dan perkara ini amat penting untuk difahami supaya
perbezaan antara kedua kaedah ini dapat dimengertikan. Sekarang mari kita lihat definisi
khusus bagi kaedah kolaboratif

Kaedah Pembelajaran Kolaboratif adalah satu proses yang menggalakkan pelajar melibatkan
diri dalam aktiviti yang diadakan secara langsung atau secara berurutan dengan beberapa
orang pelajar yang lain. Pembelajaran ini juga menekankan konsep bahawa setiap pelajar
belajar dari pelajar yang lain (Wan Zah Wan Ali, 2007).

Pembelajaran koperatif pula merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid
dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat
yang sama (Slavin, 1982).

Pada tahap definisi ini, mungkin ramai menganggap bahawa kaedah kolaboratif dan
koperatif merupakan kaedah yang hampir sama. Namun, mengikut John Myers (1991),
pembelajaran koperatif mementingkan proses bekerjasama dalam pembelajaran manakala
pembelajaran koperatif menegaskan hasil atau produk pembelajaran. Hal ini disokong
dengan definisi oleh seorang lagi tokoh iaitu Panitz (1996), ‘Collaboration is a philosophy of
interaction and personal lifestyle whereas cooperation is a structure of interaction designed
to facilitate the accompolishment of an end product or goal”. Jelas sekali di sini bahawa
Panitz dan Myers telah mengutarakan bahawa pembelajaran kolaboratif mementingkan
hubungan di antara ahli kumpulan atau interaksi mereka manakala di dalam pembelajaran
koperatif pula mementingkan hasil akhir sesuatu tugasan itu. Selain itu, antara perbezaan
dua kaedah ini ialah kaedah pembelajaran kolaboratif mengorganisasi usahasama dan
berunding sesama ahli kumpulan tentang peranan masing-masing untuk mengkritik dan
membincangkan tugasan manakala di dalam kaedah koperatif pula peranan antara ahli
adalah spesifik.

2.2 Definisi kaedah pembelajaran kolaboratif mengikut pandangan sendiri.

Berdasarkan hasil kajian dan analisis yang dilakukan, kesimpulan bagi takrif kaedah
pembelajaran kolaboratif ialah suatu pembelajaran berkumpulan yang mempunyai tujuan
untuk menyelesaikan suatu masalah bersama-sama dengan menitik beratkan konsep
melakukan bersama-sama serta mengamalkan kepentingan hubungan interaksi di dalam ahli
kumpulan. Hal ini kerana, sudah jelas bahawa pembelajaran kolaboratif itu sendiri
mementingkan hubungan interaksi di antara ahli kumpulan dan bukannya hasil akhir sesuatu
tugasan. Di dalam konteks yang lain dapat dinyatakan bahawa kuantiti amat dititkberatkan
dan bukannya kualiti. Jadi, pembelajaran ini mengharapkan agar semua ahli kumpulan
bekerjasama di dalam menyelesaikan tugasan-tugasan yang diberikan.

2.3 Matlamat di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif.

Prinsip-prinsip kaedah pembelajaran kolaboratif.

 Mempunyai semangat kesalingbergantungan yang positif, iaitu murid-murid tetap


percaya bahawa mereka adalah bersama hati ke arah mencapai prestasi yang
cemerlang bukan sahaja bagi diri sendiri tetapi juga bagi semua anggota kumpulan
 Kemahiran sosial yang penting serta perlu untuk komunikasi yang berkesan,
berkongsi kemahiran kepimpinan, membina kepercayaan di antara satu sama lain,
dan menguruskan konflik.
 Kesedaran akauntabiliti individu, iaitu setiap anggota dalam kumpulan akan sedar
tanggungjawabnya terhadap prestasi semua anggota. Dengan perkataan lain, setiap
anggota dikehendaki menyumbangkan kemahiran dengan usaha sepenuhnya untuk
menjayakan projek yang dtugaskan
 Penilaian kumpulan dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan kelancaran
aktiviti pembelajaran serta kejayaan projek.

2.8 Kelebihan Kaedah pembelajaran kolaboratif dan faedahnya kepada guru-guru dan murid-
murid.

Terdapat banyak kelebihan di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif ini. Antara kelebihan
yang dapat dilihat ialah membina hubungan interaksi sosial yang lebih baik. Seperti mana
yang diketahui, di dalam sesebuah kelas, terdapat pelbagai jenis murid-murid seperti murid
yang banyak bercakap dan juga kurang bercakap. Melalui kaedah pembelajaran kolaboratif
ini, secara tidak langsung ia mampu untuk membina sebuah hubungan interaksi sosial yang
baik. Murid-murid yang kurang bercakap lama-kelamaan akan mula bercampur dengan
murid-murid yang lain di dalam kelas sewaktu pembelajaran. Hal ini memberikan faedah
kepada murid-murid dengan memberikan keyakinan dan berani untuk bercakap.

Selain itu, kaedah ini juga mampu untuk membina sikap sentiasa menghargai orang lain.
Di dalam sebuah perbincangan, sudah tentu pelbagai idea akan dikeluarkan oleh setiap ahli
kumpulan. Ahli setiap kumpulan akan dilatih untuk menghargai idea-idea dan sumbangan
daripada ahli-ahli kumpulan yang lain. Sikap ini secara tidak langsung akan membantu untuk
mengikis sikap negatif seperti sombong, bongkak, ego, dan sebagainya. Di sini, ia
memberikan faedah kepada murid-murid untuk memupuk sikap yang baik.

Manfaat yang ketiga pula ialah membenarkan komunikasi terbuka serta memanfaatkan
aktiviti perkongsian maklumat. Di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif, guru hanya
bertindak sebagai fasilitator atau pembimbing sahaja. Tugasan atau soalan-soalan akan
diberikan kepada kumpulan-kumpulan dan mereka akan bersama-sama menyelesaikan
masalah dan tugasan tersebut. Harus diingat bahawa perkara yang paling penting di dalam
kaedah pembelajaran kolaboratif ialah hubungan interaksi sesama ahli kumpulan dan
bukannya hasil akhir. Di dalam perbincangan ini, setiap ahli kumpulan bebas untuk
mengutarakan pendapat masing-masing dan secara tidak langsung aktiviti perkongsian
maklumat akan berlaku. Menariknya, di dalam aktiviti perkongsian maklumat ini, pelajar
akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada dan secara tidak langsung
pendekatan konstruktivisme iaitu pembelajaran daripada pengetahuan sedia ada dilakukan.
Di sini, guru telah mendapat faedahnya, iaitu dapat memberikan pengetahuan yang luas
kepada murid walaupun bukan secara terus. Kepada murid pula, mereka dapat mengetahui
pendapat yang berbeza-beza dan sekaligus memberi pengetahuan yang lebih baik.

Seterusnya, di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif, hubungan sosial dalam


perbincangan berbentuk ilmiah akan dijalankan. Boleh dikatakan kebanyakan kanak-kanak
akan membina sendiri hubungan persahabatan di sekolah, namun kebanyakan aktiviti sosial
mereka menjurus ke arah bukan ilmiah seperti bermain semasa rehat, berjalan bersama-
sama untuk pergi dan pulang ke sekolah, bermain pada waktu petang bersama rakan-rakan
sekelas dan banyak lagi. Akan tetapi di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif, hubungan
aktiviti sosial mereka lebih menjurus ke arah ilmiah. Hal ini adalah penting bagi mereka
supaya mereka dapat merasai suasana berbincang di dalam keadaan separa formal. Sudah
tentu sewaktu pembelajaran mereka kurang untuk berbincang mengenai perkara-perkara
lain selain daripada pelajaran. Hal ini secara langsung memberi mereka gambaran di dalam
keadaan perbincangan yang lebih formal seperti mesyuarat apabila mereka bekerja suatu
hari nanti. Hal ini seperti di perenggan yang pertama dapat memupuk sikap yakin kepada
murid-murid yang terlibat di dalam perbincangan.

Pemupukan nilai-nilai murni merupakan antara agenda yang penting di dalam kaedah
pembelajaran kolaboratif. Antara nilai-nilai murni yang terdapat di dalam kaedah
pembelajaran kolaboratif ialah sikap bertanggungjawab, hormat-menghormati, saling
menyokong, kesepakatan, bertolak ansur dan percaya kepada setiap ahli kumpulan. Selain
itu, sikap berani di dalam mengeluarkan idea juga dapat dipupuk. Di sini, guru-guru
mendapat faedahnya kerana melalui kaedah pemebelajaran ini, secara tidak langsung guru-
guru dapat mengajar murid-murid mengenai sikap atau nilai-nilai murni yang perlu ada pada
murid-murid.

Selanjutnya, di dalam kaedah pembelajaran ini, para pelajar akan menjadi lebih
cenderung untuk berfikiran lebih kreatif. Hal ini kerana mereka sentiasa mendengar
pandangan yang berbeza-beza daripada setiap ahli kumpulan dan daripada sinilah otak
mereka akan sentiasa bergerak dan menjana untuk menjadi seorang insan yang lebih kreatif.

Kaedah pemebelajaran kolaboratif juga adalah sesuatu perkara yang mustahak di dalam
mewujudkan kehidupan demokrasi dan kehidupan yang lebih harmoni. Demokrasi dalam
kata yang mudahnya, setiap orang akan bebas untuk mengutarakan pendapat mereka
sendiri. Sehubungan dengan itu, di dalam sesetangah kelas terdapat murid-murid yang
terdiri daripada pelbagai kaum. Guru yang baik akan mencampurkan mereka supaya setiap
ahli kumpulan terdiri daripada ahli yang berlainan bangsa. Melalui kaedah ini, secara tidak
langsung, hubungan baik antara kaum akan dapat dieratkan dan mewujudkan suasana yang
lebih harmoni.

Akhir sekali, di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif, pastinya akan berlaku konflik di
antara ahli kumpulan. Tanpa sedar, setiap pelajar secara tidak langsung, pelajar akan belajar
bagaimana untuk menguruskan konflik yang berlaku melalui penyelesaian konflik itu
bersama-sama. Di sini, secara tidak langsung murid-murid belajar kemahiran penyelesaian
masalah di samping menjalankan aktiviti pembelajaran.

2.9 Keburukan di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif dan cara penyelesaiannya.

Sudah menjadi lumrah, tiada apa di dunia ini yang sempurna. Setiap perkara ada baik dan
buruknya. Begitu juga di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif.

Antara perkara utama yang menjadi persoalan di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif
ialah setakat mana pelajar memberi sumbangan di dalam perbincangan bersama ahli
kumpulan. Hal ini berhubung dengan isu tanggungjawab di dalam kumpulan. Tidak dinafikan
sesetengah pelajar akan memikirkan bahawa jika mereka tidak memberi sumbangan di
dalam perbincangan, kerja masih akan disiapkan kerana mereka mempunyai ahli kumpulan
yang lain, dan perkara ini memang kerap berlaku di dalam kumpulan. Di dalam perkara guru
yang bertindak sebagai fasilitator dan penilai terhadap tugasan yang diberikan, guru perlu
mengambil tahu perkembangan yang berlaku di dalam setiap ahli kumpulan secara rawak.
Sekurang-kurangnya, guru dapat memerhatikan ahli kumpulan mana yang tidak memberi
penglibatan yang baik di dalam kumpulan. Jadi, sebagai seorang fasilitator dan pembimbing,
tidak salah bagi seorang guru untuk menegur mana-mana ahli kumpulan yang tidak
bertanggungjawab.
Selain itu, masalah berpuak-puak di dalam kumpulan juga menjadi salah satu keburukan
di dalam kaedah pembelajaran ini. Contoh bagi situasi bagi kes ini ialah seperti berikut.
Seorang guru telah mebahagikan beberapa kumpulan di dalam sebuah kelas dan
menjalankan kaedah pembelajaran kolaboratif. Di dalam sebuah kumpulan terdapat lima
ahli. Di dalam kumpulan C, Aminah dan Siti berkawan baik dan bermusuhan dengan Ali dan
Abu yang juga berkawan baik. Di dalam perbincangan, Aminah dan Siti telah bertengkar
dengan Ali dan Abu yang mempunyai pendirian yang berbeza. Jason yang juga ahli kumpulan
itu hanya menjadi pemerhati terhadap situasi tersebut. Di dalam masalah berpuak di dalam
kumpulan, terdapat beberapa faktor yang menjadi puncanya, antaranya ialah bangsa, umur,
jantina, kenegerian, jantina, minat, dan pelbagai faktor lagi. Dalam permasalahan ini, guru
haruslah bijak untuk mengatur kumpulan yang baik dengan menganalisis rantaian hubungan
sosial yang baik di dalam sesebuah kelas itu. Akan tetapi, hal ini bukanlah bermaksud guru
tidak perlu mencampurkan mereka kerana jika tidak mencampurkan mereka, mereka akan
terus berpuak-puak di dalam kelas.

Selain daripada itu, pertengkaran sesama ahli kumpulan juga akan berlaku di dalam
sesebuah kumpulan. Hal ini merupakan masalah biasa yang berlaku di dalam kaedah
pembelajaran kolaboratif. Masalah ini juga bukan perkara yang perlu ditakutkan oleh
seorang guru di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif kerana di dalam sesebuah
pertengkaran atau perselisihan faham antara ahli kumpulan, mereka secara tidak langsung
akan belajar cara menguruskan konflik mereka. Namun begitu, guru harus memerhati dan
mengawasi pergerakan setiap kumpulan supaya pertengkaran tidak akan melarat kepada
pergaduhan.

Akhir sekali, antara masalah yang perlu diambil perhatian oleh guru ialah kebimbangan
masalah penakut akan berlaku terhadap salah seorang ahli kumpulan. Hal ini mungkin
berlaku apabila idea dan buah fikiran sseorang ahli kumpulan kerapkali tidak diterima.
Sebagai contoh,buah fikiran Hiziq, salah seorang ahli kumpulan C seringkali tidak diterima
oleh ahli kumpulan mereka. Hal ini telah menyebabkan Hiziq berasa dipinggirkan dan
memikirkan sama ada ahli kumpulan tidak menyukainya atau merasakan buah fikirannya
sangat tidak diperlukan di dalam kumpulan itu. Akhir sekali, Hiziq menjadi seorang yang
pendiam dan seringkali takut untuk memberikan ideanya. Jadi, berbalik kepada konsep
kolaboratif iaitu tidak mementingkan hasil akhir tugasan sebaliknya hubungan interaksi,
guru-guru hendaklah membimbing setiap kumpulan bahawa sentiasa berusaha untuk
menghargai idea setiap ahli kumpulan yang baik. Selain itu, guru-guru juga harus
membimbing murid-murid cara-cara untuk menafikan pendapat orang lain namun dalam
keadaan yang lebih sopan sebelum memulakan aktiviti kolaboratif.

2.10 Aplikasi kaedah pembelajaran koperatif di dalam kelas.


Pertama sekali, setiap guru yang bertingdak sebagai fasilitator atau pembimbing sewaktu
pembelajaran kolaboratif berlaku, perlulah membahagikan murid-murid kepada kumpulan
mengikut faktor-faktor yang sesuai seperti saiz kumpulan dan ahli-ahli di dalam kumpulan.
Beberapa faktor perlulah dititikberatkan seperti percampuran jantina, minat, rantaian
hubungan sosial di dalam kelas, kaum, dan lain-lain. Hal ini untuk membina hubungan yang
lebih baik di dalam kelas. Konflik yang berlaku di dalam kumpulan akan menjadikan mereka
lebih matang di dalam menyelesaiakan sesuatu konflik.

Guru perlulah menerangkan tugasan atau permasalahan yang perlu dibincangkan di


dalam kumpulan. Seterusnya, guru perlulah menerangkan prosedur pelaksanaan aktiviti jika
diperlukan.

Selanjutnya, guru perlu menegaskan setiap anggota di dalam kumpulan akan sikap
bertanggungjawab dan akauntabiliti masing-masing. Penglibatan setiap pelajar adalah
penting untuk menjayakan kaedah pembelajaran kolaboratif ini.

Seterusnya, guru sebagai pembimbing perlulah sentiasa mengingatkan murid-murid


akan harga sebuah kejayaan bersama-sama. Hal ini berbalik kepada konsep utama kaedah
pembelajaran kolaboratif iaitu hubungan interaksi sosial di dalam kumpulan. Akhir sekali,
guru-guru perlulah sentiasa memantau pergerakan setiap kumpulan di dalam kelas. Selain
daripada untuk kegunaan menaksir atau menilai tugasan yang diberikan, guru juga perlu
sentiasa memantau untuk memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar.

PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
Apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran konstruktivisme? Istilah konstruktivisme ini
merujuk kepada idea bahawa pelajar membina pengetahuan untuk diri mereka sendiri.
Setiap pelajar secara individu(dan sosial) membina makna contoh seperti dia belajar
membina makna bagi sesuatu pembelajaran. Konstruktivisme juga berasaskan pandangan
bahawa proses pembelajaran adalah aktif dan dinamik. Ia berkembang sedikit demi sedikit
sepanjang hayat seorang individu. Dalam erti kata lain, apa yang dilalui dalam kehidupan
seorang individu merupakan himpunan kesemua pengalaman yang dialami oleh manusia.
Seseorang individu akan membina atau konstruk ilmu pengetahuan dengan usaha sendiri
dan bukan menguasainya daripada orang lain semasa proses ini.

Pembinaan ilmu adalah satu proses semulajadi. Menurut penyokong konstruktivis, apabila
manusia berhadapan dengan sesuatu yang tidak diketahui, mereka ingin memahaminya.
Naluri mereka akan mengaitkan maklumat baru dengan pengetahuan yang sedia ada supaya
ia menjadi satu informasi yang bermakna (Jonassen, 1996;Jones et al, 1993). Jean Piaget,
Jerome Bruner, Lev Vygotsky, John Dewey dan Seymour Papert adalah antara tokoh-tokoh
mazhab konstruktivisme terdiri daripada ahli-ahli psikologi dan pakar pendidikan. Menurut
teori konstuktivisme, pengetahuan adalah produk minda yang dibina (konstruk) dengan
pengalaman dan input baru yang diterima melalui deria-deria sebagai hasil persepsi.

Murid-murid akan membina makna bagi setiap fenomena di sekelilingnya melalui


refleksi. Mereka akan menjana peraturan dan panduan mental sendiri agar memahami dunia
sekeliling seperti dalam rumah, sekolah dan komuniti hidup seharian. Dengan itu,
pembelajaran mereka dipengaruhi oleh cara sesuatu topik dipersembahkan oleh guru-guru
dan kualiti pengalaman yang ada pada murid-murid.

PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Terdapat beberapa prinsip pemikiran konstruktivis yang kita mesti ingat apabila kita
mempertimbangkan peranan kita sebagai pendidik. Kesemua idea berikut adalah
berdasarkan pada kepercayaan bahawa pembelajaran terdiri seseorang individu itu sendiri
membina makna dan kemudiannya bagaimana mereka mempengaruhi pengetahuan sedia
ada masing-masing.

Prinsip yang pertama, pembelajaran adalah satu proses yang aktif di mana pelajar
menggunakan input deria dan membina makna daripadanya. Rumusan yang lebih tradisional
idea ini melibatkan istilah pelajar yang aktif (istilah Dewey) menekankan bahawa pelajar
perlu melakukan sesuatu; di mana pembelajaran bukanlah penerimaan pasif pengetahuan,
ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan
pengalaman sebenar..

Kedua, manusia belajar cara belajar kerana mereka belajar, dimana pembelajaran
terdiri membina makna dan membina sistem makna. Sebagai contoh, jika kita belajar
mengenalpasti sela masa dalam jadual waktu dalam mata pelajaran matematik, kita akan
belajar makna jadual dalam masa yang sama. Setiap makna kita membina membuatkan kita
lebih berupaya untuk memberi makna bagi sensasi lain yang boleh dimuatkan dalam corak
yang sama.

Selain itu, peranan tindakan yang sangat penting dalam membina makna adalah
mental: ia berlaku dalam minda. Tindakan fizikal, pengalaman secara hands-on sangat
diperlukan untuk pembelajaran, terutamanya bagi kanak-kanak. Bagi mengukuhkan lagi
pembelajaran, kita juga perlu menyediakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan minda serta
fizikal (Dewey menyebut aktiviti ini sebagai reflektif).

Seterusnya, pembelajaran melibatkan bahasa, bahasa yang kita gunakan


mempengaruhi pembelajaran. Pada peringkat empirik, penyelidik telah mendapati bahawa
individu bercakap kepada diri mereka semasa belajar. Pada peringkat yang lebih umum,
Vigotsky menegaskan bahawa bahasa dan pembelajaran adalah berkait saling berkaitan.
Perkara ini jelas ditekankan dalam merujuk kepada keperluan untuk menghormati bahasa
ibunda. Bahasa ibunda haruslah sebagai bahasa pengantar utama bagi memudahkan proses
pembelajaran.

Prinsip yang kelima pula menyatakan pembelajaran adalah aktiviti sosial, dimana
pembelajaran kita berkaitrapat hubungan kita dengan manusia yang lain, guru-guru, rakan-
rakan, keluarga serta kenalan kasual. Kita lebih cenderung untuk berjaya dalam usaha kami
untuk mendidik jika kita mengiktiraf prinsip ini dan bukannya cuba untuk mengelakkan ia.
Kebanyakan pendidikan tradisional, seperti yang ditegaskan Dewey, lebih terarah kepada
mengasingkan pelajar semua daripada interaksi sosial, dan ke arah melihat pendidikan
sebagai satu-satu hubungan antara pelajar dan bahan objektif yang perlu dipelajari.
Sebaliknya, pendidikan progresif (untuk terus menggunakan formulasi Dewey) mengiktiraf
aspek sosial pembelajaran dan menggunakan perbualan, interaksi dengan orang lain, dan
aplikasi pengetahuan sebagai aspek penting pembelajaran.

Pembelajaran juga adalah kontekstual, bermaksud kita belajar dalam hubungan apa
lagi yang kita tahu, apa yang kita percaya, prasangka kita dan kebimbangan kita. Ia menjadi
jelas bahawa ini sebenarnya adalah akibat dari idea bahawa pembelajaran adalah aktif dan
sosial. Kita tidak boleh mengelakan suatu pembelajaran dari kehidupan harian.

Selain itu, pengetahuan juga diperlukan untuk seseorang itu belajar. Adalah sesuatu
yang tidak mungkin untuk sesorang itu mengasimilasikan pengetahuan baru tanpa
mempunyai beberapa struktur yang dikembangkan dari pengetahuan sebelumnya untuk
dibina. Lebih banyak kita tahu, lebih banyak kita boleh belajar. Oleh itu, sebarang usaha
untuk mengajar mesti dihubungkan dengan keadaan pelajar, mesti diwujudkan laluan ke
arah subjek bagi pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada.

Prinsip yang kelapan pula adalah mempelajari sesuatu perkara memerlukan masa,
pembelajaran bukanlah terbina secara serta-merta. Untuk pembelajaran yang signifikan, kita
perlu melewati semula idea, cuba untuk bermain dengan idea-idea bagi menyesuaikan
dengan pengajaran dan menggunakan idea-idea. Ini tidak boleh berlaku dalam 5-10 minit .
Jika anda memikirkan tentang apa yang anda telah belajar, anda akan menyedari bahawa ia
adalah hasil dari sesuatu pengulangan pendedahan dan pemikiran.

Prinsip yang terakhir pula menegaskan bahawa motivasi adalah satu komponen
penting dalam pembelajaran. Bukan sahaja membantu pembelajaran, motivasi juga adalah
penting untuk pembelajaran. Idea motivasi ini diilhamkan untuk merangkumi pemahaman
cara di mana pengetahuan yang boleh digunakan. Melainkan kita tahu "sebab mengapa",
kita tidak boleh sangat terlibat dalam menggunakan pengetahuan yang boleh diterapkan
dalam diri kita. Walaupun dengan pengajaran paling teruk dan langsung.

1.3 CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Ciri paling penting pembelajaran konstruktivisme ialah murid-murid bertanggungjawab ke


atas pembelajarannya.Guru-guru mesti sedar tentang corak mental pelajar yang membantu
mereka mengerti dunia dan membuat andaian-andaian untuk menyokong pemikiran
mereka. Dalam teori konstruktivisme, pembelajaran bukan merupakan satu proses
penghafalan maklumat di mana jawapan betul diberikann oleh guru-guru.

Justeru itu, pembelajaran mesti bermula dengan isu-isu yang berkait rapat dengan
minat dan naluri ingin tahu murid-murid.Pemahaman sesuatu topic pembelajaran harus
dibuat secara menyeluruh dan sebagai kaitan di antara bahagia-bahagian yang kecil.Jusyeru
itu, pembelajaran berpusatkan kepada penguasaan konsep-konsep asas.

Guru-guru juga harus mendorong proses pembelajaran murid-murid dengan


mengemukakan soalan-soalan terbuka yang sering mengadakan perbincangan kumpulan di
kalangan murid-murid.

Teori konstruktivis tidak menggalakkan pernilaian sumatif yang berpusat ; sebaliknya,


penilaian harus formatif dan berterusan dan dijalankan serentak dengan proses pembinaan
dan penguasaan ilmu. Oleh yang demikian, penggubal kukirikulum konstraktivis perlu
menggalakkan pembinaan kurikulum yang dinamik dan berubah-berubah berdasarkan
pengetahuan sedia ada individu serta penyelesaian masalah secara praktikal.

PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME MENURUT TOKOH-TOKOH UTAMA


Jean Piaget menyatakan pembentukan struktur mental melalui skema, asimilasi dan
akomodasi. Konsep dasar organisasi dan adaptasi proses intelek mengikut ke Piaget, iaitu:
skema yang dilihat dilihat sebagai sekumpulan konsep, asimilasi pula merupakan peristiwa
padanan maklumat baru dengan maklumat lama yang telah berlaku terhadap seseorang dan
sementara itu akomodasi adalah sesuatu yang berlaku apabila maklumat baru dan
maklumat lama kembali tidak sepadan kemudian dibandingkan dan diselaraskan dengan
maklumat lama. Keseimbangan akan dicapai apabila pelajar mengiktiraf maklumat baru.

Menurut Jerome Bruner, pembelajaran melalui penemuan ; pembentukan konsep.


Pembelajaran secaraa penemuan adalah berasaskan penyelidikan, teori pembelajaran
konstruktivis yang berlaku dalam menyelesaikan masalah situasi di mana pelajar
menggunakan pengalaman yang sedia dan pengetahuan sedia ada untuk mengetahui fakta
dan hubungan dan kebenaran baru yang perlu dipelajari.

Pelajar berinteraksi dengan dunia dengan meneroka dan memanipulasi objek,


bergelut dengan soalan dan kontroversi, atau melaksanakan eksperimen. Hasilnya, pelajar
mungkin lebih cenderung untuk mengingati konsep dan pengetahuan yang ditemui pada
mereka sendiri (dalam berbeza dengan model penghapusan). Model yang berdasarkan
model pembelajaran penemuan termasuk: penemuan berpandu, pembelajaran berasaskan
masalah, pembelajaran berasaskan simulasi, pembelajaran berasaskan kes, pembelajaran
sampingan, antara lain.

Seterusnya, Lev Vygotsky mengilhamkan bahawa Zon Perkembangan Proksimal


berkaitan dengan pendekatan sosio-budaya. Pembinaan pengetahuan dipengaruhi oleh
lingkungan sosial di sekitarnya. Pengetahuan, sikap, pemikiran, sistem nilai yang dimilki
pelajar akan berkembang melalui proses interaksi. Konsep penting dalam teori Vygosky iaitu
Zone of Proximal Development (ZPD) dan Scaffolding.

ZPD adalah jarak antara perkembangan sebenar dengan peringkat perkembangan yang
berpotensi di mana pelajar mampu mengkonstruksikan pengetahuan di bawah bimbingan
orang dewasa. Sementara Scaffolding Scaffolding merupakan pemberian sejumlah bantuan
kepada pelajar pada tahap-tahap awal pembelajaran, kemudian mengurangi bantuan dan
memberikan pelajar kesempatan untuk mengambil alih tanggungjawab yang semakin besar
setelah ia dapat melakukannya (Slavin, 1997). Scaffolding merupakan bantuan yang
diberikan kepada pelajar untuk belajar dan memecahkan masalah. Bantuan tersebut dapat
berupa petunjuk, dorongan, peringatan, menguraikan masalah ke dalam langkah-langkah
pemecahan, memberikan contoh, dan tindakan-tindakan lain yang memungkinkan pelajar
itu belajar berdikari.

Kostrukstivisme sosial Vygosky meyakini bahawa interaksi sosial, unsur budaya, dan
aktiviti-aktiviti yang membentuk pembangunan dan pembelajaran individu. Vygosky
menekankan bahawa semua mental peringkat tinggi seperti berfikir dan menyelesaikan
masalah didorongi dengan alat-alat psikologi seperti bahasa, lambang dan simbol. Vygosky
dalam penelitiannya membezakan dua macam konsep iaitu konsep spontan dan konsep
saintifik. Konsep spontan diperolehi dari pengetahuan harian, sedangkan konsep saintifik
diperolehi dari pengetahuan dan pembelajaran yang diperoleh dari sekolah. konsep ini saling
berhungan antara satu dengan yang lain.

Tokoh lain iaitu John Dewey menegaskan bahawa pendidikan progresif adalah
pembelajaran melalui pengalaman. Dalam teori beliau, pembelajaran terhasil daripada
refleksi mengenai pengalaman seseorang, semasa berusaha untuk membuat sesuatu.
Seseorang boleh terus menghidu bau, rasa, dan sebagainya, dan mempunyai reaksi
mendalam (contohnya, bahaya), tetapi kita juga berhadapan dengan situasi yang mencabar,
hairan, atau keliru. Melalui pertemuan individu dengan dunia dan refleksi kepada
pengalaman ini, pemahaman terkini individu di dunia ini berubah supaya perkara baru itu
menjadi lebih jelas. Pemahaman kita menjadi lebih luas dan lebih tersusun, membantu kita
untuk mendapatkan makna yang lebih kukuh.

Dewey percaya bahawa manusia mempunyai aliran intelektual, yang berkembang


apabila dicabar oleh masalah atau dilema. Peranan pendidikan bukanlah untuk memenuhi
sepenuhnya kecenderungan pelajar dan tidak cuba untuk memaksa kanak-kanak mengikuti
kurikulum tersedia yang tidak mengambil kira mengenai pelajar. Dewey melihat minda
kanak-kanak sebagai fleksibel, luas, dan tidak terbentuk.

Persekitaran pembelajaran mewah yang dicadangkan oleh Dewey harus menyediakan


mencukupi "masa, bercakap, dan alat." Pelajar dicabar melalui pertanyaan, perbincangan,
cadangan, dan galakan daripada ibu bapa, guru, dan rakan-rakan. Alat, seperti mikroskop
dan teknik penyelidikan yang digunakan oleh saintis, atau instrumen muzik dan notasi yang
digunakan oleh komposer dan pemuzik, boleh membuat pertanyaan dan penyiasatan pelajar
di dunia bahkan lebih menarik dan berkuasa.

Penggunaan teknologi untuk membina dan menghasilkan idea-idea baru merupakan


idea dari tokoh bernama Seymour Papert. Pengajaran berasaskan komputer untuk kanak-
kanak telah membawa kepada penggunaan meluas komputer dan teknologi maklumat
dalam persekitaran konstruktivis.

IMPLIKASI TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM BILIK DARJAH

Prinsip yang paling penting adalah bahawa guru-guru tidak memberikan pengetahuan
kepada murid-murid.Sebaliknya, murid-murid mesti membangunkan ilmu pengetahuan
secara sendiri dalam struktur mental mereka. Ini bermakna, murid-murid harus berusaha
sendiri dalam aktiviti-aktiviti seperti berikut.

Pembinaan ilmu pengetahuan kendiri, iaitu membina makna daripada pengalaman


dan interaksi sosial serta persekitaran. Secara aktif, murid-murid membina maklumat
berasaskan pengalaman yang sedia ada; apa yang telah dipelajari oleh mereka sebelum
proses ini adalah penting. Pembinaan maklumat dibuat secara membanding maklumat lama
dan baru; ia melibatkan pengubahsuaian kefahaman konsep-konsep lama dan baru
berasaskan kepercayaan individu.

Seterusnya, bahan bantu pengajaran yang digunakan oleh guru-guru harus


menunjukkan perkaitan dengan pengalaman sedia ada murid-murid. Persembahan
pengajaran mesti menarik dan pelbagai untuk menarik minat murid-murid agar mereka
cepat menguasai ilmu baru. Murid-murid mengambil kesempatan untuk menerapkan idea-
idea baru berasaskan pemahaman kendiri daripada bahan-bahan bantu pengajaran.

Selain itu, murid-murid perlu menggunakan minda mereka secara aktif untuk
membandingkan maklumat-maklumat baru dengan pengalaman sedia ada mereka dan
untuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baru ini.

Akhir sekali, penaakulan dan penggunaan logik di aplikasikan secara aktif. Apabila
seorang murid menyedari bahawa ilmu atau maklumat yang ada padanya tidak konsisten
atau serasi dengan penerangan baru, ia akan bermotivasi untuk membetulkan
ketidakseimbangan pada dirinya. Murid tersebut akan berusaha menerima informasi baru
dan menganalisinya sebelum menerima atau menolaknya.

KELEMAHAN TEORI KONSTRUKTIVIS

Terdapat beberapa kelemahan teori pembelajaran konstruktivis ini. Kelemahan yang


pertama, pelajar mengkonstruksi pengetahuannya sendiri, kemungkinan bahawa hasil
pembinaan pelajar tidak sesuai dengan hasil pembinaan sesuai dengan kaedah ilmu
pengetahuan sehingga menyebabkan salah faham.

Konstruktivisme menerapkan agar pelajar membina pengetahuannya sendiri, hal ini


pasti memerlukan masa yang lama dan setiap pelajar memerlukan layanan dan keperluan
yang berbeza-beza. Pelajar pintar akan dapat mengikuti plajaran, sementara pelajar lemah
mungkin akan terus ketinggalan.

Situasi dan keadaan setiap sekolah tidak sama, kerana tidak semua sekolah
mempunyai kemudahan infrastruktur yang dapat membantu keaktifan dan kreativiti pelajar.
Kelebihan kepada sekolah bandar berbanding luar bandar, mungkin wujud jurang perbezaan
dari segi pencapaian murid.

Walaupun guru hanya menjadi motivasi dan penunjuk hala tuju proses belajar, tetapi
guuru juga mempunyai kelakuan yang elegan dan arif sebagai semangat pendorong bagi
kanak-kanak sehingga diperlukan pengajaran menerapkan nilai-nilai kemanusiaan.

Apa yang dimaksudkan dengan Flipped Classroom?


Flipped Classroom adalah kaedah pedagogi yang menyonsangkan amalan PdP biasa di mana
penyampaian dan/atau pencarian maklumat baharu berlaku di luar waktu PdP, manakala
aktiviti berpusatkan murid berlaku secara aktif di dalam kelas.

Flexible environment - pembelajaran boleh berlaku di mana dan di ketika mana pun.
Pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam kelas, dan guru bukan satu-satunya penyampai
ilmu kepada murid. Pendidikan awal seorang kanak-kanak bermula dari rumah dengan ibu
bapa atau penjaga sebagai guru yang pertama. Proses dan peranan guru di rumah boleh
terus berlaku walaupun kanak-kanak telah menjejak kaki ke alam persekolahan di
prasekolah. kesinambungan proses pembelajaran antara sekolah dan rumah akan berupaya
meningkatkan kualiti perkembangan seorang kanak-kanak.

Guru sebagai pemilik kurikulum seharusnya mampu untuk fleksibel merancang kaedah
pembelajaran dengan mewujudkan sinergi antara guru dan ibu bapa. Guru juga seharusnya
fleksibel dalam merancang susun atur kelas supaya bersesuaian dengan aktiviti yang hendak
dilaksanakan.

Learning culture - pembentuk budaya belajar bermula daripada seorang guru, terutamanya
bagi murid prasekolah. Oleh itu, bagi Flipped Classroom, guru perlu menjadikan
pembelajaran yang berpusatkan murid, dengan melaksanakan aktiviti yang interaktif dan
bermakna. Sebelum pelaksanaan aktiviti, guru perlu memastikan murid telah diberi
pendedahan kepada perkara yang akan dipelajari dan ianya berlaku di luar waktu PdP.

Intentional content - kurikulum adalah sumber PdP utama. Guru perlu menetapkan objektif
pembelajaran dan bijak memilih bahan bantu mengajar dan aktiviti yang berpusatkan murid.
Semua yang dirancang mestilah sesuai dengan keupayaan dan kesediaan murid.

Profesional educator - sebagai seorang profesional, guru mestilah sentiasa bersedia untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan mereka tanpa menunggu dipanggil untuk mengikuti kursus
dalam perkhidmatan atau lain-lain kursus.Ilmu pengetahuan yang terkini akan membantu
guru untuk menjadi profesional dalam pelaksanaan kurikulum dan PdP. Selain itu, ia juga
akan membantu guru untuk menyesuaikan situasi pembelajaran dengan objektif, bahan PdP
dan kawal selia tingkah laku murid. Guru juga akan berupaya untuk menjadi fasilator dan
pendorong yang efektif sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan aktiviti.

Perbandingan Kelas Prasekolah Biasa (Tradisional) dan Flipped Classroom Prasekolah


Pelaksanaan di prasekolah adalah adalah adaptasi dan modifikasi konsep Flipped Classroom
berdasarkan prinsip pendidikan awal kanak-kanak. Pelaksanaan Flipped Classroom
memerlukan guru faham konsep proses Pengajaran dan Pembelajaran berikut. Proses PdP
bermula dengan kurikulum yang menepati keperluan pendidikan dengan penggunaan
pedagogi yang berkesan dan berimpak tinggi. Seterusnya dilaksanakan pentaksiran
berterusan bagi meningkatkan kualiti kurikulum serta pengolahan pedagogi bagi
memastikan murid mencapai objektif pembelajaran.

Guru perlu memahami KSPK dan menyusun semula keperluan penguasaan kemahiran dalam
tunjang mengikut kesesuaian murid dan situasi semasa. Perancangan yang teliti akan
membantu guru melaksanakan aktiviti berpusatkan murid dengan jayanya. Murid perlu
diberikan tugasan yang spesifik dan mudah difahami oleh mereka. Kejayaan menyelesaikan
tugasan akan membantu murid menjadi lebih yakin dan berminat untuk terus melakukan
tugasan yang seterusnya.

Guru perlu mempelbagaikan jenis aktiviti dengan merujuk kepada penguasaan kemahiran
yang digariskan dalam KSPK. Justeru itu, guru perlu melakukan pencarian bahan mengajar
tambahan dari pelbagai sumber bagi meningkatkan kreativiti murid dan keseronokan belajar.

Perancangan P&P yang teliti dan menarik dapat membantu guru mentaksir murid dengan
lebih objektif sepanjang masa terutama semasa proses pelaksanaan tugasan dan juga hasil
tugasan.

Setiap guru yang ingin melaksanakan Flipped Classroom prasekolah perlu menyoal diri
mereka berdasarkan soalan-soalan berikut:

1. Bagaimana saya perlu merancang secara sistematik dan membuat refleksi berkenaan
P&P saya dan belajar daripadanya serta pengalaman orang lain?

2. Bagaimana dan bila saya berinteraksi secara interaktif dengan murid serta
mendengar idea dan pandangan mereka?

3. Adakah perancangan jadual kelas saya memberi ruang dan peluang untuk murid
berfikir, berbincang dan membuat refleksi kepada idea, pengalaman dan perasaan mereka?

4. Bagaimanakah caranya untuk saya merangsang minat dan rasa ingin tahu murid bagi
setiap aktiviti individu dan berkumpulan?

5. Adakah persekitaran kelas saya bersesuaian dan membantu proses pembelajaran


berkesan pada setiap masa?

6. Apakah jenis maklumat berguna yang saya dapat daripada setiap murid secara
individu melalui proses pentaksiran dan bagaimana saya menggunakan maklumat tersebut
untuk menambah baik P&P saya?

Anda mungkin juga menyukai