Anda di halaman 1dari 12

Cara Rasulullah s.a.

w makan

- Rasulullah memulakan makan dengan menyebut 'bismillah ...'

Dari 'Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang daripada kamu
hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: 'Bismillah' ). Jika dia terlupa menyebut
nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah 'Bismillahi awwalahu wa akhirahu'
(Dengan nama Allah yang memulai dan yang mengakhiri). " (Hadith Riwayat Abu Dawud
dan atTirmidzi.)

Dari 'Amr bin Abu Salamah radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda
kepadaku: "Ucapkanlah Bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu serta
makanlah dari makanan yang ada di dekatmu." (Muttafaq 'alaih)

Dari Umayyah bin Makhsyi as-Shahabi r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. (pada suatu
ketika) duduk di situ ada seorang lelaki yang makan lalu tidak mengucapkan Bismillah,
sehingga makanannya tidak tertinggal melainkan sesuap saja. Setelah orang itu
mengangkatkan sesuatu yang tertinggal tadi di mulutnya, tiba-tiba dia mengucapkan:
Bismillahi awwalahu wa akhirahu." Kemudian Nabi s.a.w. ketawa lalu bersabda: "Tidak
henti-hentinya syaitan tadi makan bersama orang itu. Tetapi setelah dia ingat untuk
mengucapkan nama Allah (yakni setelah membaca Bismillah), maka syaitan tadi
memuntahkan seluruh makanan yang telah ada dalam perutnya. (Riwayat Abu Dawud
dan nasa'i)
Dari Aisyah radhiallahu'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. (pada suatu ketika) hendak
makan sesuatu makanan bersama enam orang sahabat-sahabatnya. Lalu datanglah
seorang A'rab (penghuni pedalaman negeri Arab), kemudian makan makanan itu dalam
dua kali suap saja. Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya saja andaikata
orang ini suka membaca Bismillah (sebelum makannya tadi) nescaya makanan itu dapat
mencukupi engkau semua pula (kerana adanya keberkahan dalam makanan itu)."
(Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan dia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan
shahih).

Membaca Basmalah sebelum makan insyaAllah boleh mengelakkan penyakit. Kerana


bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah s.w.t, apabila Basmalah
dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

- Baca doa sebelum makan

َ ‫ع َذ‬
ِ‫ابِِالنَّار‬ َ ِ‫َاِوقنَا‬ َ ‫اللَّ ُه َّمِِبَار ْكِِلَنَاِف ْي َم‬
َ ‫اِرزَ ْقتَن‬
Maksudnya : "Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada
kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka."

- Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)

Dari Salamah bin al-Akwa' r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya
berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda berkata: "Makanlah dengan
tangan kananmu". Lelaki itu berkata: "Aku tak boleh". Baginda menjawab, "Engkau tidak
boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian tidak dapat
diangkat tangannya ke mulut." (Hadith Riwayat Muslim)

Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau makan dengan
(tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya."
(Hadith Riwayat Muslim)
- Makan garam secubit sebelum makan

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda s.a.w akan
mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah s.a.w akan
menghisap garam itu.

Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?

Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi
di tangan kanan kurang sedikit dari yang kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan
kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia
merupakan proses pertama penghadaman.

Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua
cecah garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Kita berasal dari
tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat
untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah
penawar yang paling mujarab bagi keracunan. Mengikut Dr, di hospital-hospital, kaedah
rawatan mula-mula bagi keracunan adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu
GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin
mengganggu manusia.

- Mula makan dari tepi (pinggir)

Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Keberkatan terdapat di tengah-tengah
makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah"
(Hadith Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi)

- Makan yang berhampiran.


Sabda Rasulullah s.a.w.: "Dan makanlah dari apa-apa yang ada di dekatmu." (Muttafaq
'alaih)

Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah
s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan).
Maka Rasulullah s.a.w berkata: "Wahai budak, ucapkan 'Bismillah', makanlah dengan
tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu." (Hadith Riwayat Bukhari
dan Muslim)

- Galakan guna tiga jari.

Dari Ka'ab bin Malik r.a., "Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga
jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)" (Hadith Riwayat Muslim)

- Kunyah makanan banyak kali

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-
betul lumat agar perut kita senang memproses makanan itu.

- Larangan mencela makanan dan sunat memuji makanan

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan.
Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya,
maka Baginda tidak makan" (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Jabir r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. meminta lauk pauk kepada keluarganya, lalu
mereka berkata: "Tidak ada yang kita punyai melainkan cuka. Beliau s.a.w. lalu
memintanya dan mulailah beliau makan serta bersabda: "Sebaik-baik lauk pauk ialah
cuka, sebaik-baik Iauk pauk ialah cuka." (Riwayat Muslim)

- Makruh bersandar ketika makan


Dari Abu Juhaifah iaitu Wahab bin Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Aku tidak pernah makan sambil bersandar (muttaki')." (Hadith Riwayat Bukhari)

Al-Khaththabi berkata: Almuttaki' di sini ialah orang yang duduk sambil bersandar pada
alas sandaran yang diletakkan di bawahnya." Katanya: "Orang itu bukannya
berkehendak akan duduk di atas alas sandaran atau bantal-bantal seperti kelakuan
orang yang menghendaki untuk memperbanyakkan makanan, tetapi dia duduk tegak
lurus dan tidak bersandar, juga makannya itu secukupnya belaka. Inilah yang diucapkan
oleh al-Khaththabi.

Selain al-Khaththabi mengisyaratkan bahawasanya muttaki' ialah orang yang miring


duduknya pada lambungnya yang sebelah. Wallahu a'lam.

Dari Anas r.a., katanya: "Saya melihat Rasulullah s.a.w. makan kurma sambil duduk
berjongkok." (Hadith Riwayat Muslim)

Almuq'i atau duduk berjongkok itu ialah merapatkan kedua punggungnya ke bumi dan
mendirikan kedua betisnya.

Maka kandungan dari hadith larangan makan sambil bersandar di atas, adalah sunnah
makan sedikit dan tidak melampaui batas yang diperlukan, tawadhu' ketika makan dan
tidak boleh menyerupai orang kafir, serta dilarang makan sambil bersandar.

Dari Anas r.a dia berkata, "Aku pernah menyaksikan Rasulullah s.a.w duduk
bertinggung sambil makan kurma." (Hadith Riwayat Muslim)

Maka diperbolehkan makan sambil duduk bertinggung.

- Kutip makanan yang terjatuh.

Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., "Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan
seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia,
dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain
sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya,
bahagian mana yang terdapat keberkatan" (Hadith Riwayat Muslim)
- Jilat jari setelah selesai

Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang daripada
kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat
(terlebih dahulu) atau menyuruh orang lain melakukannya" (Hadith Riwayat Bukhari dan
Muslim)

Dari Ka'ab bin Malik r.a., katanya: "Saya melihat Rasulullah s.a.w. makan dengan
menggunakan tiga jari. Kemudian setelah beliau selesai lalu menjilatinya." (Riwayat
Muslim)

Dari Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. menyuruh untuk menjilati jari-jari dan
piring dan beliau bersabda: "Sesungguhnya engkau semua tidak mengetahui di
makanan yang manakah terletaknya keberkahan itu." (Riwayat Muslim)

- Doa selepas makan

Dari Abi Umamah r.a., "Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan menyebut,
'Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi'in'. wa
la mustaghnan 'anhu rabbana' " (Hadith Riwayat Bukhari)

َِِ‫ِِول‬ َ ‫ِرِِ َم ْكفي‬


َ ‫ِِولَِِ ُم َو َّدع‬ َ ِِ‫ار ًكاِفيه‬
َ ‫غ ْي‬ َ ِ‫يرا‬
َ َ‫طيبًاِ ُمب‬ َّ ‫ْال َح ْم ُد‬
ً ‫ِِلِلِِ َكث‬
َ ِ‫ُم ْستَ ْغنًى‬
َ ُ‫ع ْنه‬
‫ِِربَّنَا‬
Maksudnya : "Sebanyak-banyak pujian bagi Allah pujian yang elok lagi berkat, tiada
yang lebih baik, tempat berserah yang paling baik, yang paling kaya daripadaNya iaitu
Tuhan kami."

Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang selesai
makan, kemudian menyebut, 'Alhamdulillah- illazi ath'amani haaza, wa razaqanihi min
ghairi haulin minni wa la quwwatin', akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."
(Hadith Riwayat Tirmidzi)
َ ِِ‫ِِو َرزَ قَنيهِِم ْن‬
ِِ‫غيْرِِ َح ْول‬ َ ‫ام‬
َ َ‫اِالطع‬ ْ َ ‫ِِلِلِِالَّذيِأ‬
َّ ‫طعَ َمنيِ َه َذ‬ َّ ‫ْال َح ْم ُد‬
ِ‫يِولَِِقُ َّوة‬
َ ‫من‬
Maksudnya : "Segala puji bagi Allah yang memberiku makan makanan ini dan memberi
rezeki daripadanya tanpa daya dan upaya dariku."

Juga boleh baca doa berikut

ْ ‫َاِو َجعَلَنَاِم‬
َِ‫نَِِال ُم ْسلميْن‬ َ ‫سقَان‬
َ ‫َاِو‬ ْ َ ‫يِِأ‬
َ ‫طعَ َمن‬ ْ ‫اَ ْل َح ْم ُدِِللِِالَّذ‬
Maksudnya : "Segala puji bagi Allah Yang telah memberi makanan dan minuman
kepada kami, dan telah menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Muslim."

- Meramaikan orang untuk makan bersama

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Makanan untuk dua orang
itu dapat mencukupi tiga orang sedang makanan untuk tiga orang itu dapat mencukupi
empat orang." (Muttafaq 'alaih)

Dari Jabir r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Makanan untuk
seorang itu dapat mencukupi dua orang dan makanan dua orang itu dapat mencukupi
empat orang, sedang makanan empat orang itu dapat mencukupi lapan orang."
(Riwayat Muslim)

- Galakan bercakap

Dalam al-Adzkar, Imam Nawawi mengatakan, “Dianjurkan berbicara ketika makan.


Berkenaan dengan ini terdapat sebuah hadits yang dibawakan oleh Jabir r.a.
sebagaimana yang telah kami kemukakan dalam “Bab memuji makanan”. Imam Abu
Hamid al-Ghazali dalam kitab al-Ihya mengatakan bahawa termasuk etika makan ialah
membicarakan hal-hal yang baik sambil makan, membicarakan kisah orang-orang yang
shalih dalam makanan.” (al-Adzkar hal 602, edisi terjemah cet. Sinar baru Algen Sindo)
Menurut al-Hafidz dan Syeikhul Islam Ibn al-Qayyim rh, pendapat yang benar ialah Nabi
s.a.w bercakap dan berbual semasa makan. Dalam kitabnya alZaad (2/397), ada
kalanya Nabi bertanya apakah menu pada hari ini dan memuji menu tersebut (Hadith
Riwayat Muslim: 2052), ada kala Nabi s.a.w mengajar adab dan susila makan kepada
kaum keluarganya (Hadith Riwayat alBukhari: 5061) dan ada ketika Nabi sentiasa
menggalakkan tetamu beliau supaya menambah lauk-pauk dan minuman (Hadith
Riwayat alBukhari 6087). Adalah tidak benar meja makan menjadi tempat yang kaku
dan senyap sepi dari perbualan.

Tetapi, jangan sampai bercakap itu apabila makanan penuh di dalam mulut.
Cara Rasulullah minum

- Tidak bernafas ketika minum

Dari Anas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. itu bernafas ketika minum sebanyak tiga
kali." (Muttafaq 'alaih). Yakni bernafas di luar gelas atau cawan.

Dari Abu Qatadah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. melarang jikalau ditarik nafas dalam
wadah." (Muttafaq 'alaih). Yakni ditariknya nafas dalam gelas atau cawan yang
digunakan oleh seseorang itu minum.

- Makruh meniup ke dalam minuman

Dari Abu Said al-Khudri r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. melarang meniup dalam
minuman. Ada seorang lelaki berkata: "Ada kotoran yang saya lihat di dalam wadah itu."
Beliau s.a.w. bersabda: "Tuangkan saja (minuman yang ada kotoran itu)." Orang itu
berkata lagi: "Sesungguhnya saya ini belum merasa puas minum dari sekali nafas."
Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Kalau begitu singkirkanlah dulu wadahnya itu dari mulutmu
- dan bernafaslah di luar wadah." (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan dia mengatakan
bahawa ini adalah Hadis hasan sahih , juga diriwayatkan oleh Ahmad.)

Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi s.a.w. melarang bernafas di
dalam wadah atau meniup ke dalamnya." (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan dia
mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih, juga diriwayatkan oleh Abu Daud
dan Ibnu Majjah.)

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri
kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita
minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk
air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas
dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon
dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan
cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas,
seteguk bernafas sehingga habis.

- Larangan minum dari mulut bekas air atau kendi

Dari Abu Said al-Khudri r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. melarang memecahkan
mulutnya tempat-tempat minum." Yakni memecahkan mulutnya lalu minum daripada
tempat itu." (Muttafaq 'alaih)

Dari Abu Hurairah r.a katanya, "Rasulullah s.a.w melarang minum dari mulut bekas air
atau kendi." (Muttafaq 'alaih)

Larangan memecahkan mulut bekas air dan minum darinya kerana dikhuatirkan air atau
kendinya berubah menjadi berbau (kesan dari mulut orang), sehingga orang lain enggan
menggunakannya dan air menjadi membazir.

Juga untuk menjaga keselamatan Muslim lain kerana mungkin pada kendi itu terdapat
kuman-kuman (yang melekat dari mulut orang yang minum tadi), yang boleh
membahayakan, Dan juga mengelakkan dari orang yang meminumnya terlebih minum
dari yang diperlukan.
- Afdhal minum sambil duduk

Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya memberikan minuman kepada
Nabi s.a.w. dari air zamzam, beliau minum sambil berdiri." (Muttafaq 'alaih)

Diperbolehkan minum sambil berdiri kerana keadaan darurat, seperti di tempat yang
penuh orang hingga bersesak.

Dari 'Amr bin Syu'aib dari ayahnya dari neneknya lelaki r.a., katanya: "Saya melihat
Rasulullah s.a.w. minum sambil berdiri dan duduk." (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi
dan dia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih).

Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w. bahawasanya beliau s.a.w. melarang kalau seseorang itu
minum sambil berdiri. Qatadah berkata: "Lalu kita bertanya kepada Anas: "Kalau makan,
bagaimanakah?" Anas menjawab: "Yang sedemikian itu - yakni yang makan sambil
berdiri - adalah lebih buruk." (Riwayat Muslim)

Dalam riwayat Imam Muslim yang lain disebutkan bahwa Nabi s.a.w. melarang minum
sambil berdiri.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasuiullah s.a.w. bersabda: "Janganlah sekali-kali
seseorang dari engkau semua itu minum sambil berdiri, maka barangsiapa yang lupa,
maka hendaklah memuntahkannya." (Riwayat Muslim)

- Orang yang memberi minum orang ramai, sunat minum terakhir sekali

Dari Abu Qatadah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Orang yang memberi minum pada
kaum (yakni orang ramai), maka itulah yang terakhir di antara mereka itu," yakni yang
terakhir tentang minumnya. (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan dia mengatakan
bahawa ini adalah Hadis hasan shahih).

Di antara tatacara orang yang membahagi minuman atau susu pada orang ramai, atau
yang membahagikan makanan, buah-buahan dan seumpamanya kepada jama'ah,
mendapat giliran terakhir untuk mendapat habuan mereka sendiri.

Maka barangsiapa yang diberi tugas mengurus umat, maka dia harus berusaha
melakukan hal-hal yang bermanfaat bagi mereka, mencegah hal-hal yang dapat
menyakiti mereka, serta mendahulukan kepentingan mereka atas kepentingan peribadi.

Penjelasan mengenai hakikat pengutamaan, kerana dalam keadaan seperti itu jiwa
benar-benar ingin dan menyukai, sehingga mendahulukan orang lain dari diri sendiri.
Dan seterusnya melatih diri untuk bersabar dan tawadhu'. Wallahu a'lam.

Rujukan:

1 - Teks Ringkasan Khutbah Jumaat dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Bandaraya Shah Alam, Selangor oleh Ustaz Haji Ahmad Mustafa bin Sidin Al-Hafiz.

2 - Syarah Riyadhus Shalihin - Syeikh Salim bin 'Ied Al-Hilali

Anda mungkin juga menyukai