Anda di halaman 1dari 74

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT NAMA DAN CIRI-CIRI

ALAT KEBESARAN DIRAJA MENGGUNAKAN LC GAME


DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH TAHUN 5

MOHD AWIE BIN RANI

INSTITUT PENDIDIKAN MALAYSIA

KAMPUS TAWAU

2018

PENGESAHAN PENYELIA

i
“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada

pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Pengajian

Sosial Pendidikan Rendah”

Tandatangan : ..............................................

Nama Penyelia : ENCIK HAMZAH BIN LASA

Tarikh Serahan : ...............................................

PENGAKUAN

"Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap hanya saya telah menerangkan sumber ".


Tandatangan : ..............................................

Nama Penulis : MOHD AWIE BIN RANI

Tarikh Serahan : ...............................................

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Beserta Dengan Berkat Dan Limpahan Kurnia-NYA.

Khas Buat Ibu Dan Ayah Tercinta

Rani Bin Hj. Jahureh

Jalmana Binti Rubama

Adik-beradik tersayang

6 Putera Rani, 6 Puteri Rani

Yang Dihargai

Pensyarah Jabatan Sains Sosial

iii
Pensyarah Penyelia

Encik Hamzah Bin Lasa

Yang Disayangi

Rakan Seperjuangan PISMP Sejarah Ambilan Jun 2014

Terima kasih di atas tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang penghasilan

kajian

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, syukur kehadrat Allah kerana penulis dapat melaksanakan dan

menyelesaikan penyelidikan tindakan ini. Syukur kehadrat Allah S.W.T Tuhan

Maha Pencipta kerana mengurniakan nikmat kesihatan yang berterusan

sepanjang melaksanakan penyelidikan ini dalam keadaan yang baik

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik

Hamzah Bin Lasa atas tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan sepanjang fasa

menyiapkan penyelidikan ini. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada DR.

Najamuddin Bin Hj. Bachora dan DR. Abdul Hamid yang banyak membantu dan

memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan penyelidikan ini.

Selain itu, ucapan terima kasih yang tertinggi dan teragung saya nukilkan

buat ibu dan ayah yang tercinta kerana banyak memberikan dorongan, terima

kasih atas doa dan restu yang tidak pernah putus-putus. Sokongan yang

diberikan menjadi motivasi dan pencetus semangat kepada anakmu untuk

melakukan sesuatu dengan baik dan bersungguh-sungguh dalam sesuatu

perkara.
Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada pihak yang terlibat samada

secara langsung ataupun tidak langsung dalam melaksanakan dan menyiapkan

penyelidikan ini dengan jayanya.

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dilaksanakan bagi membantu murid-murid meningkatkan kemahiran

mengingat nama dan ciri-ciri alat kebesaran Diraja dalam mata pelajaran Sejarah Tahun

5. Pengkaji juga telah memilih sepuluh orang murid Tahun 5 sebagai peserta kajian.

Kesemua peserta kajian ini dipilih berdasarkan kepada pencapaian terendah mereka

dalam mata pelajaran Sejarah. Bagi menjayakan pelaksanaan kajian tindakan ini,

pengkaji telah memilih dan menggunakan model Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)

sebagai panduan yang tepat. Pengkaji turut menyediakan dan menggunakan beberapa

instrumen kajian seperti Ujian Pra dan Pasca, pemerhatian untuk mengumpul segala

data yang diperlukan. Teknik analisis data yang yang dikumpulkan seterusnya akan

dianalisis dalam bentuk analisis deskriptif. Keputusan ini akan membuktikan samada

penggunaan Letters cards game berkesan atau tidak dalam meningkatkan kemahiran

murid dalam mengingat fakta sejarah. Dapatan turut menunjukkan peningkatan minat

murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Dicadangkan agar bahan

teknik ini terus diaplikasikan dalam tema atau topik yang berlainan agar dapat

mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik, menyerokkan dan berkesan.

v
ABSTRACT

This research aims to help pupils improve their skills in recognizing the names and

characteristics of the Royal Regalia in subject of History Year 5. The researcher also

selected ten Year 5 students as respondents. All respondents were selected based on

their lowest achievement in the subject. For the successful implementation of this action

research, the researcher has used the model Kurt Lewin (1946) and Laidlaw (1992) as

the right guide. The researcher also provided a number of research instruments such as

Pre and Post Test, observation to collect all required data. Technical analysis of the data

collected will then be analysed using descriptive analysis. This decision will prove

whether the use of the Letters cards game is effective in improving the skills of students

in remembering historical facts. The findings also showed an increased interest in

students' participation in teaching and learning sessions. It is recommended that these

techniques continue to be applied in different themes or topics in order to create an

appealing, inviting and effective learning environment.

KANDUNGAN

MUKA

SURAT

PENGESAHAN PENYELIA i

PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL viii

SENARAI RAJAH ix

SENARAI SINGKATAN x

SENARAI LAMPIRAN xi

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Konteks 4

1.3 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 6

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Pemilihan Fokus Kajian 11

2.3 Pengumpulan Data Awal 14

2.3.1 Analisis Dokumen 15

2.3.2 Temu Bual 16

2.4 Tindakan 16

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

3.1 Pengenalan 23

3.2 Objektif Kajian 23

vii
3.3 Soalan Kajian 24

4.0 PESERTA KAJIAN 24

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Langkah-langkah Tindakan 25

5.2 Kaedah Mengumpul Data 33

5.3 Cara Menganalisis Data 35

5.4 Cara Menyemak Data 40

6.0 DAPATAN KAJIAN

6.1 Latar Belakang Peserta Kajian 42

6.2 Dapatan Kajian 44

6.2.1 Ujian pra dan pasca 45

6.2.2 Pemerhatian 52

7.0 REFLEKSI 57

8.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN 62

9.0 RUJUKAN 63

LAMPIRAN


SENARAI JADUAL

JADUAL   NAMA JADUAL   MUKA


SURAT

Jadual 1 Analisis Data Ujian Lembaran Kerja Peserta 36

Kajian DiadaptasiDaripada Nur Syafiqah (2014).

Jadual 2 Gred Pemarkahan Ujian Diadaptasi Daripada 37

Nurfarizah Abd. Ghapar (2013)

Jadual 3 Taburan Peraturan Markah Ujian Pra Dan Pasca 38

Diadaptasi Daripada Nurfarizah Abd. Ghapar (2013).

Jadual 4 Analisis Data Pemerhatian Sebelum Dan Selepas 39

Intervensi

Jadual 5 Kaedah Triangulasi 41

Jadual 6 Data Markah Peserta Kajian Dalam Lembaran Kerja 43

Diadaptasi Daripada Nur Syafiqah (2014)

Jadual 7 Data Markah Ujian Pra Dan Pasca Diadaptasi 45

Daripada Nurfarizah Abd. Ghapar (2013).

Jadual 8 Skor Lembaran Kerja Murid Untuk Intervensi 1, 2 Dan 3 48

ix
Jadual 9 Perbandingan Markah Ujian Pra, Intervensi 1, 2, 3

Dan Ujian Pasca 51

Jadual 10 Data Senarai Semak Borang Pemerhatian Pengkaji Lain

Diadaptasi Daripada Nur Syafiqah (2014). 53

Jadual 11 Data Senarai Semak Borang Pemerhatian Pengkaji 55

Diadaptasi Daripada Faridah Insani (2014).

SENARAI RAJAH

RAJAH NAMA RAJAH MUKA


SURAT
Rajah 1 Langkah Pemilihan Peserta Kajian 15 

Rajah 2 Model Kurt Lewin (1946) Dan Laidlaw (1992) 17

Rajah 3 Letters Cards Game 20

Rajah 4 Model Kurt Lewin (1946) Dan Laidlaw (1992) 26

Rajah 5 Hasil Kerja Murid Pada Ujian Pertengahan Tahun 27

Rajah 6 Tajuk Soalan Lembaran Kerja Bagi Setiap Intervensi 31

Rajah 7 Rumus Pengukuran Markah Diadaptasi Daripada 37

Faridah (2014).

Rajah 8 Kaedah Triangulasi 40

Rajah 9 Perbandingan Markah Peserta Kajian Dalam 46

Ujian Pra Dan Ujian Pasca

Rajah 10 Keputusan Pencapaian Peserta Kajian Mengikut Gred 47

Bagi Ujian Pra Dan Ujian Pasca

Rajah 11 Skor Markah Murid Dalam Intervensi 1,2 Dan 3 49

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN NAMA LAMPIRAN

A Letters Cards Game

B Jadual Pelaksanaan Kajian

C Soalan Ujian Pra Dan Ujian Pasca

D Soalan Lembaran Kerja 1 Dan 2

E Transkrip Temubual

xi
F Markah Lembaran Kerja Untuk Intervensi 1, Intervensi 2
Dan Intervensi 3

G Senarai Semak Borang Pemerhatian

H Senarai Semak Borang Pemerhatian Pemerhati Lain

SENARAI SINGKATAN

MKRA - Bidang Keberhasilan Utama Negara

PPPM - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

PdPc - Pengajaran Dan Pemudahcaraan

RPH - Rancangan Pengajaran Harian

LC - Letters Cards

PISMP - Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

BBM - Bahan Bantu Mengajar

PK - Peserta Kajian

LK - Lembaran Kerja
xiii
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Agenda Bidang Keberhasilan Utama Kementerian atau lebih dikenali sebagai

MKRA dalam konteks pendidikan telah diaspirasikan oleh Dato Seri Najib Tun

Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2009 berfokuskan kepada

meluaskan akses pendidikan yang berkualiti dan meningkatkan jurang

pencapaian murid-murid khususnya di kawasan luar bandar dan bandar.

Pendidikan merupakan salah satu proses manusia mempelajari dan mengetahui

sesuatu yang telah dijadikan oleh Pencipta dalam semua aspek kehidupan

manusia itu sendiri. Sebagai contoh, dalam ilmu Sejarah seseorang akan dapat

mengetahui rentetan sesuatu peistiwa itu berlaku.

Mata pelajaran Sejarah merupakan salah satu kurikulum yang

dilaksanakan di sekolah rendah bemula pada tahun 2013 dalam Pelan

Pembangunan Pendidiakan Malaysia (PPPM 2013-2025). Hal ini kerana mata

pelajaran Sejarah merupakan salah satu subjek yang telah diangkat di negara

kita lantaran kandungan nilai-nilai murni yang terkandung dalam mata pelajaran

tersebut. Malangnya, ramai yang menganggap bahawa mata pelajaran ini

tidaklah penting dan membosankan para pelajar yang mempelajarinya sehingga

ia menjadi halangan untuk diperkasakan dalam negara kita.

Bertitik tolak kepada hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu

melahirkan modal insan yang seimbang pencapaiannya dan pelaksanaan Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025), maka KPM mula

mengambil serius akan betapa pentingnya mata pelajaran Sejarah diperkasakan

di negara ini untuk pembentukan warganegara yang patriotik dalam kalangan

generasi muda khususnya. Pelaksanaan ini adalah amat perlu lantaran daripada

masalah dalam kalangan pelajar sekolah khususnya telah mula bosan dan
melupakan sejarah dalam hidup mereka. Sehubungan itu, amat perlu untuk kita

mempelajari ibrah daripada peristiwa masa lampau agar ia tidak berulang

kembali seperti kata daripada seorang ahli sejawaran Barat, George Santayana

“siapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya”.

Oleh hal yang demikian, untuk mencapai agenda MKRA dalam bidang

pendidikan negara, penekanan transformasi dalam strategi pengajaran dan

pembelajaran guru di setiap institusi sekolah perlu dilakukan secara holistik dan

berterusan bagi merealisasikan hala tuju sistem pendidikan agar ia dapat berdiri

dan bersaing dengan sistem pendidikan di negara maju serta dapat memenuhi

aspek JERIS seperti yang termaktub FPK:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

( Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001)

Tambahan pula, pendidikan di negara kita telah mula mengalami proses

transformasi kepada sistem pendidikan abad ke-21. Sehubungan dengan itu,

kaedah pengajaran guru yang konvensional seperti chalk and talk dilihat tidak

lagi releven untuk diguna pakai dalam sistem pendidikan masa kini yang lebih

kepada aplikasi kemahiran murid itu sendiri. Pendapat ini telah disokong oleh

Rachel (2012) yang menyatakan guru yang cenderung menggunakan kaedah

xv
tradisional dalam bilik darjah menyebabkan murid hilang minat dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran. Lantaran itu, suatu anjakan paradigma dalam

strategi pengajaran guru harus dilaksanakan seiring dengan agenda MKRA

khususnya bagi mata pelajaran yang memerlukan murid-murid untuk mengingat

dan memahami fakta seperti dalam mata pelajaran Sejarah. Seperti yang

diketahui, mata pelajaran Sejarah adalah bidang atau .ilmu yang membicarakan

suatu peristiwa lampau dan strategi penyampaian yang konvensional adalah

tidak releven dengan subjek ini.

Justeru itu, kaedah belajar berasaskan permainan merupakan intipati

utama dalam menarik minat murid untuk belajar mata pelajaran yang

berunsurkan fakta seperti dalam mata pelajaran Sejarah. Guru perlu

melaksanakan aktiviti pengajaran yang melibatkan murid mengaplikasikan

kemahiran mereka agar penglibatkan mereka dalam pengajaran dan

pemudahcara (PdPc) dapat ditingkatkan dan secara tidak langsung minat

mereka dalam mata pelajaran Sejarah akan dapat ditingkatkan.

Hal ini selaras dengan pernyataan Syed Mustapha dan Ahmad Subki

(2010) yang menyatakan pembelajaran akan berjalan dengan lebih lancar,

menarik, dan berkesan sekiranya guru menggunakan kaedah yang bersesuaian

dengan isi pelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran murid. Justeru itu, guru

perlu bijak dan kreatif dalam merancang sesi pengajaran dan pemudahcaraan

(PdPc) yang bermakna dan sistematik serta dapat mewujudkan iklim

pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid. Noriati et. al (2010)

menyatakan dalam konteks bilik darjah, keselesaan dan kegembiraan itu

diwujudkan oleh perlakuan murid yang positif sewaktu berlangsungnya PdPc

yang disesuaikan dengan pengetahuan sedia ada dan minat mereka dalam

mewujudkan proses PdPc yang lebih bermakna seiring dengan aspirasi

pendidikan negara kita.


1.2 Konteks

Pengkaji merupakan guru pelatih daripada unit PISMP Sejarah ambilan jun 2014

telah melaksanakan kajian tindakan pada semester 7 selama 12 minggu di salah

sebuah sekolah di Tawau. Kajian Tindakan ini tercetus hasil daripada masalah

yang telah dikenalpasti dan dihadapi oleh pengkaji semasa melaksanakan

praktikum fasa 1 pada semester 5 selama 3 bulan di salah sebuah sekolah

daerah Tawau. Justeru itu, kajian ini telah dilaksanakan sepanjang pengkaji

menjalani praktikum di salah sebuah sekolah di daerah Tawau.

Bermula pada 27 julai sehingga 27 september 2016 merupakan proses

pelaksanaan praktikum fasa 1 yang dijalani oleh pengkaji. Sepanjang

pelaksanaan praktikum yang telah dijalankan, banyak perkara yang melibatkan

pengajaran dan pembelajaran murid dengan guru berlaku dari aspek pedadogi

dan kawalan dalam bilik darjah seperti masalah disiplin murid, tidak fokus dalam

pembelajaran, mudah lupa dan sebagainya. Masalah murid dalam pengajaran

dan pembelajaran ini memang biasa berlaku dalam dunia pendidikan. Masalah-

masalah inilah yang penting bagi kita sebagai seorang guru mengatasinya

dengan sebaiknya agar ia dapat membantu murid-murid yang mengalami

masalah tersebut memperbaikinya pada tahap yang memberangsangkan.

Sepanjang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sejarah tahun 5

di salah sebuah sekolah di daerah Tawau, segala perancangan dan pelaksanaan

telah dirancang mengikut kaedah dan langkah-langkah yang sistematik. Bermula

daripada penghasilan rancangan pengajaran harian (RPH), perbincangan

dengan guru mata pelajaran Sejarah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti dalam

kumpulan adalah perkara yang amat penting untuk dikendalikan dengan

sebaiknya agar segala objektif perancangannya menemui hasilnya yang

sebaiknya. Subjek sejarah yang menjadi mata pelajaran yang diajar di sekolah

xvii
rendah oleh pengkaji memerlukan langkah-langkah yang strategi dan kaedah

pengajaran yang mampu menarik perhatian dan membantu murid-murid

mengingati apa yang telah diajar.

Oleh itu, pelaksanaan kajian tindakan ini telah dijalankan oleh pengkaji di

salah sebuah sekolah rendah di daerah Tawau. Peserta kajian yang telah dipilih

adalah daripada kalangan murid-murid yang memiliki status dan kedudukan yang

sederhana dalam pencapaian subjek Sejarah. Mereka berlatarkan keluarga yang

sederhana dan biasa. Kesungguhan mereka dalam mempelajari mata pelajaran

Sejarah yang diajar oleh guru mendorong minat pengkaji melaksanakan kajian

terhadap masalah mereka. Masalah-masalah yang biasa dihadapi oleh mereka

memang biasa berlaku dalam bidang akademik yang mana kesukaran mereka

mengingati semula topik-topik yang telah diajar oleh guru selain daripada

masalah-masalah lain yang timbul daripada persekitaran sekolah.

Selain itu, kepelbagaian sikap dan latar belakang murid adalah menjadi

elemen dalam pelaksanaan kajian tindakan yang dijalankan oleh pengkaji. Tidak

dapat dinafikan bahawa wujudnya kepelbagaian kerenah dan personaliti murid-

murid yang telah dipilih untuk dijadikan sampel. Kebanyakan daripada mereka

memiliki tahap kemahiran dan penguasaan yang sederhana dalam sesuatu

perkara yang ingin dicapai. Tambahan pula, mereka merupakan golongan yang

hidup berlatarkan bandar dan seringkali mencuba sesuatu yang baharu dalam

hidup mereka sebagai seorang pelajar yang sentiasa mencari jawapan setiap

persoalan yang timbul. Sekolah yang dipilih adalah terletak berdekatan bandar

menjadi institusi persekolahan bagi golongan murid-murid ini dalam menimba

ilmu yang diperlukan untuk perkembangan diri.

Persekitaran sekolah yang baik dan menarik mampu membantu murid-

murid mengikuti segala aktiviti yang melibatkan akademik dan kokurikulum


samada dalam ataupun luar bilik darjah. Keadaan ini akan mewujudkan

kesediaan belajar mereka dalam mengikuti pembelajaran. Kesediaan belajar

merupakan keadaan seseorang individu yang membolehkannya menikmati

pembelajaran dengan berkesan, (Ee Ah Meng 1995).

Hal ini sedikit sebanyak membantu mewujudkan keselesaan dan

semangat murid-murid untuk menghadiri kelas sepanjang tempoh persekolahan

dijalankan. Tambahan pula, prasarana yang lengkap dan sudut maklumat yang

ada sedikit sebanyak dapat memudahkan guru dan murid-murid untuk

mengakses maklumat dengan cepat dan efisien tanpa sebarang halangan yang

timbul. Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan

dengan lancar dan sistematik apatah lagi jika ia mampu membantu dan

membentuk modal insan yang dapat mencapai kejayaan dalam semua aspek.

1.3 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu

Mengimbas semula sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah pengkaji

laksanakan sewaktu melaksanakan praktikum fasa 1 di salah sebuah sekolah

daerah Tawau, terdapat beberapa perkara yang pengkaji pelajari daripada corak

pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan terhadap murid-murid.

Setiap sesi PdPc yang pengkaji laksanakan akan melibatkan semua murid-murid

untuk proses perbincangan antara murid dan guru agar memudahkan mereka

menerima apa yang disampaikan. Justeru itu, sebelum pengajaran dan

pembelajaran dilaksanakan pengkaji akan mempastikan murid-murid berada

dalam keadaan yang selesa dan bersedia untuk mengikuti sesi pengajaran dan

pembelajaran yang diikuti.

Berdasarkan pemerhatian pengkaji melalui masalah ini, pengkaji

mendapati bahawa murid-murid mengalami kesukaran untuk mengingat kembali

xix
topik pelajaran yang lalu yang telah diajar oleh guru. Hal ini, amat merisaukan

diri pengkaji kerana hasil daripada objektif pengajaran dan pembelajaran yang

dirancang tidak dapat dicapai dengan sebaiknya. Sehubungan dengan itu,

pengkaji menganggap dan mendapati bahawa masalah-masalah ini berpunca

daripada cara murid dalam mengingat sesuatu pelajaran adalah kurang berkesan

dan kurang menarik perhatian mereka. Selain itu, minat murid tidak diaplikasikan

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah. Hal ini

menyebabkan murid-murid tidak mampu menguasai kemahiran mengingat

dengan betul.

Sehubungan dengan itu, pengkaji telah melaksanakan corak pengajaran

dan pembelajaran yang dapat menggalakan semua penglibatan murid-murid

dalam satu kumpulan masing-masing. Hal ini akan dapat membantu murid-murid

berbincang dan berkongsi pendapat tentang tugasan yang diberikan oleh

pengkaji. Amalan ini adalah perlu dan berkesan kerana menurut kajian oleh

Rubiah Aksah (2005), pembelajaran secara berkumpulan yang terdiri daripada

tiga hingga lima orang ahli adalah cukup baik untuk mengelakkan sebarang

lencongan objektif perbincangan. Justeru itu, pengkaji sentiasa meminta murid-

murid melaksanakan sesi perbincangan dalam kumpulan masing-masing.

Di dalam proses P&P, pengkaji telah memberikan beberapa latihan dan

soalan yang melibatkan murid-murid menjawap dan mengingat semula isi

pelajaran yang telah dipelajari. Hal ini dilaksanakan adalah untuk mempastikan

samada murid-murid dapat menjawap dan mengingat semula tajuk sepanjang

proses pengajaran dan pembelajaran yang mereka ikuti melalui perbincangan

dengan pengkaji. Sebagai contoh, pengkaji telah memberikan soalan-soalan

yang meminta murid-murid menamakan dan menyenaraikan ciri-ciri setiap alat-

alat kebesaran Diraja dengan tetap dan betul. Namun, apa yang dilihat bahawa
sebahagian daripada murid-murid tidak berjaya menjawap dengan betul lantaran

kemahiran mengingat mereka kurang berkesan.

Menurut Kellyn Haydee (2013), ingat bermaksud masih ada dalam fikiran

dan tidak lupa. Ingatan pula boleh ditakrifkan sebagai kuasa untuk mengingat

sesuatu yang didengar, dipelajari, dibaca, dilihat dan lain-lain. Manakala

mengingat boleh ditakrifkan sebagai peduli atau mengenang (Kamus Dewan

Edisi Keempat, 2007). Mengingat juga boleh didefiniskan sebagai proses

pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar

dan deria lihat yang baik (Perkembangan Pusat Kurikulum, 2001).

Perkembangan Pusat Kurikulum (2001) dalam modulnya iaitu Belajar Cara

Belajar turut menyatakan bahawa mengingat juga merupakan satu kemahiran

untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian

yang telah berlaku selepas beberapa jam.

Walaubagaimanapun, memori yang tersimpan boleh reput dalam

beberapa waktu sekiranya tidak digunakan (Ainon dan Abdullah, 2003). Dengan

kata lain ingatan menjadi semakin lemah apabila tidak digunakan dengan

sebaiknya. Jelaslah bahawa kebanyakan murid yang menghadapi masalah sukar

untuk mengingati fakta adalah disebabkan mereka tidak mengukuhkan ingatan

tersebut seperti membaca nota atau membuat latihan. Lantaran itu, murid-murid

yang lemah belajar dan gagal berkali-kali dalam peperiksaan akan merasa

kecewa dan hilang minat untuk belajar (Azizi dan Rohaya, 2008). Dalam konteks

ini, murid yang menghadapi masalah ketahanan daya ingatan yang lemah akan

berpotensi untuk tidak berminat belajar disebabkan perasaan kecewa terhadap

diri sendiri.

Berdasarkan pemerhatian pengkaji pada praktikum lalu, pengkaji

mendapati bahawa murid-murid dari kelas yang lemah mempunyai ingatan

xxi
jangka pendek iaitu maklumat tersimpan dalam beberapa tempoh sahaja.

Tambahan pula, semua pelajar yang ditemu bual bersetuju bahawa kebosanan

pengajaran di bilik darjah merupakan faktor utama dalam membentuk tingkah

laku yang negatif, (Mohd Hasani, 2010). Hal ini boleh dilihat daripada kelakuan

mereka meniru jawapan daripada rakan merupakan tindak balas mereka

terhadap rasa bosan semasa sesi pengajaran pengkaji dalam mata pelajaran

Sejarah. Hal ini merisaukan pengkaji dari segi prestasi murid dalam bidang

akademik sekaligus memberi impak terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran

yang dilaksanakan oleh pengkaji dalam bilik darjah.

Setelah melakukan penelitian terhadap refleksi praktikum lalu, pengkaji

telah mendapat satu idea dan telah melaksanakan sebuah pelan untuk

membantu murid-murid dalam meningkatkan kemahiran mengingat melalui

aplikasi LC games atau Letters Card Games agar minat dan ingatan mereka

dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah meningkat. Selain itu, kaedah ini

telah dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik minat murid

belajar pada masa yang sama menyeronokkan kerana pelaksanaannnya juga

melibatkan kaedah permainan yang menyeronokkan. Tambahan pula, kaedah

ini menjurus kepada hands-on iaitu praktik, aktiviti manipulatif dan aktiviti

berpusatkan bahan (Doran, 1990). Oleh demikian, kaedah ini memerlukan murid

itu sendiri untuk memanipulatifkan bahan tersebut sambil mengingati perkara

yang dipelajari melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.


2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Pengenalan

Menurut Rosinah (2011) fokus kajian merupakan sesuatu yang menjadi

keutamaan pengkaji dalam sesuatu penyelidikan. Manakala, Othman (2001)

menjelaskan bahawa fokus kajian adalah dikaitkan dengan idea umum yang

merupakan kenyataan yang menghubungkan idea dengan tindakan. Oleh itu,

idea umum dalam kajian tindakan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran

murid-murid dalam mengingat fakta dan menarik minat mereka dalam

mempelajari mata pelajaran Sejarah.

Kemahiran mengingat merupakan salah satu kemahiran yang penting

dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah dan ia perlu dikuasai oleh setiap

murid-murid di sekolah. Tambahan pula, kemahiran mengingat memainkan

peranan yang penting dalam penguasaan mata pelajaran Sejarah. Namun

demikian, teknik yang biasa dan kurang menarik digunakan dalam pengajaran

dan pembelajaran Sejarah akan menyebabkan murid-murid kurang berminat dan

mudah berasa bosan untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah walhal ia amat

penting untuk pembentukan insan yang matang dan memilki ciri warganegara

yang baik selain dapat mengelakkan sebarang anasir luar yang boleh

mempengaruhi jati diri dan pemikiran generasi muda di negara ini.

xxiii
2.2 Pemilihan Fokus Kajian

Fokus Kajian ini lebih tertumpu kepada meningkatkan kemahiran murid dalam

mengingat nama-nama alat kebesaran Diraja dalam mata pelajaran Sejarah

Tahun 5 di samping meningkatkan minat murid dalam mempelajari mata

pelajaran Sejarah melalui kaedah PdPc yang berunsurkan permainan. Pemilihan

fokus kajian ini adalah hasil daripada pemerhatian pengkaji semasa

melaksanakan praktikum di salah sebuah sekolah daerah Tawau.

Pengkaji telah mendapati bahawa terdapat kelemahan murid dalam

mengingat semula topik-topik Sejarah di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran

dilaksanakan. Sebagai contoh, ketika pengkaji memberikan soalan kepada

murid-murid tentang nama alat-alat kebesaran Diraja secara spontan,

sebahagian daripada mereka tidak dapat menjawap dengan betul. Masalah ini

telah menyebabkan segala perancangan dan pelaksanaan pengajaran mata

pelajaran Sejarah tidak mencapai objektifnya pada tahap yang memuaskan.

Tambahan pula, minat mereka dalam mempelajari Sejarah tidak seberapa baik.

Walhal Sejarah itu amat penting dalam pembentukan insan yang tidak buta pada

Sejarah sehingga presiden Soekarno pernah berkata bahawa “Jangan sesekali

meninggalkan sejarah”.

Oleh yang demikian, pengkaji telah merancang satu kaedah PdPc yang

berunsurkan permainan iaitu kaedah Letters Card Games atau LC Games bagi

menyelesaikan permasalahan peserta kajian dalam menguasai kemahiran

mengingat topik alat-alat kebesaran Diraja dalam mata pelajaran Sejarah Tahun

5 dengan baik agar minat mereka untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah

dapat ditingkatkan. Kaedah ini akan dilaksanakan oleh pengkaji kerana ia

menggunakan konsep belajar sambil bermain. Hal ini kerana kanak-kanak dapat

belajar sambil bermain melalui pengalaman, merangsang naluri ingin tahu, dan
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Pendapat ini telah

disokong oleh kenyataan Noriati et. al. (2010) yang menyatakan kanak-kanak

belajar melalui setiap tindakan mereka. Kanak-kanak mempunyai rasa ingin tahu

dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk mencuba sesuatu yang baharu.

Sekiranya tindakan ini dapat menggembirakan, maka kanak-kanak akan

bersemangat dan mencuba lagi sehingga berjaya.

Selain itu, kemahiran mengingat fakta Sejarah dalam kalangan murid

dapat ditingkatkan melalui kaedah permainan. Hal ini selaras dengan dapatan

kajian Nurul Hannah (2011) yang menyatakan berlaku peningkatan min markah

sebanyak 33.4 peratus dalam ujian pasca selepas menggunakan Permainan

Dam Ular dalam membantu murid Tahun 5 untuk mengingat fakta dalam subjek

Kajian Tempatan. Dalam konteks ini, permainan LC games yang akan

dilaksanakan oleh pengakaji akan dapat membantu murid mengingat topik alat

kebesaran Diraja selain dapat meningkatkan minat mereka terhadap subjek

Sejarah.

Selain itu, hasil dapatan Nor Fatihah (2009) dalam soal selidik mendapati

100 peratus bersetuju aplikasi permainan dalam mata pelajaran Bahasa

Malaysia telah mewujudkan situasi yang menyeronokkan kepada mereka

sekaligus meningkatkan minat murid untuk belajar. Dalam konteks ini, minat

murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dapat dipupuk apabila mereka

berasa gembira semasa melakukan aktiviti belajar sambil belajar.

Menurut Amira Husna dan Pajuzi (2011) yang menyatakan bahawa teknik

permainan Go and Win berjaya meningkatkan tahap pencapaian murid dalam

subjek Sains Tahun 4 yang rendah dalam ujian Pra kepada pencapaian yang

lebih tinggi dalam ujian pasca untuk topik mengingat cara-cara pembiakan

tumbuhan. Selain itu, hasil dapatan Lim (2012) dalam soal selidik mendapati 67

xxv
peratus murid Tahun 5 menyatakan mereka lebih mudah untuk mengingat fakta

Sains dengan kad permainan

Seterusnya, hasil kajian Kartika dan Lau (2010) juga mendapati teknik

belajar sambil bermain berjaya meningkatkan daya ingatan murid dalam mata

pelajaran Sains Tahun 4. Dalam konteks ini, didapati berlaku peningkatan

markah ujian Pasca berbanding Ujian Pra selepas teknik belajar sambil bermain

diperkenalkan dalam subjek Sains. Manakala, Nurul Hannah (2011) juga

menyatakan pengunaan Dice Games atau lebih dikenali Dam Ular telah

membantu muid Tahun 5 untuk mengingat fakta dalam topik Kegemilangan

Melaka bagi subjek Kajian Tempatan.

Dapatan menunjukkan terdapat peningkatan min markah sebanyak 33.3

peratus dalam Ujian Pasca selepas menggunakan Permainan Dam Ular. Dengan

kata lain, hasil dapatan menunjukkan Permainan Dam Ular berjaya memberikan

pengalaman yang bermakna kepada muid-murid melalui aktiviti belajar sambil

bemain. Dalam konteks ini, kanak-kanak yang bermain secara aktif sebenarnya

mengalami proses pembelajaran iaitu meningkatkan daya ingatan mereka

apabila merangsang proses berfikir untuk mengingat kembali fakta supaya dapat

menyelesaikan masalah di setiap petak Dam Ular sekaligus menjadi pemenang.

Seterusnya, dapatan kajian Tuah Mohd Salihi dan Saidi (2010) turut

menunjukkan terdapat peningkatan min markah sebanyak 34.5 peatus dalam

Ujian Pos selepas teknik permainan Monopoli dipekenalkan kepada murid Tahun

3 untuk membezakan perkara rukun dan sunat wuduk dalam mata pelajaran

Islam. Dengan kata lain, prestsasi murid semasa Ujian Pasca lebih tinggi

daripada Ujian Pra selepas Intervensi permainan Monopoli diaplikasikan dalam

topik perkara rukun dan sunat wuduk


Akhir sekali, pemilihan fokus kajian adalah lantaran hasil kajian Lim

(2012) yang menggunakan Kad Permainan sebagai intervensi dalam topik

penyesuaian tumbuhan Tahun 4 apabila 67 peratus murid menyatakan mereka

lebih mudah mengingati fakta Sains dengan kad permainan. Dalam konteks

kajian, walaupun pengkaji mendapati terdapat seorang responden yang

mempunyai tahap kognitif yang rendah daripada rakannya yang lain, tetapi

didapati selepas bemain Monostar responden tersebut dapat mengingat fakta

secara optimum iaitu dapat menjawap 6 daripada 12 soalan lembaran kerja

ketiga dengan betul jika dibandingkan semasa lembaran keja kedua.

2.3 Pengumpulan Data Awal

Kemahiran mengingat fakta Sejarah melalui permainan adalah kaedah yang

telah terbukti dapat membantu murid-murid meningkatkan daya ingatan mereka

dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah dengan baik dan menyeronokkan

selain dapat meningkatkan minat mereka terhadap subjek tersebut. Justeru itu,

pengkaji telah memilih beberapa peserta kajian dengan merujuk kepada data

awal yang akan dikumpul. Langkah-langkah di bawah menunjukkan pemilihan

peserta kajian yang akan dilaksanakan oleh pengkaji.

xxvii
Analisis
Dokumen

Ujian
Temu Bual
Diagnostik

Rajah 2.1: Langkah Pemilihan Peserta Kajian

2.3.1 Analisis Dokumen

Menurut Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia (2008) pengumpulan data melalui analisis

dokumen dapat memberikan maklumat yang releven kepada isu dan masalah

yang dikaji. Analisis dokumen boleh terdiri daripada lembaran kerja, ujian

diagnostik dan data profil murid (Syafaziela, 2012). Oleh itu, pengkaji telah

menggunakan sumber analisis dokumen bagi memilih peserta kajian yang sesuai

dan memenuhi kriteria sebagai sampel kajian.

Analisis dokumen yang digunakan oleh pengkaji adalah seperti lembaran

kerja murid, buku rekod kemajuan, markah peperiksaan murid dan sebagainya.

Kesemua dokumen ini telah dianalisis dan disemak untuk mendapatkan data

yang diperlukan agar pengkaji dapat memilih peserta kajian mengikut rangka

fokus kajian selain dapat memilih peserta mengikut kriteria yang ditentukan.
2.3.2 Temu Bual

Temu bual adalah salah satu kaedah yang telah digunakan oleh pengkaji untuk

mengenalpasti dan memilih peserta kajian sebagai sampel untuk menjawap

persoalan kajian. Temu bual yang telah digunakan adalah berbentuk temu bual

separa berstruktur. Hal ini dilakukan untuk mempastikan pengkaji tidak

menyeleweng daripada skop persoalan.

Temu bual telah dilakukan bersama dengan guru-guru yang terlibat

seperti guru mata pelajaran, guru penolong kanan pentadbiran, guru HEM dan

sebagainya. Segala maklumat yang diperolehi telah digunakan sebagai kriteria

untuk memilih peserta kajian yang digunakan sebagai sampel kajian.

2.3.3 Ujian Diagnostik

Menurut Chow Fook & Jaizah Mahamaud (2012), ujian adalah kaedah yang

digunakan untuk mengutip data bagi menilai dan mengesan kefahaman murid

terhadap sesuatu pelajaran yang telah dipelajari. Salah satu ujiannya adalah

ujian diagnostik. Ujian ini adalah salah satu kaedah yang digunakan untuk

memilih dan mengesan tahap kefahaman dalam kalangan murid untuk dijadikan

sampel dalam kajian pengkaji. Pengkaji telah menjalankan ujian ini dalam

bentuk bertulis dan data yang diperolehi akan dianalisis.

xxix
2.4 Tindakan

Setelah pengumpulan data awal dilaksanakan, beberapa tindakan telah

dirancang dan dilaksanakan oleh pengkaji untuk mengumpul data dan dianalisis

bagi mengkaji segala persoalan timbul daripada permasalahan. Hal ini adalah

untuk mempastikan pengkaji dapat merungkaikan segala persolan dan

permasalahan yang dikaji melalui pelaksanaan kajian tindakan ini. Sehubungan

itu, satu model kajian telah digunakan sebagai panduan untuk pengkaji

merancang dan melaksanakan pelan tindakan. Justeru itu, pengkaji memilih

salah satu model kajian tindakan iaitu Model Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw

(1992).

Pengkaji telah mengaplikasikan Model Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw

(1992) untuk memudahkan kajian ini dilaksanakan. Menurut Kurt Lewin (1946)

dan Laidlaw (1992), proses kajian tindakan ditinjau sebagai satu kitaran tindakan

kajian yang merangkumi 5 peringkat atau langkah-langkah, iaitu kenal pasti

aspek amalan, buat perancangan, laksanakan tindakan, laksanakan

pengumpulan data dan refleksi kajian tindakan.


KENALPASTI ASPEK
AMALAN

REFLEKSI PERANCANGAN

PENGUMPULAN
PELAKSANAAN
DATA

.Rajah 2.2: Diadaptasi Dan Diubahsuai Daripada Kurt Lewin (1946) Dan Laidlaw

(1992)

a) Kenal pasti Aspek Amalan

Tindakan pertama dalam proses pelaksanaan tindakan kajian adalah mengenal

pasti masalah yang dihadapi oleh murid berdasarkan pengalaman praktikum

yang lalu. Bagi kajian ini, pengkaji telah mendapati bahawa murid-murid

mengalami kesukaran dalam mengingati topik-topik pelajaran yang telah diajar

oleh guru. Masalah ini telah membawa kepada sikap kebosanan murid-murid

terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, sebahagian

daripada mereka berasa kurang minat terhadap mata pelajaran Sejarah. Walhal

minat merupakan elemen yang penting dan dapat mendorong murid-murid untuk

xxxi
mempelajari dan mendalami Sejarah samada Sejarah yang melibatkan diri

mereka atau orang lain dan masyarakat dan negara.

b) Perancangan

Di dalam langkah perancangan, pengkaji telah merancang satu kajian tindakan

bagi mengatasi permasalahan yang timbul berdasarkan pemerhatian semasa

menjalankan praktikum fasa 1. Pengkaji mula mendapat idea untuk

mengaplikasikan kaedah pengajaran yang lebih menyeronokkan dan membantu

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Oleh itu, pengkaji telah

memilih tajuk kajian iaitu meningkatkan kemahiran mengingat alat kebesaran

Diraja melalui kaedah LC games dalam mata pelajaran Sejarah tahun 5.

Selain itu, pengkaji juga telah memilih untuk menghasilkan satu bahan

bantu mengajar yang dikenali sebagai kad imbasan bergambar atau flashcard

bagi memudahkan murid menguasai fakta tentang topik yang diajar selain

menarik minat murid-murid dalam sesi PdPc Konvensional. Hal ini amat penting

dilakukan agar proses PdPc dapat dilaksanakan dengan baik. Tambahan pula,

penggunaan bahan bantu mengajar amat perlu kerana melalui bahan maujud,

pembelajaran kanak-kanak adalah jauh lebih bermakna berbanding dengan

proses pembelajaran tanpa bahan bantu mengajar (Sufean et. al, 2006).

Menurut Rizal (2011), kad imbasan bergambar atau flashcard adalah kad-

kad kecil untuk menulis nota ringkas dan dibawa bersama-sama ke mana sahaja.

Kad imbasan tidak boleh diletakkan terlalu banyak kerana tujuan kad imbasan ini

adalah bagi memudahkan seseorang membaca dan mengingati maklumat atau

fakta. Flashcard yang akan digunakan oleh pengkaji merupakan sebuah kad

yang memaparkan gambar-gambar berkaitan dengan alat-alat kebesaran Diraja


yang jelas dan memudahkan untuk diingati melalui kad perkataan yang diberikan

kepada murid-murid semasa proses pelaksanaan intervensi dilakukan.

Selain itu, dalam fasa ini juga, pengkaji telah menetapkan objektif kajian

berserta soalan kajian dan kaedah pengumpulan data. Terdapat dua objektif

kajian, dua soalan kajian dan tiga instrumen yang telah digunakan oleh pengkaji

dalam kajian ini seperti Analisis Dokumen, ujian dan pemerhatian. Pengkaji juga

telah merancang dengan teliti prosedur-prosedur dalam kajian ini mengikut

perancangan yang telah ditetapkan menurut model kajian yang dipilih.

Selain itu, pengkaji juga telah melaksanakan Ujian Diagnostik untuk

memilih peserta kajian dengan betul dan tepat. Keputusan ujian ini disokong oleh

data temu bual yang diperolehi melalui temu bual yang dilakukan bersama guru

mata pelajaran dan individu yang dianggap berkaitan dengan peserta kajian.

Tujuan temu bual ini digunakan adalah untuk menyokong data Ujian Diagnostik

yang dijalankan bagi mengetahui prestasi kemahiran mengingat murid sebelum

pelaksanaan LC Games selain mempastikan data yang diperolehi mengenai

peserta kajian yang dipilih adalah sahih dan mengikut persampelan yang telah

ditetapkan.

Pengkaji juga telah merancang dengan teliti prosedur-prosedur yang

perlu dilakukan supaya kajian tindakan ini dapat berjalan dengan lancar.

Pengkaji juga telah memohon kebenaran daripada pihak pentadbir di sekolah

untuk melaksanakan kajian tindakan ini. Selain itu, pengkaji juga telah

melaksanakan perbincangan dengan pensyarah penyelia untuk tindakan

penambahbaikkan serta membantu menyemak instrumen-instrumen yang

digunakan semasa kajian ini dilaksanakan.

Instrumen pertama telah akan digunakan oleh pengkaji untuk menjawap

soalan kajian bagi mengumpul data ialah Analisis Dokumen. Analisis Dokumen

xxxiii
yang berbentuk lembaran kerja diberikan kepada peserta kajian setiap kali

selepas pelaksanaan tindakan. Kesemua data Analisis Dokumen ini telah dibuat

perbandingan bagi melihat peningkatan prestasi murid dalam mengingat fakta

selepas pelaksanaan tindakan atau intervensi dilaksanakan.

Akhir sekali, pemerhatian juga telah digunakan oleh pengkaji bagi

pengumpulan data kajian. Menurut Rosinah (2012), pemerhatian digunakan

untuk merekod tingkah laku dan interaksi peserta kajian dalam kajian ini.

Terdapat dua cara untuk mendapatkan data melalui kaedah pemerhatian.

Kaedah yang digunakan oleh pengkaji ialah kaedah pemerhatian separuh

berstruktur.

c) Tindakan

Pengkaji telah melaksanakan tindakan setelah membuat perancangan yang rapi

untuk kajian ini. Pengkaji terdahulu mentadbir Ujian Diagnostik terhadap semua

murid secara serentak bagi memilih peserta kajian diikuti dengan temu bual

bersama guru mata pelajaran dan individu yang berkaitan. Murid yang mendapat

markah rendah mengikut rubrik markah pengkaji dijadikan sebagai peserta kajian

untuk kajian tindakan ini. Langkah ini telah dilaksanakan oleh pengkaji selama 2

minggu tempoh praktikum. Seterusnya, pengkaji telah melaksanakan sesi

pengajaran dan pembelajaran konvensional menggunakan flashcard

Bagi menambahkan lagi keberkesanan dan pengukuhan pengajaran dan

pembelajaran, pengkaji telah memberikan lembaran kerja kepada peserta kajian

tentang subtopik yang diajar untuk Analisis Dokumen. Ujian Pra telah diberi

sebelum intervensi dijalankan dan Pasca dilakukan selepas intervensi

dilaksanakan. Akhir sekali, pemerhatian berstruktur telah dilaksanakan juga

terhadap peserta kajian untuk tindakan kajian ini.


d) Pengumpulan Data

Di dalam fasa ini, pengkaji telah mengumpul data melalui tiga instrumen yang

digunakan. Selepas itu, pengkaji akan membuat analisis terhadap data-data

yang telah dikumpul dan pengkaji akan mempamerkan data dalam bentuk jadual

dan graf agar penyampaian dan analisis data dapat diterangkan dengan jelas.

Lantaran itu, proses interpretasi data telah dapat dilaksanakan mengikut

rancangan yang sistematik.

e) Refleksi

Pada akhir kajian tindakan ini, pengkaji telah membuat refleksi dalam

pengalaman semasa mengendalikan dan melaksanakan kajian ini. Menurut

Rosinah (2011), refleksi merupakan proses merenung, menganalisis masalah,

serta cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri. Oleh itu, pengkaji juga

telah membuat refleksi dalam mengenal pasti kekuatan dan kelemahan LC

games semasa kajian serta cadangan penambahbaikkan ke atas teknik yang

akan digunakan dalam kajian ini.

xxxv
3.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN PERSOALAN KAJIAN

3.1 Pengenalan

Minat dan kemahiran mengingat murid adalah elemen yang amat penting dalam

mempelajari mata pelajaran Sejarah dengan baik dan berterusan. Jika tidak,

segala perancangan dan matlamat kepada pembentukan modal insan yang

memiliki ciri-ciri kewarganegaraan yang patriotik akan menemui jalan buntu.

Justeru itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengatasi segala permasalahan dan

persoalan yang timbul daripada kajian yang dilakukan pengkaji.

3.2 Objektif Kajian

Bagi kajian tindakan ini, pengkaji telah menetapkan beberapa objektif untuk

membantu murid dalam penguasaan kemahiran mengingat topik alat-alat

kebesaran Diraja dalam mata pelajaran Sejarah tahun lima melalui aplikasi LC

game. Tujuan objektif ditetapkan adalah supaya kajian ini mempunyai panduan

dan matlamat yang perlu disasarkan oleh pengkaji dalam kajian ini. Antara

objektif yang ditetapkan adalah seperti berikut:

1. Membantu murid meningkatkan kemahiran mengingat nama dan ciri-ciri

alat kebesaran Diraja dalam mata pelajaran Sejarah Tahun 5 sekolah

rendah melalui kaedah LC game.

2. Meningkatkan minat murid dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah

Tahun 5 sekolah rendah menggunakan LC game.


3.3 Soalan Kajian

Bagi kajian tindakan ini juga, pengkaji mendapati wujud beberapa persoalan hasil

daripada objektif yang telah ditetapkan. Antara persoalan yang timbul adalah

seperti berikut:

1. Adakah kemahiran murid mengingat nama dan ciri-ciri alat kebesaran

Diraja dalam mata pelajaran Sejarah Tahun 5 dapat ditingkatkan melalui

penggunaan LC game?.

2. Adakah minat murid dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah Tahun 5

dapat ditingkatkan melalui pengggunaan LC game?

4.0 PESERTA KAJIAN

Pelaksanaan kajian tindakan ini adalah untuk membantu murid meningkatkan

kemahiran mengingat dan minat mereka terhadap mata pelajaran Sejarah.

Justeru itu, beberapa murid atau peserta kajian telah dipilih oleh pengkaji

berdasarkan ciri-ciri persampelan yang betul. Di mana pengkaji telah memilih

beberapa peserta kajian yang mempunyai tahap pencapaian yang rendah dan

sederhana dalam mata pelajaran Sejarah berdasarkan rekod markah ujian di

sekolah tersebut.

Pengkaji telah memilih sebanyak 10 orang murid Tahun lima di salah

sebuah sekolah daerah Tawau berdasarkan kepada ciri-ciri spesifik seperti tahap

pencapaian dalam ujian. Selain itu, pengkaji juga telah berbincang dengan guru

kelas dan guru mata pelajaran Sejarah bagi mempastikan peserta kajian yang

dipilih memenuhi dan menepati kriteria yang diperlukan dalam konteks kajian.

xxxvii
5.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Langkah-langkah Tindakan

Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah memilih Letters Card Game (LC game)

untuk membantu murid-murid menyelesaikan masalah dalam penguasaan

kemahiran mengingat alat-alat kebesaran Diraja dalam mata pelajaran Sejarah

sekolah rendah Tahun 5. Hal ini demikian kerana dalam PdPc lalu, pengkaji

mendapati bahawa murid-murid mengalami masalah dari segi kemahiran

mengingat alat-alat kebesaran Diraja dengan betul.

Selain itu, pengkaji juga mendapati bahawa minat murid-murid terhadap

mata pelajaran Sejarah amat rendah. Justeru itu, pengkaji telah merancang satu

langkah-langkah atau pelan tindakan bagi membantu murid-murid menguasai

kemahiran mengingat nama alat-alat kebesaran Diraja agar minat mereka dalam

mempelajari mata pelajaran Sejarah dapat ditingkatkan.


KENALPASTI ASPEK
AMALAN
Murid Tidak Dapat
Mengingati Fakta Sejarah
Sehingga Minat Mereka
Terhadap Subjek Sejarah
Berkurang

REFLEKSI PERANCANGAN
Pengkaji Pengkaji Akan
Melaksanakan Merancang
Cadangan Pelaksanaan
Penambahbaikkan Tindakan

PENGUMPULAN TINDAKAN
DATA
Pengkaji
Analisi Dokumen Melaksanakan Ujian
Ujian Pra Dan Diagnostik Dan
Pasca Intervensi Terhadap
Pemerhatian Peserta Kajian

Rajah 5.1: Model Kurt Lewin (1946) Dan Laidlaw (1992)

xxxix
i. Kenal Pasti Aspek Amalan

Di dalam fasa ini, pengkaji telah mengenalpasti apakah masalah yang dihadapi

oleh murid-murid dalam pengajaran. Berdasarkan maklumat yang diperolehi

daripada praktikum lepas, pengkaji telah mendapati murid-murid menghadapi

masalah mengingati fakta Sejarah dengan baik. Kesukaran ini kemungkinan

disebabkan daripada kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru kurang

menarik minat mereka sehingga mereka berasa bosan terhadap aktiviti PdPc.

Sehubungan dengan itu, pengkaji telah mengenalpasti ciri-ciri murid yang

menghadapi masalah tersebut.

Selain itu, pengkaji telah mengenalpasti apakah yang menyebabkan

masalah tersebut timbul. Samada disebabkan corak pengajaran ataupun iklim

atau suasanan bilik darjah. Kesemua ini adalah penyumbang dan faktor yang

mempengaruhi corak pembelajaran murid-murid bersama guru tersebut.

Sehubungan dengan itu, pengkaji telah melaksanakan ujian Diagnostik untuk

mengenalpasti beberapa murid yang menghadapi masalah tersebut.

ii. Perancangan

Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi, pengkaji telah merancang untuk

menghasilkan satu pelan tindakan yang dapat membantu mengatasi masalah

yang telah dikenal pasti. Pelan tindakan telah dilaksanakan oleh pengkaji adalah

mengikut prosedur-prosedur yang telah dirancang. Sehubungan dengan itu,

pengkaji telah menghasilkan satu kaedah pengajaran yang berunsurkan

permainan agar ia dapat membantu murid-murid mengingati fakta Sejarah

dengan mudah selain meningkatkan minat mereka untuk mempelajari subjek

Sejarah.
Kaedah pengajaran ini diberi nama sebagai kaedah LC games atau

Letters Card Games. Kaedah ini dipilih dan telah dilaksanakan oleh pengkaji

sebagai satu usaha untuk membantu murid-murid meningkatkan daya ingatan

mereka terhadap fakta Sejarah selain meningkatkan minat mereka terhadap

subjek tersebut. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah merancang satu pelan

tindakan meliputi pelaksanaan ujian dan intervensi terhadap peserta kajian serta

menentukan kaedah pengumpulan data yang akan digunakan.

i. Tindakan

Di dalam fasa ini, pengkaji telah melaksanakan beberapa pelan tindakan yang

telah dirancang untuk mengatasi permasalahan yang dikaji. Isu kajian yang

hendak dikaji telah diselesaikan oleh pengkaji melalui beberapa langkah-langkah

antaranya melaksanakan Ujian Diagnostik, melaksanakan pengajaran

konvensional, Ujian Pra, melaksanakan pengajaran menggunakan kaedah LC

games dan Ujian Pasca:

a. Melaksanakan Ujian Diagnostik

Ujian Diagnostik merupakan ujian yang digunakan sebagai satu

alat pengukuran yang membolehkan pengkaji mengesan punca

dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh

seseorang murid atau peserta kajian. Ujian ini adalah amat

penting kerana ia membantu pengkaji mendapatkan senarai

peserta kajian mengikut kriteria atau persampelan yang

diperlukan.

xli
Untuk mendapatkan kesahan berkaitan maklumat peserta

kajian, maka pengkaji telah melakukan temu bual dengan guru

mata pelajaran dan individu yang berkaitan. Hal ini dilaksanakan

untuk memudahkan pengkaji melaksanakan kajian tindakan.

Melalui temu bual tersbut, pengkaji memperolehi data yang sahih

berkaitan dengan peserta kajian yang diperlukan dalam kajian

tindakan.

b. Melaksanakan Pengajaran Konvensional

Setelah mendapatkan beberapa peserta kajian, maka pengkaji

telah melaksanakan pengajaran berbentuk konvensional atau

tradisonal. Berpandukan Rancangan Pengajaran Harian (RPH),

pengkaji telah melaksanakan PdPc bagi tajuk alat kebesaran

Diraja menggunakan Bahan Bantu Mengajar iaitu kad imbasan

bergambar atau flashcard. Langkah ini dilaksanakan sebagai

permulaan kepada murid-murid untuk mengetahui dan melihat

sendiri bentuk dan gambar alat-alat kebesaran Diraja sebelum

kaedah LC games diperkenalkan.

c. Melaksanakan Ujian Pra

Ujian Pra merupakan salah satu kaedah pengumpulan data yang

digunakan oleh pengkaji untuk mengetahui tahap penguasaan

murid dalam mengingat fakta Sejarah. Ujian Pra merupakan satu

ujian yang digunakan dan telah dilaksanakan oleh pengkaji untuk

mengukur tahap ingatan murid-murid dalam topik alat-alat


kebesaran Diraja. Keputusan ujian ini telah dapat membantu

pengkaji menganalisis dan menginterpretasi data berkaitan

penguasaan murid-murid dalam mengingati fakta Sejarah dengan

baik.

d. Melaksanakan Pengajaran Menggunakan LC Game

Setelah melaksanakan pengajaran konvensional, pengkaji telah

mula melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengunakan

kaedah permainan yang dikenali sebagai Letters Card Game atau

LC game. Hal ini sebagai satu langkah awal untuk membantu

peserta kajian mengatasi masalah mereka dalam mengingati fakta

Sejarah.

Kaedah LC game adalah kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang lebih kepada melibatkan murid mengingati

fakta Sejarah melalui peranan flashcard dan kad huruf yang akan

digunakan sebagai BBM untuk peserta kajian mengingati nama

alat-alat kebesaran Diraja. Lebih menyeronokkan lagi kaedah ini

lebih kepada hand-on dan berpusatkan bahan. Terdapat beberapa

peraturan dalam permainan LC games iaitu:

1) Setiap pemain perlu mengambil kad huruf di dalam kotak ajaib

mengikut kumpulan masin-masing.

2) Huruf pada kad mewakili nama setiap alat-alat kebesaran Diraja.

3) Setiap kad huruf perlu dicabut oleh pemain di dalam kotak

beracun dan membaca penerangan dibelakang kad huruf.

4) Pemain perlu menulis jawapan di dalam kertas jawapan.

5) Tempoh permainan adalah selama 40 minit.

xliii
e. Ujian Pasca

Peringkat Ujian Pasca telah dilaksanakan sebaik sahaja selesai

intervensi dilakukan terhadap peserta kajian. Ujian ini telah

dilaksanakan bagi melihat tahap keberkesanan intervensi yang

telah dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah

memberikan beberapa ujian soalan yang berkaitan dengan tajuk

yang telah dipelajari melalui kaedah Letters Card Games. Melalui

data yang diperolehi, pengkaji dapat membuat perbandingan

tahap kemahiran murid dalam mengingat fakta Sejarah sebelum

dan selepas intervensi dilaksanakan melalui keputusan ujian yang

dibuat.

ii. Pengumpulan Data

Setelah pengkaji melaksanakan beberapa tindakan, maka pengkaji telah mula

melaksanakan proses pengumpulan data melalui beberapa instrumen seperti

Ujian Pra dan Pasca dan pemerhatian berstruktur. Kesemua data yang dikumpul

telah dianalisis dan diinterpretasikan dalam bentuk deskriptif atau peratusan agar

tahap pencapaian murid dalam mengingat fakta Sejarah dapat diketahui dan

dinilai oleh pengkaji sendiri.

Selain itu, pengkaji juga telah mengumpul data mengunakan Ujian Pra

dan Pasca sebaik sahaja langkah intervensi dilakukan. Ujian Pra dan Pasca

yang dilaksanakan adalah bertujuan menguji tahap kemahiran mengingat murid

dalam fakta Sejarah melalui kaedah LC games selain mengetahui tahap

keberkesanan intervensi yang dilaksanakan oleh pengkaji samada telah

mencapai objktif kajian atau sebaliknya. Ujian Pra telah dilaksanakan sebelum
sesi pengajaran LC games dijalankan. Bentuk soalan yang diberikan adalah

tahap pengetahuan peserta kajian terhadap topik alat-alat kebesaran Diraja.

Akhir sekali, pengkaji telah melaksanakan proses pemerhatian terhadap

tingkah laku murid untuk mengetahui tahap peningkatan minat mereka dalam

mempelajari mata pelajaran Sejarah melalui kaedah pengajaran LC games.

Sehubungan dengan itu, pemerhatian ini telah dilaksanakan semasa peserta

kajian melaksanakan aktiviti pembelajaran. Justeru itu, pengkaji telah

menggunakan borang senarai semak pemerhatian sebagai instumen untuk

menilai tahap minat peserta kajian.

iii. Refleksi

Langkah ini adalah di akhir proses pelaksanaan kajian tindakan. Setelah

kesemua data dianalisis dan diintepretasi, maka pengkaji telah melaksanakan

refleksi terhadap proses pelaksanaan kajian tindakan secara menyeluruh. Hal ini

akan membawa kepada cadangan penambahbaikkan terhadap tindakan

mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid di sekolah nanti.

xlv
5.2 PERANCANGAN KAEDAH MENGUMPUL DATA

Menurut Abdul Hamid (2013), instrumen kajian merupakan alat utama dalam

membantu pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi

menjawap persoalan kajian yang dikemukakan. Dalam konteks kajian, pengkaji

telah mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah triangulasi dengan

menggunakan tiga instrumen iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca, analisis dokumen

dan pemerhatian berstruktur.

Pengkaji memilih instrumen tersebut adalah untuk menjamin kesahan

yang tinggi. Pernyataan ini telah disokong oleh Mohd. Majid (2009) yang

menyatakan bahawa kesahan ini penting untuk menentukan sejauh mana

instrumen tersebut dapat mengukur data yang sepatutnya diukur. Dengan kata

lain, ia dapat menentukan kejayaan dan ketepatan dapatan sesuatu kajian.

5.2.2 Ujian Pra dan Pasca

Menurut Azizi dan Mohd Isha (2008), ujian merupakan kaedah yang digunakan

untuk mengutip data bagi menilai dan mengesan kefahaman murid-murid

terhadap sesuatu pelajaran yang telah dipelajari. Oleh itu, pengkaji telah memilih

instrumen Ujian Pra dan Pasca bagi menjawap soalan kajian pertama dengan

objektifnya iaitu meningkatkan kemahiran murid dalam mengingat topik alat-alat

kebesaran Diraja dengan menggunakan kaedah LC games.


5.2.3 Pemerhatian Berstruktur

Penyelidik memilih untuk menggunakan instrumen pemerhatian berstruktur

kerana mudah untuk dianalisis. Selain itu, pemerhatian berstruktur juga mudah

untuk ditadbir oleh penyelidik tanpa perlu meminta bantuan rakan lain untuk

mengutip data. Penyataan ini disokong oleh Rosinah (2011), yang menyatakan

bahawa pemerhatian yang dilakukan menggunakan senarai semak lebih mudah

untuk dianalisis dan memberi ruang kepada penyelidik untuk membuat

pemerhatian tanpa bantuan penyelidik yang lain

Selain itu, pemerhatian berstruktur dianalisis menggunakan frekuensi dan

peratus melalui senarai semak yang disediakan. Kelebihan kaedah pemerhatian

berstruktur ini ialah penyelidik mudah mendapat data yang diperlukan dan juga

maklumat yang diberikan itu jelas berdasarkan senarai semak yang dibuat.

5.3 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA

Menurut Shamsina (2011), analisis data adalah penting untuk menjawab objektif

dan soalan kajian. Dalam kajian ini, pengkaji akan menganalisis data secara

kualitatif dan sebahagian daripada kuantitatif.

5.3.1 Latar Belakang Peserta Kajian

Peserta kajian yang dipilih adalah dalam kalangan murid-murid Tahun 5 dan

lebih tertumpu kepada satu kelas sahaja bagi memudahkan pelaksanaan ujian.

Peserta kajian dalam penyelidikan ini adalah sampel bertujuan yang dikenal pasti

mempunyai masalah mengingat. Pengkaji juga telah melaksanakan Ujian

Diagnostik untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang prestasi peserta kajian

xlvii
yang dipilih. Segala data yang diperolehi dianalisis seperti dalam jadual di

bawah.

Jadual 5.1: Analisis Data Ujian Diagnostik Peserta Kajian Diadaptasi Daripada

Nur Syafiqah Ahmad Amin (2014)

Peserta Kajian Jantina Markah (%) Gred

R1 - − -

R2 − − -

R3 - − -

R4 − − -

R5 − − -

R6 − − -

R7 − − -

R8 − − -

R9 − − -

R10 − − -

5.3.2 Analisis Data Ujian Pra Dan Ujian Pasca

Pengkaji telah menganalisis data secara manual dan markah telah dikategorikan

menggunakan skala markah mengikut Skala Gred Sistem Analisis Peperiksaan

Sekolah (SAPS) bagi sekolah rendah, (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010).

Selain itu, pengkaji telah menganalisis data menggunakan formula pengukuran

markah yang telah diperoleh peserta kajian. Pengkaji telah menilai perubahan

skor setiap peserta kajian dalam bentuk kekerapan dan peratus. Semua skor
tersebut telah diklasifikasikan dalam lima gred yang diadaptasi daripada Sistem

Pentaksiran Berasaskan Sekolah Rendah (2011) untuk memudahkan pengkaji

menilai objektif pertama berdasarkan rajah 5.3

Jumlah Jawapan Yang Betul

X 100 %

Bilangan Soalan

Rajah 5.3: Rumus Pengukuran Markah Diadaptasi Daripada Nurfarizah Abd.

Ghapar (2013)

Jadual 5.2: Gred Pemarkahan Ujian Diadaptasi Daripada Nurfarizah Abd.

Ghapar (2013)

GRED PERATUSAN (%) TAHAP

PENCAPAIAN

A 80-100 Cemerlang

B 60-79 Baik

C 40-59 Sederhana

D 20-39 Lemah

E 0-19 Sangat Lemah

Jadual 5.3 menunjukkan maklumat deskriptif peratusan dan gred

mengikut Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah Rendah. Peserta kajian yang

memperoleh skor di antara 0 hingga 19 dikategorikan sebagai gagal iaitu gred E.

xlix
Manakala peserta kajian yang memperoleh skor 20 hingga 39 dikategorikan

sebagai lemah iaitu mendapat gred. Peserta kajian yang memperoleh skor 40

hingga 59 dikategorikan sebagai sederhana iaitu gred C. Akhir sekali, peserta

kajian yang mendapat 60 hingga 70 mendapat gred B iaitu baik dan peserta

kajian yang mendapat markah 80 ke atas mendapat gred A iaitu cemerlang.

JaduaL 5.3: Taburan Peratusan Markah Ujian Pra Dan Pasca Diadaptasi

Daripada Nurfarizah Abd. Ghapar (2013)

RESPONDEN F Ujian Gred f Ujian Gred Tahap

Pra Pasca Pencapaian

(%) (%)

Responden 1 - - - - - - -

Responden 2 - - - - - - -

Responden 3 - - - - - - -

Responden 4 - - - - - - -

Responden 5 - - - - - - -

Responden 6 - - - - - - -

Responden 7 - - - - - - -

Resopnden 8 - - - - - - -

Responden 9 - - - - - - -

Responden 10 - - - - - - -

Jumlah markah - -
5.3.3 Analisis Data Pemerhatian

Bagi instrumen pemerhatian, penyelidik telah menganalisis data yang diperolehi

berdasarkan borang senarai semak yang disediakan. Data dianalisis secara

keseluruhan dan dirumus secara kualitatif berdasarkan tingkahlaku positif dan

negatif mengikut borang senarai semak. Jadual 5.5 di bawah menunjukkan cara

data pemerhatian dianalisis.

Jadual 5.4: Analisis Data Pemerhatian Sebelum Dan Selepas Intervensi

Bil Aspek Yang Sebelum Selepas Pencapaian

Diperhatikan (%)
f Peratus f Peratus

1 Murid sentiasa - - - - -

memandang ke arah guru

semasa proses

pengajaran dan

pembelajaran

2 Murid mencuba - - - - -

melibatkan diri dalam

aktiviti secara sukarela

3 Murid bekerjasama dalam - - - - -

kumpulan

4 Murid menjawap soalan - - - - -

yang guru ajukan

li
5 Murid memberi perhatian - - - - -

kepada guru

6 Murid mengajukan - - - - -

beberapa soalan kepada

guru

5.3.3 Analisis Data Pemerhatian

Bagi instrumen pemerhatian, pengkaji telah menganalisis data yang diperolehi

berdasarkan borang senarai semak yang disediakan. Data dianalisis secara

keseluruhan dan dirumus secara kualitatif berdasarkan tingkahlaku positif dan

negatif mengikut borang senarai semak. Jadual 5.5 di bawah menunjukkan cara

data pemerhatian dianalisis.

Bil Aspek Yang Sebelum Selepas Pencapaian

Diperhatikan f Peratus f Peratus (%)

1 Murid sentiasa - - - - -

memandang ke arah

guru semasa proses

pengajaran dan

pembelajaran
2 Murid mencuba - - - - -

melibatkan diri dalam

aktiviti secara sukarela

3 Murid bekerjasama - - - - -

dalam kumpulan

4 Murid menjawap - - - - -

soalan yang guru

ajukan

5 Murid memberi - - - - -

perhatian kepada guru

6 Murid mengajukan - - - - -

beberapa soalan

kepada guru

liii
5.4 PERANCANGAN CARA MENYEMAK DATA

Menyemak data merupakan langkah yang penting dalam pelaksanaan kajian

tindakan. Pengkaji menggunakan kaedah triangulasi dalam menyemak data

kajian. Hal ini adalah untuk mempastikan kesahan dan kebolehpercayaan data

yang diperolehi.

Menurut Merriem dalam Taylor & Wallace (2007), triangulasi merupakan

salah satu kaedah yang boleh meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu data

agar dapat melihat dan menilai sesuatu data kajian dari pelbagai sudut yang

berbeza untuk mendapat gambaran keseluruhan secara jelas mengenai data

yang telah diperolehi. Denzin (1978) membahagikan triangulasi kepada bebepa

jenis seperti triangulasi data atau kaedah, triangulasi sumber dan triangulasi

teori.

Pengkaji memilih triangulasi kaedah atau data bagi menyemak data-data

yang telah diperolehi melalui instrumen yang digunakan seperti analisis

dokumen, ujian pra dan pasca dan pemerhatian. Kaedah triangulasi yang

digunakan oleh pengkaji boleh dilihat pada gambar rajah .

Pemerhatian
Berstruktur

Analisis Ujian Pra Dan


Dokumen Pasca

Rajah 5.4:Kaedah Tringulasi

Jadual 5.4: Kaedah Triangulasi Data


OBJEKTIF KAJIAN INSTRUMEN KAJIAN ANALISIS

1. Membantu murid  Ujian Pra dan  Peratus

dalam Pasca  Kekerapan

meningkatkan  Analisis dokumen

penguasaan

kemahiran

mengingat alat-

alat kebesaran

Diraja dalam

mata pelajaran

sejarah sekolah

rendah melalui

teknik LC game.

2. Meningkatkan  Pemerhatian  Peratus

minat murid Berstruktur  Kekerapan

dalam

mempelajari mata

pelajaran Sejarah

sekolah rendah

menggunakan

kaedah LC game.

lv
5.5 JADUAL PELAKSANAAN

Bulan

NO AKTIVITI/ TINDAKAN Jan Feb Mar Apr Julai Ogos Sept

1 Kenal pasti Masalah Kajian

2 Merefleksi Diri

3 Merancang tindakan

4 Membuat Kertas Cadangan

5 Membentang Kertas

Cadangan

6 Melaksanakan tindakan

7 Mengumpul senarai

responden

8 Pengumpulan data instrumen

analisis dokumen

9 Pengumpulan data instrumen

ujian pra dan pasca

10 Pengumpulan data instrumen

senarai semak

11 Analisis data

12 Intrepatasi data/ Dapatan

kajian

13 Menulis rumusan kajian

14 Membentang kajian tindakan


5.6 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA

1 Kertas A4 3 Rim RM 35.50

2 Printer 1

3 Ink Printer 4 Botol Ink Hitam RM 40.00

4 Mounting Board 2 Keping RM 7.00

5 Kotak Dadu Satu Kotak Kecil RM 3.00

6 Kertas Manilakad 2 Keping RM 5.00

JUMLAH RM 90.50

Jadual 5.1:Anggaran Kos Perbelanjaan Kajian Tindakan

lvii
6.0 RUJUKAN

Syed Ismail Syed Mustapha & Ahmad Subki Miskon (2010). Kemahiran Belajar.

Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Zuraidah A. Majid, dan Sharifah Fakhriah

Syed Ahmad (2010). Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar

Sdn. Bhd.

Rachel Lim (2012). Teknik History Investigations Mempermudahkan Murif

Mengkonsepsikan Fakta Dalam Pembelajaran Kajian Tempatan. Tesis

Sarjana. Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.

Kellyn Haydee (2013). Penguasaan Kemahiran Mengingat Bendera Negeri-

negeri Di Malaysia Melalui Teknik Origami Dalam Pendidikan Sivik Dan

Kewarganegaraan Tahun 4. Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan: Edisi Keempat. Selangor

Darul Ehsan.

Perkembangan Pusat Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2001).

Modul Belajar Cara Belajar. Diakses pada 1 Jun 2013 dari

http://www.smktunkuputera.com/data/ppk/bsk/bpanduan/bcb.pdf.

Ainon Mohd. Abdullah Hassan (2003). Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah.

Pahang: PTS Publications Sdn. Bhd.

Azizi Ahmad & Rohaya Noruddin. (2008). Psikologi Kanak-Kanak. Selangor: PTS

Publications Sdn. Bhd.


Mohd Hasani Dali. (2010). Pengurusan Bilik Darjah Untuk Guru Novis. Kedah:

Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala

Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Othman Mohamed. (2001). Penulisan Tesis Dalam Bidang Sains Sosial

Tempatan. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Nurul Hannah Abdul Wahab. (2011). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5

Mengingati Fakta Dalam Topik Kegemilangan Melaka Mengunakan

Teknik Permainan Dice Games. Prosiding Seminar Penyelidikan

Tindakan Pismp Vol 2, No 3.

Nor Fatihah Nordin. (2009). Keberkesanan Teknik Permainan dalam Pengajaran

Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Penyelidikan Tinakan Pismp Vol 1,

No 4.

Amira Husna Armain & Pajuzi Awang. (2011). Meningkatkan Daya Ingatan Murid

Tahun 4 Bagi Topik Pembiakan Tumbuhan Menggunakan Teknik

Permainan Go and Win. Prosiding Seminar Penyelidikan Tahun 2011: 60-

70.

Lim Carol. (2012). Perbandingan Kaedah Menggunakan Kad Permainan Dan

Buku Besar Bagi Meningkatkan Pencapaian Murid Tahun 4 Dalam Topik

Penyesuaian Tumbuhan Terhadap Cuaca Melampau. Tesis Ijazah

Sarjana Muda. Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun.

Kartika John Budiman & Lau Mee Hsia. (2010). Peningkatan Kemahiran Daya

Ingatan Di Kalangan Pelajar Tahap Dua Tahun 4 Sains. Prosiding

Seminar Penyelidikan Tindakan Pismp 2010: 261-265

lix
Tuah Mohd Salihi Tuan Far & Saidi Mohd. (2010). Meningkatkan Tahap

Pencapaian Murid Tahun 3 Dalam Membezakan Perkara Rukun & Sunat

Wuduk Melalui Permainan Monopoli. Seminar Penyelidikan Tindakan

PISMP 2010: 321-325.

Nurfarizah Abd. Ghapar. (2013). Keberkesanan Permainan Monostar Terhadap

Kemahiran Mengingat Fakta Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Sivik Dan

Kewarganegaraan Tahun 5. Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.

Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) dalam Rosinan Edinin. (2011).

Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind

Horizons Sdn. Bhd.

Rizal, A. R. (2011). Tip Jana Wang Dari Rumah. Selangor Darul Ehsan: PTS

Millennia Sdn. Bhd.

Sufean, H. et. al. (2006). Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan. Kuala

Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Rosinah, E. (2012). Penyelidikan Tindakan: Kaedah Dan Penulisan. Kuala

Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Kuala

Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Abdul Hamid Abdul Rahim. (2013). Hubungan Antara Motivasi, Persekitaran Dan

Ciri-ciri Institusi Dengan Aspirasi Melanjutkan Pelajaran Ke Institusi

Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Kalangan Pelajar Generasi Pertama Di

Sekolah Menengah Luar Bandar: Tesis Dr. Fal, Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Mohd Majid Konting. (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.


Syafaziela Badri. (2012). Permainan Litar Berwarna Membantu Murid Pemulihan

Menguasai Kemahiran Membaca Perkataan KvK. Tesis Sarjana. Institut

Pendidikan Guru Kampus Tawau.

Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang. (2008). Pengukuran dan Penilaian Pendidikan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shamsina Shamsuddin. (2011). Pengantar Penyelidikan Tindakan Dalam

Penyelidikan Pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

2.3.3 Ujian Diagnostik

Menurut Chow Fook & Jaizah Mahamaud (2012), ujian adalah kaedah yang

digunakan untuk mengutip data bagi menilai dan mengesan kefahaman murid

terhadap sesuatu pelajaran yang telah dipelajari. Salah satu ujiannya adalah

ujian diagnostik. Ujian ini adalah salah satu kaedah yang digunakan untuk

memilih dan mengesan tahap kefahaman dalam kalangan murid untuk dijadikan

lxi
sampel dalam kajian pengkaji. Pengkaji telah menjalankan ujian ini dalam

bentuk bertulis dan data yang diperolehi akan dianalisis.

TINDKAN

a. Melaksanakan Ujian Diagnostik

Ujian Diagnostik merupakan ujian yang digunakan sebagai satu

alat pengukuran yang membolehkan pengkaji mengesan punca

dan ruang kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh

seseorang murid atau peserta kajian. Ujian ini adalah amat

penting kerana ia membantu pengkaji mendapatkan senarai

peserta kajian mengikut kriteria atau persampelan yang

diperlukan.

Untuk mendapatkan kesahan berkaitan maklumat peserta

kajian, maka pengkaji telah melakukan temu bual dengan guru

mata pelajaran dan individu yang berkaitan. Hal ini dilaksanakan

untuk memudahkan pengkaji melaksanakan dan menyelesaikan

permasalahan kajian. Melalui temu bual tersebut, pengkaji

memperolehi data yang sahih berkaitan dengan peserta kajian

yang diperlukan dalam kajian tindakan.

PEMERHATIAN BERSTRUKTUR

Pengkaji memilih untuk menggunakan instrumen pemerhatian berstruktur kerana

mudah untuk dianalisis. Selain itu, pemerhatian berstruktur juga mudah untuk

ditadbir oleh pengkaji tanpa perlu meminta bantuan rakan lain untuk mengutip

data. Penyataan ini disokong oleh Rosinah (2011), yang menyatakan bahawa

pemerhatian yang dilakukan menggunakan senarai semak lebih mudah untuk


dianalisis dan memberi ruang kepada pengkaji untuk membuat pemerhatian

tanpa bantuan rakan yang lain

Selain itu, pemerhatian berstruktur dianalisis menggunakan frekuensi dan

melalui senarai semak yang disediakan. Kelebihan kaedah pemerhatian

berstruktur ini ialah pengkaji mudah mendapat data yang diperlukan dan juga

maklumat yang diberikan itu jelas berdasarkan senarai semak yang dibuat

lxiii
Untuk menjawap soalan di atas, pengkaji telah menggunakan instrumen yang

kedua iaitu soal selidik yang diadaptasi daripada Azmiah (2013). Soal selidik ini

digunakan untuk mengutip dan menganalisis data berkaitan dengan minat

peserta kajian terhadap mata pelajaran Sejarah melalui penggunaan LC game.

Justeru itu, pengkaji telah menyediakan borang soal selidik yang mengandungi

10 item soalan dengan pilihan jawapan samada “YA” atau “TIDAK”.

Selain itu, data soal selidik ini telah dianalisis oleh pengkaji untuk

mendapatkan kekerapan dan peratusan jawapan peserta kajian mengikut item

soal selidik yang telah disediakan. Ini adalah untuk mengetahui samada

penggunakan LC game dapat menarik minat murid untuk mempelajari mata

pelajaran Sejarah dalam sesi PdPc. Semakin tinggi kekerapan jawapan ‘YA’

bagi setiap item, maka semakin tinggi peratus minat murid untuk mengikuti sesi

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan menggunakan teknik ini.

Soal selidik ini merujuk kepada maklum balas peserta kajian terhadap

penggunaan teknik LC game yang digunakan oleh pengkaji semasa sesi

pengajaran dan pemudahcaraan dijalankan. Oleh itu, jika kekerapan jawapan

peserta kajian lebih menjurus kepada ‘TIDAK’ maka peratusan yang diperoleh

akan menjelaskan ketidakkeberkesanan teknik LC game dalam mewujudkan sesi

pengajaran dan pemudahcaraan yang dapat menarik minat murid mempelajari

mata pelajaran Sejarah. Untuk lebih jelas lagi, berikut adalah jadual

perbandingan peratus bilangan peserta kajian berdasarkan item soal selidik.


Jadual 6.3: Dapatan Soal Selidik Minat Peserta Kajian Diadaptasi

Daripada Azmiah (2013)

BIL PERNYATAAN YA TIDAK

BIL % BIL %

1 Teknik LC game dapat

menarik hati saya untuk 10 100 0 0

mempelajari nama dan

ciri-ciri alat kebesaran

Diraja

2 Saya berasa seronok

menggunakan teknik LC 10 100 0 0

game untuk belajar

3 Saya berasa motivasi

untuk belajar semakin 9 90 1 10

meingkat dengan LC

game

4 Saya memberikan

sepenuh perhatian kepada 8 80 2 20

pengajaran dan

pembelajaran dengan

teknik ini.

5 Saya berasa bersemangat

untuk menjawap soalan 7 70 3 30

dengan adanya kaedah ini

6 Teknik ini menarik minat

saya mengikuti sesi 10 100 0 0

lxv
pengajaran dan

pembelajaran

7 Saya berasa selesa untuk

mematuhi arahan guru 9 90 1 10

dengan adanya teknik ini

8 Saya berasa gembira

dapat menjawap soalan 10 100 0 0

dengan betul

menggunakan teknik ini

9 Saya melibatkan diri

secara aktif semasa sesi 8 80 2 20

pengajaran dan

pembelajaran dijalankan

dengan adanya teknik ini

10 Saya bersedia mendengar

dan mematuhi arahan 9 90 1 10

guru sepanjang sesi

pengajaran dan

pembelajaran

menggunakan teknik ini.


Graf Perbandingan Soal Selidik Terhadap Item 1
(Menarik hati)
12
10

BILANGAN PK
8
6
4
2
0
YA TIDAK
JAWAPAN

Graf 6.1: Graf Perbandingan Soal Selidik Item 1

Graf 6.1 telah menunjukkan dan membuktikan bahawa seramai 10 orang peserta

kajian bersetuju dan memilih bahawa mereka sangat tertarik mempelajari nama-

nama dan ciri alat kebesaran Diraja menggunakan teknik LC game. Justeru itu,

item 1 iaitu “Teknik LC game dapat menarik minat saya untuk mempelajari nama

dan ciri-ciri alat kebesaran Diraja” telah membuktikan bahawa 100% minat murid

untuk mempelajari sejarah dengan menggunakan LC game adalah sangat tinggi.

Graf Perbandingan Soal Selidik Terhadap Item 2


(Seronok)
12
10
BILANGAN PK

8
6
4
2
0
YA TIDAK
JAWAPAN

Graf 6.2: Perbandingan Soal Selidik Item 2

lxvii
Graf 6.2 juga telah menunjukkan maklum balas yang baik daripada peserta

kajian yang mana seramai 10 orang peserta kajian memilih jawapaan “YA” bagi

item 2 iaitu “Saya berasa seronok menggunakan teknik LC game untuk belajar”.

Justeru, sebanyak 100% minat mereka untuk mempelajari mata pelajaran

Sejarah dengan menggunakan teknik LC game adalah sangat tinggi

Graf Perbandingan Soal Selidik Terhadap Item 3


(Motivasi)
10

8
BILANGAN PK

0
YA TIDAK
JAWAPAN

Graf 6.3: Perbandingan Soal Selidik Item 3

Graf di atas telah membandingkan keputusan bagi item 3 iaitu “Saya berasa

yakin untuk menyatakan nama dan ciri-ciri alat kebesaran Diraja”. Berdasarkan

graf 6.3 seramai 9 orang peserta kajian memilih jawapan “YA” dan 1 orang

peserta kajian memilih jawapan “TIDAK”. Di sini jelas menunjukkan sebanyak

90% daripada 10% timbul minat murid-murid terhadap mata pelajaran Sejarah

menggunakan teknik LC game.


Graf Perbandingan Soal Selidik Terhadap Item 4
(Memberikan Perhatian)
9
8
7
6
BILANGAN PK
5
4
3
2
1
0
YA TIDAK
JAWAPAN

Graf 6.4: Perbandingan Soal Selidik Item 4

Bagi item 4 iaitu “Saya memberikan sepenuh perhatian kepada pengajaran dan

pembelajaran dengan teknik ini” telah dianalisis dan keputusannya seramai 8

orang peserta kajian memilih jawapan “YA” dan 2 orang peserta kajian memilih

jawapan “TIDAK”. Daripada keputusan ini, didapati 80% daripada 20% minat

murid-murid terhadap pengajaran pengkaji melalui teknik LC game adalah tinggi.

Graf Perbandingan Soal Selidik Terhadap Item 5


(Bersemangat)
8
7
6
BILANGAN PK

5
4
3
2
1
0
YA TIDAK
JAWAPAN

Graf 6.5: Perbandingan Soal Selidik Item 5

lxix
Graf 6.5 menunjukkan keputusan perbandingan soal selidik terhadap item 5.

Item 5 adalah berkaitan dengan semangat iaitu “Saya berasa bersemangat untuk

menjawap soalan dengan adanya teknik ini”. Data menunjukkan seramai 7

orang peserta kajian memilih jawapan “YA” dan 3 orang peserta kajian memilih

jawapan “TIDAK”. Hal ini membuktikan sebanyak 70% daripada 30% murid

berminat mempelajari mata pelajaran Sejarah menggunakan teknik LC game.

Graf Perbandingan Soal Selidik Terhadap Item 6


(Menarik Minat)
12
10
BILANGAN PK

8
6
4
2
0
YA TIDAK
JAWAPAN

Graf 6.6: Perbandingan Soal Selidik Item 6

Graf 6.6 menunjukkan perbandingan soal selidik terhadap item 6. Item 6 adalah

“Teknik ini menarik minat saya mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran “.

Data menunjukkan seramai 10 orang peserta kajian bersetuju dan memilih

jawapan “YA” berbanding jawapan “TIDAK”. Justeru itu, hal ini membuktikan

sebanyak 100% minat murid untuk mempelajari nama dan ciri-ciri alat kebesaran

Diraja adalah tinggi apabila menggunakan teknik LC game.


Graf Perbandingan Soal Selidik Terhadap Item 7
(Selesa)
10

8
BILANGAN PK

0
YA TIDAK
JAWAPAN

Graf 6.7: Perbandingan Soal Selidik Item 7

Graf 6.7 menunjukkan keputusan soal selidik bagi item 7 yang berkaitan dengan

keselesaan murid . Di dalam soal selidik bagi item 7 ialah “Saya berasa selesa

untuk mematuhi arahan guru dengan adanya teknik ini”. Berdasarkan analisis

data graf di atas sebanyak 9 orang peserta kajian memilih jawapan “YA” dan 1

orang peserta kajian memilih jawapan “TIDAK”. Apa yang boleh dilihat adalah

sebanyak 90% daripada 10% minat murid-murid untuk mempelajari mata

pelajaran Sejarah adalah tinggi apabila menggunakan teknik LC game.

lxxi
Graf Perbandingan Soal Selidik Terhadap Item 8
(Gembira)
12
10

BILANGAN PK
8
6
4
2
0
YA TIDAK
JAWAPAN

Graf 6.8: Perbandingan Soal Selidik Item 8

Graf 6.8 menunjukkan keputusan perbandingan soal selidik terhadap item 8 iaitu

“Saya berasa gembira dapat menjawap soalan dengan betul menggunakan

teknik ini”. Data menunjukkan seramai 10 orang peserta kajian bersetuju dan

memilih jawapan “YA” berbandinga jawapan “TIDAK”. Justeru itu, 100% minat

murid-murid terhadap mata pelajaran Sejarah adalah tinggi apabila

menggunakan teknik LC game.

Graf Perbandingan Soal Selidik Terhadap Item 9


(Aktif Melibatkan Diri )
9
8
7
BILANGAN PK

6
5
4
3
2
1
0
YA TIDAK
JAWAPAN

Graf 6.9: Perbandingan Soal Selidik Item 9


Bagi item 9 iaitu “Saya melibatkan diri secara aktif semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran dijalankan dengan adanya teknik ini”. Data yang ditunjukkan oleh

graf 6.9 di atas jelas menunjukkan bahawa seramai 8 orang peserta kajian

memilih jawapan “YA” manakala 2 orang peserta kajian memilih jawapan

“TIDAK”. Oleh itu, sebanyak 80% daripada 20% minat murid-murid untuk

mempelajari mata pelajaran Sejarah menggunakan teknik LC game adalah

tinggi.

Graf Perbandingan Soal SelidikTerhadap Item 10


(Mematuhi Arahan Guru)
10

8
BILANGAN PK

0
YA TIDAK
JAWAPAN

Graf 7.0: Perbandingan Soal Selidik Item 10

Graf 7.0 menunjukkan perbandingan keputusan soal selidik bagi item 10. “Saya

bersedia mendengar dan mematuhi arahan guru sepanjang sesi pengajaran dan

pembelajaran menggunakan teknik ini”. Berdasarkan data yang ditunjukkan oleh

graf di atas, seramai 9 orang peserta kajian memilih jawapan “TIDAK” manakala

1 orang peserta kajian memilih jawapan “TIDAK”. Apa yang boleh disimpulkan

bahawa sebanyak 90% daripada 10% minat murid-murid untuk mempelajari

mata pelajaran Sejarah adalah tinggi dengan menggunakan teknik LC game

lxxiii

Anda mungkin juga menyukai