Anda di halaman 1dari 1

Azdi seorang anak yang baik.

Dia selalu mendengar kata dan nasihat ibu


bapanya.

Setiap hari, Azdi akan bangun awal. Dia mahu awal hadir ke sekolah. Azdi
mahu membantu rakan-rakannya membersihkan kelasnya.

Azdi seorang murid yang pintar. Dia memberi perhatian semasa gurunya
mengajar. Kerja sekolah yang diberikan oleh guru disiapkannya dengan cepat.

Semua guru suka kepada Azdi. Dia sentiasa menghormati guru-guru di


sekolah tersebut. Dia akan bercakap dengan suara yang sopan.

Di rumah, selepas membantu ibunya apa-apa yang perlu, Azdi akan


mengulang kaji pelajaran. Dia akan membuat latihan tambahan untuk
memantapkan pemahamannya. Azdi juga pergi menghadiri kelas tambahan yang
diadakan di sekolah.

Ahirnya, Azdi mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir


tahun. Kedua-dua ibu bapa Azdi hadir ketika Azdi menerima hadiah pada Hari
Anugerah Cemerlang sekolahnya.

Anda mungkin juga menyukai