Anda di halaman 1dari 4

KUALA LUMPUR: "Terima kasih ayah.

Semoga Allah tempatkan ibu dan


ayah di kalangan orang beriman."

Itu antara luahan serta doa yang dilafazkan dengan tangisan penuh kasih
sayang ketika Hasihin Sanawi merangkul pingat gangsa recurve individu
terbuka lelaki selepas menewaskan Muhammad Nurhadi dari Indonesia 4-0
dalam aksi final di Padang Sintetik Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini.

Kejayaan itu sebenarnya memberi seribu satu makna buat Hasihin apabila
setiap kali melakukan panahan, fikirannya pasti terbayang-bayang akan
kesusahan bapanya, Sanawi Mat Nin yang bekerja sebagai seorang buruh
kasar.

Hasihin kelihatan begitu sebak ketika dia terngiang-ngiang akan


pengorbanan seorang bapa, sanggup berseorangan menaiki motosikal
menuju ke Bukit Jalil semalam (Selasa) dan lebih meruntun hati anak ini
apabila si bapa sesat berjam-jam ketika dalam perjalanan pulang kembali
ke rumah di Sungai Buloh.

Justeru Hasihin mendedikasikan pingat gangsa itu buat ayahnya, ibu


(Sapiyah Mat Yan) serta keluarga yang sentiasa memberikan sokongan
meliputi semua aspek sejak dia dilahirkan sebagai manusia normal
sehinggalah bergelar seorang insan 'istimewa', hari ini.

"Mula-mula saya teringat ayah saya, semalam dia datang menaiki


motosikal seorang diri ... sesat pula tu.

"Hari ini saya berjaya dapat pingat dan tidak mengecewakan dia. Syukur
Alhamdulillah, pingat gangsa ini untuk ayah, emak dan keluarga yang
sentiasa berikan sokongan kepada saya hingga hari ini.

"Saya memang rapat dengan ayah, dia berikan sokongan kepada saya,
malah setiap kali saya hendak ke luar negara, ayah mesti datang ke
lapangan terbang.

"Pesannya, di mana kita mahu dapatkan kejayaan, di situ kita pasti


temuinya," kata atlet berusia 34 tahun itu, hari ini.

Hasihin mengakui dia sebenarnya terlalu inginkan pingat emas namun dia
tidak dapat mengawal perasaan itu hingga menyebabkan dia melakukan
kesilapan apabila hanya layak beraksi dalam penentuan tempat ketiga dan
keempat.

Begitupun dia merakamkan jutaan terima kasih kepada MSN kerana


memberikan dia kerusi roda yang baharu untuk dirinya.

Pemenang pingat perak di Sukan Paralimpik London 2012 itu mengalami


detik ngeri pada usia 21 tahun ketika bekerja sebagai buruh binaan
bersama bapanya dan dia patah tulang belakang kerana jatuh terduduk
sekali gus kemalangan itu menyebabkannya lumpuh sehingga kini.

Sejak kejadian itu, Hasihin tidak mampu melakukan sebarang aktiviti


hinggalah seorang doktor di Hospital Sungai Buloh memperkenalkannya
dalam sukan memanah, sehinggalah dia berjaya hingga kini.

Sejurus aktif dalam sukan memanah, bapa dan ibunya, seorang tukang
cuci banyak mengorbankan wang ringgit demi memastikan Hasihin mampu
kembali tersenyum seperti seorang individu yang pernah hidup normal
sebelum ini.
Dato' Nicol Ann David (lahir 26 Ogos 1983) ialah seorang
pemain skuasy profesional warga Malaysia yang juga wanita Asia pertama yang
menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau pernah memenangi
gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaran Terbuka
Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.
Nicol merupakan pemain skuasy pertama yang menjuarai Kejohanan Skuasy Junior
Sedunia dua kali; iaitu pada tahun 1999 dan 2001 di bawah bimbingan Richard
Glanfield. Beliau kekal satu-satunya pemain skuasy wanita yang mempunyai
pencapaian demikian sehingga Raneem El Weleily menyamai pencapaian beliau ini
dengan memenangi Kejohanan Junior Sedunia keduanya pada tahun 2007. Nicol
menyertai WISPA lalu mencapai status profesional pada tahun 2000 apabila
memenangi gelaran WISPA sulungnya hanya sebulan selepas penyertaannya itu.
Kemenangan itu tercapai pada bulan Februari apabila beliau menewaskan Salma
Shabana di pusingan akhir Terbuka Finland Savcor. Pada 7 Jun 2008, Nicol David
dikurniakan gelaran Darjah Bakti sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan
Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Nicol turut diberi penghormatan untuk
membawa obor Olimpik untuk Malaysia sewaktu persediaan ke Sukan Olimpik di
Athens pada tahun 2004 di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan
Malaysia oleh UNDP.
Antara pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan Skuasy Asia yang
dijuarainya tujuh kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010). Beliau juga
mempertahankan tempoh kejuaraan demi kejuaraan selama 13 bulan dan 51
perlawanan mulai Mac 2006, hingga tewas di tangan Natalie Grinham di Terbuka
Seoul pada April 2007. Bagaimanapun, beliau sekali lagi membuat rentetan tanpa
kalah selama Nicol turut meraih Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut,
dari tahun 2005 hingga 2010.

Anda mungkin juga menyukai