Anda di halaman 1dari 8

TAKLIMAT

GPK. HAL EHWAL MURID


DAERAH (PPD)
JOHOR BAHRU

PENGURUSAN
BANTUAN

01 – 03 JUN 2015
Port Dickson

TAKLIMAT GPK. HEM SEKOLAH RENDAH


JOHOR BAHRU
01 – 03 JUN 2015
Grand Beach Resort, Port Dickson

1. KWAPM
(Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin)

i) Permohonan SR dibuat dalam bulan November dan Januari setiap tahun.

ii) Borang KWAPM murid hendaklah di tanda tangan oleh Guru Besar / difailkan.

iii) Permohonan secara ONLINE oleh Guru KWAPM Sekolah. Mengikut Garis Panduan
KPM yang diedarkan oleh PPD).

iv) Pendapatan Ibubapa di bawah RM 830.00 / Perkapita RM 210.00

v) Data APDM sekolah hendaklah dikemaskini terlebih dahulu sebelum proses online.

2. RMT (Rancangan Makanan Tambahan)

i) Permohonan RMT dilakukan 2 kali setahun. Permohonan pertama untuk murid


Tahun 2 – 6 yang dibuat pada bulan Oktober. Permohonan kedua pula untuk murid
Tahun 1 dan Kes-kes Cicir pada bulan Januari / Februari tahun berikutnya.

ii) Permohonan RMT masih menggunakan cara manual dengan 2 jenis borang
permohonan dan dihantar ke PPD dalam bentuk softcopy (CD).

iii) Kesilapan yang masih berlaku:

a) Hantar CD kosong.
b) Tidak isikan Pendapatan atau Perkapita dalam borang senarai nama murid.
c) Tidak isikan peratus (%) di ruangan akhir Borang Rumusan RMT.
d) Salah kira jumlah Kos (Bil. Murid x RM 2.50 x 190 hari).

iv) Murid Tahun 2 – 6 makan RMT mulai : hari pertama persekolahan …190 hari
Murid Tahun 1 dan Cicir yang layak juga makan mulai : tarikh yang sama…..190
hari

v) Permohonan Pelarasan : Nama murid Tahun 1 dan Cicir yang layak RMT itu
dihantar ke PPD pada :
01 Februari Gunakan format permohonan yang sama.

vi) Borang RMT Murid hendaklah di tanda tangan oleh Guru Besar / difailkan.

vii) Perjanjian penyediaan makanan RMT dibuat setiap tahun.


viii) Borang Pesanan Harian RMT dibuat 2 hari sebelum murid makan. Borang Pesanan
Harian ini perlu dikepilkan bersama Borang Tuntutan RMT pada setiap hujung bulan.

ix) Tuntutan RMT oleh pihak pembekal makan hendaklah dihantar pada setiap bulan.

x) Pendapatan Ibubapa untuk RMT di bawah RM 520.00 / Perkapita RM 130.00

xi) Surat Pekeliling Kewangan Bil. 1 Tahun 2013, Perkara : 6 iaitu “RMT tidak dijalankan
sepanjang bulan puasa bagi murid-murid Islam. Pembelian makanan untuk dibawa
pulang tidak dibenarkan”.

xii) Murid yang telah menerima RMT Tahun 2 – 6 yang telah makan mulai hari pertama
persekolahan, namanya jangan dimasukkan lagi ke dalam permohonan pelarasan.

xiii) Murid RMT bertukar sekolah : a) Dalam Negeri yang sama = cek RMT dihantar ke
sekolah baru. b) Negeri yang berlainan = sekolah baru mohon daripada JPNJ.

3. BANTUAN KHAS RM 100

i) Peruntukan Bantuan Khas Awal Persekolahan (RM 100.00) akan masuk ke


akaun KWK sekolah dalam bulan Januari setiap tahun ( 0 – 15 hb).

ii) Agihan kepada murid dalam tempoh sebulan dari tarikh masuk peruntukan.

iii) Pemulangan wang lebihan ke KPM pada 31 Mac setiap tahun.

iv) Selepas 31 Mac tiada lagi urusan agihan wang bantuan.

v) Sekolah yang Kurang Wang :


-Permohonan Tambahan hantar ke PPD sebelum : 28 Februari (Lampiran A)
-Bayaran dijangka pada bulan Mac / April.

vi) Sebarang pemotongan wang bantuan oleh pihak sekolah tidak dibenarkan.

vii) Senarai Akuan Penerimaan (Lampiran B) ditandatangan oleh:


a) SR = Ibu atau Bapa murid.
b) SM = Ibu Bapa atau murid itu sendiri.
…….Disimpan dalam fail sekolah untuk tujuan audit / tidak dihantar ke PPD.

viii) Kelayakan murid terima Bantuan Khas :


a) Murid Warganegara Malaysia.
b) Murid Bukan Warganegara tetapi salah seorang Ibu atau Bapa Warganegara
c) Murid berada dalam Tahun 1 hingga Tingkatan 5.
d) Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Bantuan Kerajaan. Sekolah Swasta
terima bantuan lewat sebulan.

ix) Perkara : 9.2 Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan menyatakan :
‘Murid yang telah berpindah sekolah dan belum menerima bantuan ini,
hendaklah menuntutnya di sekolah baharu’.
4. KWAPM KECEMASAN

i) Permohonan dihantar hendaklah lengkap.


-Borang Individu

-Salinan S/B atau K/P

-Salinan K/P Ibu

-Salinan Sijil Kematian Bapa

-Salinan Report Polis (jika bencana alam / kebakaran)

-Lampiran C kertas A4…2 salinan

-Borang BRP kertas A3…2 salinan

-Lampiran sokongan (jika ada)….keratan akhbar

-Surat iringan sekolah (letter head)

ii) Permohonan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kecemasan / kematian / bencana.

iii) Bayaran akan masuk ke akaun sekolah (KWK). Sekolah keluarkan cek untuk
dibayar kepada Ibu / Murid.

iv) Semua salinan / fotostat hendaklah disahkan oleh Pengetua / Guru Besar terlebih
dahulu.

5. INSURAN TAKAFUL (TPSM)


(Takaful Perlindungan Pelajar Sekolah-Sekolah Malaysia)

i) Surat berkaitan TPSM diedarkan ke sekolah-sekolah oleh PPD.

ii) Kadar pampasan Kematian akibat kemalangan = RM 5,500.00

iii) Khairat Kematian (kematian sebab sakit biasa) = RM 1,000.00

iv) Elaun tunai masuk wad hospital kerajaan / swasta = RM 25.00 sehari
Maksima 60 hari

v) Kemalangan >>> ibu bapa lapor kepada sekolah >>> sekolah sediakan
Borang Tuntutan >>> ibubapa lengkapkan dokumen >>> Pengetua / GB buat
pengesahan >>> pihak sekolah hantarkan ke STMB.

vi) Alamat STMB : Syarikat Takaful Malaysia Berhad,


No. 5, Jalan Setia Tropika 1/30,
Taman Setia Tropika,
81200 Johor Bahru.

Tel: 07 – 2371 344 / 07 – 2371 244 Faks : 07 – 2371 340

6. SKIM INSURAN MURID SEKOLAH (SIMS) DARIPADA SPAD

i) Surat pekeliling KPM bertarikh 03.01.2014

ii) Untuk murid-murid yang menggunakan Bas Sekolah berlesen / Warna Amber
[kuning]

iii) Panduan pelaksanaannya boleh dimuat turun melalui laman web rasmi SPAD.

iv) Proses pendaftaran murid-murid yang menaiki Bas Sekolah akan


dimaklumkan kemudian.

v) Sekolah membuat senarai semak murid-murid yang hadir ke sekolah dengan menaiki
Bas Sekolah berlesen.
>> Bil. / Nama Murid / Kelas / Alamat Rumah / No. Bas Sekolah

vi) Skop Perlindungan SIMS / SPAD :


a) Kematian = RM 100,000.00
b) Kecacatan Kekal = RM 100,000.00
c) Kos Perubatan = RM 5,000.00
d) Elaun Hospital = RM 150.00 sehari / Maksima 30 hari
e) Khairat Kematian = RM 2,500.00

7. BANTUAN YURAN

i) Bantuan untuk : KK / Kertas Ujian / Sukan / Aktiviti PAI-PM / MSSM / Insuran Takaful

ii) SR = RM 24.50

iii) SM = RM 33.50

8. REKOD KEDATANGAN MURID


i) Kehadiran murid hendaklah direkodkan mulai daripada hari pertama persekolahan.

ii) Rekod Kedatangan Sementara yang seragam disediakan oleh GPK. HEM boleh
digunakan sehingga 15 Januari sahaja.

iii) Buku Rekod Kedatangan Murid yang rasmi hendaklah dilengkapkan segala
maklumat diri murid, kehadiran murid dan maklumat-maklumat penting yang lain
sebelum :
31 Januari

iv) GPK. HEM hendaklah menyemak dan tandatangan pengesahan pada Buku Rekod
Kedatangan Murid pada setiap hujung bulan.

v) Susunan nama murid hendaklah diisikan seragam mengikut abjad, dimulakan


dengan nama murid-murid lelaki dan kemudian nama murid-murid perempuan.

vi) Buku Rekod Kedatangan Murid hendaklah disimpan di pejabat sekolah dalam
keadaan yang paling selamat.

vii) Maklumat murid hendaklah ditulis tangan, tidak boleh ditaip atau ditampal.

viii) Setiap kesilapan menulis tidak boleh dipadam dengan cecair pemadam tetapi
dengan cara dipotong, ditulis semula dan tandatangan kecil.

ix) Guru Kelas / Guru Tingkatan dan GPK. HEM adalah bertanggung jawab ke atas
Buku Rekod Kedatangan Murid. Jika berlaku kehilangan dokumen ini, Laporan
Polis hendaklah dibuat.

PEMULANGAN WANG BANTUAN


KWAPM DAN BANTUAN KHAS RM 100
---------------------------------------------------------------

Nama Atas Cek:

KETUA AKAUNTAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Alamat Surat Kepada:

BAHAGIAN KEWANGAN.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 6 & 7, BLOK E12,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.

No. Tel : (KWAPM)

03 – 8884 6000

No. Tel : (Bantuan RM 100)

03 – 8884 7642 / 03 – 8884 7091

No. Faks :

03 – 8884 7679

Peringatan : Semua pemulangan wang kerajaan hendaklah selesai sebelum 31


Oktober tahun semasa.

MURID SEKOLAH RENDAH


TAHUN 2015

KELAS UMUR TAHUN


TAHUN LAHIR

6 12 2003

5 11 2004

4 10 2005

3 9 2006

2 8 2007

1 7 2008

Pra-Sekolah 6 2009

Anda mungkin juga menyukai