Anda di halaman 1dari 2

Kempen Pakai, Susun, Simpan (PSUPAN)

Pengenalan

Asrama merupakan tempat untuk pelajar membina sahsiah serta


meningkatkan pencapaian pelajar dalam JERIS. Melalui pelaksanaan dan
pemantauan yang berterusan, akan melahirkan pelajar yang mampu
berdikari sendiri. Salah satu perkara yang perlu ditngkatkan adalah
“penggunaan Selipar dan kasut” yang masih kurang dititikberatkan oleh
pelajar.

Permasalahan

Selepas 3 bulan tanpa program dijalankan bagi meningkatkan kesedaran


pelajar untuk menggunakan selipar/ alas kaki didapati masih terdapat
segelintir pelajar yang belum mampu untuk mendisiplinkan diri mereka.
Terdapat bebarapa keadaan yang sering menyebabkan pelajar tidak
menggunakan selipar/alas kaki iaitu:
 Mandi
 Ke tandas sewaktu belajar petang/malam
 Masa rehat petang
 Berjalan menjemur pakaian
 Selepas waktu PnP
Bagi mengelakan berlakunya perkara yang tidak diingini, pihak pengurusan
asrama mengadakan kempen PSUPAN (Pakai, Susun, Simpan).

Sasaran
Semua pelajar asrama

Objektif

1. Pelajar dapat menggunakan selipar/ kasut dengan sepenuhnya.


2. 0 pelajar berkaki ayam ketika melakukan aktiviti luar.
3. susunan selipar/kasut teratur.

Matlamat PSUPAN

1. Pelajar akan menggunakan selipar/alas kaki sekiranya berjalan di


luar.
2. Pelajar akan menyusun selipar/alas kaki dengan cara sebaris.
3. Pelajar akan mempastikan selipar/alas kaki dalam keadaan yang
bersih.

Anda mungkin juga menyukai