MAKLUMAT PELAJAR
i
PENGHARGAAN
Pertama kalinya ingin saya panjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi dengan izin dan limpah
kurniaNya, akhirnya dapat juga saya menyiapkan laporan jahitan ini dengan jayanya. Saya
juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas panduan dan tunjuk ajar pensyarah
pembimbing saya iaitu Pn Siti Ajar Binti Ahmad.
Di samping itu juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya di
atas sokongan dan dorongan yang tidak pernah jemu oleh mereka sepanjang saya belajar
di institut ini. selain itu juga, penghargaan di atas bantuan rakan sekelas serta teman –
teman sepengajian saya.
Tidak lupa juga kepada pihak – pihak terlibat sama ada secara langsung mahupun
tidak. Tanpa bantuan dan sokongan daripada mereka di atas, adalah sukar untuk saya
menyiapkan tugasan ini.
Yang Benar,
Nor Shafikah Rozali
ii
PENGHARGAAN
iii
TUJUAN
Reka bentuk pakaian merupakan kursus yang wajib diambil bagi semua pelajar semester ini
iaitu semester 6 ambilan Jun 2015 dalam masa yang sama memberi peluang kepada saya
untuk belajar menjahit pakaian.
Tujuan saya belajar menjahit kerana menjahit adalah merupakan perkara asas dalam
kehidupan. Pakaian merupakan salah satu keperluan harian kita dan terdapat banyak
faedah yang dapat kita perolehi. Antara faedahnya ialah saya dapat menjimatkan kos dan
juga dapat mereka bentuk pakaian saya (baju) mengikut citarasa yang tersendiri. Dari sudut
pemilihan fabrik pula, saya bebas memilih jenis fabrik yang bersesuaian dengan bentuk
fizikal dan mengikut keselesaan saya sendiri.
Di dalam penyediaan pakaian, terdapat tiga peringkat iaitu perancangan, pelaksanaan dan
penilaian. Perancangan dilakukan dengan menyediakan rekod kerja dan seterusnya
pelaksanaan melibatkan proses membuat pakaian dan penilaian dilakukan dengan menilai
hasil kerja. Membuat pakaian perlu perancangan yang apu supaya pakaian dapat dihasilkan
mengikut rekaan fesyen yang dikehendaki contohnya jenis belah kelepet sama lebar dan
jenis belah berzip. Rekod kerja mengandungi lakaran stail pakaian hadapan dan belakang,
fabrik yang digunakan, ukuran badan, proses menjahit, melakar pola, mengubahsuai pola,
langkah menjahit dan pengiraan kos.
Projek akhir jahitan adalah menghasilkan baju blaus di mana menggunakan ukuran untuk
bersaiz sederhana (M) mengikut senarai ukuran piawai yang telah diberikan. Kemudian,
mendraf pola mengikut ukuran tersebut untuk menghasilkan blaus. Justeru itu, peluang yang
diperoleh tidak akan saya sia – siakan untuk belajar menjahit dengan sebaik mungkin.
iv
STAIL PAKAIAN
Stail blaus yang dihasilkan ini dipengaruhi oleh reka bentuk pakaian seperti warna, corak,
tekstur, garis lengan, kolar dan fungsi blaus tersebut.
Warna pemilihan blaus ini adalah warna lembut. Warna ini sesuai untuk orang yang
kurus kerana warna ini menampakkan pemakainya kelihatan gempal.
Tekstur fabrik blaus ini adalah daripada fabrik tenun biasa. Fabrik kapas yang
sederhana halus dan lembut ini sesuai untuk semua bentuk badan.
Fungsi blaus ini merupakan pakaian kasual. Blaus ini lasak, selesa dipakai dan
ringkas. Amat sesuai dipakai ketika bersiar-siar.
v
vi
POLA PAKAIAN
Pola atau “pattern” dalam menjahit adalah potongan kain atau kertas yang dipakai sebagai
contoh untuk membuat baju pada saat kain digunting. Potongan kain atau kertas tersebut
mengikut ukuran Desain Kostum bentuk badan dan model tertentu.
Pola bahagian atas, dari bahu sampai ke pinggang biasanya disebut pola badan
bahagian muka dan belakang.
Pola bahagian bawah, dari pinggang sampai lutut atau sampai mata kaki biasanya
disebut sebagai pola dasar rok muka dan belakang.
Pola lengan, dari lengan bahagian atas atau bahu terendah sampai siku atau
pergelangan yang biasanya disebut sebagai pola dasar lengan.
Pola badan atas dengan bawah badan yang menjadi satu, biasanya pola ini disebut
sebagai pola dasar gaun atau baju terusan.
vii
viii
BAHAN DAN ALATAN
SENARAI BAHAN
Fabrik Kapas
Fabrik ialah kain yang diperbuat
daripada benang yang ditenun
dengan menggunakan mesin. Fabrik
merupakan bahan utama dalam
menghasilkan artikel jahitan.
Benang
Benang merupakan bahan yang
digunakan untuk menjahit.
Kertas pola
Membuat pola sebelum fabrik
dipotong.
Kertas karbon
Untuk memindahkan tanda pola
garisan dan motif ke fabrik dengan
menggunakan roda surih.
ix
SENARAI ALATAN KECIL
Gunting kertas
Digunakan untuk menggunting
kertas pola juga bahan jahitan lain
selain daripada fabrik pakaian.
Gunting fabrik
Untuk menggunting fabrik.
Jarum peniti
Menyemat pola pada fabrik dan
menetapkan kepingan fabrik
sebelum menjahit.
Penetas jahitan
Untuk meretas dan menanggalkan
mata jahitan.
Roda surih
Untuk memindahkan tanda pola ke
fabrik.
x
SENARAI ALAT- ALAT BESAR
xi
LANGKAH MENJAHIT
3. Menyediakan Fabrik
Kenalpasti sebelah luar dan sebelah dalam fabrik, melipat dua fabrik ikut ira lurus,
menekan fabrik dengan seterika untuk mendapatkan permukaan yang licin dan
rata. Kemudian fabrik dibentangkan di atas permukaan meja yang besar dan luas.
Patuhi arahan tanda pola yang ada pada pola. Tanda ira pada pola hendaklah selari
dengan ira fabrik. Manakala pola yang mempunyai tanda lipatan diletakkan pada
lipatan fabrik.Susun dan atur kepingan pola yang besar dahulu kemudian yang kecil.
Sematkan pola pada fabrik dengan jarum peniti.
5. Menggunting Fabrik
Gunakan gunting fabrik yang tajam. Gunting kepingan yang besar dahulu, diikuti
dengan kepingan yang kecil. Letakkan tangan di atas pola apabila menggunting
fabrik. Gunting fabrik mengikut garisan gunting. Gunting dengan gerakan sekata.
Elakkan mengangkat fabrik ketika menggunting fabrik. Selepas menggunting,
jangan tanggalkan pola.
xii
7. Jahit Kemas Tepi
Semua kepingan fabrik dijahit kemas tepi dengan mesin jahit tepi.
8. Menjahit Blaus
xiii
b. Jahit kelim di bahu dengan menggunakan kelim belah kangkung.
Menjahit kelim rusuk dengan kelim belah kangkung.
xiv
c. Menyedia dan menetapkan kelepet lurus cantuman bahagian hadapan dan
belakang badan.
xv
d. Proses menjahit penjuru kelim lipat tindih.
xvi
e. Proses menjahit lapik berbentuk cantuman bahagian leher.
1
Ratakan lisu dengan jahitan
sembat. Tetapkan kelepet
dengan jahitan sembat susup.
xvii
PENGIRAAN KOS
KOS BAHAN
KOS
KOS
BIL BAHAN KUANTITI SEUNIT
(RM)
(RM)
1. Fabrik kapas 1⁄ meter 3.00 1.50
2
2. Benang jahit I buku 0.80 0.80
Jumlah 3.30
A. Kos Upah
B. Kos Sampingan
Elektrik = RM0.60
Jahit Kemas = RM1.50
Air = RM0.30
RM2.40
C. Kos Projek
Jumlah = RM 14.70
xviii
REFLEKSI
Alhamdulillah saya berasa amat berbangga kerana akhirnya dapat juga saya siapkan
tugasan ini dengan jayanya. Sepanjang menyiapkan tugasan ini terdapat beberapa kesulitan
yang terpaksa saya lalui. Namun dapat saya atasi dengan pengurusan masa yang efektif.
Ketika menerima tugasan ini, saya berasa ia adalah satu tugasan yang mencabar kerana
saya kurang mahir menjahit blaus. Saya hanya mempunyai sedikit kemahiran menjahit
asas tangan dan mesin sahaja. Walau bagaimana pun, untuk meningkatkan kemahiran
dalam bidang jahit menjahit ini, saya banyak mendapat tunjuk ajar dan juga membuat
perbincangan bersama pensyarah. Selain itu saya juga merujuk sumber daripada internet
dan bahan-bahan bacaan yang berkaitan untuk melakukan tugasan ini dengan sebaik
mungkin. Penerangan ringkas daripada pensyarah pada interaksi 1, 2 dan 3 juga saya
aplikasikan dalam tugasan ini. Jika terdapat masalah ketika menjalankan tugasan ini, saya
juga tidak malu untuk bertanya kepada rakan-rakan sekelas.
Saya juga melakukan satu contoh jahitan blaus sebagai latihan awal, sebelum kelas amali
jahitan dijalankan. Banyak kelemahan yang dapat saya perbaiki ketika menyiapkan tugasan
sebenar menjahit blaus ini. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah mendapat
pelbagai kemahiran menjahit dan maklumat yang sangat berguna. Daripada pengalaman
menjahit blaus dan pelbagai maklumat yang telah saya kumpulkan dalam portfolio, akhirnya
saya berjaya melaksanakan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Pengetahuan ilmu
berkaitan Reka Bentuk Pakaian yang saya peroleh ini, akan saya gunakan apabila
ditugaskan untuk mengajar murid-murid dalam bidang jahitan di sekolah kelak.
xix
RUJUKAN
Asra Shamsudin, Betty Lim, Foziah Buang (1999). Ekonomi Rumahtangga Fokus Jingga
SPM. Pelangi. Kuala Lumpur.
Azmawati Abdul Aziz, Zaitun Zakian Mohd. Noor Dan Lamah Abdul Ghani. (2002).
Pengurusan Pakaian Tingkatan 4: Bahan Sumber Pengajaran. Edu System Bhd.
Kuala Lumpur.
Mariam Abu Bakar. (2004). Panduan Membuat Pakaian, Panduan Lengkap Langkah Demi
Langkah Teknik menjahit. Kuala Lumpur.
Mohamed Jalal Ahmad. (1987). Asas Merangka Pola Pakaian. Dewan Bahasa Dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ng Sau Yan Dan Yong Fong Choon. (1988). Sains Rumantangga. Delta Petaling Jaya Kuala
Lumpur.
Noor Hababiah Osman et al. (2002). Pengajian Pakaian Tingkatan 5. Edusystem Sdn.
Bhd. : Kuala Lumpur
Puan R. Arulananthan Dan Noraziah Bte Mohd Noh. (1975). Sains Rumahtangga Praktik.
Preston Times Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Sarimah Abd Razak, Zahrah Isa. Ekonomi Rumahtangga Tingkatan 5.KBSM. Blue T
Communication Sdn Bhd. Selangor.
Wong Siew Foong, Fatimah Jailani, Vickneswary A/P Sithamparappila. (2002). Ekonomi
Rumahtangga Tingkatan 4. Zeti Enterprise : Batu Pahat Johor.
Zaitun Zakiah Noor, Norzaini Abdul Ghani dan Nawawi Mohd Jan. (2006). KBSM Membuat
Pakaian Tingkatan 4 dan 5. Dewan Bahasa dan Pustaka.
xx