Anda di halaman 1dari 1

Bahagian Sumber Manusia,

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd.,

Tingkat 2, Kompleks PKNNS,

Jalan Persiaran S2 B2,

70300 Seremban,

Negeri Sembilan Darul Khusus. 16 NOVEMBER 2017

Tuan/Puan,

PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI WAKIL KHIDMAT PELANGGAN JG18A

Perkara di atas dirujuk.

Saya bernama Kasturi Senguttuvan, dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan


jawatan sebagai Wakil Khidmat Pelanggan di organisasi tuan/puan.

2. Untuk pengetahuan tuan/puan, saya merupakan pemengang Ijazah dalam bidang


Komunikasi daripada Universiti Terbuka Malaysia, OUM Seremban. Saya telah menamatkan
pelajaran saya pada bulan September 2017 dan akan graduasi akhir bulan November ini.

3. Buat masa ini, saya menggalas jawatan sebagai Guru Sampingan di sebuah sekolah dan
jawatan yang saya sandang sekarang adalah merupakan jawatan sementara dan saya kini
dalam usaha untuk memohon jawatan secara tetap.

Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak
tuan. Keprihatinan tuan terhadap perkara ini amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar.

KASTURI SENGUTTUVAN

Anda mungkin juga menyukai