Anda di halaman 1dari 3

a.

Bagaimanakah teknologi horizon dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi


dapat memberi manfaat kepada pembelajaran abad ke-21?
(2 MARKAH)

Teknologi Horizon dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi dapat memberi manfaat
kepada pembelajaran abad ke-21, di antara manfaat yang dapat diberikan adalah melalui konsep
e-pembelajaran atau lebih dikenali konsep kampus dalam talian maya. Hal ini demikian kerana,
MOOCs telah menyediakan persekitaran di mana ada forum pengguna interaktif yang membantu
membina komuniti di antara pelajar, guru mahupun pensyarah. Kursus dalam talian maya ini
bertujuan untuk menyediakan penyertaan tanpa had dan akses terbuka melalui web. Ruang kerja
digital untuk institusi pendidikan dipanggil sekolah dalam talian maya, kampus dalam talian maya,
membolehkan pelajarnya, guru dan kakitangan untuk mengakses maklumat dan perkhidmatan
individu pada bila-bila masa, dari mana-mana tempat, hanya dengan memerlukan sambungan
internet dan pelayar web. Melalui Pembelajaran Maya, guru dapat mewujudkan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang sangat fleksibel. Dengan perancangan yang rapi dan kursus
yang menepati keperluan, ianya dapat membantu guru dalam meneroka dan
mengaplikasikannya dalam PdP. Guru pasti berkemampuan untuk menghasilkan yang terbaik
jika dibantu dan diberi kemudahan serta sokongan oleh semua pihak yang terlibat dalam usaha
untuk menjayakannya
Manfaat yang kedua adalah (Digital Learning Content) Kandungan Pembelajaran Digital
atau sumber pembelajaran digital yang dipanggil juga objek pembelajaran yang terdiri daripada
fail data dan perisian aplikasi (program). Manfaat yang diberikan adalah ianya boleh diedarkan
dalam talian atau pada cakera. Oleh itu sekolah dan sistem perlu menyediakan guru dan pelajar
dengan akses mudah kepada sumber-sumber ini.

Untuk menyesuaikan diri dengan trend pembelajaran abad ke-21 dalam pendidikan, salah
satu penyelesaian yang inovatif adalah melalui (Blended Learning) pembelajaran campuran.
Juga Harris et al. (Harris et al., 2009) menganggap bahawa (Blended Learning) pembelajaran
campuran adalah metodologi berkesan sumber, dengan potensi untuk menyokong pengajaran
dan memperkayakan pelajar dengan pengalaman pembelajaran.

Manfaat seterusnya adalah melalui M-Learning. Antara kelebihan M-Learning adalah


ujian dapat dilakukan melalui alatan mudah alih dalam pendidikan. Selain itu, penilaian yang
dilakukan melalui ujian M-Learning adalah lebih efektif dan efisien. Menggunakan smartphone
dan tablet, memberikan pelajar memiliki akses yang mudah terhadap pengetahuan. Tentu saja
hal tersebut dapat mendukung dunia pendidikan. Pelajar saat ini memiliki akses ke berbagai
sumber mulai dari diagram, artikel, esei dan informasi akademik lainnya yang dapat
meningkatkan prestasi pelajar di dalam kelas. Selain memiliki akses pendidikan online dengan
menggunakan smartphone dan tablet, pelajar sekarang memiliki akses ke pakar
pengetahuan. Siswa dapat membaca ulasan dan blog oleh para ahli lapangan. Mereka juga
dapat mengikuti konferensi dan "webinar" (seminar online). Mereka juga sekarang memiliki
kesempatan untuk berinteraksi dengan para profesional bahkan dari rumah atau ruang
kelas. Menggunakan gadget membantu mereka dapat mengatasi jarak dan biaya.

Anda mungkin juga menyukai