Anda di halaman 1dari 2

KISAH SEORANG LELAKI DENGAN POHON EPAL

Saya tertarik dengan suatu cerita teladan..Cerita penglipulara yang pernah saya dengar sewaktu
kecil-kecil dahulu…

Kisah seorang lelaki dengan pohon epal..

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki
begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari.Dia memanjat pohon epal ,
memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirehat lalu terlelap di
perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon
epal itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu…

Anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya
setiap hari bermain-main di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang
kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih. Pohon epal sangat gembira dan mengajak
lelaki tersebut bermain-main dengannya.Remaja itu menolak dengan mengatakan yang dia bukan
lagi kanak-kanak untuk bermain- main saja.Dia sekarang sedang bersedih kerana tidak mempunyai
wang untuk membeli barang mainan yang diingininya.

Mendengar keluhan itu, pohon epal telah menyerahkan kesemua buah- buahnya yang sedang
masak ranum, agar dapat dijual dan dapatlah remaja tersebut membeli barang mainan yang
diingininya. Remaja itu sangat gembira. Selepas dari itu, pohon epal tidak lagi mendengar khabar
berita berkaitan remaja tersebut. Alangkah sedihnya pohon epal…..

Masa berlalu…Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.

Pohon epal begitu gembira. Sekali lagi pohon epal mengajak lelaki itu bermain-main dengannya.
Namun lelaki itu tetap menolak dengan alasan sibuk mencari wang kerana hendak membeli rumah
untuk anak dan isterinya. Pohon epal merasa kasihan, lalu menyerahkan kesemua dahannya yang
besar – besar kepada lelaki itu untuk dijadikan rumah.Lalu, remaja yang semakin dewasa itu
memotong kesemua dahan pohon epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon apel itu pun turut
gembira tetapi kemudiannya merasa sedih karena remaja itu tidak kembali lagi.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya adalah anak
lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon epal itu.Pohon epal merasa sangat gembira dan
ingin bermain serta bermesra dengan anak lelaki itu. Namun sekali lagi pelawaannya ditolak. Anak
lelaki itu hanya mahukan sebuah boat untuk belayar. Pohon epal telah memberi izin agar batangnya
ditebang dan diambil serta dijadikan boat untuk memenuhi cita-cita anak lelaki tersebut . Walaupun
sedih namun pohon epal tetap gembira.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon apel itu. Dia kemudiannya pergi dari
situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi. Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang
semakin dimamah usia, datang menuju kearah pohon epal itu.

Pohon epal meminta maaf kerana dia sudah tidak punya apa-apa lagi yang boleh diberikan kepada
lelaki itu. Dia sudah memberikan buahnya untuk di jual, dahannya untuk dibuat buat rumah,
batangnya untuk di buat boat. Dia kini hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati. Beritahu
pohon epal kepada lelaki itu dengan nada yang pilu.

“Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu
dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku
tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin beristirehat,” jawab lelaki tua itu.

Mendengar kata-kata lelaki tua itu. Pohon epal dengan gembiranya membenarkan lelaki tua itu
berehat di perdunya.Lalu lelaki tua itu duduk beristirehat di perdu pohon epal itu dengan tenangnya.
Mereka berdua menangis kegembiraan kerana dapat bersama kembali setelah sekian lama
berpisah tanpa khabar berita.

Rakan-rakan sekalian,

Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan di dalam cerita ini adalah kedua ibu dan bapa kita.
Ketika kita masih kecil, kita suka dan selalu bermain dengan mereka.Apabila kita semakin
meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk kita meneruskan hidup. Kita tinggalkan
mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. Namun begitu,
mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja serta sanggup berkorban asalkan kita bahagia
dan gembira selamanya.

Sekian , assalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai