Anda di halaman 1dari 47

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-

layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan


masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-
berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu.
Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit.

Jenis Wau

Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta.


Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan,
wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau
lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan
yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah
wau bulan. Rekacorak bermotifkan awan larat
pada kebiasaannya adalah menghiasi
kebanyakan wau yang dihasilkan dengan
berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu
sehingga kini masih mengekalkan tradisi
Wau bulan pembuatan wau yang menarik, selain
dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai
hasil kraftangan dan hiasan dinding.

Galeri Wau

Membuat Wau

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut
buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan
kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka
buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat
dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan
lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat,
lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu
bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga
pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan
dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi
rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya
mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari
daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan
kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu
kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju
Tiga.

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan
memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali.
Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara
menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan
cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat


Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh
masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-
layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan
ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan
wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-
hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

Wau Bulan Wau Bulan


Wau Payung Wau Kucing

Latar Belakang Wau

Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri


seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.
Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di
Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan
Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan
bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta
kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau.

Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada
busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang
pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara
berirama.

Permainan layang-layang atau wau amat digemari oleh penduduk-penduduk


kampung. Permainan ini dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang lalu. Wau
masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu,
Kedah dan Perlis. Musim bermain wau adalah buluh yang diraut halus yang
ditampalkan dengan kertas berwarna mengikut bentuk rangka. Wau bukan sahaja
dimainkan tetapi dipertandingkan yang dititikberatkan ialah kecantikan rupa,
kemerduan bunyi dan tinggi serta keindahan naiknya.

Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih
popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang
seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.

Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum
termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah
diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite
Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival
ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.

Sejarah Wau Malaysia

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh


serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-
layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor
mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.

Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar.


Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur
kebudayaan dari negara China.

Mitos Permainan Wau

Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara
Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.
Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja
sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka
sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu
dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin
mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu
membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.

Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu.
Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga
melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga
padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui
menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan
menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki
membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan
menggunakan tali jerami.

Jenis-jenis Wau.

Wau Bulan

Wau kucing

Wau daun
Wau helang

Wau Jalabudi

Wau kenyalang

Wau merak

Wau puyuh
Layang-layang

Bahagian Perincian Wau


Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada
kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan
ekor wau.

Teknik Pembuatan Wau Tradisional


Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh,
kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian
untuk menghasilkan sebuah wau. Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran
juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu
seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta
pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan
dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu
dipilih dengan lebih teliti. Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang
yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut.

Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh


Mencari dan Menebang Buluh

1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam
semak atau dusun.
2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut
mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.
4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana
mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang
buluh seperti di waktu tengahari.
6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih
bayangnya.
7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih
dahulu
8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.
9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang
sudah ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu,
“Wahai Sang Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik
ni ialah hak aku, mu tok sah ikut akulah, mu make hok sini”.
Penyimpanan Buluh
Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi
rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan
buluh daripada dilangkah manusia. Antara petua-petua yang digunapakai untuk
memastikan buluh tersebut tahan dan kuat ialah :-

1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.


2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama
satu jam.
3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.

Meraut Buluh
Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan
seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan
pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut
dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat
dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan. Antara bahagian
buluh yang perlu diraut adalah seperti :-

1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar


lembut dan sederhana keras.
2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter
dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.
3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga
0.5 sentimeter.
4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk
bulan. Rautan di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5
sentimeter untuk memudahkan ia dibentuk.
5. Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut
akan digosok pula dengan kertas pasir.

Membuat Bingkai
Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang,
tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan
dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk
sayap, satu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor.
Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan
menandakan di tengah-tengah kepingan buluh.

Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau

1. Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3


bahagian tersebut.
2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu
3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang
4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan
bahagian tersebut seimbang di kedua-kedua belah.
5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian
sayap
6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh
ditaut membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau.
Seterunya kepingan buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan
untuk diikat di tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan mengikut
nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala wau.
7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh
daripada kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.

Proses Memasang Tanah Wau


Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang
pada wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas
tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa
langkah :-

1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.


2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter
dari rangka bingkai.
3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.
4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.

Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak

Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau
tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :

1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk
bahagian ekor.
2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan
mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian
ekor pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di
bahagian sayap.
3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi
corak asas bagi wau.
4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan
menyapu gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air
terlebih dahulu untuk elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan
diletakkan di atas kain lembap. Kertas berwarna diletakkan perlahan-lahan
ke atas kertas corak dan kemudiannya diratakan dengan menggunakan
seterika panas di atas kain lembap tadi.
5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan
kertas berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.
6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam
kanji pada bahagian tepinya sahaja.

Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus
lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk
menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan
pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang
tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan
dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding
dengan wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.

Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu


Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau.
Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara
memanjang untuk membentuk rambu.

Proses Membuat Serta Memasang Belalai


Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau.
Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini
haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga
sebuah negara. Kini permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar
dan tidak lagi terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini
juga telah dimodenkan dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau,
layang-layang juga amat diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.

Cara bermain wau.

Kawasan yang sesuai.


Wau hendaklah dimainkan di kawasan yang lapang seperti di tepi pantai, di
kawasan sawah padi atau di padang kawasan tepi pantai merupakan kawasan yang
paling sesuai untuk menerbangkan wau. kawasan yang tidak sesuai bermain wau
ialah dikawasan yang tidak lapang, banyak bangunan, pokok, tiang elektrik atau
tiang telefon.

3 unsur yang mempengaruhi kenaikan wau Tekanan angin


Apabila tekanan angin di permukaan wau semakin kuat, maka kemampuan untuk
naik tinggi semakin meningkat.
Daya tarikan graviti
Tarikan graviti ialah daya yang menarik wau ke bawah.
Daya seretan.
Wau akan mengundur ke belakang apabila permukaan wau mendapat tekanan
yang tinggi. Hal ini akan mewujudkan daya seretan. Permainan wau tradisional
Melayu adalah dimainkan menggunakan satu tali sahaja. Penggunaan satu tali
membolehkan wau ini mudah diterbangkan dan dikawal. Terdapat dua cara
melancarkan atau menaikkan wau iaitu, pelancaran jarak dekat dan pelancaran
jarak jauh. Tali yang digunakan adalah tali tangsi.
Teknik menaikkan wau jarak dekat.
Teknik ini sesuai bagi wau yang bersaiz kecil dan ringan. Hanya seorang sahaja
diperlukan untuk melancarkan teknik ini. Pemain berdiri membelakangkan angin.
Sebelah tangan pemain akan memegang badan wau dan dihadapkan ke arah angin.
Sebelah lagi tangan memegang gelung tali. wau dilepaskan perlahan-lahan
sehingga wau naik tinggi ke udara.
Mengawal penerbangan
Tiupan angin yang tidak meneru menyebabkan pemain perlu mengawal
penerbangan wau. Mengawal penerbangan wau penting untuk mengelakkan wau
jatuh ke tanah atau mengelakkan tali wau terputus. Terdapat dua kemungkinan
tiupan angin, iaitu angin beriup lemah dan angin bertiup kuat. Apabila angin
bertiup lemah, pemain mesti menggulung tali wau supaya wau tersebut tidak jatuh
ke tanah.

Teknik menurunkan wau.


Menurunkan wau memerlukan dua pemain, iaitu seorang penarik tali dan seorang
lagi penggulung tali. Penarik tali ialah orang yang menarik talu wau manakala
penggulung tali ialah orang yang menggulung tali wau yang telah ditarik oleh
penarik tali. Permainan wau laga merupakan perlawanan memutuskan tali wau
pihak lawan. Ia memerlukan kepantasan, tumpuan dan kemahiran yang tinggi.
Bahagian tali wau ini disalut dengan serpihan kaca halus.

CONTOH JAWAPAN.

PERMAINAN TRADISIONAL WAU


SENARAI KANDUNGAN

1 TAJUK KAJIAN
2 SENARAI KANDUNGAN
3 PENGHARGAAN
4 OBJEKTIF KAJIAN
5 KAEDAH KAJIAN
6 HASIL KAJIAN
7 RUMUSAN
8 LAMPIRAN
9 RUJUKAN

PENGHARGAAN

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada


semua pihak yang telah memberikan sumbangan dalam usaha menghasilkan kerja
kursus ini. Penghargaan dan ucapan terima kasih yang khusus saya tujukan
kepada:
Guru subjek sejarah Tingkatan 3, Nama Guru
Beliau telah menolong saya sejak mula menerima tugasan daripada pihak sekolah.
Banyak nasihat dan bimbingan yang diberikan kepada saya selama saya
melaksanakan tugasan ini. Oleh itu, saya amat berterima kasih kepada beliau.
Jasanya cukuplah besar.

Orang sumber yang saya temu bual, Encik.


Encik ialah orang sumber yang saya temu bual. Beliau memang mahir berkenaan
permainan wau. Beliau yang bekerja sebagai pegawai kerajaan dan mempunyai
pengalaman dalam permainan tradisional ini kerana beliau pernah terlibat dalam
penganjuran pertandingan wau kebangsaan di Terengganu.

Ibu Bapa saya,


Kedua-dua orang tua saya telah banyak mengeluarkan biaya untuk saya membeli
bahan-bahan. Bapa saya menyediakan pengangkutan percuma untuk kami pergi
ke perpustakaan. Bapa saya mempunyai kereta persendirian. Jadi mudahlah saya
bergerak untuk mengumpul sumber-sumber yang saya perlukan. Selain itu, kos
penggunaan internet juga di bawah tanggungan mereka.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dapat memperkaya pengalaman hidup saya terutama mengajar saya
kemahiran berkomunikasi dengan orang lain. Saya perlu cekap mendengar dan
mencatat perbualan rakan-rakan dengan tokoh yang ditemu bual. Saya juga
mendapat pendedahan tentang persediaan yang perlu dibuat sebelum menjalankan
sesi temu bual.
Kajian ini membolehkan saya mengetahui kepelbagaian permainan tradisional
yang dimiliki serta asal-usul sesuatu permainan tradisional.
Saya juga dapat mengetahui secara dekat peraturan permainan, tujuan permainan
dan peralatan yang digunakan. Maklumat ini sangat penting kepada generasi
muda seperti saya untuk mengetahui kekayaan khazanah budaya negara Malaysia
khususnya dalam permainan tradisional.

KAEDAH KAJIAN

Kaedah menebual orang sumber.


Sebelum kaedah ini dilaksanakan, saya telah meneliti kehendak tugasan.
Kemudian saya telah membina soalan. Saya juga mendapatkan pandangan guru
pembimbing. Setelah beliau berpuas hati, barulah saya pergi ke rumah orang
sumber untuk menjalankan sesi temu bual. Saya telah mencatat, merakam dan
mengambil gambar.
Kaedah Penyelidikan Perpustakaan.
Saya telah membuat kunjungan ke Perpustakaan Awam Wilayah Tawau. Saya
cuba mencari buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan permainan tradisional.
Saya telah membuat fotocopy pada bahagian yang mengandungi bahan-bahan
yang releven dengan tugasan kami untuk dibawa balik dan dibaca isi
kandungannya.
Kaedah Melayari Internet.
Saya telah menggunakan kemudahan internet di sekolah untuk melayari laman
web yang memaparkan artikel berkenaan permainan tradisional. Kami berjaya
mendapatkan alamat laman web berkenaan daripada laman web carian Google dan
Yahoo. Terdapat banyak maklumat yang ditemui dan kami telah memuat turun
bahan-bahannya untuk dijadikan rujukan. Guru komputer telah mengajar kami
cara untuk muat turun bahan tersebut.

HASIL KAJIAN
Nama Permainan
Permainan wau juga dikenali dengan layang-layang. Wau dicipta dalam pelbagai
bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burng, wau pari, wau katak,
wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau
sewah dan wau barat.

Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri


seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di


Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan
Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan
bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta
kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau.

Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada
busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang
pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara
berirama.

Latar Belakang
Wau dimainkan sejak kurun ke-15. Negeri yang mempopularkan permainan ini
antaranya Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Permainan layang-layang atau
wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan
semenjak lebih 500 tahun yang lalu. Wau masih digemari dan dimainkan di
kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Musim
bermain wau adalah buluh yang diraut halus yang ditampalkan dengan kertas
berwarna mengikut bentuk rangka. Wau bukan sahaja dimainkan tetapi
dipertandingkan yang dititikberatkan ialah kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan
tinggi serta keindahan naiknya.

Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih
popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang
seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.
Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum
termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah
diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite
Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival
ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.

TUJUAN DIMAINKAN
Pada zaman dahulu, wau dimainkan oleh golongan rakyat sebagai tanda hiburan
atau keraian.Upacara permainan wau lazimnya dilakukan selepas tamat musim
menuai padi.Apabila padi habis dituai dan sawah padi habis dikerat, sawah padi
akan bertukar menjadi sebuah padang yang bersih.Pada masa inilah sawah ini akan
digunakan sebagai tempat diadakan pesta wau.

Wau juga dimainkan oleh golongan istana sebagai hiburan memandangkan cara
mendapatkan hiburan yang sangat terhad kepada masyarakat lama ini.Ada juga
pengiktirafan kepada wau apabila pertandingan wau dijadikan tradisi tahunan oleh
golongan diraja dan bangsawan.

Pada Mei pula, Pesta Wau yang memperlihatkan kreativiti rekaan wau tradisional
tempatan dan Pesta Joran, yang juga akan diadakan di Pantai Sri Tujuh di Tumpat
dan penutup acara pada bulan itu adalah Pesta Nasi 100 yang diadakan di
Gelanggang Seni di sini.
Wau juga banyak digunakan dalam kesenian. Corak bentuk wag juga digunakan
dalam seni pertukangan perak atau filigree adalah salah satu cabang kesenian
orang-orang Melayu yang amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran
pertukangan logam orang-orang dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman,
hasil pengaruh tamadun Hindu dan Islam yang memang terkenal dengan
pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga. Bagi masyarakat yang
telah mengenali seni pertukangan perak filigree atau turut dikenali dengan dawai
pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya yang
tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam
hiasan pada penciptaan suatu motif yang terselindung di sebaliknya menghikut
daya imiginasi jiwa pencipta itu sendiri.
Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi
kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan filigree ini
antaranya motif bunga-bungaan dan motif wau.Tarian Siti Wau Bulan adalah dari
Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarian ini menggambarkan wau
bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan yang juga merupakan
salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini ditarikan oleh penari
lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisional seperti gendang dan
seruling

Selain daripada permainan wau, wau juga turut dinyanyikan dalam Dikir Barat.
Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh
masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di
kampung-kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat
terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara.
Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak
sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Antara lagu Dikir Barat
yang terkenal ialah :-1. Karut Selampit2. Karut Menora3. Karut Jenaka Mak
Yong4. Karut Wau Bulan

Contoh Lirik Lagu Wau Bulan Dalam Dikir BaratIn Formal Malay (Translation in
Brackets)Eh Wau Bulan 2X(“Wau Bulan” is a specially shaped kite)Wau Bulan
teraju tiga(“Teraju Tiga” describes the 3 strings attached to the body of the kite,
joined to a single string for flying)Ini malam sama-sama(Tonight, all of us
together)Sama-sama bersuka-ria(Together, we all have a good time).
Teknik Pembuatan Wau Tradisional
Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh,
kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian
untuk menghasilkan sebuah wau. Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran
juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu
seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta
pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan
dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu
dipilih dengan lebih teliti. Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang
yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut.

Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh


Mencari dan Menebang Buluh
1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam
semak atau dusun.
2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut
mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.
4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana
mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh
seperti di waktu tengahari.
6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih
bayangnya.
7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih
dahulu
8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.
9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang
sudah ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang
Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu
tok sah ikut akulah, mu make hok sini”.
Penyimpanan Buluh
Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi
rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan
buluh daripada dilangkah manusia. Antara petua-petua yang digunapakai untuk
memastikan buluh tersebut tahan dan kuat ialah :-
1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.
2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu
jam.
3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.

Meraut Buluh
Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan
seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan
pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut
dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat
dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan. Antara bahagian
buluh yang perlu diraut adalah seperti :-
1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut
dan sederhana keras.
2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter
dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.
3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5
sentimeter.
4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan.
Rautan di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter
untuk memudahkan ia dibentuk.
5. Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan
digosok pula dengan kertas pasir.

Membuat Bingkai
Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang,
tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan
dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk
sayap, satu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor.
Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan
menandakan di tengah-tengah kepingan buluh.

Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau


1. Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3
bahagian tersebut.
2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu
3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang
4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian
tersebut seimbang di kedua-kedua belah.
5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian
sayap
6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut
membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya
kepingan buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di
tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu
bersamaan dengan keluasan kepala wau.
7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh
daripada kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.

Proses Memasang Tanah Wau


Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang
pada wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas
tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa
langkah :-
1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.
2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter
dari rangka bingkai.
3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.
4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.

Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak


Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau
tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :

1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian
ekor.
2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan
mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor
pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.
3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi
corak asas bagi wau.
4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan
menyapu gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih
dahulu untuk elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas
kain lembap. Kertas berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan
kemudiannya diratakan dengan menggunakan seterika panas di atas kain lembap
tadi.
5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan
kertas berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.
6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji
pada bahagian tepinya sahaja.

Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus
lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk
menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan
pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang
tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan
dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding
dengan wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.
Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu
Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau.
Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara
memanjang untuk membentuk rambu.

Proses Membuat Serta Memasang Belalai


Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau.
Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini
haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga
sebuah negara. Kini permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar
dan tidak lagi terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini
juga telah dimodenkan dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau,
layang-layang juga amat diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.

CARA BERMAIN WAU


Kawasan yang sesuai.
Wau hendaklah dimainkan di kawasan yang lapang seperti di tepi pantai, di
kawasan sawah padi atau di padang kawasan tepi pantai merupakan kawasan yang
paling sesuai untuk menerbangkan wau. kawasan yang tidak sesuai bermain wau
ialah dikawasan yang tidak lapang, banyak bangunan, pokok, tiang elektrik atau
tiang telefon.

3 unsur yang mempengaruhi kenaikan wau Tekanan angin


Apabila tekanan angin di permukaan wau semakin kuat, maka kemampuan untuk
naik tinggi semakin meningkat.

Daya tarikan graviti


Tarikan graviti ialah daya yang menarik wau ke bawah.

Daya seretan.
Wau akan mengundur ke belakang apabila permukaan wau mendapat tekanan
yang tinggi. Hal ini akan mewujudkan daya seretan. Permainan wau tradisional
Melayu adalah dimainkan menggunakan satu tali sahaja. Penggunaan satu tali
membolehkan wau ini mudah diterbangkan dan dikawal. Terdapat dua cara
melancarkan atau menaikkan wau iaitu, pelancaran jarak dekat dan pelancaran
jarak jauh. Tali yang digunakan adalah tali tangsi.

Teknik menaikkan wau jarak dekat.


Teknik ini sesuai bagi wau yang bersaiz kecil dan ringan. Hanya seorang sahaja
diperlukan untuk melancarkan teknik ini. Pemain berdiri membelakangkan angin.
Sebelah tangan pemain akan memegang badan wau dan dihadapkan ke arah angin.
Sebelah lagi tangan memegang gelung tali. wau dilepaskan perlahan-lahan
sehingga wau naik tinggi ke udara.

Mengawal penerbangan
Tiupan angin yang tidak meneru menyebabkan pemain perlu mengawal
penerbangan wau. Mengawal penerbangan wau penting untuk mengelakkan wau
jatuh ke tanah atau mengelakkan tali wau terputus. Terdapat dua kemungkinan
tiupan angin, iaitu angin beriup lemah dan angin bertiup kuat. Apabila angin
bertiup lemah, pemain mesti menggulung tali wau supaya wau tersebut tidak jatuh
ke tanah.

Teknik menurunkan wau.


Menurunkan wau memerlukan dua pemain, iaitu seorang penarik tali dan seorang
lagi penggulung tali. Penarik tali ialah orang yang menarik talu wau manakala
penggulung tali ialah orang yang menggulung tali wau yang telah ditarik oleh
penarik tali. Permainan wau laga merupakan perlawanan memutuskan tali wau
pihak lawan. Ia memerlukan kepantasan, tumpuan dan kemahiran yang tinggi.
Bahagian tali wau ini disalut dengan serpihan kaca halus.

RUMUSAN

Selepas menjalankan kajian ini, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang
warganegara Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian budaya dan adat resam
yang terdapat di negara yang tercinta ini.Saya juga rasa sangat bertuah kerana
dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang permainan tradisional tanah air
sendiri.Bak kata perpatah melayu, tak kenal maka tak cinta.

Selepas kajian ini, saya lebih menghayati keunikan permainan ini. Saya akan cuba
untuk mengamalkan tradisi dan budaya bangsa yang begitu unik dan indah.Jika
semua rakyat masyarakat kita dapat mengenali dan memahami adat_adat
permainan dengan mendalam, maka akan timbul semangat bersefahaman dan
hormat-hormati natara kaum. Persefahaman yang timbul ini bukan sahaja dapat
mengelakkan sebarang perselisihan faham yang mungkin berlaku antara kaum
malah dapat menjalinkan semangat muhibah atau semangat masyarakat
antarakaum.

Semangat muhibah yang wujud ini mungkin membolehkan perpaduan rakyat


Malaysia yang berbilang kaum ini terus berkekalan.Rakyat Malaysia yang bersatu-
padu ini juga dapat berganding bahu dalam semua aspek untuk membangunkan
negara yang tercinta sehinggakan semua rakyat berbangga sebagai rakyat
Malaysia.

ORANG SUMBER
BIODATA
NAMA :
NO KP :
T/TINGGAL :
TARIKH LAHIR :
UMUR :
PEKERJAAN : PEGAWAI KERAJAAN
AGAMA :

DIALOG
A : Assalamualaikum.. Encik Razali
B : Waalaikumsalam
A : Encik, dari manakah asal usul permainan wau ini?
B : Permainan wau ini berasal dari negeri Kelantan, Terengganu, Perlis dan
Kedah.
A : Bilakah permainan wau dimainkan?
B : Permainan wau ini dimainkan sejak kurun ke 15.
A : Apakah alat-alat yang digunakan untuk membuat wau?
B : Buluh, kertas warna, gunting, benang, pisau raut, tali dan gam.
A : Bagaimanakah cara memainkan wau?
B : Wau dimainkan oleh dua orang iaitu terdiri daripada seorang tukang tarik
dan seorang tukang anjung. Tukang tarikh akan memegang tali dan berdiri di atas
angin sementara tukang anjung pula akan memegang wau dan berdiri di bawah
angin. Apabila tiba masa yang sesuai, tukang anjung akan melambung wau ke
udara serentak dengan itu, tukang tarik akan menarik tali dengan mengejut supaya
wau meluncur naik ke udara.
A : Bagaimanakah wau dipertandingkan?
B : Melalui kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan keindahan naiknya
menjadi perhatian dalam setiap pertandingan
A : Terima kasih Encik Razali kerana member maklumat yang
berguna untuk kerja kursus saya.
B : Sama-sama.

Bagaimanakah modal insan yang patriotik dapat dibentuk melalui aktiviti sukan
dan permainan?

RUJUKAN
• Haji Aziz Deraman, Wan Ramlee Wan Muhammad, 1994, Permainan tradisi
orang Melayu, Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.
• Majalah 3, 2008-Wau.
• Supian Bin Muhammad Noor, 2004, Bahasa Melayu Tingkatan 3, Kuala
Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Wan Hasmah Binti Wan Mamat, 2005, Pendidikan Sivik Dan
Kewarganegaraan Selangor : AG Grafik Sdn Bhd.
• “Brief History of the Kite.”
http://www.kiteman.co.uk/KiteHistoryBothPages.html. 12 Oct. 2004“Dikir Barat”.
http://www.e-genius.com.my/sukan_kebudayaan03.html. 22 Dec. 2004“Ekite
model.” eKITE Website. http://www.e-kite.wakaf.net. 7 Oct. 2004“Filigree.”

ESEI
Kepentingan sukan dan permainan khususnya dalam melahirkan modal insan yang
patriotik telah menjadi salah satu agenda negara untuk dikembangkan pada
segenap lapisan masyarakat. Kerajaan telah menyedari bahawa sukan dan
permainan adalah saluran yang paling berkesan untuk melahirkan generasi yang
akan sentiasa menghargai dan mengamalkan tradisi budaya dan bangsa.

Sukan merupakan alat yang penting bagi mewujudkan perasaan bersatu padu.
Permainan sukan seperti sepak takraw atau bola sepak memerlukan ramai pemain.
Oleh itu, sikap bersefahaman dan bermuafakat adalah perlu untuk mengukuhkan
pasukan dalam memperoleh kemenangan. Masyarakat juga dapat mewujudkan
perasaan muhibah atau semangat bermasyarakat kerana sesuatu permainan ini
biasanya akan dihadiri oleh pelbagai bangsa.

Selain itu, kegiatan sukan tidak mengenal batas kaum, daerah, negeri mahupun
negara. Oleh itu, setiap rakyat yang mewakili negara dalam peringkat
antarabangsa, akan disemai perasaan sedia berkorban untuk bangsa dan negara
serta bertanggungjawab untuk mengharumkan Malaysia di mata dunia. Setiap
orang daripada pelbagai lapisan masyarakat juga boleh menjadi penyokong
pasukan negara untuk melahirkan rasa cinta akan bangsa dan negara Malaysia.

Di samping itu, sukan dan permainan telah menjadi aktiviti kokurikulum sekolah
dan menjadi satu pembelajaran teras. Dengan cara bermain, secara tidak langsung
pelajar akan dididik untuk bermuafakat, tolong-menolong, berlaku adil dan
bertimbang rasa. Konklusinya, melalui sukan dan permainan, setiap modal insan
yang patriotik dapat dibentuk.
Modal insan yang bersemangat patriotik dapat ditanam dalam diri saya melalui
aktiviti sukan dan permainan seperti permainan tradisional wau.Permainan wau
telah mewujudkan rasa cinta dan bangga terhadap bangsa dan negara kita. Sebagai
rakyat Malaysia,saya sentiasa berbangga dengan masyarakat zaman dahulu yang
berjaya mencipta sebuah permainan tradisional yang bukan sahaja popular malah
turut meningkatkan martabat negara kita.

Selain itu,saya bersyukur menjadi warganegara Malaysia.Keunikan Malaysia yang


terkenal dengan pelbagai tarikan seperti wau berjaya menarik minat warga asing
untuk melihat sendiri keunikan yang terdapat di negara kita.

Di samping itu,semangat kekitaan dapat diterapkan dalam diri saya dan


masyarakat.Hal ini dapat digambarkan melalui sikap kerjasama dan bersatu padu
sewaktu wau dimainkan kerana permainan wau memerlukan beberapa orang untuk
menaikkannya di udara.Sikap tolong menolong dapat dibentuk sewaktu
menghasilkan wau.
Melalui festival wau dan pertandingan wau,sikap berdisiplin dapat dibentuk dalam
diri kita.Hal ini kerana banyak peraturan yang perlu dipatuhi dalam acara
pertandingan wau.Setiap peserta yang memasuki pertandingan ini perlu mematuhi
undang-undang yang ditetapkan sekaligus dapat menjadikan peserta seorang yang
lebih berdisiplin.

Sehubungan dengan itu,negara Malaysia yang aman lagi makmur akan menjadi
sebuah negara yang adil dan bertimbang rasa terhadap rakyatnya.Ini kerana juri
bagi pertandingan wau akan berlaku adil untuk memilih pemenang bagi sesuatu
pertandingan itu.

Bukan itu sahaja,negara kita akan menjadi sebuah negara yang menghargai dan
sentiasa mengamalkan tradisi,adat turun-temurun dan budaya nenek moyang kita
supaya tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas. Walaupun pada masa kini
banyak permainan lain yang canggih dan moden dipopularkan,namun permainan
wau tetap dimainkan oleh masyarakat hari ini. Oleh itu,sudah terang lagi bersuluh
bahawa aktiviti sukan dan permainan dapat melahirkan modal insan yang
bersemangat patriotik.

PENGHARGAAN

“Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”

Alhamdulillah ,bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan


pertolonganNya, dapat saya menyiapkan kerja kursus sejarah Peperiksaan
Penilaian Rendah (PMR) 2007. Saya Mohd Yazid bin Mohd Jalani mengucapkan
jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua
pihak.

Setinggi penghargaan saya rakamkan kepada kedua ibu bapa tercinta yang sentiasa
memberi dorongan serta sumbangan dalam bentuk modal sepanjang proses
menyiapkankerja kursus ini.Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru sejarah
saya iaitu En.Baharudin. Tanpa tunjuk ajar atau bimbingan beliau mustahil dapat
saya melengkapkan dan menjayakan kajian ini . Saya yang
menyiapkan tugasan ini. Ucapan akhir saya kepada guru penilai saya iaitu

Jasa beliau amat saya hargai. Akhir kata, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat.
Sekian,terima kasihOBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya merangkumi objektif-objektif yang berikut:

(A)Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber
sejarah yang sahih.Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah
dengan tatacara yang betul,jelas dan tepat.

(B)Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang permainan tradisional di


kalangan masyarakat mengikut adat Melayu.

(C)Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan


Penilaian Rendah (PMR).

(D)Kajian ini juga dapat menyedarkan orang melayu betapa pentingnya permainan
tradisional di kalangan masyarakat melayu di Negara kita kerana ia
melambangkan
setiap kaum dan adat tradisinya yang tersendiri
KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian yang berikut:

(A)Temu bual
~Saya mengumpul maklumat tentang adat perkahwinan Melayu dengan
menemubual ahli keluarga saya serta jiran-jiran saya.
(B) Penyelidikan perpustakaan
~ Saya telah meminjam beberapa buah buku yang berkaitan dengan adat-adat
perkahwinan melayu.
(C)Pemerhatian
~Pengajaran guru sejarah dan penerangan guru penilai.
(E)Penyelidikan
~Melayari internet dan mencari maklumat di laman web serta melawat tempat
kajian
PERMAINAN TRADISIONAL WAU
PENDAHULUAN
Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih
popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang
seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.
Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum
termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar.
Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti
di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap
tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta
dari luar negara.
Sejarah Wau
Malaysia

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh


serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-
layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor
mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.
Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar.
Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur
kebudayaan dari negara China.
Mitos Permainan Wau
Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara
Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.
Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja
sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka
sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu
dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin
mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu
membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.

Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu.
Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga
melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga
padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui
menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan
menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki
membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan
menggunakan tali jerami.

Latar Belakang Wau

Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal
dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu,
Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.
Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di
Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan
Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan
bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta
kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau
Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada
busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang
pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara
berirama. Wau Bulan juga boleh didapati daripada :-
I) Seni Pertukangan : Filigree
Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-orang Melayu
yang amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-
orang dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun
Hindu dan Islam yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam
seperti emas dan tembaga. Bagi masyarakat yang telah mengenali seni
pertukangan perak filigree atau turut dikenali dengan dawai pintal, mengakui
bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya yang tersendiri. Keindahan
yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan pada penciptaan
suatu motif yang terselindung di sebaliknya menghikut daya imiginasi jiwa
pencipta itu sendiri.

Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi


kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan filigree ini
antaranya motif bunga-bungaan dan motif wau.
Tarian Siti Wau Bulan
Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu.
Tarian ini menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh
keriangan yang juga merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai
padi. Tarian ini ditarikan oleh penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat
muzik tradisional seperti gendang dan seruling
Bahagian Utama Wau

Teknik Pembuatan Wau Tradisional


Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh,
kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian
untuk menghasilkan sebuah wau.
Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk
menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan
mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik.
Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah
seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.
Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin
menebang dan menyimpan buluh tersebut.
Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh
Mencari dan Menebang Buluh
1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam
semak atau dusun.
2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut
mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.
4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai
semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh
seperti di waktu tengahari.
6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.
Meraut Buluh

Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan


seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan
pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut
dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat
dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan.
Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-
1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut
dan sederhana keras.
2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan
semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.
3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5
sentimeter
Proses Memasang Tanah Wau

Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang
pada wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas
tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa
langkah :-
1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.
2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari
rangka bingkai.
3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.
4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji. Mengukur,
Melukis dan Menyobek Corak

Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau
tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :
1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian
ekor.
2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan
mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor
pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.
3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi
corak asas bagi wau.

6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji
pada bahagian tepinya sahaja.
Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus
lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk
menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan
pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang
tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan
dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding
dengan wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.
Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu
Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau.
Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara
memanjang untuk membentuk rambu

Jenis Koleksi Wau Tradisional

pendahuluan

Pertaining wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih
popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang
seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.
 Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai
kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar.
 Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa
seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan
pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan
terutamanya peserta dari luar negara.

Latar belakang wau

 Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau”


dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri
seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan
perkataan tersebut.
 Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri
seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti
Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan
Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain
layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan
tidak pula disebut bermain wau
 Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil
daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara,
daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan
bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

Wau Bulan juga boleh didapati daripada :-

I) Seni Pertukangan : Filigree


Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-orang Melayu
yang amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-
orang dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun
Hindu dan Islam yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam
seperti emas dan tembaga. Bagi masyarakat yang telah mengenali seni
pertukangan perak filigree atau turut dikenali dengan dawai pintal, mengakui
bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya yang tersendiri. Keindahan
yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan pada penciptaan
suatu motif yang terselindung di sebaliknya menghikut daya imiginasi jiwa
pencipta itu sendiri.
Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi
kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan filigree ini
antaranya motif bunga-bungaan dan motif wau.
Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi
kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan filigree ini
antaranya motif bunga-bungaan dan motif wau.
Tarian Siti Wau Bulan
Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu.
Tarian ini menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh
keriangan yang juga merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai
padi. Tarian ini ditarikan oleh penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat
muzik tradisional seperti gendang dan seruling
Dikir Barat
Selain daripada permainan wau, wau juga turut dinyanyikan dalam Dikir Barat.
Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh
masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di
kampung-kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat
terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara.
Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak
sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Antara lagu Dikir Barat
yang terkenal ialah :-
1. Karut Selampit
2. Karut Menora
3. Karut Jenaka Mak Yong
4. Karut Wau Bulan
Contoh Lirik Lagu Wau Bulan Dalam Dikir Barat
In Formal Malay (Translation in Brackets)

Eh Wau Bulan 2X
(“Wau Bulan” is a specially shaped kite)
Wau Bulan teraju tiga
(“Teraju Tiga” describes the 3 strings attached to the body of the kite, joined to a
single string for flying)
Ini malam sama-sama
(Tonight, all of us together)
Sama-sama bersuka-ria
(Together, we all have a good time)
Sejarah Wau Malaysia
Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan
kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut
sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara
China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan
dengan layang-layang tradisional dari negara China.
Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang
lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut
menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China.
Mitos Permainan Wau
Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari
utara Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.
Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang
bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma.
Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi
perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh
kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak
gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak
gadisnya bermain iaitu di baluh padi.
Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat
cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak
gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat.
Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi.
Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka
sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut
sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga
yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.
.
Bahagian Perincian Wau
Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri
daripada kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau
bahagian pinggang dan ekor wau

Teknik Pembuatan Wau Tradisional

Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah


buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang
bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau.
Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama
untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam
pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam
bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan
mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih
dengan lebih teliti.
Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa
ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut

Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh

Mencari dan Menebang Buluh


1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di
dalam semak atau dusun.
2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut
mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.
4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana
mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang
buluh seperti di waktu tengahari.
6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih
bayangnya.
7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat
terlebih dahulu
8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.
9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang
sudah ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu,
“Wahai Sang Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik
ini
ialah hak aku, mu tok sah ikut akulah, mu make hok sini”.

Penyimpanan Buluh
Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi
rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan
buluh daripada dilangkah manusia.

Meraut Buluh

Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak


diperlukan seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk
memberi keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau
khas digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar tajam bagi
memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan
mengelakkan daripada kesilapan.
Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-
1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar
lembut dan sederhana keras.
2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5
sentimeter dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi
kelapa.
3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga
0.5 sentimeter
4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk
bulan. Rautan di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5
sentimeter untuk memudahkan ia dibentuk.
Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut
akan digosok pula dengan kertas pasir.

Membuat Bingkai
Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang
belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang
sudah diraut akan dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu
dua keping buluh untuk sayap, satu keping untuk tulang belakang dan
dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang hendak dibuat
sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah
kepingan buluh.
Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau

1.Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda


3 bahagian tersebut.
2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu
3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang
4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan
bahagian tersebut seimbang di kedua-kedua belah.
5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung
bahagian sayap
6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh
ditaut membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau.
Seterunya kepingan buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan
untuk diikat di tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan mengikut
nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala wau.
7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh
daripada kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.

Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak


Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau
tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :
1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian
ekor.
2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan
mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor
pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.
3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi
corak asas bagi wau.
4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan
menyapu gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih
dahulu untuk elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas
kain lembap. Kertas berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan
kemudiannya diratakan dengan menggunakan seterika panas di atas kain lembap
tadi.
5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas
berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.
6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji
pada bahagian tepinya sahaja.Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan
menyapu gam menggunakan berus lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas
hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang
rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah
menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut
tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat
lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan
warna.
Proses Membuat Serta Memasang
Jambul atau Rambu

Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap
wau.
Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara
memanjang untuk membentuk rambu

Proses Membuat Serta Memasang


Belalai
Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau
Proses Membuat Serta Memasang Busur

Fungsi utama busur ialah untuk mengeluarkan bunyi semasa wau diterbangkan.
Terdiri daripada empat komponen iaitu ‘bok’, daun ibus, inas dan buluh penyepit.
1. Potong kepingan buluh dengan ukuran separuh daripada panjang sayap wau.
2. Raut kepingan tersebut, belah daun ibus yang sudah dikeringkan ikut kesesuaian
bunyi yang dikehendaki.
4. Untuk membuat inas, buluh cina sesuai digunakan dan dipotong sepanjang dua
sentimeter dan ditebuk di bahagian tengahnya sebesar saiz busur.
5. Setelah ketiga-tiga komponen dicantumkan, lekatkan busur tersebut pada kepala
wau dengan menggunakan buluh penyepit dan kemudiannya diikat menggunakan
benang nilon.

Jenis Koleksi Wau Tradisional

Wau Bulan Wau Kucing Wau


Merak
Wau Jala Budi

Wau Boleh Diperolehi dari :-


Pelbagai jenis dan bentuk wau seperti Wau Bulan (yang paling terkenal), boleh
didapati di kedai Wau Tradisi, Kuala Lumpur. (M51, Tel. : 03-22741906). Harga
setiap wau dari RM198 (US$52) hingga RM500 (US$132)
Kesimpulan

Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini


haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga
sebuah negara. Kini permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar
dan tidak lagi terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini
juga telah dimodenkan dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau,
layang-layang juga amat diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.
Rujukan

Brief History of the Kite.” http://www.kiteman.co.uk/KiteHistoryBothPages.html.


12 Oct. 2004
“Dikir Barat”. http://www.e-genius.com.my/sukan_kebudayaan03.html. 22 Dec.
2004
“Ekite model.” eKITE Website. http://www.e-kite.wakaf.net. 7 Oct. 2004
“Filigree.” www.kraftangan.gov.my/maklumatkraf.html#filigree. 22 Dec. 2004
“Kedai Wau.” http://www.smarttravelasia.com/klshop.html. 15 Dec. 2004
“Kites In Malaysia, kites in Penang.” Discovery Kites. http://www.discovery-
kites.com/. 5 Oct. 2004
“Malaysian Kite Festival Pasir Gudang 6th Internatioal Kite”. Pasir Gudang Kite
Festival Malaysia 2001. http://www.bhc.com/malaysia2001/. 2 Oct. 2004.
“Malaysia’s Independent Kiting Portal.” http://www.kites.org/malaysia. 11 Oct.
2004
“SkyDancer Sports Kites.” http://www.skydancer-kites.com. 7 Oct. 2004
“Traditional Kite Plans.” Kite Building Plans. KiteBuilder.com.
http://nordnet.fr/~amoreaux/cv/waubu.htm. 15 Oct. 2004.
“Wau.” http://tourmalaysia.tripod.com/wau.htm. 12 Oct. 2004
“Wau, gendang, gamelan (Terengganu)”. Selangor : Pustaka Murni, 2003.
J 394.309595122 Wa
“Wau Sebagai Perhiasan.” http://www.cybermelayu.com/newriang/. 15 Dec. 2004
“World Sport Kite Campionships Langkawi, Malaysia.” http:// www.aka.kite.org.
6 Oct. 2004
“WOW!!! Wau!.” http://www.usu.edu/~masa/selection.html. 12 Oct. 2004
Fieda. “Permainan Wau”. Petaling Jaya : Oak Enterprise, 2003. J796.109595 Fi
Maznan Noordin. “Wau”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992. YF
Maz
Mohd Nazri Ahmad.“Wau Dan Seni Tekat”. Selangor : Pustaka Mawar, 2000.
Wan Basiron Wan Ahmad. “Wau Tradisional Malaysia = Traditional Kites of
Malaysia.” Pasir Gudang : Muzium Layang-layang, 2002. R 796.1589595 Wa