Anda di halaman 1dari 16

INSTITUSI PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR

KERTAS KERJA

EKSPEDISI KE ROYAL BELUM, GERIK, PERAK

TARIKH :

12 SEPTEMBER 2012

TEMPAT :

HUTAN ROYAL BELUM, GERIK, PERAK

ANJURAN:

KELAB SUKAN & REKREASI

DENGAN KERJASAMA:

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR


1.0 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mengupas tentang elemen kemahiran pembelajaran abad ke-21
berteraskan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi. Skop kajian meliputi jenis-jenis khalayak,
keperluan khalayak, ciri-ciri khalayak dan juga isu-isu yang berlaku tentang khalayak dalam
penulisan. Kajian juga akan melihat siapakah yang dikatakan sebagai khalayak dalam
penulisan atau karya sesorang penulis. Aspek ini dipilih kerana masih tidak ramai yang
menyedari tentang kepentingan khalayak dalam penulisan kerana merekalah yang menentukan
hala tuju sesuatu hasil karya penulisan.

2.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini hanya melihat kepada khalayak yang dicapai dalam penulisan. Pembaca menjadi
fokus kajian kerana mereka adalah klien bagi karya penulis. Skop kajian tidak melihat khalayak
dalam aspek yang lain seperti pendengar radio, penonton wayang atau sebagainya.

3.0 KAEDAH KAJIAN

Kajian telah dijalankan menggunakan kaedah resensi perpustakaan di mana penyelidikan


dilakukan berdasarkan pencarian di perpustakaan dan pusat sumber sama ada dalam bentuk
data serta bahan sekunder atau primer. Bahan- bahan terdiri daripada buku, artikel, jurnal,
mkirofilem, filem, video, sumber internet dan sebagainya.

(Bahagian ini sepatutnya diletakkan di bahagian bawah "Pengenalan" kerana ia menceritakan


apa yang nak ditulis dalam tulisan ini)

4.0 HASIL KAJIAN (Sistem pernomboran perlu betul. Bagaimana untuk dapatkan hasil kajian
sekiranya kajian/tulisan belumpun dimulakan lagi)

4.1 Pendahuluan

Seseorang penulis perlu tahu dan mementingkan khalayak pembacanya supaya bahan bacaan
yang dihasilkan akan dimanfaatkan oleh khalayak tersebut sebaiknya. Walau bagaimanapun,
sesetengah penulis tidak memikirkan tentang khalayak pembacanya dan membuat generalisasi
bahawa setiap tulisan itu sesuai dibaca oleh setiap lapisan masyarakat. Hal ini merupakan satu
kesilapan besar malah merugikan diri sendiri. Tindakannya umpama mencurahkan air di atas
daun keladi, menulis tetapi tidak dibaca oleh sesiapa pun. Tulisan yang berjaya adalah tulisan
yang mendapat tempat di hati pembacanya malah karyanya dihargai oleh sesiapa pun.

4.2 Definisi

Khalayak ditakrifkan sebagai sekelompok orang yang mempunyai cita rasa yang sama. Mereka
ini mungkin sahaja berbeza dari segi umur, ras, tahap pendidikan, ataupun kedudukan
sosioekonomi mereka. Walau bagaimanapun, ada khalayak yang dikelompokkan berdasarkan
maklumat demografi seperti pendapatan, jantina, pendidikan, pekerjaan, status perkahwinan,
pemilikan rumah, umur, ras ataupun kedudukan sosioekonomi mereka (Mus Chairil Samani,
1997).

Selain itu, maklumat berbentuk psikografi juga diperlukan sebagai tambahan untuk mengenal
pasti khalayak pembaca. Maklumat ini merupakan data tentang gaya kehidupan, sikap, dan
tingkah laku pembaca (Mus Chairil Samani, 1997). Gabungan kedua-dua maklumat demografi
dan psikografi akan membolehkan penulis memilih pendekatan yang paling berkesan untuk
berkomunikasi dengan pembaca anda itu.

Sebagai contoh, (mulakan ayat dengan contoh? Pastikan subjek dan predikat ayat) kesan
ekonomi Malaysia yang pesat membangun pada awal 1990-an telah melahirkan generasi
eksekutif muda berpendidikan dalam lingkungan umur 25 hingga 35 tahun yang bukan sahaja
berduit tetapi mempunyai gaya kehidupan tersendiri. Mereka ini mempunyai cita rasa atau gaya
kehidupan memakai pakaian berjenama, memandu kereta jenis sport, kebanyakkannya bujang,
tinggal di pangsapuri-pangsapuri dan memakan makanan di tempat yang terpilih. Mereka ini
tidak berminat tentang politik secara khususnya. Oleh sebab itu, penulis harus menulis bahan
yang selaras dengan minatnya itu dan bukan perkara lain. (copy and paste dari sumber rujukan.
sumber rujukannya mana?)

Dalam erti kata lain, pengetahuan tentang khalayak sasaran amatlah penting dan secara tidak
langsung mencetuskan idea tentang apa yang hendak ditulis. Tanpa pengetahuan ini, penulis
mungkin memilih bahan atau tajuk yang tidak sesuai. Aspek ini juga penting dalam melihat
keperluan penulisan tentang sesuatu tajuk atau kajian agar ia dapat diterima khalayak.
4.3 Jenis khalayak

Khalayak terbahagi kepada dua iaitu khalayak utama dan khalayak sekunder. (Mus Chairil
Samani, 1997). Sebarang bentuk proses komunikasi dan penulisan rencana sebagai salah satu
saluran dalam proses tersebut, mempunyai kedua-dua bentuk khalayak ini. Penulisan rencana
bukan untuk tatapan diri sendiri, maka kedua-dua khalayak ini perlu dipertimbangkan supaya
objektif penulisan untuk menyebarkan karya kepada seberapa ramai orang tercapai.

4.3.1 Khalayak Utama

Khalayak utama ditakrifkan sebagai golongan sasaran utama yang cuba dijangkau oleh penulis.
Golongan yang membaca buku ini terdiri daripada pelbagai latar belakang, umur, taraf
pendidikan dan pekerjaan namun mereka dikelompokkan berdasarkan minat yang sama. Ini
menunjukkan, umur bukan kriteria utama tetapi minat.

Malahan sasaran sampingan dalam kelompok khalayak utama ialah terjangkau. Perkara ini
tidak dapat dielakkan kerana buku ini akan diedarkan di pasaran umum serta di pusat pengajian
tinggi. Khalayak utama adalah sangat penting sebagai penentu dan kayu pengukur kepada
penerbitnya sama ada karya itu berpotensi dan bentuk penerbitnya sama ada bentuk buku,
majalah, makalah, surat khabar, atau sebagainya. Sekiranya jumlah khalayak utama itu besar,
maka pelaburan menerbitkan sesuatu terbitan itu akan menghasilkan keuntungan yang
diharapkan. Mereka mempunyai kuasa pemutus sama ada untuk menerima atau menolak
penerbitan yang diberikan kepada mereka.

Khalayak sasaran boleh dikenal pasti berdasarkan tinjauan yang dilakukan. Namun, kajian ini
kebiasaannya memerlukan belanjawan yang tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai
kaedah mendapatkan maklumat tentang khalayak pembaca. Antaranya ialah isi kandungan
terbitan, iklan, surat-surat pembaca, dan ada juga yang mengandungi pelbagai segmen
masyarakat yang boleh menarik semua peringkat masyarakat. Dalam hal ini, penulis mesti
memastikan bahan bacaan yang dihasilkan adalah bersesuaian dan menepati citarasa
khalayaknya.

4.3.2 Khalayak sekunder


Khalayak sekunder ialah golongan sampingan yang terjangkau secara kebetulan (Mus Chairil
Samani, 1997). Dalam erti kata lain, pembaca luar yang menilai sesuatu penulisan sebelum
dipilih untuk diterbitkan dan editor yang menyunting penulisan tersebut. Dalam penulisan
rencana, khalayak sekunder ialah majalah atau akhbar yang anda tujukan sesuatu tulisan itu.
Sewajarnya anda mengetahui dasar penerbitan syarikat itu. Sesetengahnya mempunyai dasar
tidak menerima sumbangan penulis luar. Sebagai contoh, seorang penulis menghantar
karyanya ke majalah Dewan Bahasa. Maka, majalah ini merupakan khalayak sekunder bagi
hasil penulisannya.

Dalam usaha mengenalpasti sesuatu terbitan, perhatikan penggunaan gambar dan ilustrasi
yang digunakan. (ayat tak gramatis) Peluang untuk menerbitkan sesuatu tulisan adalah lebih
baik sekiranya dilampirkan gambar. Gambar akan memberikan kesan rencana menjadi lebih
menarik di samping membantu mengambarkan sesuatu tulisan tersebut. Penulisan menjadi
lebih jelas dan secara tidak langsung menarik minat pembaca.

Selain itu, penulis juga perlu memerhatikan panjang sesuatu rencana itu. Rencana yang
dihasilkan mestilah bersesuaian di mana tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek. Malah,
berkualiti tinggi dan berkesan kepada pembaca yang membaca artikel tersebut. Penulisan juga
kadang-kadang dipengaruhi oleh kekangan ruang dan bilangan helaian penulisan.

Di samping itu, dengan mempertimbangkan editor yang mengetuai sesuatu redaksi juga
membantu kita mengenalpasti gaya penulisannya. Penelitian editor akan menonjolkan falsafah
editorial terbitan berkenaan. Malahan kita boleh memperhatikan gaya penulisan, trend dan
corak pengendalian sesuatu isu, jenis rencana yang dihasilkan serta membandingkan keluaran
terbaru dan keluaran lama majalah itu. Lagi banyak maklumat yang dapat diterokai, maka
banyak yang dapat diketahui, malah tindakan ini akan memandu penulisan dan mengetahui
khalayak yang disasarkan oleh sesuatu penulisan.

4.3.3 Khalayak dalam penulisan berita

Berita di dalam surat khabar mahupun secara atas talian merupakan salah satu aspek dalam
penulisan. Penulisan berita adalah penting kerana ia memberi laporan tentang peristiwa yang
berlaku di dalam sesebuah masyarakat. Sebagai penulis, seseorang individu itu perlu tahu
tentang khalayaknya kerana lebih banyak yang diketahui tentang masyarakat atau khalayak itu,
lebih banyak maklumat yang dapat dan khidmat yang dapat diberikan.

Di barat penyelidikan khalayak dilakukan secara saintifik untuk mengetahui tentang persaingan
di kalangan media. Walau bagaimana pun, masih ramai yang tidak memahami tentang khalayak
dalam penulisan berita mereka. Dalam menyampaikan berita, seseorang penulis itu perlu
mengetahui tentang maklumat latar khalayak mereka. Sebagai contoh, bagi khalayak yang
tinggal di bandar, mereka memerlukan berita yang ringkas dan padat kerana kehidupan mereka
yang sibuk dan tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca sesuatu berita yang
panjang. (sumber rujukan)

Selain itu, penulis juga perlu mengetahui sejauh mana pengetahuan khalayak, pendapat
mereka, prasangka dan sebagainya. Aspek seterusnya ialah melihat sama ada berita yang
disampaikan mudah difahami atau tidak. Berita yang ditulis juga perlu benar dan sahih. Penulis
juga perlu melihat dari segi jantina, umur, kumpulan sosioekonomi dan sebagainya. Kesemua
aspek ini penting untuk memastikan khalayak dalam sesebuah penulisan dapat dikekalkan.
Misalnya, akhbar kosmo mensasarkan khalayak diperingkat umur remaja awal dewasa dalam
penulisannya. Maka, ciri-ciri yang ada dalam surat khabar ini harus memenuhi kehendak dan
jiwa remaja seperti ringkas, menarik dan menghiburkan. (sumber rujukan)

4.3.4 Teori Wolfgang Iser

Menurut pandangan Iser, (tiada dalam rujukan) istilah pembaca dapat dibahagikan kepada
'pembaca yang diperlihatkan' dan 'pembaca yang sebenarnya'. Pertama, khalayak yang
diciptakan sendiri oleh teks itu dan merupakan 'rangkaian struktur yang mengundang jawapan',
yang mengarahkan kita membaca dengan cara tertentu. 'Pembaca yang sebenarnya' menerima
beberapa imej mental dalam proses pembacaan; tetapi imej itu pasti akan dipengaruhi oleh
pengalaman lepas pembaca. Seseorang yang tinggal di Filipina mempunyai pandangan yang
berbeza berbanding mereka yang tinggal di kota London. Perbezaan ini berlaku disebabkan
hasil pembacaan dan tafsiran yang berbeza.

Perkataan yang ditulis dalam sesuatu karya penulisan tidak akan berjaya menyampaikan apa-
apa jika minda khalayak tidak berjaya menafsirkan maksud penulisannya. Bahasa cereka
membantu khalayak mencipta objek imiginari dalam fikiran mereka. Sebagai contoh, penulis
menulis watak yang ganas, pembengis dan kaki pukul. Maka, pembaca akan membayangkan
keadaan watak yang cuba disampaikan pengarang. (ayat tak gramatis)

Selain itu, pembaca turut dipengaruhi oleh norma-norma yang dipegang. Apa yang cuba
disampaikan oleh penulis akan ditapis oleh norma-norma ini dan mempengaruhi proses
pembacaan khalayak. Kesedaran yang ada dalam diri khalayak akan menentukan penyelesaian
dalaman yang memungkinkannya menerima dan memproses sudut pandangan yang asing
yang cuba dinyatakan oleh penulis.

Wolfgang (seragamkan cara tulis sumber rujukan di dalam teks) turut membahagikan khalayak
kepada lapan jenis khalayak. Khalayak pertama ialah khalayak ideal. Khalayak ini adalah
khalayak yang diidamkan oleh penulis. Mereka akan membaca dan menerima hasil penulisan
tersebut dengan hati yang terbuka. Mereka akan setia dengan seseorang penulis dan bersifat
klasik. Pembaca ini berupaya memahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Keadaan ini
banyak membantu penulis dan ia sangat ideal bagi pandangan seorang penulis.

Kedua ialah khalayak fiksyen. Khalayak fiksyen berlainan dengan khalayak ideal di mana ia
berfungsi dalam mencari perbezaan dalam penulisan. Ia merupakan satu strategi penting yang
digunakan untuk memenuhi kekosongan khalayak sebenar. Pembaca ini lebih berbentuk
khayalan yang mengubah streotaip yang mungkin telah berlaku dalam sesebuah penulisan.
Maka, khalayak fiksyen memberi satu perspektif baru dan membuka minda pembaca lain.
Khalayak jenis ini penting agar idea baru dapat dicerna. (sumber rujukan)

Seterusnya ialah khalayak kontemporari. Seperti yang kita semua sedia maklum, kontemporari
bermaksud sezaman. (ayat tak gramatis. Tulisan ilmiah pelu elakkan penggunaan kata ganti diri
seperti saya, kita, kami) Di sini kita boleh mengatakan bahawa khalayak kontemporari
merupakan khalayak yang sama dari dulu hingga sekarang. (ayat) Khalayak ini tidak
mempunyai banyak perubahan sama ada dari segi pendapat mahupun pegangan kerana
mereka tidak mengalami perubahan yang besar. (sumber rujukan)

Keempat pula adalah khalayak hipotetikal. Khalayak andaian ini adalah berlawanan dengan
khalayak sebenar. Golongan ini bukan pembaca sebenar tetapi hanya bayangan penulis yang
digunakan untuk mengarang. Penulis akan mengandaikan pembaca bagi hasil karyanya. (ayat
tergantung ) (sumber rujukan)

Kelima adalah khalayak bermaklumat. Khalayak ini mewakili konsep pengstrukturan kendiri
yang mensasarkan kepada peningkatan maklumat seseorang pembaca dan daya juang mereka
melalui pemerhatian yang dapat dilihat daripada pembacaan bahan-bahan di dalam teks.
Mereka mempunyai maklumat yang banyak untuk disampaikan kepada pembaca lain. (sumber
rujukan)

Keenam pula adalah khalayak bayangan di mana khalayak ini cuba memahami pendapat
penulisnya dan disampaikan kepada individu lain. Khalayak ini juga menghasilkan perkaitan
antara sejarah dan dorongan kendiri di dalam teks yang ditulis dan menjadikannya mudah
dicapai. Konsep khalayak bayangan ini juga membolehkan penulis mentafsir kesan dan respon
pembaca terhadap teks penulisannya. (sumber rujukan)

Ketujuh ialah khalayak cadangan. Apabila seseorang penulis mempunyai khalayak cadangan,
dia berupaya mencipta dan menghasilkan satu bentuk penulisan yang akan diterima dan
disukai oleh pembaca. Realiti ini perlu diakui dan hasil penulisan akan masuk ke dalam
pemikiran pembaca seterusnya membentuk satu fahaman atau pengetahuan yang sama
dengan maksud penulis. (sumber rujukan)

Seterusnya ialah khalayak yang sebenar-benarnya. Khalayak ini merupakan khalayak yang
dilihat oleh penulis sebagai golongan yang merefleks kepada sesuatu masyarakat di mana
mereka berada. Ia merupakan khalayak yang akan memberikan gambaran sebenar tentang
keadaan dan penerimaan masyarakat terhadap penulis. Pembohongan tidak akan berlaku dan
khalayak ini berlawanan dengan khalayak fiksyen. (sumber rujukan)

Akhir sekali ialah khalayak yang lebih baik atau super. Khalayak ini merupakan golongan yang
mempunyai banyak maklumat dan seringkali mendapat apa yang cuba disampaikan penulis.
Khalayak ini juga digunakan untuk memahami teks yang ditulis. Penulis turut menggunakan
khalayak ini sebagai satu jalan atau kaedah untuk menulis fakta atau maklumat yang dikira
berguna dan penting. (sumber rujukan)
4.3.5 Khalayak Kanak-kanak dan Remaja

Golongan khalayak adalah terdiri daripada pelbagai peringkat umur tidak kira orang dewasa,
warga emas, remaja mahupun kanak-kanak. Golongan muda perlu dilatih dan diasuh dari kecil
supaya suka membaca. Namun, kita mengetahui bahawa tidak ramai penulis yang ingin
menulis buku untuk kanak-kanak. Walaupun ramai yang ingin menceburi bidang ini, mereka
belum memahami sepenuhnya keperluan khalayak mereka yang muda ini. Khalayak kanak-
kanak memerlukan bahan bacaan yang menggembirakan, berbentuk penerokaan dan dipenuhi
gambar yang berwarna-warni. Maka, kupasan ini bertujuan membuka mata penulis tentang
kepentingan mengambil kira keperluan golongan muda ini.

Sebagai penulis, mereka dapat membantu memberikan rangsangan dan pengalaman kepada
kanak-kanak dengan cara menyediakan bahan-bahan bacaan di dalam berbagai-bagai bidang
dan jurusan pengetahuan. Kemudahan dan kesukaran sesuatu peringkat pengalaman itu
terpulang kepada konsep-konsep yang hendak disampaikan oleh bidang pengalaman dan
pengetahuan yang berkenaan. Jika seseorang tidak mendapat konsep asas, maka adalah
sukar untuknya memahami dan menguasai pengetahuan tersebut. Jika pembacanya adalah
seorang kanak-kanak, konsep-konsep yang disampaikan melalui pembacaaan itu perlulah
merupakan lanjutan daripada konsep yang telah dikuasainya. Ini bererti, tahap yang tinggi akan
mematikan minat dan semangat kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak juga memerlukan gambar,
rajah, graf dan sebagainya untuk membantunya memahami sesuatu maklumat. Selain itu,
gambar-gambar ini akan menambahkan minat dan mengurangkan kebosanan mereka.

4.4 Keperluan khalayak

Keperluan khalayak itu dapat dibahagikan kepada:-

i.Kepuasan segera

Kepuasan segera diperolehi daripada bahan bacaan yang diminati oleh pembaca. Minat yang
tinggi mendorong pembaca membaca bahan tersebut kerana bahan itu boleh membantu
mengatasi masalah seharian yang lebih mendesak. Sebagai contoh, bagi seseorang kanak-
kanak, membaca komik atau kartun memberikan kepuasan kepada mereka.
ii. Kepuasan tertangguh

Kepuasan ini diperolehi daripada bahan bacaan yang boleh meningkatkan tahap pengetahuan
dan pendidikan pembaca. Bahan seumpama ini hanya dibaca pada masa lapang apabila
berkesempatan. Antaranya ialah bahan rujukan yang tebal dan ensiklopedia. Pembaca tidak
akan menumpukan pembacaan kepada bahan ini kerana ia dibaca untuk mendapatkan
maklumat di dalamnya. Oleh yang demikian, kepuasan yang diterima adalah kepuasan
tertangguh. Keadaan ini dapat dilihat pada pelajar sekolah mahupun universiti yang membaca
hanya untuk lulus peperiksaan.

4.5 Resepsi (resepsi atau resensi?)

Resepsi ialah reaksi pembaca terhadap sebuah teks. Sebuah resensi diteguhkan apabila
sesuatu teks dihayati dengan sepenuhnya. Resensi ini akan membantu penulis untuk melihat
sejauh mana keberkesanan dan penerimaan khalayak terhadap hasil tulisannya. Resepsi boleh
diambil dari sumber-sumber seperti:- (sumber rujukan)

a) laporan daripada pembaca tidak profesional: catatan harian, catatan di


pinggir buku, laporan dalam autobiografi dan sebagainya.
b) laporan profesional.
c) terjemahan dan saduran.
d) pengolahan dalam buku-buku.
e) resepsi produktif: unsur-unsur dari sebuah karya sastera diolah dalam
sebuah karya baru.

Resepsi juga dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sejarah resepsi dan penelitian terhadap
orang-orang dalam abad yang sama. Sejarah resepsi melihat bagaimana sebuah atau
sekelompok teks, sejarah penerbitannya diterima dan bagaimana reaksi para pembaca. Dapat
diilihat bahawa sejarah resepsi mempunyai dua aliran pula iaitu pertama yang memegang
kepada pendapat sendiri dan yang kedua, pihak yang mengambil kira keperluan khalayaknya.
Walau bagaimanapun, kedua-dua aliran ini melihat perkaitan khalayak dan teks yang dibaca.

Dalam meneliti penerimaan orang-orang dalam abad yang berbeza, dapat dikenalpasti bahawa
penerima sesebuah masyarakat yang berlainan masa adalah berbeza. Sebagai contoh,
penceritaan sastera di zaman Renaissance adalah berbeza jika dibandingkan dengan zaman
Kesultanan Melayu Lama. Oleh itu, penulis seharusnya menyedari perubahan minda dan
pengaruh kepada khalayak mereka agar karya yang dihasilkan dapat diterima.

4.6 Ciri-ciri khalayak

Khalayak dibezakan berdasarkan minat, amalan, sikap, dan kepercayaan. Sikap berkaitan
dengan kegemaran atau kesukaan seseorang itu bersifat kekal dan separuh kekal. Manakala
sikap ialah pegangan seseorang itu tentang sesuatu perkara dan tidak mudah berubah iaitu
falsafah hidup seseorang itu yang tidak mungkin dipinda walau apa pun keadaannya.

Minat khalayak boleh dibahagikan kepada dua iaitu minat jangka pendek dan minat jangka
panjang. Minat jangka pendek bersifat tidak kekal dan ia akan pudar apabila hasrat atau
keinginan pembaca tercapai. Contohnya, hasrat seseorang untuk membeli kereta
menyebabkan dia membaca semua risalah, iklan, tulisan tentang pelbagai model kereta dalam
kelas yang ingin dibelinya. Menerusi pembacaan, dia boleh membuat perbandingan serta
mendapat keputusan membeli model kereta yang sesuai dengan keperluannya. Keperluan
khalayak jenis ini mungkin sukar dipenuhi kerana sebaik sahaja mereka membeli kereta yang
diinginkan, mereka tidak lagi membaca penulisan tentang kereta. Walau bagaimnapun, minat ini
tidak juga terhenti secara mendadak. Pembaca akan membaca selagi kereta tersebut belum
dibelinya dan berlarutan hingga beberapa ketika selepas pembelian itu. Tempoh ini dikenali
sebgai tempoh pengukuhan di mana maklumat masih diperlukan bagi menyakinkan bahawa
keputusan memilih model kereta tersebut adalah keputusan yang bijak.

Berikutnya ialah minat jangka panjang yang bersifat kekal. Contohnya, khalayak yang berminat
dalam bidang sukan bola sepak. Oleh itu, mereka sudah tentu akan cuba dan sentiasa mencari
maklumat tentang perkembangan aktiviti sukan ini. Minat merupakan ciri khalayak yang aktif.
Khalayak akan meninjau persekitaran dan mencari bahan yang bersesuaian dengan minatnya.
Selain itu, mereka bukan sahaja membaca dari pelbagai bahan bacaan namun turut terlibat
dalam persatuan dan pertandingan bola sepak yang dianjurkan di kawasan setempat. Minat
khalayak golongan ini lebih mudah dipenuh.

Amalan khalayak juga bersifat kekal. Biasanya, seseorang yang sudah biasa mengamalkan
sesuatu kaedah dalam melakukan kerja tidak akan menerima cara lain. Khalayak ini akan
mencari mesej yang selaras dengan amalannya setiap hari. Manakala sikap pula merupakan
pendirian yang dipegang oleh seseorang itu berhubung sesuatu perkara dan bersifat jangka
panjang. Sikap selalunya terbentuk dalam jangka masa panjang dan perubahan sikap selalu
berlaku secara perlahan-lahan. Penulis tidak boleh mengharapkan tulisannya boleh mengubah
sikap seseorang. Perubahan sikap boleh berlaku apabila tulisan itu disokong oleh komunikasi
bersemuka. Dalam hal ini, orang yang bersemuka dengan khalayak itu harus dikenali dan
diyakininya. Bukan sebarangan orang menepati syarat ini. Biasanya orang itu terdiri daripada
pemimpin masyarakat atau pemimpin setempat yang tinggal berhampiran dengan khalayak.

Kepercayaan merupakan ciri khalayak yang paling sukar untuk berubah. Kepercayaan
melibatkan pegangan seseorang itu kepada ideologi sama ada bersifat keduniaan atau
keagamaan. Contohnya, seseorang yang menganuti agama Buddha yang percaya akan
kelahiran semula dan kelahiran tersebut ditentukan oleh kehidupan sekarang. Walhal, bagi
agama Islam, kehidupan di dunia hanyalah sementara dan sekali sahaja. Kedua-dua agama ini
berbeza kepercayaan maka sukarlah sekiranya pandangan Islam yang tidak mempercayai
kelahiran semula ini diserapkan kepada golongan penganut agama Buddha. Kepercayaan
seseorang sukar diubah dan bahan bacaan yang mereka pilih juga berdasarkan kepercayaan
ini.

4.7 Peranan khalayak

Khalayak memainkan peranan yang penting kepada hasil penulisan penulis. Antara peranan
mereka ialah merefleks kepada hasil penulisan. Apabila sekumpulan khalayak dalam sesuatu
masyarakat membaca hasil karya seseorang, mereka akan berpegang kepada norma dan
budaya di dalam masyarakatnya. Maka dari situ, penulis dapat melihat keadaan dan sikap yang
pelbagai di sesebuah kawasan itu. Penilaian khalayak terhadap karya penulis boleh digunakan
oleh penulis untuk lebih mengenali kehendak dan keperluan khalayaknya.

Selain itu, khalayak juga membantu menyebarkan maklumat dan pengetahuan yang cuba
disampaikan oleh penulis. Mereka menjadi ejen yang secara tidak langsung memberi semangat
dan mempengaruhi penulisan pengkarya pada masa akan datang. Sebagai contoh, seorang
penulis muda mendapati khalayak memuji hasil penulisannya. Sudah tentu ini merupakan satu
bonus yang menaikkan semangat untuknya terus berkarya. Peneguhan positif ini amat
bermakna dan ia bergantung kepada penerimaan khalayak. Namun begitu, jika kritikan yang
diterima, mereka harus memandangnya sebagai cabaran untuk melakukan yang lebih baik.

Semasa proses membaca, khalayak akan cuba menghayati dan memasukkan diri mereka ke
dalam karya penulis. Pembaca akan berimiginasi dan membayangkan keadaan dalam
sesebuah penulisan itu. Keberkesanan penulisan akan dapat dilihat apabila pembaca
memahami dan merasai sendiri suasana yang cuba digambarkan penulis. Di sini, khalayak
berperanan sebagai penterjemah idea penulis yang merupakan satu peranan penting dan
mempengaruhi individu di sekeliling untuk turut membacanya.

4.8 Isu-isu khalayak

Penulis dan pembaca tidak dapat dipisahkan ibarat aur dengan tebing. Namun, berdasarkan
pemerhatian kini, penulis kesusasteraan terutamanya sudah ketinggalan berbanding dengan
pemikiran pembaca. Oleh hal yang demikian, sambutan terhadap penulisan juga merosot dan
bahan yang dihasilkan tidak diminati oleh para pembaca.

Selain itu, berlaku "pendedahan paksaan" iaitu keadaan di mana para murid sekolah atau
penuntut pengajian tinggi dipaksa membaca bahan kesusasteraan. Murid sekolah, penuntut
maktab dan universiti dipaksa membaca, menghayati, mengulas dan mengupas sajak, cerpen,
novel dan sebagainya. Jadi, bidang sastera cuma mempunyai khalayak yang terkepung dan
dipaksa. Malahan di luar khalayak ini juga mungkin kesusateraan ketandusan peminat dan
kekurangan pengikut. Anggapan bahawa kesusateraan membosankan dan memuakkan
membuatkan khalayak yang menerima pendedahan paksaan akan terhenti selepas tamat
pengajian.

Namun, perubahan berlaku pada tahun 1950-an dan 1960-an di mana sastera dan
kesusateraan menjadi lebih menarik dan mendapat sambutan yang baik dari pembaca. Hal ini
berlaku kerana penulisan membangkitkan dan membicarakan tentang isu dan perkara yang
melibatkan kehidupan masyarakat. Walau bagaimanapun, penulisan juga berperanan
mengembalikan manusia kepada kemanusiaan, serta mengembalikan insan kepada
keinsanannya. Cara penyampaian boleh berubah dan pelbagai tetapi tidak menjejaskan
matlamat asal. Mutu dan isi penulisan yang berkualiti mampu menarik ramai khalayak.
Budaya membaca kurang menjadi amalan di hati rakyat Malaysia. Ini merupakan isu yang
menyebabkan hasil penulisan kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat Malaysia.
Kurang minat menjadi batu penghalang kepada budaya membaca. Walau bagaimanapun,
hanya sesetengah peringkat masyarakat sahaja yang menyedari akan kepentingan membaca
dan mahu menambahkan ilmu pengetahuan. Oleh itu, penulis berperanan menghasilkan karya
yang menarik dan mampu menarik minat pelbagai lapisan masyarakat supaya mencintai
budaya membaca.

Setiap penulis ingin tulisannya dibaca oleh khalayak. Tanpa mengira tujuan mereka menulis
sama ada untuk menyebar maklumat, mengubah sikap, menyampaikan pengetahuan atau
untuk memberi pengalaman baru kepada pembaca, penulis hanya ingin tulisannya dibaca. Bagi
memancing khalayak, penulis mesti berupaya menarik minat serta perhatian pembaca
seterusnya mengekalkan pembacaan. Ini bermaksud, tulisan penulis mesti mematuhi beberapa
syarat iaitu tulisannya mesti menarik, berisi dan seronok dibaca.

Keseronokkan dan kepuasan dalam pembacaan adalah bersifat subjektif dan bergantung
kepada citarasa pembaca. Unsur inilah yang menentukan sama ada sesuatu tulisan itu akan
mendapat sambutan atau tidak, sama ada ia akan mencapai tahap best-seller atau kekal di
tahap non-seller. Setiap pengkarya berusaha untuk memenangi hati pembaca melalui
penulisannya. Namun, yang menjadi persoalannya ialah ’apakah yang menjadikan sesuatu
tulisan itu seronok untuk dibaca’.

Selain itu, tulisan yang dihasilkan juga perlulah rasional dan munasabah agar dapat menarik
minat pembaca. Dari segi istilah pula, didapati khalayak tidak menggemari penulisan yang
terlalu sukar dan menggunakan istilah hebat-hebat atau istilah besar-besar yang menyukarkan
proses penyampaian maklumat.

5.0 CADANGAN

Penulisan adalah suatu seni yang diperlukan untuk menyampaikan maklumat tidak kira dalam
bentuk rasmi atau tidak. Namun, kehadiran khalayak menjadikan perkara atau isu yang
disampaikan lebih bermakna. Golongan inilah yang akan memastikan seseorang penulis terus
menulis dan berkarya.
Bagi mewujudkan lebih ramai khalayak tidak kira usia, kaum, budaya mahupun pendapatan,
penulis boleh mempelbagaikan penulisan dengan mengetengahkan isu berkaitan kehidupan,
isu terkini, masalah dunia mahupun penulisan berdasarkan kisah benar.

Selain itu, penulisan yang dapat memenuhi keperluan pembaca juga memberi impak yang
besar dalam menyampaikan isu penulisannya. Sebagai pembaca, seseorang berhak memilih
bahan bacaan yang ingin dibaca. Oleh itu, penulis serta pengkarya harus bijak membaca minda
khalayak. Sebagai contoh, ketika dunia digemparkan dengan berita kekejaman zionis di Iraq
dan Palestin, terdapat penulis yang cuba menghasilkan karya berbentuk artikel mengenai
keperitan hidup rakyat di sana. Sudah tentu hasil penulisannya akan dibaca dan mendapat
perhatian kerana masyarakat ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.
Apabila penulis telah mensasarkan khalayak mereka, maka mudahlah untuk mendekati mereka.

Bagi penulisan yang berkualiti, pembaca tidak akan ragu-ragu untuk mengakui tentang
kehebatan penulisan tersebut. Untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti, seseorang
penulis perlu banyak berlatih di samping tidak malu untuk belajar dan meningkatkan
pengetahuan mereka. Keyakinan pembaca terhadap karya seseorang penulis tidak akan
diperoleh dengan hanya satu hasil penulisan tetapi memerlukan usaha jangka panjang seperti
yang dilakukan oleh A. Samad Said. Beliau tidak hanya dikenali kerana penulisan yang
berkesan tetapi berjaya mencipta pengaruh sehingga diberi anugerah sasterawan negara.

6.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, khalayak adalah golongan yang penting dalam menjadikan karya
seseorang penulis itu bermakna. Tanpa khalayak, penulisan yang dihasilkan tidak akan dihargai
dan boleh berkubur begitu sahaja. Ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling bergantung
antara satu sama lain. Maka, setiap penulis yang ingin memulakan penulisan perlu mengambil
kira aspek yang penting ini. (kesimpulan tidak menjawab persoalan yang dikaji secara
menyeluruh. Tidak menggambarkan keseluruhan isu yang dibincangkan)

RUJUKAN
Hasnah Ibrahim. 1982. Menulis untuk Berkomunikasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors SDN BHD.

Jan V. L, Mieke B., Willem G. Weststeijn. 1984. Pengantar Ilmu Sastra. Terj. Dick Hartoko.
Jakarta: Penerbit PT Gramedia.

Mansor Ahmad Saman. 1995. Penulisan dan Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Mus Chairil Samani. 1996. Penulisan rencana berkesan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Othman Puteh, Abdul Ahmad. 1984. Sekitar Sastera Kanak-kanak dan Remaja. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Panduan menulis tesis gaya UKM. 2007. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah, UKM.

Paul De Maeseneer. 1986. Inilah Berita. Penterjemah Mohd Safar Hasim. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raman Selden. 1989. Teori Kesusasteraan Sezaman. Terj. Umur Junus. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Wolfgang Iser. 1974. The Act of Reading. London: The John Hopkins University Press.

(sila gunakan Gaya UKM, APA atau MLA)