Anda di halaman 1dari 1

Percutian Keluarga di Pulau Langkawi

Pada cuti sekolah yang lalu, Gimis dan keluarganya ke Pulau Langkawi. Pulau
ini terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan mempunyai hutan dara.
Selain itu, terdapat kemudahan bot untuk melalui kawasan paya bakau.
Mereka berasa sungguh seronok kerana ayah Gimis memandu kereta
Proton Exora yang baharu. Sebelum bertolak, Encik Paulus mengingatkan ahli
keluarganya supaya memakai tali pinggang keledar. Pemakaian tali pinggang
keledar ini sebagai langkah untuk menjaga keselamatan diri.
Setelah beberapa jam perjalanan,mereka pun sampai di Jeti Kuala Perlis.
Mereka menaiki feri yang bernama Feri Man. Mereka melangkah kaki ke dalam
feri dengan berhati-hati supaya tidak terjatuh. Untuk keselamatan, semua
penumpang feri memakai jaket keselamatan.
Beberapa minit kemudian, mereka pun tiba di Jeti Pulau Langkawi.
Mereka ke Kampung Oriental untuk menaiki Kereta Kabel Langkawi. Sebelum
menaiki kereta kabel, mereka perlu berada di belakang garisan kuning.