Anda di halaman 1dari 15

PERANAN RIDA DALAM MEMBANGUNKAN EKONOMI BUMIPUTERA

Penubuhan RIDA oleh Dato’ Onn ini telah memberi jalan mengubah fikiran orang Melayu
terhadap sistem ekonomi mereka. Beliau mahu orang Melayu sedar bahawa mereka mesti keluar
daripada sistem ekonomi mereka pada ketika, jika ingin membasmi kemiskinan yang dialami.
Dato’ Onn telah bertindak mengatasi masalah ini dengan pelaksanaan projek RIDA terutama
sistem pertanian. Namun begitu, terdapat juga sektor lain yang diberi perhatian seperti perikanan,
ternakan binatang, perusahaan kecil, pembinaan kemudahan awam, latihan kepimpinan dan
kemahiran serta biasiswa. RIDA cuba mengubah dasar pertanian sara diri orang Melayu kepada
ekonomi dasar moden yang lebih menguntungkan.

RIDA juga cuba mengatasi masalah kekurangan modal di kalangan petani, nelayan dan
peniaga Melayu dengan mengadakan pinjaman RIDA supaya orang Melayu tidak ketinggalan
berbanding kaum bukan bumiputra.1 Pinjaman yang diberi merupakan modal asas untuk
memulakan kegiatan ekonomi dan untuk mengurangkan tekanan orang tengah. Pinjaman modal
diberikan kepada syarikat kerjasama padi dan orang perseorangan untuk mengelakkan masalah
padi kunca dan orang tengah yang mengambil kesempatan. Bagi perusahaan getah pula RIDA
menjalankan projek penanaman semula untuk pekebun kecil dengan memberi nasihat dan modal.
Pembinaan kilang memproses getah dilaksanakan untuk menjaga mutu tanaman contohnya kilang
yang terbesar dibina di Gersik Muar dengan peruntukan sebanyak $ 323000. 2

RIDA juga turut memberi perhatian kepada bidang perikanan. Dato’ Onn juga
menyediakan peruntukan dalam bidang perikanan dengan memperbaiki sistem penangkapan ikan,
bantuan modal, membeli perahu dan alat penangkapan ikan, membina stor air batu dan
menubuhkan satu pusat pembinaan kapal di Terengganu. Selain itu, Dato’ Onn dan RIDA turut
menjalankan projek kemudahan infrastruktur dalam usaha membaiki kemudahan di luar bandar
seperti pembinaan jalan tanah merah, jambatan, menyediakan kemudahan bekalan air paip dan
perigi serta pembinaan balai raya sebagai pusat kegiatan masyarakat. Dengan kemudahan seperti
ini, kemajuan di bandar dapat dirasai oleh penduduk luar bandar. Tujuan Dato’ Onn dan RIDA

1
Wan Hasim, Race Relations In Malaysia, Kuala Lumpur: Polygraphic press, 1983, hlm.76.
2
Ramlah Adam, Dato’ Onn Ja’afar Pengasas Kemerdekaan, hlm. 231.

1
melaksanakan semua projek ini untuk meningkatkan taraf hidup orang Melayu daripada
kemiskinan dan keselesaan hidup penduduk luar bandar.

Penubuhan syarikat kerjasama menjadi tumpuan Dato’ Onn dalam pelaksanaan projek
RIDA yang meliputi semua kegiatan ekonomi. Syarikat kerjasama berfungsi sebagai agensi
pemasaran barang-barang dari luar bandar dan membekal keperluan untuk menjalankan pertanian,
perniagaan dan bidang-bidang yang terlibat. Dalam syarikat kerjasama ini, para petani dan
pengusaha kecil diajar berniaga melalui saham-saham yang dibeli oleh mereka. Pelaksanaan
syarikat kerjasama oleh Dato’ Onn dan RIDA bertujuan untuk menyelesaikan masalah orang
tengah, masalah padi kunca dan memperkenalkan sifat tanggungjawab secara berkumpulan untuk
menyelesaikan masalah orang Melayu.

RIDA memberi kemudahan latihan kepada orang Melayu yang bertujuan melatih mereka
supaya mempunyai pengetahuan dan kecekapan serta kemahiran yang boleh digunakan bagi
memimpin penduduk luar bandar.3 Antaranya ialah latihan kepimpinan, pertanian, kejuruteraan
dan perusahaan tangan. Mereka dilatih di sekolah khas yang dibina oleh RIDA atau dihantar ke
Maktab Pertanian Serdang, Maktab Teknik Kuala Lumpur dan Maktab Kerjasama Petaling Jaya.4
Kemudahan-kemudahan latihan yang diberikan ini merupakan langkah kepada wujudnya pusat-
pusat kemahiran di Malaysia seperti Pusat Giat Mara dan Institut Latihan Pengindustrian dan
Universiti Teknologi Mara.

RIDA yang diasaskan oleh Dato’ Onn ini juga merupakan langkah untuk memperkenalkan
kegiatan ekonomi berbentuk komersil kepada orang Melayu. Dengan sokongan yang diberi kepada
orang Melayu ini mereka mendapat kesedaran bahawa mereka perlu bersaing dengan orang bukan
Melayu dalam semua bidang terutama bidang ekonomi. Selain itu, idea Dato’ Onn ini menjadi asas
kepada orang Melayu dan bumiputera menceburi diri dalam bidang perniagaan dan perdagangan.
Pada ketika itu, secara keseluruhannya orang Melayu tidak terlibat dalam bidang tersebut mereka
hanya terlibat dalam pertanian secara diri. Dato’ Onn dan RIDA menubuhkan syarikat kerjasama

3
Pamela Ong Siew Im , Onn Man Will, hlm. 225.
4
Ibrahim Ismail, Menuju Lahirnya Negara, Kuala Lumpur: Edusystem Sdn Bhd, 1992, hlm. 98.

2
yang memdedahkan orang Melayu terlibat dalam bidang perniagaan dan pemilikan saham yang
sebelum ini tidak pernah di ceburi oleh masyrakat Melayu.

Dato’ Onn sememangnya telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan


RIDA yang diasaskan dapat dijalankan dengan berkesan. Namun begitu, terdapat beberapa perkara
yang menyebabkan RIDA tidak dapat mencapai matlamatnya. Pertama adalah kongkongan
birokrasi untuk mendapatkan bantuan wang daripada kerajaan Persekutuan.5 Selain itu, bantuan
yang diberi tidak tetap contohnya peruntukan pada tahun 1951 telah dikurangkan sebanyak 3 juta
pada 1953.6 British lebih menumpukan kepada pembinaan kampung baru, daripada kebajikan
orang Melayu ini menunjukkan British tidak berusaha bersungguh-sungguh membantu orang
Melayu. Bantuan yang diberi hanya untuk menutup mata orang Melayu daripada menuduh British
tidak bertanggungjawab terhadap kemunduran orang Melayu.

Kekurangan kakitangan juga menyukarkan pergerakan ke seluruh kampung untuk


memantau projek RIDA. Pada tahun 1957, RIDA hanya mempunyai 22 orang pegawai dan 5 orang
menolong pegawai.7 Selain itu, lawan politik Dato’ Onn telah menuduh beliau bersifat perkauman
kerana hanya memberi tumpuan kepada orang Melayu sahaja. Tindakan Dato’ Onn
meningggalkan UMNO juga memberi kesan kepada RIDA kerana pegawai British terpengaruh
dengan dengan kekuatan UMNO berbanding Dato’ Onn. Kegagalan ini juga berpunca daripada
sikap orang Melayu, mereka tidak berpengalaman dalam bidang perniagaan dan menggunakan
wang pinjaman untuk perkara lain. Di kalangan nelayan pula enggan pergi menangkap ikan di laut
dalam.

Penubuhan oleh Dato’ Onn walaupun tidak berjaya mencapai matlamat, namun RIDA
telah memberi satu idea bernas yang digunakan sehingga kini untuk memajukan orang Melayu dan
bumiputera. Idea ini membawa kepada penubuhan badan-badan yang membantu perkembangan
ekonomi orang Melayu dan bumiputera. Dato’ Onn juga telah membangkitkan kesedaran bahawa
kerajaan yang memerintah perlu bertanggungjawab terhadap ekonomi dan kebajikan orang

5
Anuar Abdullh, Biografi Dato’ Onn Pejuang Kemerdekaan, Bangi: UKM, 2004, hlm. 226.
6
Ramlah Adam, Dato’ Onn Ja’afar Pengasas Kemerdekaan, hlm. 223.
7
Ramlah Adam, Dato’ Onn Ja’afar Pengasas Kemerdekaan, hlm. 222.

3
Melayu yang sebelum ini tidak pernah dilakukan oleh raja-raja Melayu. RIDA yang diasaskan oleh
beliau ini telah ditukarkan nama kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada 1965 yang wujud
sehingga kini.8 Selain itu, idea ini juga sebagai asas kepada rancangan – rancangan pembangunan
seperti DEB (Dasar Ekonomi Baru) dan FELDA (Federal Land Devolopment Authority). Sebelum
penubuhan RIDA, tidak adapun rancangan pembangunan untuk membela nasib orang Melayu.
Idea ini merupakan asas kepada usaha mengeluarkan orang Melayu daripada kemiskinan.

8
Khoo Kay Kim et. all, Malaysia Masa Kini, Kuala Lumpur: Persatuan sejarah Malaysia, 1984, hlm. 13.

4
PERANAN MARA DALAM MEMBANGUNKAN EKONOMI BUMIPUTERA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan pada 1 Mac 1966 ekoran daripada resolusi-resolusi

yang dikemukakan dalam Kongres Ekonomi Bumiputera pada 1965. MARA merupakan satu

agensi yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan

diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan dan Koperasi pada ketika itu. Penubuhan MARA

dianggap sebagai satu usaha yang amat penting dan besar bagi mencapai hasrat supaya Bumiputera

dapat mengambil bahagian yang lebih baik dalam bidang ekonomi seterusnya negara dapat

mencapai kejayaan dan kemakmuran seperti yang dikatakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia

yang kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato‟ Hussein dalam ucapannya ketika Kongres

Ekonomi Bumiputera.

“.....langkah kita mengadakan Kongres Ekonomi Bumiputera ini bolehlah dibandingkan sama

dengan langkah kerajaan Amerika Syarikat melancarkan angkasawanangkasawannya ke angkasa

lepas. Kerajaan dan kongres ini telah melancarkan angkasawannya ke angkasa lepas ekonomi

supaya dapat Bumiputera mengambil bahagian yang lebih sempurna, lebih penting dan akhirnya

mendapat kejayaan dan kemakmuran yang kita kehendaki. Kita telah lancarkan bukannya

GEMINI, bahkan MARA ke angkasa lepas dengan penuh harapan bahawa kapal angkasa lepas

kita ini dapat membawa kita kepada kesenangan dan kemakmuran” - Allahyarham Tun Abdul

Razak bin Dato‟ Hussein, 7 Jun 1965.

Secara amnya, MARA berperanan membantu meningkatkan tahap ekonomi orang-orang Melayu

dan Bumiputera. Serentak dengan penubuhan MARA, kerajaan melancarkan Rancangan Malaysia

Pertama (1966-1970). MARA berfungsi menggantikan RIDA yang sebelum ini ditubuhkan pada

tahun 1956 di bawah Undang-Undang Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan (RIDA).

5
Namun begitu, unsur-unsur penting dalam undang-undang RIDA telah dimasukkan ke dalam

undang-undang baru yang menggantikannya iaitu undang-undang MARA yang diluluskan oleh

Parlimen pada Disember 1965. Oleh itu MARA secara rasminya menggantikan dan mengambil-

alih peranan RIDA dengan penambahbaikan terhadap fungsi agensi tersebut. Antara peranan yang

dimainkan oleh RIDA ialah:

1. Projek-projek pembangunan ekonomi bumiputera


Sejak awal penubuhan MARA lagi, pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi mencapai tujuan
penubuhan MARA. Dalam sektor Keusahawanan, Kenderaan Bas MARA (KBM) telah
ditubuhkan seawal tahun 1961 iaitu ketika agensi RIDA dipertanggungjawabkan membangun
sosioekonomi masyarakat bumiputera. KBM bersifat perkhidmatan sosial yang menghubungkan
kawasan luar bandar dan pusat pertumbuhan baru dengan pusat-pusat bandar9. Program tersebut
turut bermatlamatkan penswastaan untuk diambilalih oleh usahawan Bumiputera. Beberapa
syarikat perniagaan lain turut ditubuhkan dengan matlamat yang sama seperti Kayu Sedia,
Pamagrima, Usmeta dan MARA Holdings.

Selain daripada penswastaan syarikat-syarikat di bawah MARA kepada golongan Bumiputera,


MARA turut menyediakan pelbagai insentif bagi membudayakan keusahawanan, melatih dan
melahirkan golongan usahawan yang berkualiti dari kalangan kelompok Bumiputera10. Sejak
tahun 1966 sehingga 1990 sahaja, MARA telah menyediakan dana bantuan berupa pinjaman
kewangan sebanyak RM600 juta kepada 108 000 pengusaha industri kecil dan sederhana untuk
tujuan membangunkan perusahaan tersebut. MARA turut menyediakan bantuan daripada aspek
teknikal, khidmat nasihat, kemudahan infrastruktur, kemahiran dan ilmu-ilmu yang berkaitan
dengan tujuan meningkatkan bilangan usahawan bumiputera yang berjaya. Penglibatan MARA

9
Mara melaksana agenda Melayu. (n.d.). diakses September 26, 2017, daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=1103&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=ot_01.htm
10
MARA terus perkasa usahawan Bumiputera. (2017). diakses September 26, 2017, daripada
https://www.bharian.com.my/node/262042

6
dalam projek Medan Perniagaan MARA yang pertama dimulakan di atas tapak Pekan Rabu, Alor
Setar, Kedah pada tahun 1974 dan usaha membantu usahawan melalui penyediaan infrastruktur
diteruskan dengan membina dan menyediakan lebih banyak premis-premis atau ruang niaga
seperti kompleks beli belah, pejabat, arked perniagaan, gerai dan bazar.

MARA turut memfokuskan kepada aktiviti perniagaan dan teknologi perkilangan seperti yang
termaktub dalam Akta MARA. Dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9), MARA telah
mengambil pendekatan “Project Creation-Private Driven” kepada IKS Bumiputera dengan
memberi penekanan kepada MARA sebagai penyelaras dan pemudahcara. Pendekatan tersebut
bertujuan untuk memberi dorongan kepada para usahawan untuk mengambil sikap lebih
bertanggungjawab dalam pengurusan dan kemajuan industri masing-masing. Dalam RMK-10
pula, MARA bertindak memberi penekanan kepada program pembangunan usahawan
perkhidmatan berteraskan perkhidmatan vertifikasi dan senggaraan mesin “production line
technology”.

Sepanjang penubuhannya, MARA terus menerokai dan merintis jalan kepada industri-industri dan
bidang-bidang perusahaan yang pelbagai untuk diceburi oleh para usahawan Bumiputera11. Dalam
sektor pelaburan, MARA mengorak langkah pada tahun 1967 dengan penubuhan Amanah Saham
MARA Berhad (ASMB). Pada tahun 1977, Institut Perdagangan MARA (IPM) ditubuhkan dan
usaha perintisan diberikan penekanan pada tahun 1982 melalui Program Kemudahan dan
Perintisan (KPP). MARA Holding ditubuhkan seawal tahun 1986 dan kemudiannya diambil alih
oleh Nadi Corp. Holding Sdn. Bhd. pada tahun 2000.

MARA merintis jalan kepada industri perabot pada tahun 1994 melalui penubuhan Furniture
Industry Technology Centre Sdn. Bhd. (FITEC). Pada tahun berikutnya, MARA turut
menyediakan pembiayaan Perniagaan berkonsepkan Islam dan diteruskan dengan pelancaran
Program Usahawan Teknikal (PUTEK) yang bertujuan memberi penekanan kepada usahawan
perkhidmatan. MARA dengan lebih serius membuka jalan kepada sector perkilangan melalui

11
MARA. (2016). Laporan Tahunan 2015. diakses September 26, 2017, daripada
http://www.mara.gov.my/documents/10157/2068001/LTM2015BM2.pdf/c8725ae0- 8437-422b-9df2-37cc2a18f4cf

7
Program inkubator Teknologi Perkilangan (INTEP). Bagi menggalakkan lebih ramai Bumiputera
menceburi bidang perniagaan, MARA melancarkan Lanskap Peruncitan Bumiputera pada tahun
2007 dan MARA Inc. Sdn. Bhd. pada tahun 2008. Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia
Sdn. Bhd. (DDEC) dan Glocal Link (M) Sdn. Bhd. membuktikan usaha berterusan MARA dalam
membuka peluang-peluang perniagaan dan industri-industri yang pelbagai untuk diceburi oleh
kelompok Bumiputera. Pada tahun 2010, MARA melancarkan Program IBS-Hardware MARA
dan Pembiayaan Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM) bagi menggalakkan lagi penglibatan
Bumiputera dalam bidang perusahaan. MARA mengambil langkah sejajar dengan Transformasi
Ekonomi dan perubahan iklim ekonomi di Malaysia dengan melancarkan Pelan Strategik MARA
2011-2015 dengan berpandukan dan mendokong falsafah Program Transformasi Nasional (GTP)
dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) meliputi Model Ekonomi Baru (NEM) dan Rancangan
Malaysia ke-10 (RMK-10). MARA turut melancarkan Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres
(SpiKE) dan MARA Excellent Ventures Sdn. Bhd. (MEX). Dalam sektor pelaburan, MARA
meningkatkan lagi usaha melalui Pelancaran Pelaburan MARA Berhad dan Unit Integriti.
Pewujudan Unit Penyelidikan dan Inovasi menunjukkan komitmen MARA dalam meneroka
industri-industri dan peluang baru serta menambahbaik industri sedia ada supaya lebih berdaya
saing dan maju.

MARA Liner Sdn. Bhd. (dahulunya KBM) dikorporatkan pada tahun 2013 dan pada tahun yang
sama, MARA menubuhkan Rural Capital Sdn. Bhd. MARA Corporation Sdn. Bhd. ditubuhkan
pada tahun berikutnya seiring pelancaran Asia Aerospace City (AAC) dan pelancaran MARAtv,
dua lagi usaha MARA dalam merintis jalan kepada pelbagai bidang perusahaan. PMB Tijari turut
dilancarkan sebagai satu lagi produk pelaburan oleh MARA. Seterusnya, MARA melancarkan
MARA Digital yang pertama di Menaraa MARA, Kuala Lumpur, satu lagi usaha meningkatkan
kemajuan kelompok Bumiputera.

8
2. Program berterusan MARA

MARA turut menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berterusan untuk membantu usahawan


Bumiputera melalui beberapa program yang dilancarkan. Program Pembangunan Teknousahawan
bertujuan untuk menggalakkan penglibatan dalam bidang keusahawanan yang mengaplikasi dan
menggunakan kepakaran teknologi dalam pengeluaran produk, perkhidmatan, pengurusan
perniagaan dan membuat keputusan berkaitan perniagaan. Objektif utama Program
Teknousahawan adalah ke arah peningkatan dan pengukuhan teknousahawan sebagai peneraju
atau pemain industri yang mampu menjadi penyumbang utama kepada Keluaran Domestik Kasar
(GDP) negara oleh PKS Bumiputera. Program ini dilaksanakan melalui kerjasama Rakan Pintar
Teknologi antara MARA dengan pihak Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta
(IPTS), Agensi & Badan Kerajaan Penyedia Teknologi atau Sektor Swasta yang mempunyai
kepakaran berasaskan penyelidikan dan teknologi strategik. Strategi dalam program ini adalah
dengan mempertingkatkan kapasiti dan kapabiliti usahawan melalui pendekatan akademik,
teknologi, teknikal, generik dan keusahawanan. Program ini turut merangkaikan teknousahawan
dengan industri melalui pemadanan perniagaan, penyesuaian teknologi dan kerjasama strategik
dengan peneraju industri. Selain itu, Program Teknousahawan membantu melengkapkan
persediaan teknousahawan untuk memasuki pasaran melalui skim kemudahan MARA seperti
Pembiayaan Perniagaan, Penyewaan Infrastruktur Perniagaan, Skim Sokongan Berpakej Industri
& Perniagaan, Rundingcara Perniagaan dan Pembangunan Pemasaran. Kejayaan program ini
diukur melalui prestasi pencapaian Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) melalui pertambahan saiz
modal, jualan dan bilangan pekerja mengikut takrifan PKS yang telah ditetapkan oleh Majlis
Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (NSDC).

Program Pembangunan Pemasaran pula adalah satu usaha MARA membantu para pengusaha yang
masih baru dalam industri pembuatan dan pengeluaran dan tidak dapat bersaing dengan kompetitif
di pasaran terbuka. Program ini diperkenalkan bagi membantu memperkenal dan
mempertingkatkan permintaan ke atas produk-produk keluaran Bumiputera ini melalui pelbagai
aktiviti. Objektif keseluruhan program ini adalah bagi membantu usahawan bumiputera yang
terlibat dalam pengeluaran pelbagai jenis produk untuk meneroka serta merebut peluang pasaran,
melebarkan saiz pasaran sedia ada dan meningkatkan daya saing dalam pasaran terbuka. Antara

9
aktiviti yang dilaksanakan adalah karnival jualan, Insentif Promosi dan Ekspo, Insentif Lawatan
Perniagaan Dalam Negara, Insentif Promosi Hypermarket, Insentif Kajian Pasaran, Insentif
Pelancaran Produk Baru dalam Pasaran, Insentif Pembungkusan, Pelabelan, Pengiklanan dan
Window Dressing, Pembungkusan dan Pelabelan, Pengiklanan & Window Dressing12.

Program Skim Khidmat Nasihat Perniagaan pula merupakan satu kemudahan yang disediakan bagi
membantu menyelesaikan masalah atau meningkatkan prestasi dan produktiviti usahawan/syarikat
melalui khidmat nasihat yang berkualiti dan berkesan yang dikendalikan oleh panel pemudahcara
MARA. Ia bertindak sebagai satu pusat setempat (“one-stop centre”) yang mempunyai kemahiran
pelbagai dalam bidang khidmat nasihat untuk ditawarkan kepada usahawan bumiputera. Skim ini
ditumpukan kepada perniagaan persendirian/perkongsian atau syarikat Sendirian Berhad/Berhad
atau koperasi bumiputera yang sedang beroperasi13.

Skim ini bertujuan untuk:


a) Meningkatkan prestasi dan produktiviti usahawan/syarikat melalui khidmat nasihat dan
perundingan yang berkualiti dan berkesan.
b) Sebagai kemudahan sokongan khidmat tenaga professional dan satu cara pemusatan aktiviti
kepada perunding-perunding yang menjalankan khidmat bimbingan.
c) Membolehkan usahawan mendapat khidmat kepakaran dalam aspek-aspek yang boleh
membantu meningkatkan dan menjayakan perusahaan yang dijalankan.

Aktiviti-aktiviti dibawah skim ini antaranya ialah diagnostik perniagaan, Pengurusan dan
Pembangunan, ICT/Perakaunan berkomputer, Pembangunan Konsep, Pemasaran, Business
coaching, Mesin dan Pengeluaran, Good Manufacturing Process (GMP), Hazard Analysis Control
of Critical Points (HACCP), Pembangunan Halal, International Standard Organisation (ISO),
Pensijilan dan Analisa Pelabelan Makanan (“Nutritional Fact”).

12
Program Pembangunan Pemasaran. (2012). diaksesSeptember 26, 2017, daripada
http://www.mara.gov.my/program-pembangunan-pemasaran
13
Program Skim Khidmat Nasihat Perniagaan. (2012). diaksesSeptember 26, 2017, daripada
http://www.mara.gov.my/skim-khidmat-nasihat-perniagaan

10
Program Latihan Keusahawanan yang disediakan oleh MARA menyediakan pakej untuk
Bumiputera memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri‐ciri
keusahawanan untuk menjadi usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing. Program‐program
di bawah latihan keusahawanan meliputi kursus, latihan, seminar, bengkel bagi input pendedahan,
pengetahuan dan kemahiran di tahap pembudayaan keusahawanan, pewujudan usahawan serta
peningkatan dan pengukuhan yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan dan
PUSMA Negeri serta dengan kerjasama agensi‐agensi kerajaan, swasta dan badan‐badan bukan
kerajaan (NGO). Objektif program ini adalah untuk mengenalpasti bakat dan potensi peserta untuk
menjadi usahawan Berjaya di samping peserta dapat mengemukakan rancangan tindakan untuk
memulakan projek, perniagaan atau perusahaan. Selain itu, program ini turut menerapkan etika
perniagaan yang progresif serta sikap positif bagi membolehkan usahawan mengamalkannya
dalam menjalankan perusahaan atau perniagaan masing – masing dan memberikan pengetahuan
pengurusan moden supaya para usahawan dapat mengamalkannya dalam menjalankan perusahaan
atau perniagaan ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 dan boleh mengikuti perkembangan
teknologi moden dan mampu bersaing di pasaran terbuka14.

Pelbagai strategi digariskan melalui program ini antaranya ialah mengadakan kursus‐kursus
pembudayaan keusahawan untuk bakal‐bakal usahawan; menganjurkan kursus ‐ kursus pewujudan
usahawan bagi membolehkan Bumiputera memulakan perusahaan, perdagangan atau perniagaan;
menyediakan kursus ‐ kursus peningkatan untuk usahawan sedia ada bagi membolehkan mereka
menimba ilmu perniagaan supaya dapat memajukan perusahaan atau perdagangan yang dijalankan
dan meningkatkan kemahiran para usahawan melalui pendedahan kepada perusahaan atau
perdagangan. Latihan dan bimbingan yang disediakan bertujuan untuk mewujudkan usahawan
baru dari kalangan Bumiputera serta meningkatkan keupayaan usahawan sedia ada selari dengan
matlamat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

14
Program Latihan Keusahawanan. (2011). diakses September 26, 2017, daripada
http://www.mara.gov.my/program-latihan-keusahawanan

11
3. Program Pendidikan MARA

MARA selain daripada menumpukan sektor keusahawanan dan pelaburan bagi meningkatkan
keupayaan Bumiputera dari sudut ekonomi, MARA turut memberi tumpuan dalam bidang
pendidikan bagi melahirkan modal insan yang berdaya saing diperingkat global dan mampu
menguasai ekonomi negara. Maktab Mara yang paling awal ditubuhkan bagi membantu meningkat
penguasaan ilmu di kalangan Bumiputera akhirnya menjadi Institut Teknologi Mara (ITM) dan
kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM). Bagi menyediakan generasi pengusaha
dan tenaga profesional bumiputera, Mara telah menyediakan Program Pendidikannya yang
merangkumi pendidikan di peringkat menengah sehinggalah peringkat tinggi termasuk dalam
bidang teknikal dan vokasional. Yayasan Pelajaran Mara telah ditubuhkan pada tahun 1969 dengan
tabung permulaan sebanyak RM 621,000. Bagi membantu pencapaian bumiputera dalam bidang
sains dan teknologi, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) telah dimulakan operasinya pada tahun
1972 sehingga ke hari ini dengan penambahan Kolej MARA. Institut Kemahiran Mara (IKM)
diusahakan bagi meningkatkan bilangan bumiputera sebagai pekerja mahir dan separa mahir bagi
sektor swasta dan latihan vokasional telah dimulakan seawal tahun 196815.

Di samping itu Mara turut menubuhkan Institut Perdagangan Mara (IPM) yang bermula tahun
1977 (ditukar nama kepada Kolej Profesional Mara pada Disember 1996). Mara juga turut menaja
pelajar bagi melanjutkan pelajaran di Institut pengajian tinggi di dalam dan luar negara. Pusat
GIAT MARA ditubuhkan pada tahun 1986 dan diteruskan dengan penubuhannya di hampir setiap
kawasan parlimen di Malaysia. Sesuai dengan keperluan sumber tenaga industri berteknologi
tinggi negara masa kini dan akan datang, MARA turut menubuhkan German Malaysian Institute
(GMI) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang menggabungkan Institusi-Institusi Pendidikan
Tinggi MARA seperti Malaysia France Institute (MFI), British Malaysian Institute (BMI),
Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT), Malaysian Institute of Marine Engineering
Technology (MIMET), Malaysian Institute of Chemical Engineering Technology (MICET),
Malaysian Spanish Institute (MSI) dan Malaysian institute of information technology (MIIT).

15
Sufean Husin, Pendidikan, Sistem, Falsafah: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1993, hlm. 109

12
KESIMPULAN

Dato’ Onn berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu orang Melayu keluar dari
kemunduran dan kemiskinan. Usaha ini boleh dilihat daripada pelaksanaan RIDA. Walaupun
terdapat kegagalan dan kelemahan dalam projek RIDA yang dipimpin oleh Dato’ Onn namun yang
paling penting ialah sumbangan idea dan konsep yang diperkenalkan oleh beliau. Dato’ Onn telah
meletakkan asas yang kuat dalam memimpin dan membantu orang Melayu. Dato’ Onn melalui
RIDA memberi idea kepada pemimpin selepasnya untuk mengatasi masalah orang Melayu di luar
bandar yang berlarutan sehingga kini. Dalam pada itu, MARA yang diumpamakan sebagai sebuah
kapal angkasa dalam misi penjelajahan angkasa ekonomi oleh Allahyarham Tun Abdul Razak
sebelum penubuhannya telah memainkan peranan yang amat penting dalam meningkat ekonomi
kelompok Bumiputera. Pelbagai usaha telah dilaksanakan dalam bidang ekonomi, pelaburan dan
termasuklah pendidikan bagi merealisasikan visi MARA dan mencapai matlamat penubuhannya.
Usaha-usaha dan peranan yang dimainkan oleh MARA bersifat holistik bermulalah daripada
pembentukan modal insan yang berdaya saing dan mampu menerajui ekonomi dan negara
sehinggalah kepada usaha-usaha pengembangan industri dan perusahaan sehingga ke taraf global.
MARA turut membuka jalan kepada pelbagai industri dan sektor perniagaan dengan tujuan
memberi peluang kepada para usahawan Bumiputera untuk turut sama menceburi sektor atau
industri tersebut dan seterusnya memainkan peranan penting dalam peningkatan ekonomi negara
selaras dengan kekuatan populasi kelompok Bumiputera sebagai kelompok etnik paling utama
(majoriti) di Malaysia.

13
BIBIOGRAFI

Abdullah Zakarian Ghazali & Adnan Nawang. (1997). Biografi Tokoh Pilihan Malaysia.
Kuala Lumpur: UKM.

Anuar Abdullh. (2004). Biografi Dato’ Onn Pejuang Kemerdekaan. Bangi: UKM.

Chamhuri Siwar et. all. (1995). Industri Desa Semenanjung Malaysia. Bangi: UKM.

Ibrahim Ismail. (1992). Menuju Lahirnya Negara Malaysia. Kuala Lumpur: Edusystem
Sdn Bhd.

Jamaie Hamil. (2004). UMNO Dalam Politik Dan Perniagaan Melayu. Bangi: UKM.

Khoo Kay Kim et. all. (1984). Malaysia Masa Kini. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah
Malaysia.

Mara melaksana agenda Melayu. (n.d.). diakses September 26, 2017, daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=1103&pub=utusan_malaysia&sec=Renc
ana&pg=ot_01.htm

MARA terus perkasa usahawan Bumiputera. (2017). diakses September 26, 2017, daripada
https://www.bharian.com.my/node/262042

MARA. (2016). Laporan Tahunan 2015. diakses September 26, 2017, daripada
http://www.mara.gov.my/documents/10157/2068001/LTM2015BM2.pdf/c8725ae0- 8437-422b-
9df2-37cc2a18f4cf

Pamela Ong Siew Im. (1998). Onn Man Will. Peneng: Island printer.

14
Program Latihan Keusahawanan. (2011). diakses September 26, 2017, daripada
http://www.mara.gov.my/program-latihan-keusahawanan

Program Pembangunan Pemasaran. (2012). diaksesSeptember 26, 2017, daripada


http://www.mara.gov.my/program-pembangunan-pemasaran

Program Pembangunan Teknousahawan. (2011). diaksesSeptember 26, 2017, daripada


http://www.mara.gov.my/program-teknousahawan

Program Skim Khidmat Nasihat Perniagaan. (2012). diaksesSeptember 26, 2017, daripada
http://www.mara.gov.my/skim-khidmat-nasihat-perniagaan

Ramlah Adam. (1993). Dato’ Onn Ja’afar Pengasas Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Ramlah Adam. (2003). Pejuang-Pejuang Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Intitusi Kajian


Sejarah Dan Petrotisme Malaysia.

Sufean Husin, Pendidikan, Sistem, Falsafah: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1993,
hlm. 109

Wan Hasim. (1983). Race Relations In Malaysia. Kuala Lumpur: Polygraphic Press.

15