Anda di halaman 1dari 6

SK BANDAR TASEK MUTIARA, SIMPANG AMPAT SPS, P.

PINANG
KERTAS KERJA PROGRAM
IHYA RAMADAN
TAHUN 2017

1. PENDAHULUAN

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala
yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan
untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat
ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran dalam
penghayatan Ramadhan.

Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap
sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman
yang ditimba melalui Program Ihya’ Ramadhan 1438 H ini bakal diaplikasikan oleh mereka
apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

Adalah amat diharapkan supaya program ini dapat berjalan lancar dan dapat membantu
perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta mencapai objektif-objektif yang di
rancang.

2. MATLAMAT

Tujuan Program Ihya’ Ramadhan 1438 H ini dijalankan adalah untuk:

2.1 Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan
2.2 Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan murid
yang berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi.

2.3 Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental
setiap peserta

3. OBJEKTIF

3.1 Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi
pekerti, berhemah dan cintakan ajaran islam khususnya di dalam bulan
ramdhan al mubarak.

3.2 Melatih murid agar lebih positif, mempunyai keyakinan diri dan berani
kehadapan melalui aktiviti kuiz.

3.3 Untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah melalui amalan seperti


bertadarus dan amalan bersedekah sepanjang bulan ramadhan.

3.4 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal


ibadah dalam bulan ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie
serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhrawi

3.5 Murid-murid dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan


sempurna.

4. BUTIRAN PROGRAM

Program ini akan diadakan pada ketentuan berikut :

Tarikh : Sepanjang Bulan Ramadhan dan Awal Syawal

Tempat : SK Bandar Tasek Mutiara Simpang Ampat.


5. SASARAN

Program ini melibatkan :


1. murid Agama Islam
2. guru-guru dan Staff beragama Islam
3. Waris dan komuniti setempat

6. METHOD / STRATEGI PELAKSANAAN

Diantara aktiviti yang diadakan ialah :


BIL AKTIVITI TARIKH / MASA TINDAKAN
1 Ahlan Ya Ramadan Kareem 26 Mei 2017 Siti Mazlina
2 Tadarus Al-Quran dan Solat Dhuha Waktu rehat Habibah /
Shuhaimi
3 Memperdengarkan Al-Quran/Zikr/ corong 7.00 pagi Sarimah
ramadhan
4 Tazkirah Ramadhan Perhimpunan pagi
Sepanjang Ust Sukor
Ramadhan
5 Kutipan Derma / Galakan Bersedekah / Sepanjang ramadhan Siti Mazlina
sumbangan Ramadhan

6 Majlis Bacaan Yassin 21 Jun 2017 Pn Fatimah Aziz

7 Nuzul al-Quran 13 Jun 2017 Sukor Bakar

8 Majlis Berbuka puasa 21 Jun 2017 Noranisah /


Saripah
9 Diambang Aidil Fitri 22 Jun 2017 Wan Rohanie

10 Sambutan Hari Raya Peringkat sekolah Semua GPI


11 Khatam Al-Quran 21 Jun 2017 Ust Rosidi
12 Buletin Ramadhan/ Muhasabah diri Sepanjang Pn Siti Khadijah
Ramadhan
13 Qufran Care 2 Minggu terakhir Ustz Shahida
Ramadan
7. SUMBER KEWANGAN

Berikut merupakan sumber pendapatan yang diperlukan untuk program ini:

7.1 Wang Kerajaan Bayaran Tambahan P.Islam dan Moral

7.2 Sumbangan Waris

7.3 Dana Al-Falah

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

A.) Wang Kerajaan Bayaran Tambahan P.Islam Dan Moral

Bil Perkara Kuantiti Jumlah


1 Cenderahati Peserta Khatam Al- 296 orang murid khatam RM 888.00
Quran (RM 3.00 x 296 orang )
Kismis / kurma
2 Makan / Minum majlis berbuka Murid Tahun4 , 5 dan 6 RM 2,800.00
Nasi tomato / ayam masak merah/ (RM 7.00 x 400 orang )
dalca
Minuman
Buah
Jumlah RM 3,688.00

B) Sumbangan Waris dan Guru ( Dari kutipan sumbangan )


1. Pembelian air mineral untuk bacaan yasin
2. Air mineral ( untuk berbuka )
3. Kurma
9. JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn Hajah Zainee bt Omar

Naib Pengerusi 1 : Pn. Maheran bt Aris

Naib Pengerusi 2 : Pn Halimatun Saadiah binti Yahaya

Naib Pengerusi 3 : Pn Asmidar binti Musa

Naib Pengerusi 4 : En Khusairi bin Ismail

Penyelaras : En Mohd Yusri bin Salleh ( Penyelaras Surau )

Pen. Penyelaras : Pn Saripah binti Zakariah ( KP. Pend Islam)

Setiausaha : Pn Noranisah binti Yusof

Bendahari : Pn Siti Mazlina binti Mansor

Ahli Jawatankuasa : En Mior Fakhrullah bin Abdul Jalil .

En Mohd Rosidi bin Hasan

En Muhammad Shuhaimi bin Shaari

En Ahmad Abdul Raman bin Ismail

En Sukor bin Bakar

Pn Habibah binti Mustafa

Pn Sahida binti Jaafar

Pn Fatimah binti Aziz

Pn Wan Rohanie binti Wan Muda

Pn Sadariah binti Abu Bakar

Pn Siti Khadijah binti Haron

Pn Sarimah binti Basiron

Pn Siti Wardah binti Ahmad Lutpi

Pn Fatimah bt Ghazali

Pn Siti Fatimah binti Omar


PENUTUP

Adalah sangat diharapkan agar program yang dirancang ini dapat dijalankan dengan
sempurna dan cemerlang seperti mana yang telah dirancang. Dengan adanya gabungan
guru yang mantap dan bepengalaman ini akan dapat dilaksanakan dan direalisasikan oleh
pihak sekolah. Apa yang penting adalah kesungguhan para pelajar itu sendiri untuk
melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka.

Dengan berakhirnya program ini juga nanti,segala bahan dan pengalaman serta apa jua
bentuk proses sepanjang ramadhan ini dinamakan pengalaman, dan ianya boleh dijadikan
sumber rujukan dalam kehidupan seharian.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

...................................... ............................. ...............................


(NORANISAH BT YUSOF) (MOHD YUSRI BIN SALLEH )
Ketua Unit Penyelaras Program Dakwah
Program Dakwah Surau al-Ghufran
Surau al-Ghufran SKBTM
SKBTM