Anda di halaman 1dari 28

1.

Karangan Fakta : Faedah Menabung

Menabung bermakna menyimpan sebahagian wang untuk masa


hadapan. Sikap suka menabung perlu perlu dipupuk sejak kecil.

Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap


berjimat-cermat. Oleh sebab itu kita perlu merancang segala
perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan
ke sekolah. Justeru baki duit yang diberi oleh ibu bapa dapat disimpan
didalam tabung.

Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang


simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan
kita untuk melanjutkan pelajaran ke univesiti.

Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa


kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untu
mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan apabila
keluarga ditimpa musibah.

Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita


menyimpan wang didalam bank, kita akan mendapat sebahagian
keuntungan bank. Wang ini boleh digunakan untuk kehidupan masa
hadapan.

Sesungguhnya menabung adalah amalan yang mulia. Oleh itu


mulalah menabung dari sekarang kerana sedikit-sedikit lama-lama jadi
bukit.
2. Karangan Fakta : Faedah Menyertai Kokurikulum

Kokurikulum ialah aktiviti di luar kelas. Contoh aktiviti


kokurikulum ialah perkhemahan, bersukan, berpesatuan dan sebagainya.
Aktiviti kokurikulum mengajar kita untuk berdikari.

Kokurikulum dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman.


Kita akan belajar tentang latar belakang sukan atau persatuan, matlamat
ia ditubuhkan, dan sebagainya. Aktiviti yang disertai seperti
pekhemahan, dan lawatan dapat menambahkan pengetahuan dan
pengalaman hidup.

Kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Kita


tidak membuang masa dengan melakukan perkara sia-sia. Aktiviti
kokurikulum yang diadakan diluar waktu sekolah menghindakan murid
dari terdedah kepada unsur negatif yang terdapat di persekitaran.

Selain itu, aktiviti kokurikulum boleh menyihatkan badan dengan


melalui aktiviti sukan. Bersukan akan membuatkan badan kita sihat dan
otak kita cerdas. Bersukan juga boleh meningkatkan pretasi diri.

Akhir sekali, kokurikulum mampu mendisiplinkan serta


membentuk peribadi diri yang mulia untuk diri kita. Ia mengajar murid
menepati masa, bantu membantu antara satu sama lain,
bertanggungjawab dan amanah dalam melakukan tugas.

Setiap murid harus menyertai aktiviti kokurikulum kerana ia


membentuk murid berakhlak mulia dan memupuk jati diri. Aktiviti
kokurikulum juga harus diperluas bagi memberikan lebih banyak faedah
kepada murid-murid.
3. Karangan Fakta : Cara-cara menjadi murid berdisiplin

Ramai antara murid yang mempunyai masalah disiplin.Oleh


itu,pelbagai pihak perlu mencari jalan untuk mengatasi masalah ini.
Antara cara-cara menjadi murid yang berdisiplin ialah dengan
menghormati dan taat kepada guru.Guru-guru wajar dihormati kerana
merekalah mendidik kita sehingga menjadi manusia yang berguna.Selain
itu, kita sewajarnya membantu guru pada masa-masa yang perlu.

Selain itu,murid-murid yang berdisiplin akan mematuhi semua


peraturan sekolah.Mematuhi peraturan ini akan akan membentuk
peribadi murid-murid agar lebih berdisiplin.Contohnya seperti memakai
pakaian seragam sekolah yang lengkap,berambut pendek,beratur dan
sebagainya.

Seterusnya, untuk menjadi murid yang berdisiplin ,kita hendaklah


sentiasa menepati masa.Kita tidak boleh datang lewat ke sekolah, ke
kelas atau mengikuti aktiviti kokurikulum.Orang yang sentiasa menepati
masa akan sentiasa dihormati.Tambahan pula, masa itu amat berharga.

Di samping itu, murid yang berdisiplin akan menumpukan perhatian


semasa belajar.Mereka tidak akan membuang masa dengan berbual-bual
kosong atau menganggu guru semasa mengajar.Melalui cara ini, murid-
murid lebih disayangi oleh guru dan akan sentiasa diberi perhatian.

Kesimpulanya, semua murid mestilah berdisiplin .Melalui didikan


agama juga dapat melahirkan murid-murid yang berakhlak dan
berdisiplin.
4. Karangan Fakta : Kebaikan Perpustakaan

Perpustakaan merupakan sebuah tempat untuk membaca buku


ilmiah, buku cerita, majalah dan sebagainya. Perpustakaan juga dikenali
sebagai pusat sumber atau kutubkhanah. Semua sekolah mempunyai
perpustakaan sendiri.Terdapat banyak bahan rujukan dan bacaan di
perpustakaan sekolah. Banyak kebaikan jika kita menggunakan
perpustakaan sekolah.

Perpustakaan berguna sebagai tempat membaca. Perpustakaan


akan memupuk semangat membaca kita. Di perpustakaan disediakan
pelbagai bahan bacaan seperti buku ilmiah, buku cerita, majalah dan
surat khabar. Kita juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan seperti
ilmu bahasa, ilmu sains dan sebagainya.

Perpustakaan merupakan tempat untuk mengisi masa lapang


dengan perkara yang berfaedah. Kita boleh membaca pelbagai bahan
bacaan di perpustakaan. Masa kita tidak dibazirkan dengan sia-sia. Ini
juga boleh mencegah kita daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak
sihat sperti merokok, merempit, melepak dan sebagainya.

Kita boleh menjimatkan wang jika kita membaca buku di


perpustakaan. Bahan bacaan di perpustakaan tidak perlu dibayar untuk
membacanya. Kita tidak perlu membeli buku rujukan atau buku cerita.
Kita juga tidak perlu membeli buku yang mahal-mahal, contohnya buku
'Harry Potter' kerana ia terdapat di perpustakaan.

Kita boleh mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Kita


membuat kerja sekolah yang belum siap di perpustakaan. Kita booleh
membuat perbincangan berkumpulan dan mencari bahan pembelajaran
di perpustakaan. Ini akan meningkatkan kemahiran belajar kita.
Perpustakaan adalah gedung ilmu yang menyediakan pelbagai keperluan
pembelajaran. Gunakanlah perpustakaan dengan sebaik mungkin.
5. Karangan Fakta : Jiran

Jiran ialah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita.
Jiran kita termasuklah mereka yang tinggal di sebelah, depan dan
belakang rumah kita. Saya tinggal di rumah teres dan mempunyai ramai
jiran yang baik.

Jiran jiran saya sangat peramah. Mereka sering bertegur sapa


sekiranya berada di luar rumah. Jiran saya juga datang menziarahi
rumah ketika ayas saya sakit dan ketika ibu melahirkan adik-adik saya.
Jiran saya juga suka menghantar makanan ke rumah saya. apabila
mereka memasak sesuatu yang istimewa seperti nasi beriani dan kuih
tradisional. Ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara jiran.

Jiran saya akan memaklumkan kepada keluarga saya apabila mereka


tiada di rumah. Kami sekeluarga akan menjenguk ke rumah mereka
untuk memastikan rumah mereka selamat. Ini akan mewujudkan
kawasan kejiranan yang lebih selamat. Sekiranya berlaku kecemasan,
kita boleh memohon bantuan dari jiran. Suatu ketika adik saya sakit
dan ayah saya tiada di rumah. Ibu terpaksa membawa adik ke hospital
manakala saya tinggal sementara di rumah jiran.

Jiran-jiran saya turut membantu sekiranya terdapat majlis atau


jamuan. Mereka bergotong-royong menjayakan acara tersebut dengan
gembira. Jiran-jiran turut bergotong-royong membersihkan
persekitaran surau dan kawasan perumahan. Saya mempunyai jiran
yang sebaya dan belajar di sekolah yang sama dengan saya. Kami
sering belajar dan mengulang kaji pelajaran beramai-ramai. Kami juga
sering bertukar pendapat untuk meningkatkan penegetahuan. Hidup
kejiranan membawa banyak manfaat kepada kita. Kita mestilah berbuat
baik sesama jiran. Saya bersyukur kerana mempunyai jiran-jiran yang
baik.
6. Karangan Fakta : Faedah Bergotong-Royong

Gotong royong merupakan satu amalan yang baik. Terdapat


banyak faedah amalan bergotong-royong.

Antara faedah bergotong-royong ialahkerja yang sukar dapat


dilaksanakan dengan lebih mudah. ini kerana sesuatu kerja itu dilakukan
secara beramai-ramai. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan lebih
cepat.

Faedah gotong-royong yang kedua adalah dapat mengeratkan


hubungan silaturahim. Semasa bergotong-royong, kita dapat berbual-
bual dan bertukar fikiran antara satu sama lain. Malahan kita juga dapat
menambah kenalan.

Di samping itu, amalan bergotong-royong juga dapat


menyihatkan badan. Apabila kita melakukan aktiviti bergotong-royong
seperti membersihkan surau, sudah tentu kita ada mengeluarkan peluh.
Badan yang sihat juga dapat mengelakkan seseorang tiu terkena
penyakit.

Seterusnya, amalan bergotong-royong dapat mengisi masa


lapang seseorang. Dengan ini, kita dapat mengelakkan diri daripada
melakukan perkara yang tidak berfaedah umpapanya bergaul dengan
budak nakal.

Jelaslah kepada kita bahawa amalan bergotong royong banyak


faedahnya. Oleh itu kita hendaklah menjadikan gotong-royong sebagai
amalan.
7. Ucapan : Majlis Perpindahan Guru Kelas

Yang dihormat Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan


Guru Besar, yang dikasihi guru-guru, yang diaikan Cikgu Ahmad iaitu
guru kelas serta rakan-rakan sekelian.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana


diberi peluang mewakili murid kelas 6 Alpha untuk berucap dalam
majlis perpisahan ini. Kami semua berasa sungguh terkejut dan sedih
apabila mendengar berita perpindahan guru kelas kami.

Hadirin sekelian,
Cikgu Ahmad sudah lama berkhidmat di sekolah ini. Beliau
mengajar kami mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, beliau juga
mengajar kami mata pelajaran Kajian Tempatan.

Cikgu Ahmad seorang yang sangat baik dan penyayang.


Beliau juga merupakan guru yang berdedikasi. Beliau mengajar kami
dengan bersungguh-sungguh.

Cikgu Ahmad telah banyak menyumbang jasa kepada sekolah


kita. Banyak murid tahun 6 mendapat gred A dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu. Ini disebabkan usaha beliau yang gigih mengajar kami
tanpa jemu.

Hadirin yang dihormati,


Cikgu Ahmad merupakan guru penasihat pasukan bola sepak
SK Kerteh. Beliau selalu melatih pemain bola sepak untuk
meningkatkan kemahiran dan stamina. Pada tahun 2014, kita telah
mendapat johan bagi Pertandingan Bola Sepak bawah 12 Tahun
peringkat kebangsaan.

Kami mendoakan semoga cikgu gembira dan bahagia di


sekolah baharu. Kami akan sentiasa mengingati cikgu. Saya akhiri
ucapan saya dengan serangkap pantun:
Hari ini hari Ahad
Lusa hari Selasa
Terima kasih Cikgu Ahmad
Jasa cikgu kami tak lupa

Sekian, terima kasih.


8. Cerita : Perkhemahan Cuti Sekolah

Aku dan dua orang rakanku mengadakan aktiviti perkhemahan


untuk mengisi masa cuti persekolahan. Semasa perkhemahan angin
kencang serta hujan turun dengan lebatnya. Aku dan kawan-kawanku
hanya duduk di dalam khemah sambil menunggu hujan berhenti.

Tiba-tiba, kami terdengar suara orang bercakap. Aku menyangka


ayahku yang datang untuk menyuruh aku dan rakanku balik. Namun
sangkaanku meleset. Apabila aku amati betul-betul, itu bukan ayah aku.
Orang itu mengangkat sebuah peti besi bersama tiga orang rakannya.
Mereka memakai topeng untuk melindungi muka mereka.

Mereka masuk ke sebuah gua yang tidak jauh dari tapak


perkhemahanku. Selepas beberapa minit, mereka keluar dari gua itu,
Mereka berjalan secara laju menuju ke arah sebuah kereta. Kemudian
mereka menaiki kereta itu dan terus pergi.

Aku dan rakanku takut melihat kejadian itu. Pada mulanya,


rakanku bercadang untuk balik ke rumah. Namun aku membantah
kerana keadaan sungguh gelap. Pelbagai perkara boleh berlaku sekiranya
kami balik ke rumah pada malam itu. Akhirnya rakanku akur akan
kehendakku. Kami tidur di dalam khemah pada malam itu.

Keesokan hari, aku dan rakan berkemas. Setelah siap berkemas,


kami pun balik ke rumah. Aku melaporkan apa yang terjadi pada
ayahku. Ayahku terkejut lalu mengajakku menemaninya ke balai polis
untuk membuat laporan polis.

Akhirnya, polis menahan empat orang pemuda hasil penyiasatan.


Rupa-rupanya mereka merupakan perompak yang selalu merompak di
kampungku. Aku berasa gembira kerana dapat membantu polis dan
kampungku.
9. Catatan : Berkelah Di Tepi Pantai

Kamu dan keluarga telah berkelah di tepi pantai pada hujung minggu.
Tulis catatan yang lengkap tentang aktiviti perkelahan tersebut.

Sabtu, 20 Januari 2015


9.00 pagi
Aku dan keluargaku bersiap-siap. Kami akan pergi berkelah di
Pantai Cherating. Adikku membantu ibu menyediakan makanan. Aku
pula membantu abang dan ayah memasukkan beg ke dalam bonet kereta.

10.00 pagi
Kami bertolak ke pantai. Sebelum bertolak, ayah memeriksa kereta
supaya tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini berlaku. Semasa dalam
perjalanan, aku membaca buku cerita yang dibawa dari rumah. Adikku
terlena sepanjang perjalanan.

11.00 pagi
Kami tiba di Pantai Cherating. Kelihatan orang ramai mula
memenuhi pantai. Kami mencari tempat untuk menghamparkan tikar.
Akhirnya, kami menjumpai tempat untuk meletakkan bekalan makanan
dan tikar. Kemudian, aku dan adikku berlari anak ke arah laut. Kami
bermandi-manda dengan gembira. Adikku menggunakan pelampung
supaya tidak lemas.

1.00 petang
Aku dan adikku berhenti mandi. Kami ke tandas yang disediakan
untuk membilas badan. Kemudian, aku dan keluargaku makan tengahari
di atas tikar. Masakan ibu sungguh sedap. Selepas itu, kami solat di
surau yang berdekatan.

2.00 petang
Aku dan ayahku serta abangku bermain bola tampar. Adikku pula
membina istana dari pasir. Orang ramai juga bermian permainan yang
sama.

4.30 petang
Keluargaku mula bersiap-siap untuk pulang. Setelah memasukkan
semua barang ke dalam kereta, kami bertolak pulang. Kami berasa berat
hati untuk pulang tetapi puas.
10. Catatan : Aktiviti Hari Minggu

Sabtu, 20 Mac 2015

6 pagi
Saya bangun dari tidur dan terus mandi. Selepas itu, saya
berjemaah bersama keluarga. Kemuadian, saya pergi ke dapur untuk
membantu ibu menyediakan sarapan.

7.30 pagi
Saya dan adik serta ayah berjogging di taman rekreasi. Kami
berjoging untuk menyihatkan badan dan menenangkan fikiran.
Selepas berjoging, kami berehat seketika di pondok sambil berbual-
bual.

8.30 pagi
Kami tiba di rumah dan terus bersarapan. Selesai
sarapan,saya membantu ibu mengemas meja.

10.00 pagi
Saya membantu ibu menjemur pakaian. Setelah siap, saya
mengulangkaji pelajaran serta menyiapkan kerja sekolah. Abang
membantu saya menyiapkan kerja sekolah. Selesai menyiapkan kerja
sekolah, ibu membenarkan saya berehat seketika. saya mengambil
peluang ini dengan menonton televisyen bersama abang dan adik-adik
saya.

2.00 petang
Selepas makan tengahari, saya solat zohor. Sesudah itu, ayah
mengajak saya sekeluarga ke Mesra Mall. Di sana, saya bermain
badminton dengan ayah. Ibu pula sibuk membeli belah di Pasaraya
TMC.

5.00 petang
Selepas solah Asar, saya bermain bola sepak bersama-sama
kawan-kawan saya. Kami bermain bola sepak sehingga lewat petang.
Selepas penat bermain, saya pulang ke rumah untuk mandi. Saya
bersiap-siap untuk ke masjid bersama ayah.

7.20 malam
Saya mengikut ayah pergi ke masjid. Ibu dan adik juga
mengikut kami ke masjid. Di masjid, saya melihat ramai jemaah yang
ingin solah maghrib berjemaah. Saya berjumpa dengan kawan baik saya
di masjid. Dia juga datang ke masjid bersama ahli keluarganya.

9.00 malam
Kami sekeluarga pulang dari masjid. Selepas itu, saya
bersama keluarga makan malam. Selesai makan, saya mengulangkaji
pelajaran. Selepas mengulangkaji, saya mengemas buku dan menyalin
jadual kerana esok adalah hari persekolahan.

10.30 malam
Saya masuk ke dalam bilik untuk tidur. Saya membaca doa
sebelum tidur.
11. Lengkapkan Cerita : Mendengar Nasihat Ibu Bapa

….. Kini, aku telah sembuh seperti sediakala. Aku berjanji akan selalu
mendengar nasihat ibu dan ayah.

Nama aku Ikhwan. Aku berumur 12 tahun. Hobi aku ialah


melastik burung. Ibu bapaku tidak menyukai hobiku kerana melastik
akan menganiaya burung yang dilastik.

Pada suatu petang, ibu dan bapaku pergi ke kenduri emak


saudaraku. Mereka melarang aku keluar rumah pada petang itu. Namun,
aku tidak mendengar larangan ibu bapaku.

Sebaik sahaja bayang-bayang kereta ibuku hilang, aku segera


keluar dari rumah. Aku berjumpa dengan rakanku di tempat yang
ditetapkan. Kami akan melastik burung pada hari itu.

Aku dan kawanku masuk ke dalam hutan. Kami sungguh gembira


kerana terdapat banyak burung disitu. Kami melastik burung di situ
tanpa belas kasihan.

Tanpa kami sedari, terdapat sebuah sarang lebah di situ. Rakanku


tersalah lastik lalu terkena sarang lebah itu. Kami berlari lintang pukang
kerana dikejar lebah. Kami dimasukkan ke hospital kerana pengsan.

Kini, aku telah sembuh seperti sedia kala. Aku berjanji akan selalu
mendengar nasihat ayah dan ibu.
12. Karangan Laporan : Hari Kantin

Pada 3 Februari 2015 yang lepas, SK Bukit Wan telah


mengadakan Hari Kantin kali ke 20. Hari Kantin tersebut diadakan di
kawasan sekolah dan dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kuala
Nerus.

Tujuan diadakan Hari Kantin ialah untuk mengumpul dana. Dana


yang dikumpul akan digunakan untuk membaiki kemudahan sekolah
seperti tandas, surau dan kelengkapan sukan. Hari Kantin juga bertujuan
untuk mendidik murid-murid tentang berniaga dengan cara yang betul.

Persiapan telah mula dilakukan beberapa hari sebelum Hari Kantin


diadakan. Guru-guru, murid-murid serta ibu bapa bekerjasama
membantu menghias gerai jualan. Pihak sekolah juga memasang khemah
yang dilengkapi meja dan kerusi.

Aktiviti Hari Kantin dimulakan dengan perasmian pada jam 8:00


pagi. Selepas tamat upacara perasmian, gerai jualan mula dibuka.
Pembeli boleh membeli dengan menggunakan kupon yang dijual oleh
Pihak Urusetia Hari Kantin.

Terdapat lebih kurang 30 gerai yang dibuka pada Hari Kantin.


Pelbagai jenis makanan, minuman, buku, mainan, alat tulis dan lain-lain.
Klinik Kesihatan, Bomba serta polis turut mengadakan pameran.
Aktiviti lain yang diadakan termasuklah kuiz, pertandingan menyanyi,
cabutan bertuah dan pertunjukan silap mata.

Sambutan yang diterima daripada ibu bapa serta penduduk sekitar


amat memberangsangkan. Mereka mula memenuhi kawasan sekolah
seawal jam 8 pagi sehingga tamat Hari Kantin. Kebanyakan gerai
berjaya menghabiskan barangan jualan mereka.Hari Kantin tamat pada
jam 12:30 tengahari. Sebelum bersurai murid-murid dan guru-guru serta
ibu bapa bergotong royong membersihkan kawasan sekolah.
13. Karangan Syarahan : Hari Guru

Yang Dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan


Guru Besar SK Bukit Wan, Yang Dihormati guru-guru SK Bukit Wan
dan rakan-rakan sekalian. Pertama sekali saya ingin ucapkan ribuan
terima kasih kerana diberi peluang berucap pada hari ini. Saya juga
berasa terharu dan gembira kerana dapat mewakili rakan-rakan untuk
mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru semua.

Guru-guru yang disayangi serta rakan-rakan, Pada 16 Mei setiap


tahun, kita akan meraikan Hari Guru di seluruh negara. Hari ini
merupakan hari yang penting bagi murid-murid dan guru-guru. Hari ini
disambut menunjukkan penghargaan kepada guru atas jasa mereka
selama ini.

Guru ibarat sebatang lilin yang menerangi hidup kita. Guru


sanggup berkorban untuk memastikan anak murid mendapat ilmu
pengetahuan. Guru juga berusaha tanpa mengira penat atau jemu demi
kejayaan anak murid mereka.

Guru-guru yang dihormati,


Saya mewakili rakan-rakan berjanji akan mengenang jasa guru
bukan sahaja pada Hari Guru. Jasa guru dan pengorbanan guru sedari
kami dari Tahun 1 lagi wajar dikenang sehingga ke alam dewasa. Ini
kerana gurulah orang yang pertama mendidik murid membaca, menulis
serta mengira.

Saya mewakili rakan-rakan juga ingin memohon ampun dan maaf


sekiranya terdapat kesalahan dan keterlanjuran sehingga mengguris hati
guru. Kami berharap guru-guru tidak patah semangat menghadapi
karenah kami sepanjang menjadi warga SK Bukit Wan.
Rakan-rakan sekalian,

Sebagai membalas jasa guru, marilah kita berjanji untuk menjadi


murid yang berakhlak mulia dan akan berusaha sehingga berjaya. Oleh
itu sebagai langkah pertama, marilah kita belajar dengan tekun dan
menjaga disiplin diri serta nama baik sekolah.

Guru-guru dan rakan-rakan

Saya selaku Ketua Murid SK Bukit Wan mewakili murid-murid


SK Kerteh ingin mengucapkan selamat Hari Guru untuk guru semua.
Kami murid SK Bukit Wan sentiasa mendoakan kesejahteraan guru.
Terima kasih kerana sudi mendidik dan membimbing kami.

Sekian, terima kasih.


14. Catatan : Hari Kecemerlangan

Sekolah kamu telah mengadakan Hari Kecemerlangan. Tulis


catatan tersebut dengan selengkapnya.

Rabu, 10 November, 2014

7.30 pagi
Semua murid yang menerima hadiah berkumpul di tapak
perhimpunan. Guru-guru sibuk mengambil kedatangan murid yang akan
mengambil hadiah pada hari ini.

8.00 pagi
Semua murid yang menerima hadiah bergerak ke dewan dalam
satu barisan. Guru-guru menyusun murid mengikut kategori hadiah yang
diterima murid. Cikgu Marzuki berada di hadapan pentas untuk
memulakan acara.

8.30 pagi
Ibu bapa yang hadir duduk ditempat yang disediakan. Majlis
dimulakan dengan bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Anuar Saleh. Selepas
bacaan doa, Guru Besar menyampaikan ucapan kepada ibu bapa yang
hadir.
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Yang
Berhormat Adun Kemasek. Dalam ucapannya, beliau menyatakan
bahawa SK Kerteh bukan sahaja mempunyai guru yang hebat malahan
pelajarnya juga cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum.

9.30 pagi
Majlis diteruskan dengan persembahan daripada murid
tahun lima dan tahun enam. Semua hadirin terpegun apabila melihat
persembahan yang mengagumkan.
Selepas persembahan, acara penyampaian hadiah dimulakan.
Kategori hadiah pertama ialah hadiah CGPA terbaik dan Graduasi
Tahun 6. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar SK Kerteh.
Seterusnya, acara penyampaian hadiah bagi sijil tamat pra
sekolah dan markah tertinggi dalam mata pelajaran oleh Yang Dipertua
PIBG sekolah.
Anugerah tokoh pelajar lelaki dan perempuan telah
disempurnakan oleh YB Adun Batu Rakit. Tokoh pelajar lelaki
disandang oleh Amir manakala tokoh perempuan pula disandang oleh
Nadiatul.

12.30 tengahari

Selesai sahaja acara penyampaian hadiah, majlis diteruskan


dengan acara cabutan bertuah. Ibu bapa yang menerima hadiah kelihatan
sangat gembira. Sebelum pulang, semua ibu bapa dan pelajar dijemput
menikmati jamuan ringan.
15. Karangan Pengalaman : Lawatan Ke Pameran Buku

Pada hari Sabtu yang lepas, keluarga saya telah pergi ke pameran
buku. Tujuannya adalah untuk menambahkan pengetahuan saya dan
keluarga saya.

Apabila tiba di tempat pameran, keadaan disana sungguh riuh


rendah. Pelbagai jenis buku dipamerkan. Antaranya ialah buku cerita,
majalah dan sebagainya.

Saya membaca sinopsis buku yang dipilih. Saya membeli buku-


buku disitu dengan diskaun sehingga 80%. Terdapat juga syarikat yang
menjual buku dengan harga runtuh.

Pelbagai pertandingan dipertandingkan di pameran itu. Antaranya


ialah pertandingan Cabutan Bertuah, pertandingan pidato dan
sebagainya. Saya menyertai pertandingan Cabutan Bertuah. Saya
memenangi pertandingan itu dan mendapat sebuah hampert serta wang
tunai berjumlah RM100. Keluarga saya mengucapkan tahniah kepada
saya.

Pelbagai perkara menarik berlaku disini. Banyak syarikat


penerbitan termasuk syarikat antarabangsa disini. Ini sungguh berbeza
dengan pameran yang kami pernah hadiri. Anggota keluarga saya
memberikan pendapat yang sungguh positif.

Kami pulang pada pukul empat petang. Saya berasa sedih untuk
meninggalkan pameran buku ini tetapi gembira kerana dapat membeli
banyak buku. Saya berharap banyak lagi pameran buku seperti ini
diadakan pada masa akan datang.
16. Karangan Keperihalan : Cara Menjaga Buku Teks

Buku teks merupakan salah satu pemberian kerajaan, khas untuk murid
sekolah rendah dan sekolah menengah. Bejuta-juta ringgit dibelanjakan
untuk membuat buku teks serta meningkatkan mutu pendidikan negara.
Menjadi tanggungjawab setiap murid untuk menjaga buku teks ini.

Antara cara menjaga buku teks ialah dengan membalutnya. Jika buku
teks dibalut, buku teks tidak akan terkoyak dan kotor. Buku teks juga
tidak mudah basah jika terkena air kerana dibalut dengan plastik.

Kita perlu menjaga keselamatan buku teks supaya ia tidak hilang.


Contohnya seperti menulis nama di ruangan yang disediakan di belakang
buku teks. Jika buku teks kita hilang, proses mencari buku teks kita akan
menjadi mudah kerana nama kita ditulis di buku teks yang hilang..

Kita hendaklah memastikan buku teks kita tidak diconteng atau rosak.
Ini kerana buku teks ini akan digunakan oleh murid lain pada tahun
hadapan. Jika buku kita rosak atau diconteng, ia akan menyukarkan
murid lain yang menggunakan buku teks kita.

Buku teks mestilah dijaga seperti hak milik kita. Buku teks tidak boleh
ditinggalkan di merata-rata tempat seperti dibawah meja dan didalam
kelas. Jika buku teks kita hilang, kita mesti menggantikanya dengan
buku teks yang lain.

Jagalah buku teks kita supaya ia boleh digunakan oleh murid lain pada
masa hadapan. Jika buku teks kita hilang, gantilah buku itu dengan
segera supaya murid lain boleh menggunakan buku teks kita.
17.Karangan Laporan : Laporan Perkhemahan Pengakap

Pada 7 hingga 10 April 2017, Persatuan Pengakap Sekolah


Kebangsaan bukit wan telah mengadakan perkhemahan di Air Terjun
Sekayu. Perkhemahan selama dua hari ini telah disertai oleh 35 orang
pengakap dan 5 orang guru pengiring.

Aktiviti perkhemahan ini bertujuan untuk membina ketahanan


fizikal dan mental, membentuk keyakinan diri dan memupuk semangat
bekerjasama dalam kalangan peserta. Selain itu, aktiviti ini juga
bertujuan untuk menyampaikan rasa cinta terhadap alam sekitar.

Sepanjang perkhemahan itu, para peserta dibahagikan kepada lima


kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai seorang ketua yang
bertanggunjawab memimpin ahli kumpulannya. Sebarang masalah yang
timbul dalam kalangan ahli, akan dibincang dengan ketua kumpulan.

Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan itu.


Antaranya ialah merentas hutan, kawad kaki, lakonan dan sebagainya.
Aktiviti ini berjalan lancar dengan kerjasama dari semua peserta.

Perkhemahan ini telah berjaya mencapai matlamanya. Para peserta


dapat mengutip pengalaman berharga dan pelbagai pengetahuan baru.
Malah hubungan antara pengakap bertambah erat.

Disediakan
oleh
27 April 2017
(Muhammad Amirul Irfaan)
Setiausaha Persatuan Pengakap
SK Bukit Wan
17. .Lengkapkan Cerita : Berjumpa Dengan Kawan Lama
Soalan : Selepas makan tengah hari, kami sekeluarga duduk di ruang
tamu sambil berbual-bual.Tidak lama kemudian, sebuah teksi berhenti di
hadapan rumah. Aku menjenguk keluar. Aku melihat..
Mulakan cerita kamu dengan : Aku melihat..

Aku melihat Kamal keluar dari teksi. Kamal merupakan kawan


sekelasku semasa aku berada di sekolah rendah.

Aku sangat terkejut menerima kehadirannya. Aku menuju ke arahnya


dan memeluknya dengan perasaan yang amat gembira. Aku bersalaman
dengannya.

Selepas itu, Kamal pergi bersalaman dengan ibu dan ayahku. Dia
memberi buah tangan yang dibelinya ketika balik ke kampung. Ayahku
mempelawanya masuk ke dalam rumah. Ibuku menghidangkan air teh
suam.

Aku bertanyakan tentang tujuan dia balik ke kampung. Dia baru


balik dari Singapura. Dia berhajat untuk menjeguk kampung halaman
yang sudah lama dia tinggalkan.

Kami berbual panjang tentang kehidupan Kamal di Singapura.


Rupa-rupanya dia menjadi seorang peguam yang berjaya di Singapura.
Dia menceritakan pengalaman yang dilaluinya ketika menjadi peguam.

Pada waktu malam, ibuku memasak masakan kampung. Kamal


memuji keenakan masakan ibuku. Kemudian aku membawanya bersiar-
siar mengelilingi kampung dengan keretaku. Keesokan harinya, Kamal
pulang ke Singapura semula. Aku berharap dapat berjumpa dengannya
lagi.
18.Karangan Berita : Pertandingan Melukis Sempena Hari
Kemerdekaan

KERTEH,Khamis pertandingan melukis telah diadakan di Mesra


Mall Kerteh. Pertandingan ini diadakan untuk menambahkan kesedaran
patriotik.

Pertandingan ini diadakan sempena Hari Kemerdekaan. Murid-


murid digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan lukisan ini.
Terdapat 300 peserta yang menyertai pertandingan ini.

Pertandingan ini menyedarkan murid-murid tentang pentingnya


deka. Murid-murid diajar cara-cara menghormati negara. Murid=murid
juga diajar betapa pentingnya Hari Kemerdekaan ini.

Ramai ibubapa menemani anak-anak mereka melukis. Ada juga


yang membawa meja kecil supaya senang untuk melukis dengan selesa.
Anak-anak lebih yakin dengan adanya ibu bapa di sisi.

Masa melukis tamat pada pukul 12:00 p.m. Pemenang mendapat


hamper dan sijil penyertaan. Pemenang berasa sangat gembira. Majlis
penutup dirasmikan oleh Pengurus Mesra Mall, Michael Vong.

Pertandingan ini memupuk semangat patriotik kepada negara.


Penduduk tempatan juga dapat mengeratkan hubungan antara satu sama
lain.
19. Karangan Keperihalan/Gambaran : Cara Menggunakan Wang

Saya berasa amat gembira dan bangga kerana telah memenangi


wang tunai sebanyak RM500.00 pada pertandingan lukisan sempena
Hari Inovasi dan Teknologi. Saya telah menggunakan wang itu dengan
pelbagai cara.

Saya meraikan kejayaan saya dengan membelanja keluarga saya


makan di KFC. Restoran KFC merupakan restoran ayam goreng
kegemaran keluarga kami. Kami sekeluarga meluangkan masa selama
lebih kurang 2 jam menikmati ayam goreng dan pelbagai hidangan lain.

Saya telah membeli alat keperluan melukis yang baharu. Alat


keperluan melukis yang sedia ada sudah lama dipakai. Alatan yang baru
akan menaikkan lagi semangat saya untuk melukis. Saya akan dapat
melukis dengan gembira.

Saya juga membeli beg sekolah yang baharu. Beg yang sedia ada
sudah terkoyak di bahagian hadapan dan sudah tidak sesuai digunakan
lagi. Saya membeli beg yang lebih berkualiti dan tidak mudah terkoyak..

Saya menyimpan baki wang yang masih ada di dalam bank. Saya
boleh menggunakannya pada masa saya susah. Ia juga boleh digunakan
ketika saya masuk universiti.

Kemenangan kali ini memberi semangat untuk saya menyertai


lebih banyak pertandingan melukis. Saya harap akan memenangi
pertandingan lukisan pada masa akan datang dan dapat menyimpan lebih
banyak wang untuk masa depan saya.
20. Karangan Berita : Kempen Minggu Kebersihan

TEMERLOH, Sabtu - Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah


mengadakan Kempen Minggu Kebersihan Sekolah. Tujuan kempen ini
diadakan adalah untuk memastikan kawasan sekolah sentiasa cantik,
menarik dan indah. Guru Besar iaitu Encik Awang Satip bin Mat Salleh
menyatakan bahawa kempen ini merupakan aktiviti tahunan sekolah.
Kempen ini melibatkan semua warga dan masyarakat setempat.

Kempen itu dimulakan tepat pada pukul 8.00 pagi dengan aktiviti
gotong-royong membersihkan persekitaran sekolah. Antara aktiviti yang
dijalankan semasa gotong-royong ini ialah menanam pokok-pokok
bunga, membina taman sains, membersihkan longkang-longkang dan
menebas semak-samun. Para ibu bapa diminta membawa sendiri
peralatan yang bersesuaian seperti cangkul, parang, dan sabit untuk
aktiviti tersebut.

Murid-murid dan guru-guru pula diminta membawa sebatang


pokok bunga setiap seorang untuk ditanam di perkarangan sekolah.
Kaum ibu turut membantu mereka membaja dan menyiram pokok-
pokok bunga yang telah ditanam.

Selain itu sebuah taman sains telah berjaya diwujudkan melalui


kempen ini. Selain ditanam dengan pelbagai jenis pokok herba dan
sayur-sayuran, di tengah-tengahnya juga dibuat sebuah kolam untuk
memelihara pelbagai jenis haiwan seperti ikan dan kura-kura.

Hampir 100 orang ibu bapa yang menyertai kempen ini. Sebelum
kempen ini berakhir, satu jamuan makan tengah hari telah diadakan di
kantin sekolah. Pihak sekolah berasa bangga atas kerjasama yang
ditunjukkan oleh masyaarakat setempat dan warga sekolah. Mereka
mengharapkan Sekolah Kebangsaan Seri Tualang sentiasa bersih, cantik,
dan ceria.
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT WAN
21020 KUALA NERUS
TERENGGANU

JENIS KARANGAN

NAMA : MUHAMMAD AMIRUL IRFAAN BIN MOHD HAJAZI

KELAS : 5 BESTARI

GURU : PUAN SAADIAH

Anda mungkin juga menyukai