Anda di halaman 1dari 10

7 Petua Mudah Ingat Apa Yang Dipelajari

Posted in Fanpage, Kompilasi Tips, Motivasi Belajar, Mutiara Kata, Persediaan Minda, Teknik Belajar at 23 Apr.
2013

Pembuka kata

Beberapa minggu lalu saya ada terfikir untuk menulis beberapa tips dan petua berkenaan teknik ingat
apa yang sudah dipelajari. Namun, saya sudah tuliskan isi-isinya dalam kemahiran menghafal. Di dalam
petua yang saya ingin kongsikan beberapa hari ini agak berbeza kerana ini adalah cara praktikal yang
anda boleh gunakan untuk mengingati sesuatu dengan lebih mudah.Petua ini tidak semestinya anda
gunakan semasa belajar, tetapi dalam mana-mana?keadaan yang memerlukan anda untuk mengingat
sesuatu. Contohnya, jika seseorang menerangkan cara untuk pergi ke suatu tempat, anda akan lebih
mudah ingat penerangan itu jika anda gunakan petua-petua ini. Jadi, kita akan mulakan dengan petua
yang pertama minggu depan.

Selamat membaca.
Petua 1

Petua yang pertama ialah??tumpukan sepenuh perhatian??kepada apa yang anda mahu anda ingat.
Begini, dalam kehidupan seharian kita, terlalu banyak benda dan perkara yang berlaku disekeliling kita.
Jika anda berada di dalam kelas, ada bunyi kipas, bunyi kawan-kawan sedang bercakap, bau makanan
yang datang dari kantin, suara cikgu sedang mengajar, bunyi tapak kaki pelajar di luar kelas, pokok-
pokok yang bergoyang di luar kelas dan sebagainya.

Walaupun banyak perkara yang berlaku,?minda anda hanya boleh fokuskan kepada satu perkara
sahaja pada satu masa. Jika anda fokuskan kepada pokok-pokok yang sedang bergoyang, anda tidak
akan sedar tentang perkara lain. Masalahnya, jika anda fokuskan kepada pokok-pokok yang bergoyang
semasa guru anda mengajar, anda akan ingat tentang pokok bergoyang juga semasa peperiksaan nanti.
Ini sama seperti kejadian hilang kunci di rumah. Pernahkah anda terlupa di mana anda letakkan kunci
rumah hingga puas anda cari seluruh rumah?

Mengapa anda lupa di mana anda letak kunci tersebut? Menurut kajian, sebab utamanya ialah anda tidak
menumpukan perhatian kepada kunci itu semasa anda meletakkannya di sesuatu tempat. Maksudnya,
semasa anda tidak sengaja meletakkan kunci tersebut di dalam peti ais, fikiran anda sedang sibuk fokus
kepada perkara lain seperti rancangan di televisyen atau masakan tengahari.Jadi jika anda mahu ingat
apa yang guru anda ajarkan, semasa guru mengajar:

 Abaikan perkara lain yang berlaku disekeliling anda. Beri tumpuan sepenuhnya kepada apa yang guru anda sedang
katakan dan cuba fahami maksudnya. Tukarkan kata-kata guru anda kepada gambar di dalam minda anda. Katakan
guru anda sedang bercerita tentang kesan asap kilang kepada pencemaran udara, bayangkan anda sedang melihat
asap tersebut dan anda dapat lihat bagaimana udara menjadi kotor disebabkan asap tersebut. Kadang-kadang
gangguan boleh datang daripada kawan anda sendiri. Ada pelajar yang suka bercakap dan bertanya kepada anda
semasa guru sedang mengajar. Ini sangat mengganggu. Walaupun kawan anda mahu tanya tentang pelajaran, dia
tidak sepatutnya tanya anda?sewaktu guru sedang mengajar. Jika mereka mahu tanya, mereka patut tanya guru.
Jika anda ada kawan yang selalu mengganggu konsentrasi anda, anda patut berterus terang dan bercakap
kepadanya dengan baik. Jika dia tidak berubah, anda patut fikir jika anda perlu ubah tempat demi memajukan
pelajaran anda.
 Jika anda ada apa-apa yang tidak faham, tanya guru anda bukan kawan di sebelah anda. Jika anda tanya kawan
disebelah, guru akan sangka anda sedang berbual dan tidak menumpukan perhatian. Tambahan lagi, kawan anda
mungkin tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan anda.

Anda perlu tahu, anda tidak ingat sesuatu dengan tidak sengaja. Anda tidak boleh ingat fakta sejarah
dengan tidak sengaja. Anda perlu fokuskan sepenuh tumpuan anda kepada apa yang anda pelajari.
Proses mengingat akan jadi jauh lebih mudah jika anda fokus. Teknik ini boleh anda gunakan semasa
belajar apa sahaja.

Selamat mencuba.

Petua 2

Sebelum anda pelajari petua kedua, tahukah anda bahawa?bahasa memorianda ialah ?gambar?? Ini
bermaksud, anda berfikir dan mengingat dengan cara bergambar. Jika sesoerang menyebut perkataan
?asap?, anda akan terbayangkan gambar asap yang berkepul-kepul, bukan tulisan ?a.s.a.p?. Dengan
mengetahui bahasa memori ini, anda boleh mengingati sesuatu dengan lebih mudah.Petua kedua
berbunyi, ?tukarkan maklumat yang ingin anda ingat kepada gambar?.

Sebagai contoh, jika seseorang memberi tunjuk arah kepada anda untuk pergi ke sesuatu tempat, anda
akan lebih mudah ingat jika anda menukarkan maklumat itu kepada gambar. Contohnya, jika orang itu
berkata, jalan terus melalui jalan ini (bayangkan gambar jalan raya yang lurus), kemudian belok kiri pada
lampu isyarat pertama (bayangkan anda dapat lihat satu lampu isyarat dan mula membelok ke kiri), jalan
terus lagi hingga anda jumpa pasaraya X (bayangkan anda bergerak terus hingga bertemu pasaraya x.
Bayangkan rupa pasaraya X itu!) dan??seterusnya?..

Dengan menukarkan maklumat kepada gambar, anda lebih mudah ingat berbanding dengan hanya
mendengarnya sahaja. Di dalam kelas atau dewan kuliah pula, anda perlu buat diri anda sibuk dengan
menukarkan maklumat daripada gur dan pensyarah kepada gambar. Ada satu sebab utama mengapa
anda perlu lakukan ini. untuk pengetahuan anda,

 kelajuan manusia bercakap adalah antara 150 – 200 patah perkataan seminit

 kelajuan manusia berfikir adalah antara 300 – 500 patah perkataan seminit.

Ini bermaksud, semasa guru atau pensyarah anda bercakap, minda anda ada banyak masa untuk leka
dan hanyut memikirkan perkara lain. Dengan menukarkan apa yang guru/pensyarah anda katakan
kepada gambar, anda akan lebih fokus dan tumpuan anda tidak akan terpesong ke tempat lain. Ini pastu
akan membuat anda lebih mudah ingat.

Selamat mencuba.

Petua 3

Petua ketiga untuk mudah mengingati sesuatu ialah anda perlu ulang dan latih semula apa yang anda
ingin ingat. Kajian mengatakan bahawa selepas 48 jam, anda akan lupa lebih daripada 90% apa yang
telah anda pelajari. Perkara ini boleh dielakkan jika anda mengulang semula apa yang telah anda pelajari
atau apa yang ingin anda ingat.

Tentu anda pernah dengar pepatah Inggeris yang mengatakan??Repetition is the mother of all skills?
(Pengulangan adalah ibu kepada segala kemahiran). Jika anda mahu pandai menaiki basikal, anda mesti
menunggang basikal berulang-ulang kali hingga anda benar-benar pandai dan cekap.Katakan anda baru
mengenali seseorang dan dia memperkenalkan diri dan namanya. Tentu anda ada pengalaman sebaik
sahaja seseorang memberitahu nama mereka, anda lupa apa nama itu.

Akhirnya anda dengan rasa malu terpaksa bertanya sekali lagi. Untuk mengelakkan perkara begini,
setelah seseorang itu memperkenalkan namanya, anda perlu sebut nama itu kembali dan gunakannya
dalam perbualan anda. Contohnya, ?Nama saya Ahmad.? ?Oh..Ahmad?..Ahmad dari mana?.? Ahmad
ke sini ada urusan apa??Apabila anda mengulang nama itu beberapa kali dalam perbualan anda, anda
jadi lebih mudah ingat nama itu.Di dalam pelajaran pula, satu teknik terbaik untuk ingat apa yang guru
anda ajarkan ialah pada waktu malam sebelum anda tidur, anda buka semula buku dan nota yang anda
tulis dalam kelas bersama guru anda siang tadi.

Baca semual buku dan nota itu sepintas lalu. Cuba ingat semula apa maksud tulisan anda itu. Lebih baik
lagi, cuba ingat bagaimana cara gru anda menerangkan tentang nota itu siang tadi. Ia seolah-olah anda
cuba memainkan semula video di dalam minda anda mengenai apa yang anda pelajari siang
tadi.Hasilnya, anda?akan?ingat lebih lama apa yang anda pelajari.

Jika anda cuba menghafal sifir juga, anda mungkin rasa susah hendak hafal jika anda baru mencuba 5
ke 10 kali sahaja. Apa kata anda cuba hingga 100 kali. Tentu ia jadi lebih mudah.

Selamat mencuba.

Petua 4

Petua keempat untuk mudah ingat sesuatu yang dipelajari ialah denganmenjaga masa tidur?anda.
Untuk pengetahuan anda, minda anda lebih mudah ingat sesuatu jika ia berada dalam keadaan cergas
dan segar. Sebab itulah anda selalu dengar petua untuk menghafal sesuatu di waktu pagi.

Di waktu pagi selalunya minda anda lebih segar kerana baru sahaja berehat sepanjang malam. Namun,
masalahnya ialah jika anda tidak menjaga masa tidur anda, minda anda akan sentiasa keletihan dan
tidak mampu mengingati sesuatu dengan mudah.Saya mahu tanya anda, pukul berapa anda tidur pada
waktu malam? 10? 12? 2 pagi? kebanyakan pelajar mengatakan mereka tidur antara pukul 10 hingga 12
malam.

Ada juga yang tidur lebih lewat daripada itu. Mengapa? Belajar adalah alasan mereka.Anda perlu tahu,
minda anda adalah alat utama untuk anda mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Jika seorang
pelumba motosikal memerlukan motosikal sebagai alat utama dan pelumba kereta memerlukan kereta
sebagai alat utama, anda perlukan minda anda. Jika minda anda lemah, sama seperti motor atau kereta
yang tidak berkuasa, pasti tidak boleh memenangi pertandingan.Jadi anda perlu dapatkan tidur yang
mencukupi.
Menurut satu kajian yang saya baca, masa paling bagus untuk tidur supaya mendapat kesan rehat yang
baik ialah sebelum pukul 12 tengah malam. Jika anda tidur dalam pukul 10 atau 11 malam, tubuh anda
akan rasa lebih segar di waktu pagi kerana waktu itu sangat sesuai untuk tubuh manusia berehat dan
tidur. Katakan anda tidur pada pukul 1 atau 2 pagi, tubuh dan minda anda akan rasa penat walaupun
anda bangun lewat keesokan harinya.Mulai hari ini, jika anda biasa tidur lewat untuk mengulangkaji,
dapatkan satu atau dua hari dalam seminggu untuk tidur awal (antara pukul 10 hingga 11).

Ini akan memberi tubuh badan dan minda anda masa yang cukup untuk berehat sepenuhnya. Ingat,
tubuh dan minda yang segar akan membuat anda jadi lebih aktif dan mampu mengingati apa yang anda
pelajari dengan lebih mudah.Satu cara mudah untuk tidur awal pula ialah dengan melakukan aktiviti
riadhah / sukan yang berat sedikit pada waktu petang. Apabila tubuh anda letih akibat riadhah yang
menyihatkan, anda akan lebih mudah tidur. Dalam masa yang sama, kurangkan tidur pada waktu siang.

Selamat mencuba.

Petua 5

Petua yang kelima untuk mudah ingat apa yang anda pelajari ialah anda perlu?mempraktikkan apa
yang anda pelajari dengan serta merta.

Contohnya, jika anda baru sahaja belajar satu topik baru dalam subjek matematik, anda perlu segera
cuba menyelesaikan masalah atau latihan matematik dalam subjek tersebut. Mengapa?Kebanyakan
pelajar suka menunggu masa yang sesuai untuk mencuba perkara yang baru dipelajari. Jika satu topik
baru diajar pada hari Isnin dan kerja rumah diberikan, pelajar akan berlengah-lengah dalam
melaksanakan kerja tersebut.

Seperti yang pernah saya terangkan sebelum ini, jika pelajar bertangguh hingga melepasi tempoh 48
jam, mereka akan lupa lebih daripada 90% apa yang mereka pelajari itu.Setelah anda pelajari topik baru,
anda perlu segera mencuba dan buat latihan berkenaan. Ini adalah kerana, dalam masa yang singkat
sahaja anda akan lupa apa yang guru anda telah ajarkan.

Apabila anda lupa, anda tidak akan faham nota yang telah anda tulis sendiri. Apa akan jadi ialah anda
perlu belajar semula topik itu dari awal hingga akhir.Katakan anda sedang belajar subjek selain subjek
matematik. Katakan anda sedang belajar subjek sejarah.

Apabila guru anda menerangkan tentang kisah penjajahan Jepun contohnya, anda boleh bayangkan
seolah-olah anda sendiri berada pada zaman itu. Apabila anda bayangkan begitu, anda akan rasa lebih
jelas mengenai kisah sejarah itu. ia seolah-olah anda boleh lihat semua kejadian semasa zaman itu di
dalam minda anda. Ini akan membuat anda lebih ingat akan topik ini.

Satu kelebihan utama jika anda praktikkan apa yang anda pelajari secepat mungkin ialah anda akan
cepat dapat menguasainya. Untuk menguasai sesuatu topik atau subjek, ?susah? hanyalah pada
peringkat permulaan. Apabila anda sudah melepasi tahap susah itu, semuanya akan jadi lebih mudah
dan selesa. Sama seperti anda belajar menunggang basikal.

Pada mulanya anda perlu ingat bagaimana cara hendak mengayuh dengan betul. Tetapi setelah anda
menguasainya, anda boleh lakukannya tanpa berfikir. Malah, walaupun anda tidak menunggang basikal
bertahun-tahun lamanya, kemahiran menunggang basikal pasti masih ada pada anda.

Selamat mencuba.

Petua 6

Petua keenam untuk mudah ingat apa yang anda pelajari ialah mudah iaitu, ?tulis?. Saya selalu
perhatikan gelagat pelajar semasa berada di dalam kelas, ceramah atau kursus. Mereka selalu leka
mendengar atau mengelamun tanpa berbuat apa-apa mengenai apa yang mereka dengar.
Perkara ini juga mengingatkan saya kepada seorang ustazah saya yang mengajar bahasa Arab semasa
saya di tingkatan 3, ustazah Fatimah.

Ustazah saya ini terkenal dengan ungkapannya, ?Ha?catatlah?.?. Setiap hari dan hampir setiap kelas
Ustazah akan menyuruh dan mengingatkan kami untuk mencatat apa yang kami pelajari.

Walaupun kami sedar apa yang ustazah ajarkan sangat penting, kami selalu leka?dan tidak
mencatatnya.?Kini, saya benar-benar?boleh melihat mengapa Ustazah Fatimah beria-iya benar
mahu?kami mencatat apa yang telah kami pelajari.? Satu sebabnya anda pasti sudah tahu bahawa kita
mudah lupa.

Dengan mencatat atau menulis apa yang baru kita pelajari, kita boleh merujuk kepadanya pada bila-bila
masa sahaja.? Kedua, apabila anda menulis apa yang anda pelajari, fikiran anda akan fokus kepada apa
yang anda tuliskan itu.?Jadi, anda tidak akan leka.?Minda yang fokus kepada sesuatu yang dipelajari
akan lebih mudah mengingatinya.

Ada beberapa tips untuk menulis apa yang anda pelajari.

 Pertama, anda tidak semestinya menulis bulat-bulat apa yang guru anda tuliskan di papan hitam. Apa yang patut tulis
adalah berdasarkan apa yang anda faham. Tulis dalam bentuk yang anda boleh faham.

 Kedua, jika anda menyalin nota yang guru anda berikan, buat penerangan kecil dalam ayat anda sendiri tentang
maksud nota yang anda salin itu. Contohnya, jika anda menyalin nota yang menunjukkan jalan kerja matematik, anda
boleh tuliskan penjelasan menggunakan ayat anda sendiri (jika boleh, menggunakan pen warna berbeza) tentang
jalan penyelesaian matematik. Ini supaya anda faham apa yang berlaku di dalam jalan penyelesaian matematik itu
kelak.

Anda perlu ingat, antara menulis nota dan mendengar penjelasan cikgu, yang kedua adalah lebih penting. Ini
bermaksud, jika guru anda sedang menerangkan tentang sesuatu,?berhenti menulis?dan dengar penjelasannya
dengan teliti. Tulisan anda tidak akan bermakna jika anda tidak faham apa yang guru anda terangkan.

 Jadi kreatif. Anda boleh reka nota dan tulisan anda sendiri. Nota patut jadi sesuatu yang menyeronokkan untuk
dibaca. Gunakan warna. Gunakan lukisan. Kadangkala penerangan guru anda boleh ditulis dalam bentuk lukisan,
bukan tulisan.

Selamat mencuba.

Petua 7
Petua yang terakhir buat untuk mudah ingat apa yang dipelajari ialah?mengaitkan?sesuatu yang
dipelajari itu kepada sesuatu yang sedia ada diketahui?. Hmm?jangan risau jika anda kurang pasti
apa maksudnya?..

Begini, bayangkan anda sedang belajar tulisan dalam bahasa Cina. Jika anda pertama kali melihat
tulisan dalam bahasa Cina, anda akan rasa sangat sukar mengenal pasti perbezaan antara setiap huruf-
huruf itu. Ini adalah kerana anda tidak tidak boleh mengaitkannya kepada apa yang pernah anda lihat
sebelum ini. Jika anda belajar Bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya abjad A.B.C.D?dan sterusnya itu
anda sudah biasa lihat. Apabila anda sukar untuk mengenal pasti perbezaannya, anda akan hadapi
kesukaran untuk mengingatinya.

Namun, jika anda boleh mengaitkan huruf-huruf itu kepada sesuatu yang anda sudah biasa lihat, anda
akan lebih mudah mengenalpasti huruf-huruf tersebut.?Contohnya, ada huruf yang anda kata ?macam
gambar pokok rendang?. Ada huruf yang macam bentuk ?H?. Ada huruf yang macam orang sedang
berlari.

Mengaitkan huruf tulisan Cina kepada bentuk-bentuk yang anda kenal itulah yang dimaksudkan dengan
?mengaitkan sesuatu yang dipelajari itu kepada sesuatu yang sedia ada diketahui?.

Apabila anda belajar sesuatu yang baru, anda akan lebih mudah ingat jika anda kaitkan pelajaran baru itu
kepada sesuatu yang anda sudah tahu.?Ini bermaksud, anda perlu memberikan makna atau maksud
kepada apa yang anda pelajari.

Katakan anda sedang menghafal subjek Sains, organ dalaman telinga contohnya. Ada satu bahagian
dalam telinga namanya Cochlea. Mungkin sukar untuk anda ingat nama ini kerana anda jarang
mendengarnya. tetapi, apa kata jika anda tukarkan Cochlea ini kepada perkataan ?Kak Lia? dan
bayangkan seorang perempuan berpangkat kakak yang anda panggil Kak Lia? Ia lebih mudah diingat
bukan.

Satu contoh lagi dalam organ telinga ialah eardrum. Anda tahu drum itu adalah gendang. Jadi, apa kata
anda kaitkan eardrum kepada satu gambar gendang kecil yang ada dalam telinga? Ia lebih mudah diingat
bukan?

Jadi, mulai hari ini, kaitkan apa-apa sahaja yang anda pelajari kepada sesuatu yang anda sudah ketahui.

Selamat mencuba.

Alhamdulillah, saya telah berjaya kongsikan 7 petua untuk mudah ingat apa yang dipelajari. Dengan
menggunakan petua ini, anda boleh meningkatkan kebolehan anda untuk mengingat sesuatu yang anda
pelajari hingga 2-3 kali ganda. Bayangkan jika anda lebih mudah ingat, apakah kesannya kepada
pencapaian akademik dan keyakinan diri anda?
Satu pesan saya, anda perlu ingat, kebolehan yang ada dalam diri anda tidak terbatas. Apa yang
membataskan kebolehan anda adalah diri anda sendiri. Jika selama ini anda rasa anda lemah dan sukar
mempelajari sesuatu, hapuskan rasa dan kepercayaan begitu. Mulakan hari ini dengan satu kepercayaan
baru bahawa anda juga hebat seperti mana-mana pelajar cemerlang yang lain.

Selamat berjaya

Anda mungkin juga menyukai