Anda di halaman 1dari 7

SMA AL-IRSYADIAH MARAKAU RANAU

KERTAS CADANGAN
PROGRAM BULAN TEKNIK & VOKASIONAL
TAHUN 2018
TEMA:
‘TRANFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL’
( MEMBINA KEMAHIRAN MEREALISASI ASPIRASI )

(TARIKH: 2 APRIL HINGGA 5 APRIL 2018)


ANJURAN:
BIDANG TEKNIK & VOKASIONAL

1 BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL 2018


1.0 PENGENALAN
Istilah atau terminology teknik dan vokasional sering digunakan oleh pelbagai lapisan
masyarakat dari guru,pelajar hinggalah ibu bapa. Perkataan teknik berasal daripada
perkataan Greek ‘TECHNIKOS’ yang bermaksud untuk belajar atau prinsip-prinsip teknologi.
Menurut kamus Dewan (1993) perkataan teknik bermaksud pengetahuan yang berkaitan
dengan pembuatan barang-barang hasil industry atau kaedah mencipta sesuatu hasil seni.
Perkataan vokasional pula membawa maksud pendidikan dan latihan yang menyediakan
individu untuk pekerjaan tertentu.

Pendidikan Teknik dan Vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang
mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga
kerja dalam bidang industri negara

Oleh itu “Langkah drastik telah diambil untuk meningkatkan peratusan sekolah menengah
yang mengambil jurusan vokasional dan teknik daripada 10 peratus kepada 20 peratus.
Tranformasi pendidikan teknik dan vokasional ini perlu bagi melahirkan pelajar yang
kebolehpasaran seiring dengan langkah menuju negara maju. Melalui Aktiviti Bulan Teknik
dan Vokasional yang akan berlangsung 02 April – 05 April 2018 di harap sedikit sebanyak
dapat merealisasikan Tranformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional.

2.0 MATLAMAT
Matlamat mengadakan Minggu Teknik dan Vokasional akan dapat
memberikan pendedahan dan memantapkan penguasaan murid dalam bidang
Teknik dan Vokasional melalui aktiviti-aktiviti terancang bagi membentuk generasi
berilmu dan berpengetahuan tinggi dalam bidang teknologi dan kejuruteraan

3.0 OBJEKTIF
3.1 Menimbulkan minat serta mengukuhkan penguasaan murid dalam bidang Teknik dan
Vokasional,
3.2 Mencetuskan kreativiti dan reka cipta murid melalui pertandingan-pertandingan yang
dianjurkan,
3.3 Pelajar-pelajar dapat mengembangkan dan meningkatkan daya intelek serta
pemikiran rasional, kritis dan kreatif.
3.4 Mengabungjalinkan ilmu yang diperolehi ilmu yang dipelajari di dalam bilik darjah
dengan aktiviti yang didedahkan di luar bilik darjah.
3.5 Menekankan pembangunan modal insan supaya pelajar sekolah ini memiliki minda
kelas pertama.
3.6 Memberi peluang dan ruang kepada guru dan murid mendedahkan modul-modul
kemahiran yang yang dilaksanakan oleh murid-murid di bawah bidang Teknik dan
Vokasional secara lebih dekat melalui aktiviti-aktiviti atau pameran yang dianjurkan
,

2 BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL 2018


4.0 SASARAN
4.1 Semua murid SMA AL-IRSYADIAH MARAKAU RANAU
4.2 Guru-guru

5.0 STRATEGI PELAKSANAAN


5.1 Kuiz Umum – (Kumpulan Thanawi 1-3)
5.2 Klinik masakan – pertandingan mencipta menu sihat dan memasak tanpa api.
(Semua kelas menengah rendah dan atas Thanawi 1-3)
5.3 Pemeran menghasilkan artikel (tampal hias). (Semua kelas Thanawi 4-5)
5.4 Pertandingan design baju , tema : kontemporari tradisional (Semua kelas Thanawi 1-2)
5.5 Pertandingan mencipta model Rumah (Semua kelas Thanawi 1-3)

6.0 TARIKH PELAKSANAAN


6.1 2 April 2018 hingga 5 April 2018

7.0 TEMPAT PELAKSANAAN


7.1 Foyer / medan perhimpunan SMAIM
7.2 Kelas Thanawi 1-3

8.0 ANJURAN
8.1 SMA Al- Irsyadiah Marakau Ranau , Bidang Teknik dan Vokasional

3 BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL 2018


9.0 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL

Pengerusi : Ustazah Hajah Nuridah Amit (Pengetua )


Timbalan Pengerusi : Pn Zainab Hj. Othman (PK Pentadbiran )
Pengerusi 1 : Ustaz Jusidin Kadsingin (PK HEM)
Naib Pengerusi 2 : En. Heitin Yusuf (PK KOKUM)
Jawatankuasa Kecil : Pn Siti Norlela Mohd. JIman (KB Tek&Vok)
: Ahmad Sobrie Kekijin (KP RBT)

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM BULAN TEKNIK & VOKASIONAL

Pengerusi : Ustazah Hajah Nuridah Amit (Pengetua )


Timbalan Pengerusi : Zainab Hj. Othman (PK Pentadbiran)
Penyelaras Program : Siti Norlela Md. Jiman (KB T&V)
Penyelaras Pertandingan : Ahmad Sobrie Kekijin (KP RBT)
Pengurus Hadian : Ustazah Wahyuni Che Will
Nurhazirah Mohd. Shukri

BIL Jawatankuasa NAMA GURU/PENYELARAS BIDANG TUGAS

1. Penyelaras Program KPMP T&V  Memantau dan memastikan


KP RBT semua program dilaksanakan
sepertimana yang dirancang
mengikut jadual.

2. Hadiah/Sijil Ustazah Wahyuni Che Will  Merancang bajet utk hadiah


Nurhaziran Mohd. Shukri mengikut kos yang telah
ditetapkan.
 Memastikan semua
pemenang pertandingan
mendapat hadiah dan sijil.
 Menyediakan sijil kepada
pemenang
3. Majlis Ahmad Sobrie Kekijin  Mencari idea untuk Gimik
Pelancaran/Gimik Pelancaran
Persembahan  Memastikan Majlis Pelancaran
berjalan lancar.
 Persembahan semasa
pelancaran
 Persembahan semasa
penutup

4. Brosur/Pamplet Mohd. Nizam Rameli  Menyediakan


Banner brosur/pamphlet
 Mengedarkan brosur kepada
guru

4 BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL 2018


5. Fotografi / Yahya Hj. Siman  Semua JK Aktiviti hendaklah
Dokumentasi memastikan aktiviti di bawah
seliaannya diambil gambar
dan didokumentasikan dalam
bentuk laporan.
 Penghantaran laporan
kepada GKMP selewat2nya
seminggu selepas aktiviti
dilaksanakan.

6 PA sistem Ustaz Jamil Sainan  Memastikan PA sistem dalam


keadaan baik sewaktu
pelancaran dan
persembahan, Penutup dan
penyampaian hadiah.
 Berhubung dengan
pengawas yang bertugas
mengendalikan PA sistem
semasa perhimpunan pagi.

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


Hadiah Pemenang pertama
(pertandingan kuiz & memasak) RM7.00X5= RM35.00
Hadiah Pemenang kedua RM5.00X5= RM25.00
(pertandingan kuiz & memasak)
Hadiah Pemenang ketiga RM3.00X5= RM15.00
(pertandingan kuiz & memasak)
Hamper Pemenang pertama RM30.00X1=RM30.00
pertandingan design baju.
Hamper Pemenang kedua RM25.00X1=RM25.00
pertandingan design baju
Hamper Pemenang pertama RM30.00X1=RM30.00
Pertandingan mencipta model rumah.
Hamper Pemenang kedua RM25X1=RM25.00
Pertandingan mencipta model rumah.
Hamper Pemenang ketiga RM15.00X1=RM15.00
pertandingan mencipta model rumah.
Sijil (satu rim) RM70.00 X = RM70.00
Bahan dan peralatan
i. Bahan-bahan masakan RM20.00X3=RM60.00
ii. Kain 8 meter RM5.00X8 =RM40.00
JUMLAH KESELURUHAN RM370.00

5 BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL 2018


11.1 TENTATIF PELAKSANAAN PROGRAM

BIL TARIKH AKTIVITI PELAKSANAAN

1. 02.04.2018 Majlis Pelancaran Minggu Teknik & Vokasional

2 02-05.04.2018 Aktiviti pertandingan berlangsung


3. 09.04.2018 Majlis Penutupan Bulan Teknik & Vokasional

11.0 PENUTUP

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah
dikemukakan. Besarlah harapan agar perancangan yang diatur mendapat
pertimbangan dan diluluskan oleh pihak sekolah untuk membolehkan Bidang Teknik dan
Vokasional dapat merealisasikan program dengan berkesan. Semoga perancangan
dapat dilaksanakan untuk kepentingan dan manfaat kepada warga pelajar SMA Al-
Irsyadiah Marakau Ranau khasnya. Kerjasama daripada pihak sekolah dan semua pihak
juga diharapkan dapat menaikkan kecemerlangan pelajar dalam pelbagai bidang
terutama selaras dengan Kehendak Kementerian Pendidikan dalam Tranformasi
Pendidikan Vokasional.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:
(SITI NORLELA MOHD.JIMAN)
KP TEKNIK & VOKASIONAL

Disemak/Disokong oleh
(PN. ZAINAB HJ.OTHMAN)
PK PENTADBIRAN

Diluluskan oleh
(USTAZAH HAJAH NURIDAH AMIT)
PENGETUA
SMA AL-IRSYADIAH MARAKAU

6 BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL 2018


7 BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL 2018

Anda mungkin juga menyukai