Anda di halaman 1dari 7

Tiap-tiap soalan diikuti tiga jawapan pilihan A, B, dan C atau empat jawapan pilihan A, B, C,

dan D. Antaranya, ada satu jawapan saja yang betul. Pilih jawapan itu.

1 Monyet itu sedang ____________ pokok kelapa itu.


A memanjat B mendaki
C menaiki D bergayut

2 Kapal tangki itu singgah di ___________.


A stesen B pelabuhan
C lapangan terbang D perhentian

3 Banduan-banduan itu ditahan di dalam ____________.


A makmal B pentas
C istana D penjara

4 Kereta-kereta yang rosak dihantar ke __________ untuk di baiki.


A bengkel B kilang
C zoo D klinik

Soalan 5 hingga 9. Pilih perkataan yang berlawanan bagi perkataan yang bergaris.

5 Pak Dolah dapat menangkap burung itu.


A menawan B memburu
C melepaskan D menembak

6 Budak gemuk itu tidak kuat.


A gagah B lemah
C sakit D berani

7 Ikan-ikan dalam akuarium itu mati.


A hidup B segar
C wafat D tumbuh

8 Keadaan negeri itu tidak aman.


A damai B senang
C susah D huru-hara

9 Baju budak itu basah terkena hujan.


A lembab B kering
C panas D sejuk
Soalan 10 hingga 14. Pilih kata gandaan yang paling sesuai.

10 Bangunan-bangunan di bandar raya itu ___________ belaka.


A pendek-pendek B hodoh-hodoh
C tinggi-tinggi D dalam-dalam

11 Kakinya _________ kerana duduk terlalu lama.


A semut-semut B anai-anai
C kuda-kuda D layang-layang

12 Di kebunnya ditanam ________ bunga.


A daun-daun B batang-batang
C tangkai-tangkai D pokok-pokok

13 ________ suka merosakkan harta benda kita.


A lalat-lalat B anai-anai
C labah-labah D sumpah-sumpah

14 Cahaya ___________ di jalan raya sungguh terang ketika malam.


A api-api B bola-bola
C lampu-lampu D kuang-kunang

Soalan 15 hingga 19. Pilih kata hubung yang paling sesuai bagi setiap butiran itu.

15 Ali ___________ bapanya pergi ke pasar.


A dan B jika
C sebab D tetapi

16 Budak kecil itu ___________ berani.


A serta B tetapi
C apabila D atau

17 Awak mahu minum teh __________ milo?


A dan B sambil
C kerana D atau

18 Budak itu membaca ___________ makan kuih.


A atau B sambil
C lalu D supaya

19 Rajin-rajinlah belajar ___________ lekas pandai.


A sebab B dan
C supaya D kalau
Soalan 20 hingga 24. Setiap butiran di bawah ini diikuti oleh empat perkataan berimbuhan.
Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap butiran itu.

20 Linda _________ keluarganya pergi ke India.


A tersama-sama B bersama-sama
C menyama-nyama D penyama-nyama

21 Emak _________ air yang sejuk itu.


A dipanaskan B memanas
C memanaskan D berpanas

22 __________ di Singapura sangat tinggi.


A bangunan B pembangunan
C dibangunkan D membangun

23 Kakinya luka kerana ___________ kaca.


A memijak B berpijak
C dipijak D terpijak

24 ___________bola itu telah patah.


A dipukul B pemukul
C memukul D pukulan

Soalan 25 hingga 29. Berikan maknanya simpulan bahasa di setiap butiran di bawah ini.

25 Aminah selalu memakai alas kaki ketika berjalan.


A tidak berkasut B berkaki ayam
C kasut, selipar D pelokek

26 Orang yang baik hati disayangi orang.


A suka menolong orang lain
B suka memuji orang lain
C suka mengumpat
D suka mengutip

27 Kebanyakan penduduk kampung itu buta huruf.


A boleh membaca dan menulis
B boleh menari dan menyanyi
C boleh makan dan minum
D tidak tahu membaca dan menulis
28 Encik Hanim seorang kaya yang tangkai jering.
A pemurah B lokek atau kedekut
C tamak D rajin

29 Osman lebih suka makan gaji daripada bekerja sendiri.


A menerima bayaran tetap
B menerima makanan dan minuman
C menerima hadiah
D menerima pujian

Soalan 30 hingga Soalan 35


Baca catatan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada zaman dahulu, raja yang memerintah sebuah negeri baru saja dikurniakan seorang
puteri. Puteri baginda terlalu cantik parasnya. Semasa kelahiran puteri tersebut ramai pari-pari
yang datang membawa jenis hadiah yang indah. Salah satu hadiah yang dibawa ialah tiga biji
bola kecil yang comel.

Tuan Puteri sangat disayangi rakyat jelata. Apabila besar dia menjadi seorang puteri
yang berbudi bahasa selain memiliki rupa paras yang sungguh menawan. Dia tidak sombong
dengan dayang-dayangnya dan semenjak kecil Tuan Puteri itu asyik bermain-main dengan tiga
biji bola hadiah sewaktu dia dilahirkan. Semua orang tahu dia cekap bermain dengan tiga biji
bola itu.

Pada suatu hari, sedang Tuan Puteri asyik melambung-lambungkan bola-bola


kesayangannya dia terserempak dengan Dara, anak tukang kebun istana yang sedang menangis
teresak-esak.

Puteri raja itu menghampiri Dara dan bertanya perlahan, “Wahai Dara, mengapakah
kamu menangis?”
“Ampun tuanku,” jawab Dara lagi sambil teresak-esak.
“Hamba akan dikahwinkan dengan buah hati hamba esok, tetapi ……tetapi….”

31 Raja yang memerintah sebuah negeri baru mendapat ___________.


A seekor kuda putih B sebiji bola
C seorang cahaya mata D sebuah rumah

32 Cahaya matanya seorang anak _____________.


A jantan B perempuan
C lelaki D betina
33 “pari-pari” dalam cerita ini adalah ______________.
A burung B ikan
C anjing D dewa perempuan

34 Apabila besar dia menjadi seorang puteri yang ____________.


A jahat B sombong
C berbudi bahasa D mengomel

35 Dara adalah _____________.


A anak tukang kebun istana B anak nelayan
C anak raja D anak menteri

Soalan 36 hingga Soalan 40


Baca catatan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sabtu, 12 Jun 2007


7.30 pagi: Berkumpul di kantin sekolah. Sebanyak 38 orang murid Tahun Tiga
dan Tahun Dua dan empat orang guru turut serta lawatan ke Kuala Lumpur.
Kami bertolak pada pukul 7.45 pagi.

10.30 pagi: Kami tiba di Kuala Lumpur. Kami berehat seketika di Taman
KLCC. Kemudian kami melawat ke Petrosains yang terletak di Menara
Berkembar Petronas. Di sini kami melawat ke beberapa bahagian. Kami
berpeluang mengenali dinasour, kejadian gempa bumi, dan pembentukan
petroleum melalui pameran Diorama Geomasa.

1.30 petang: Kami makan tengah hari di Taman Tasik Perdana. Seterusnya
kami melawat ke Planetarium Negara dan Muzium Negara. Kami bersiar-siar di
Dataran Merdeka sebelum pulang.

6.30 petang: Kami bertolak pulang selepas makan malam. Tiba pada pukul
10.00 malam. Walaupun letih, kami berasa amat seronok dan gembira.

36. Pada pukul berapakah mereka bertolak ke Kuala Lumpur?


A 8.00 pagi C 7.45 pagi
B 7.15 pagi D 8.00 pagi
37. Berapa orangkah yang menyertai lawatan ini?
A 42 orang C 38 orang
B 48 orang D 50 orang

38. Mereka berpeluang melihat dinasour ...


A di Muzium Negara. C di Planetarium Negara.
B di Petrosains. D di Menara Berkembar Petrosains.

39. Apakah tempat terakhir yang dilawati oleh mereka?


A Muzium Negara C Taman Tasik Perdana
B Dataran Merdeka D Planetarium Negara

40. Pilih penyataan yang tidak benar.


A Lawatan itu diadakan selama dua hari.
B Semasa melawat ke Petrosains, mereka dapat mengetahui kejadian gempa
bumi.
C Petrosains terletak di Menara Berkembar Petronas.
D Mereka makan tengah hari di Taman Tasik Perdana.
Tulis satu ayat yang lengkap bagi setiap gambar di bawah ini.

bersenam

menjaga kebersihan

makanan seimbang

meluangkan masa bersama

tidur yang cukup


( 10 markah )

Anda mungkin juga menyukai