Anda di halaman 1dari 8

INSTITUSI LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SULTAN AZLAN SHAH


31250 TANJONG RAMBUTAN, PERAK DARUL RIDZUAN

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


TAHUN 3 SEMESTER 2

CASE STUDY

KLINIK KESIHATAN AYER TAWAR


TAJUK : ACUTE GASTROENTERITIS

Nama Pelatih : MUHAMMAD HISYAM BIN ABDUL MANAP


No. K/P : 920607 – 04 – 5267
No. Matrik : BPP2015 – 4121
Nama Pengajar : PN. FARINA BT MOHAMMAD DESA

1
PENYATAAN MASALAH

Nama : Siti Azwa Amina Binti Abdul Rahim

Umur : 16 tahun

Status : Bujang

Pekerjaan : Pelajar

Pesakit datang ke Klinik Kesihatan Ayer Tawar dibawa oleh bapanya mengadu cirit-birit
dan muntah yang berulang kali sejak sehari yang lepas , pesakit di tagging sebagai yellow
zone. Pesakit diambil tanda-tanda vital di triage sebelum dibawa berehat ke yellow zone.
Pengambilan sejarah dan penyiasatan yang lebih lanjut telah dilakukan bagi rawatan kes
tersebut.

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gastroentritis. Jangkitan virus


rotavirus adalah antara penyebab yang sering terjadi kepada kanak – kanak yang
menyebabkan 50% dari cirit – birit yang berlaku. Virus ini dapat menjangkiti sama ada
daripada persekitaran yang kotor, juga melalui makanan atau minuman yang tidak bersih.
Apabila kejadian ini terjadi kepada kanak – kanak, ia harus dirawat dengan segera bagi
mengelakkan dehidrasi yang teruk. Dehidrasi yang teruk pada kanak – kanak boleh
menyebabkan renjatan dan seterusnya boleh menyebabkan kematian.

Pengendalian makanan yang tidak sempurna juga dapat menyebabkan kejadian


ini terjadi. Setiap makanan yang disediakan haruslah disejukbeku dengan sempurna dan
dinyahbeku dengan baik sebelum memasaknya. Makanan – makanan tersebut mestilah
dicuci sehingga bersih dan ditoskan.Makanan tersebut harus dipastikan betul – betul
bersih sebelum dimasak.Makanan yang dimasak perlulah dimasak dengan
sempurna.Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna boleh menyebabkan kejadian
gastroentritis berlaku terhadap si pemakannya.

Persekitaran tempat makan atau kedai makan haruslah bersih dan tidak terdapat
vektor yang boleh menyebabkan penyakit seperti lalat dan tikus. Barang – barang yang
digunakan untuk memasak harus dicuci sehingga bersih.

2
PENGENALAN

Gastroentritis merupakan suatu penyakit akut dimana terdapat inflamasi pada


usus dan perut. Keracunan makanan merupakan sejenis gastroentritis yang dapat
sembuh dengan sendirinya. Terdapat pelbagai organisma yang boleh menyebabkan
gastroentritis. Terdapat lebih daripada separuh kes yang dilaporkan, organisma yang
menjadi punca masih tidak dapat dikenalpasti. Spesis Salmonella dan Campylobacter
merupakan punca yang lazim berlaku, tetapi pada kanak- kanak, ia biasanya disebabkan
oleh rotavirus.

Gastroentritis juga merupakan gangguan dan jangkitan yang seringkali


menyebabkan berlakunya sakit perut secara serta merta dan kadangkala amat serius.
Kes –kes yang berjangkit selalunya merebak melalui pengambilan makanan atau
minuman yang tercemar. Lazimnya, ia akan berakhir dalam satu atau dua hari sahaja.
Penyakit ini boleh menjangkiti semua peringkat umur, tetapi lebih teruk jika ianya berlaku
dalam kalangan kanak – kanak kecil yang berumur antara 1 – 5 tahun dan mereka yang
berumur 60 tahun ke atas.

Gastroentritis ialah jangkitan yang sering berlaku di seluruh pelusuk dunia.


Gastroentritis boleh berlaku pada masa – masa tertentu, musim yang tertentu serta pada
golongan umur yang tertentu. Sebagai contoh, gastroentritis yang disebabkan
oleh rotavirus dalam kalangan kanak – kanak, berlaku secara lebih kerap di negara –
negara beriklim sederhana semasa musim sejuk. Di negara – negara tropika, terdapat
sedikit perubahab bermusim.

Gastroentritis boleh menjadi suatu wabak. Ini bermaksud, ramai yang akan
mendapat penyakit ini untuk jangkamasa yang tertentu dan biasanya terdapat punca
yang sama seperti melalui makanan atau minuman. Jangkitan ini menular dari seseorang
ke seseorang yang lain melalui pengendalian oleh pengendali makanan yang tangannya
dicemari oleh najis yang ada jangkitan.

3
PENCARIAN LITERATURE

Menurut Elizabeth J (2007), gastroentritis akut (AGE) telah menyebabkan berjuta


– juta kematian setiap tahun dalam kalangan kanak – kanak muda dan kebanyakkannya
dalam masyarakat membangun. Di negara – negara maju, ia adalah satu sebab yang
biasa bagi pembentangan kepada amalam umum atau jabatan kecemasan dan untuk
kemasukan ke hospital. Dehidrasi, yang boleh dikaitkan dengan gangguan elektrolit dan
asidosis metabolik adalah komplikasi yang paling kerap dan bahaya.Penguruan optimum
dengan meminum cecair atau infusi intravena dapat menguangkan risiko dehidrasi dan
komplikasi yang buruk.Kegunaan rutin antibiotik, ejen antidiarrhea dan antiemetics tidak
digalakkan dan boleh menyebabkan kemudaratan. Pencegahan adalah kunci utama
untuk mengawal gastroentritis dan yang terbaru, vaksin rotavirus amat berkesan akan
mempunyai kesan yang besar terhadap kesihatan awam.

Penyakit AGE terus menjadi punca utama morbiditi dan kematian dalam kanak –
kanak dalam negara membangun. Dalam negara – negara maju, mereka adalah punca
utama kemasukan ke hospital walaupun kadar kematian adalah rendah. Kira – kira 9%
kanak – kanak yang berusia bawah 5 tahun dimasukkan ke hospital kerana mengalami
AGE.

Dalam satu kajian yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada
tahun 1996, AGE didapati menjadi punca lazim kemasukan pesakit ke hospital.40%
mengalami dehidrasi yang sedikit, 10% mengalami dehidrasi yang sederhana dan teruk
manakala selebihnya tidak mengalami dehidrasi.45% mempunyai patogen najis yang
positif.Rotavirus adalah virus patogen yang biasa ditemui 29% manakala Salmonella
adalah patogen bakteria yang biasa ditemui 10%. Pada tahun 1980, kanak – kanak yang
mengalami intoleransi karbohidrat dan cirit – birit yang kronik berikutan AGE diperhatikan
dalam 30% dan 80% masing – masing pada kanak – kanak dibawah umur 2 tahun di
Malaysia. Data yang terkini menunjukkan bahawa kelaziman kedua – dua intoleransi
karbohidrat dan cirit – birit mungkin kurang daripada 5%.

Dalam kajian semula pengurusan kanak – kanak sebelum kemasukan ke hospital,


didapati 80% daripada merekan telah ditetapkan ubat – ubatan, 13% dinasihatkan
menukar susu formula dan 40% ditetapkan glukosa elektrolit campuran. Walaupun kadar

4
kematian mengakibatkan AGE semakin menurun, morbiditi signifikan seperti cirit – birit
yang kronik disebabkan gastroentritis akut masih menjadi masalah.

PERBINCANGAN

Setiap pesakit yang mengalami AGE haruslah dirawat dengan segera supaya
tidak mendapat komplikasi yang lain. Pemeriksaan tanda vital akan diambil apabila
pesakit mula – mula datang ke klinik. Seterusnya pesakit akan ditanya berkaitan aduan
utama, sejarah penyakit kini, sejarah penyakit lalu jika ada, sejarah keluarga dan juga
sejarah sosial. Selepas itu, pesakit akan diperiksa dengan melakukan pemeriksaan fizikal
secra am dan keseluruhan.

Prosedur kanulasi intravena dilakukan terhadap pesakit dilakukan untuk memberi


infusi intravena drip 1 pint Normal Saline dalam masa 2 jam. Sebelum pemberian drip,
darah akan diambil untuk ujian darah Full Blood Count (FBC) untuk mengesan sebarang
keabnormalan sperti jangkitan kuman dan masalah darah. Ubat – ubatan seperti Maxolon
10 mg, Buscopan 20 mg, dan Ranitidine 50 mg akan diberikan secara serta merta (stat)
melalui intravena. Pesakit direhatkan diatas katil sehingga drip Normal Saline habis dan
pesakit dalam keadaan selesa. Pemeriksaan tanda –tanda vital akan dilakukan setiap
setengah jam sehingga 2 jam untuk mengesan sebarang keabnormalan.

Setelah drip habis, pesakit diperiksa semula untuk memastikan keadaan pesakit
benar – benar pulih dan boleh didiscajkan ke rumah. Sebelum discaj pesakit, pesakit
dibekalkan dengan ubat – ubatan. Antara ubat – ubatan yang diberikan adalah seperti
Tab. Paracetamol 1g TDS untuk mengurangkan demam dan kesakitan, Tab. Buscopan
10 mg TDS serta Tab. Ranitidine 50 mg TDS untuk mengurangkan kekejangan perut dan
Oral Rehydration Salt untuk mengurangkan dehidrasi akibat pengeluaran air yang
banyak. Pesakit juga diberikan pendidikan kesihatan yang sewajarnya. Antaranya ialah
seperti berikut :

 Menasihati pesakit untuk berehat dirumah sehingga pulih dan kurangkan aktiviti
luar sehingga pesakit keadaan pesakit pulih
 Menggalakkan pesakit untuk minum lebih banyak cecair seperti air masak, teh dan
bubur untuk 24 jam pertama dan sehingga cirit- birit dan muntah berhenti. Dalam

5
24 jam seterusnya,pesakit boleh mengambil makan seperti nasi, sup, ubi kentang,
roti dan telur
 Menggalakkan pesakit untuk minum 8 -12 gelas sehari bertujuan menggantikan
cecair dalam badan yang hilang melalui cirit- birit dan muntah
 Menggalakkan pesakit untuk menjaga kebersihan diri seperti cuci tangan sebelum
dan selepas makan, sebelum dan selepas ke tandas dan selepas memeganga
sebarang objek bagi mengelak jangkitan kuman
 Menggalakkan pesakit untuk menjaga kebersihan persekitaran makanan seperti
menutup makanan dan minuman untuk mengelak lalat atau serangga lain hinggap
pada makanan dan minuman, pastikan sayur- sayuran, buah- buahan dan telur
dibasuh dahulu sebelum dimasak.
 Menggalakkan pesakit untuk mengamalkan cara hidup yang sihat seperti makan
makanan yang seimbang, beriadah dan mengamalkan kebersihan diri.

CADANGAN

Antara langkah pencegahan yang boleh dilakukan bagi mengelakkan kejadian


gatroentritis berulang lagi adalah dengan:

 Pihak berwajib perlu melakukan pemeriksaan kebersihan di premis – premis yang


menjual makanan dan minuman.
 Pihak berwajib perlu memberi pendidikan kesihatan secara langsung mahupun
sebaliknya seperti pengedaran risalah – risalah dan poster – poster yang berkaitan
dengan penyakit AGE kepada masyarakat umumnya dan kepada pengendali
makanan khususnya.
 Masyarakt perlu mengamalkan kebersihan diri dengan membasuh tangan
sebelum dan selepas makan, selepas menggunakan tandas dan selepas
memegang objek.
 Pengendali makanan juga perli memastikan kebersihan diri, kawasan, peralatan
dan bahan - bahan memasak adalah dalam keadaan yang diyakini bersih.
 Tidak batuk atau bersin pada makanan atau minuman untuk mengelakkan bakteria
tersebar pada makanan atau minuman tersebut.
6
 Pengendali makanan perlu memastikan makanan dan minuman yang dimasak
telah masak sepenuhnya.
 Makanan dan minuman yang dimasak perlu ditutup bagi mengelakkan lalat, tikus
dan serangga – serangga lain hinggap pada makanan dan minuman tersebut

RUMUSAN

Kesimpulannya, gastroentritis akut ialah sejenis penyakit yang harus dipandang


serius. Setiap individu yang dijangkiti perlu mendapatkan rawatan dengan kadar yang
segera bagi mengelakkan sebarang komplikasi. Gejala – gejala seperti cirit – birit dan
muntah – muntah perlu dihentikan bagi mengelakkan kehilangan cecair elektrolit yang
banyak dari dalam badan.

Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera bagi mengelakkan dehidrasi.


Dehidrasi yang kronik boleh menyebabkan renjatan berlaku kepada pesakit. Pesakit perlu
mendapatkan rawatan penggantian cecair elektrolit sama ada melalui terapi intravena
atau pemberian cecair Oral Rehydration Salt (ORS). Pesakit juga akan dibekalkan
dengan antibiotik jika terdapat jangkitan virus atau bakteria melalui hasil ujian darah. Ubat
antibiotik tersebut haruslah dimakan sehingga habis.

Selepas selesai rawatan di klinik, pesakit pelu meneruskan rawatan di rumah.


Pesakit dinasihatkan untuk mengambil air masak dalam kuantiti yang secukupnya bagi
memulihkan serta mengembalikan cecair badan yang hilang. Pendidikan kesihatan
diberikan kepada pesakit tentang penjagaan kebersihan diri dan penyediaan makanan
dan minuman bagi mengelakkan penyakit berulang semula.

7
RUJUKAN

1. Buku

 Webber R (2009). Communicable Disease Epidemiology And Control: A Global


Perspective (3rd ed). Wallingford, Oxfordshire: Cabi.
 Galanis E (2007). Campylobacter And Bacterial Gastroentritis. CMAJ: Canadian
Medical Association.
 Elizabeth J (2007). Emergency Medicine: A ComprehensiveStudy Guide
(Emergency Medicine). New York: McGraw – Hill Companies

2. Internet

 Acute Gastroentritis. Retrieved April 17, 2014,


from http://en.wikipedia.org/wiki/gastroentritis.
 Ahmad Fuad Samad. Wabak AGE. Retrieved April 22, 2014,
from http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/12227-
wabak-acute-gastroebtritis-age.html