Anda di halaman 1dari 4

AJ20403 : SEJARAH ASIA TENGGARA: ZAMAN

KOLONIALISME/IMPERIALISME

NAMA : SALMIAHWATI BINTI DJAFAR (BA08110014)

DG.RUDIAH AIMI BINTI AWANG YAHYA (BA08160291)

TUTORIAL: SELASA (11 – 12 PM)

SOALAN 3: “Zaman imperialism dan kolonialisme di Indonesia telah memperlihatkan satu


perubahan yang ketara ke atas penduduk Jawa, terutamanya ke atas golongan petani dan
miskin. Gerakan tani menentang kerajaan kolonial Belanda semakin meningkat pada awal
abad ke-20, dan ramai juga penduduk Jawa miskin yang menjadi sebahagian daripada
tenaga bergerak”.

Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan kehidupan masyarakat tani dan golongan


miskin semasa pentadbiran Belanda di Indonesia.

1.0 PENGENALAN

Dasar Imperialisme di Indonesia bermula ketika Belanda tiba untuk menguasai rempah ratus
terutamanya di Banda,Maluku dan di Jawa.

2.0 SISTEM TANAMAN PAKSA / SISTEM KULTUR

Sistem tanaman paksa atau dikenali juga dengan Sistem Kultur (cultuurstelsel) diperkenalkan pada tahun
1830 oleh seorang Gabenor Jeneral Belanda yang baru iaitu Johannes van den Bosch yang diberi
tanggungjawab untuk memerintah Indonesia dan meningkatkan pendapatan ekonomi Negara tersebut

2.1 Kesan Perlaksanaan Sistem Kultur Terhadap Masyarakat Tani Dan Miskin

2.1.1 Penindasan Terhadap Masyarakat Tani Dan Miskin

 Perlaksanaan Sistem Tanaman Paksa adalah bertentangan dengan apa yang telah dipersetujui
oleh rakyat tempatan dan keuntugan tidak dirasai oleh rakyat.
 Pemerintah menetapkan sasaran tanaman yang perlu diperoleh bagi setiap desa dan bayaran
cukai tanah meningkat agar lebihan keuntungan komoditi diambil oleh pemerintah.
 Penindasan dalam pekerjaan rodi – pembangunan jalanraya jambatan, terusan, rumah pegawai,
menjaga gudang dan memelihara kubu tentera Belanda.
 Pekerjaan tanpa gaji atau gaji yang rendah dan kegagalan tanaman ditanggung oleh para petani
 Contohnya, masyarakat tani lelaki di Parahyangan terpaksa bekerja selama 7 bulan untuk
pengusahaan ladang indigo yang baru diperkenalkan.

2.1.2 Kebajikan Masyarakat Tidak Dijaga

 Pemerintah Belanda hanya mementingkan keuntungan semata-mata.


 Hampir semua tanah petani digunakan untuk penanaman tanaman dagangan sehingga
penanaman padi tidak dapat ditanam dan menggurangkan sumber makanan.
 Pekerjaan rodi yang dilaksanakan, tidak menjaga kesihatan dan makanan mereka.
 Contohnya, berlaku kebuluran di Cirebon pada tahun 1843, Demak (1848), Grobogan (1849) dan
penyebaran wabak-wabak penyakit dikalangan masyarakat tani dan miskin tahun 1846 – 1849.
2.1.3 Masyarakat Berpindah Ke Tempat Lain

2.1.4 Peningkatan Populasi Masyarakat Jawa

 Pada tahun 1830, seramai 7 juta orang berbanding 3 juta pada tahun 1795 dan pada tahun 1850
seramai 9.4 juta orang.
 Pertambahan penduduk telah merangsang peningkatan tenaga kerja.
 Ini kerana menurut Van Niel seramai 70% keluarga petani menghasilkan komoditi eksport.
 Peningkatan populasi penduduk dijadikan propagangan bahawa kehidupan rakyat dalam keadaan
yang aman.

2.1.5 Pengambilan Tanah-tanah Rakyat

 Pihak pemerintah menganggap tanah adalah milik bersama melalui penggunaan tanah di desa
dan tenaga kerja rakyat.
 Lebih 1/5 daripada tanah petani digunakan untuk penanaman eksport dan diwajibkan
mendahulukan tanaman dagangan daripada tanaman sendiri.
 Tanah-tanah untuk penanaman padi terabai kerana tiada masa untuk mengerjakannya

3.0 SISTEM LIBERAL

Perlaksanaan sitem liberal ini dengan membuka Jawa kepada perusahaan swasta dan pemodal-pemodal
swasta dari Belanda dan negara Eropah secara terbuka, pengurangan campurtangan pemerintah dalam
ekonomi kolonial dan seterusnya membawa kepada penindasan dan kerja paksa terhadap orang-orang
Jawa. Sistem Liberal diperkenalkan kerana terdapat tentangan dari rakyat tempatan dan pemerintah
Belanda sendiri seperti Vitalis, Bosch dan van Hoevell.

3.1 Kesan Perlaksanaan Sistem Liberal

3.1.1 Eksploitasi Terhadap Sumber Ekonomi Rakyat

 Masyarakat tani dan miskin masih perlu membayar pajak tanah sedangkan tanaman eksport
telah secara perlahan-lahan dihapuskan.
 Contonya pada tahun 1904, hampir semua keluarga di Jawa membayar 23% kepada pemerintah
(tunai) dan 20% hasil keseluruhan (tunai dan barang).
 Oleh itu, rakyat terpaksa berhutang sehingga tanah lesap digadai.
 Sumber ekonomi rakyat melalui pembukaan ladang secara kecil-kecilan dimonopoli oleh orang
Cina dan Eropah melalui pembukaan ladang secara besar-besaran
 Tiada rancangan untuk meningkatkan ekonomi bumiputera. Contohnya, walaupun tanah hanya
boleh dimiliki oleh rakyat tempatan sahaja, namun pemodal asing boleh menyewa tanah dari
kerajaan dan rakyat.

3.1.2 Kesengsaraan Kehidupan Masyarakat Tani dan Miskin Semakin Teruk

 Rakyat terpaksa bekerja di ladang dan kilang milik pemodal asing dengan gaji yang rendah.
 Rakyat diwajibkan melakukan pekerjaan rodi secara kuli kontrak.
 Kemiskinan masyarakat desa meningkat kerana pertambahan populasi penduduk tidak mendapat
perhatian dari pihak kolonial.

3.1.3 Pembangunan prasarana


 Prasarana untuk meningkat hasil pengeluaran tanaman dagangan, terutamanya sistem
pengairan, jalan raya, jalan kereta api dan jambatan.
 Contohnya, pembangunan pengairan di Pulau Jawa khususnya pengusaha gula.
 Namun kemajuan prasarana sangat membebankan rakyat kerana terpaksa menjayakan
pembangunan yang dirancang.

3.1.4 Pembangunan dalam bidang pendidikan

 Pembukaan sekolah oleh misi Khatolik tetapi di daerah yang bukan Islam sahaja seperti di
Kepulauan Maluku.
 Penyebaran pendidikan di kalangan masyarakat dengan pembukaan sekolah rakyat.
 Contohnya, di Jawa terdapat kira-kira 300 lebih pelajar sudah bersekolah.

4.0 SISTEM ETIKA

Sistem Etika atau dikenali juga sebagai Politik Etika untuk menunjukkan Belanda sebagai bangsa yang
bermoral dan merupakan satu program kesejahteraan rakyat untuk memajukan kesihatan masyarakat,
peningkatan kebajikan masyarakat, pembangunan pendidikan, kemajuan pengairan dan pertanian yang
dijalankan oleh pemerintah belanda untuk penduduk peribumi. Pengenalan sistem etika disokong oleh
pemerintah Belanda seperti Van Denem, Van Kol dan Brooschoot iaitu sebagai tanda balas budi terhadap
rakyat tempatan. Yang tertindas.

4.1 Kesan Perlaksanaan Sistem Etika Terhadap Masyarakat Tani dan Miskin

4.1.1 Kemajuan Pengangkutan Dan Perhubungan Untuk Kegunaan Rakyat

 Pada tahun 1862,jalan kereta api di bina di Semarang ke tanah kerajaan,kemudian pada tahun
1875 dari Surabaya ke Malang seterusnya pada tahun 1864 dari Jakarta ke Bogor.
 Kapal berkuasa wap juga diperkenalkan pada tahun 1859.Pembukaan Terusan Suez
menyebabkan jumlah kapal wap meningkat penggunaannya.
 Masyarakat dapat menggunakan pos bermula pada tahun 1862 dan perkembangannya jelas
dengan adanya telegram untuk kemudahan masyarakat.

4.1.2 Pemeliharaan Kebajikan Rakyat Dari Segi Pendidikan Dan Kesihatan

 Masyarakat mampu menikmati pendidikan dan terdapat peruntukan untuk menyambung


pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
 Kerajaan mencipta sekolah pendidikan umum untuk semua masyarakat berdasarkan kelas sosial.
 Bagi masyarakat tani dan miskin dibuka sekolah rakyat atau Volksschool pada tahun 1907.
Pembelajaran selama 3 tahun dan dibiayai oleh kerajaan tempatan serta subsidi dari kerajaan
pusat. Pendidikan 3M.
 Terdapat juga lanjutan sekolah rakyat iaitu Vervolgschool selama 3 tahun, khas untuk pelajar
yang cerdik.

4.1.3 Pengenalan Sistem Politik Baru atau Desentralisasi

 Dasar ini di perkenalkan bertujuan agar politik lebih efisyen,efektif dan seragam dalam
pemerintahan.
 Belanda menyedari bahawa perlunya perubahan dari aspek pemerintahan,bukan hanya dari
aspek kewangan malah dari aspek pemberian hak otonomi dan pemerintahan sendiri.
 Di jawa telah di laksanakan kepada 15 wilayah seperti Banten,Batavia dan Madura.
 Pada 18 mei 1918,Belanda telah membentuk Dewan Rakyat yang memberi peluang kepada
masyarakat untuk turut serta dalam pemerintahan.
4.1.4 Membentuk Satu Masyarakat Baru iaitu Masyarakat Hindia Timur

 Mayarakat yang moden

5.0 KESIMPULAN

Perlaksanaan ketiga-tiga sistem semasa pentadbiran Belanda iaitu Sistem Tanaman Paksa, Sistem Liberal
dan Sistem Etika adalah untuk mengaburi mata masyarakat terhadap motif utama perlaksanaannya.
Pengenalan sisitem-sistem ini hanyalah satu cara baru yang diperkenalkan untuk mencapai matlamat
mereka yang lama atau teknik-teknik yang berbeza untuk melaksanakan rancangan yang lebih kurang
serupa.

RUJUKAN

Indonesia.

Koentjaraningrat. 1994. Kebudayaan Jawa. Jakarta: Balai Pustaka.

Lubis, Nina Herlina. 2003. Banten Dalam Pengumulan Sejarah. Jakarta: Perpustakaan Nasional.

Marwati Djoenered Poesponegoro & Nugroho Notosusanto. 1993. Sejarah Nasional Indonesia IV. Jakarta:
Balai Pustaka

-----------------------------------------------------------------------

Ricklefs, C. M. terj. Drs. Dharmono Hardjowidjono. 2001. Sejarah Indonesia Modern. Indonesia: Gajah
Mada University Press.

Anda mungkin juga menyukai