Anda di halaman 1dari 5

Amali 3: Regulasi Terma

Pengenalan

Sejarah evolusi mamalia iaitu manusia, menunjukkan bahawa tekanan haba merupakan tekanan
yang memberi impak besar terhadap tubuh badan dan prestasi manusia. Terdapat bukti yang
jelas bahawa manusia nomad pada awal kewujudan telah menyesuaikan diri dengan
persekitaran dan suhu yang berubah-ubah disebabkan jarak jauh antara sumber makanan dan
keperluan untuk memburu yang berpanjangan. Pergerakan bipedal yang jauh memerlukan
kapasiti aerobik yang tinggi yang mana akan menyebabkan peningkatan dalam pengeluaran
haba endogen. Mekanisme penyejukan untuk mengimbangi beban haba adalah penting untuk
manusia terus hidup dan penyesuaian oleh sistem tubuh yang lain seperti otak yang mana harus
bekerja dan mengawal seluruh sistem tubuh badan untuk menangani peningkatan tekanan haba.
Dengan mengetahui lebih jelas tentang sistem regulasi terma ini, kita dapat menjangkakan had
terma semasa aktiviti fizikal dan dengan itu mengelakkan malapetaka semasa melakukan
senaman .

Tujuan :

Tujuan aktiviti makmal ini adalah untuk mengenalpasti kesan latihan pada suhu badan
manusia.

Alatan yang diperlukan :

1. Jangka suhu
2. Jam randik

Prosedur :

1. Ambil suhu badan subjek dan rekodkan dalam jadual data yang disediakan.
2. Subjek melakukan naik turun bangku gimnastik. Naik turun bangku dengan kaki kanan,
kemudian angkat kaki kiri ke atas bangku dan letakkan di sebelah kanan. Turun bangku
dengan kaki kiri dan kemudian bawa kaki kiri ke atas bangku dan letakkan di sebelah kanan.
Turun bangku dengan kaki kiri dan kemudian bawa kaki kanan ke lantai di sebelahnya.
3. Lakukan aktiviti ini selama 2 minit. Ambil susu badan pada saat ke 30, ke 60, ke 90, dan ke
120 dan rekodkan.
4. Rehat selama 1 minit.
5. Ambil suhu badan dan rekodkan

Jadual Perubahan Suhu Badan :

Masa Latihan (Saat) Suhu Badan (°C) Perubahan Suhu dari Peratus Perubahan
Waktu Sebelum Suhu Semasa
Latihan (°C) Aktiviti (%)
0.0 saat 37 0 0
Ke 30 saat 38 1 2.7
Ke 60 saat 38 1 2.7
Ke 90 saat 38 1 2.7
Ke 120 saat 39 2 5.4
1 minit selepas rehat 37 0 0

Graf Keputusan :

Perubahan Suhu Badan


39.5

39

38.5

38

37.5

37

36.5

36
0 saat 30 saat 60 saat 90 saat 120 saat 1 minit selepas
rehat
Laporan :

Berdasarkan keputusan aktiviti makmal yang telah dijalankan, ternyata suhu badan
subjek iaitu Lim Jia Jing meningkat sebanyak 1°C pada saat yang ke-30 selepas menjalani
latihan naik turun bangku yang mana meningkat 2.7% daripada suhu sebelum melakukan
aktiviti latihan naik turun bangku. Peratusan ini dikira berdasarkan kenaikan/perubahan suhu
sebelum menjalankan sebarang aktiviti iaitu 37°C yang mana merupakan suhu normal bagi
setiap manusia. Peningkatan suhu badan semasa melakukan aktiviti sukan ini ialah kerana
senaman akan meningkatkan pengeluaran haba badan sebanyak beberapa darjah celcius. Hal
ini kerana otot kerja manusia bertanggungjawab untuk peningkatan pengeluaran haba, tetapi
keupayaan tubuh untuk mengekalkan atau menghilangkan haba dan persekitaran luaran juga
memainkan peranan dalam peningkatan suhu teras semasa latihan. Untuk bekerja, otot
memerlukan tenaga, yang boleh diperoleh dengan membakar bahan api seperti lemak dan
karbohidrat dalam satu siri reaksi kimia yang pastinya akan menghasilkan haba. Apabila otot
subjek (Lim Jia Jing) panas semasa senaman, darah yang beredar melalui otot juga dipanaskan
sejurus menghasilkan kenaikan suhu teras sebanyak 1°C tersebut.

Seterusnya, pada saat yang ke-60 dan saat ke-90, suhu badan subjek kekal pada 38°C
seperti yang telah direkodkan pada saat yang ke-30. Ini bermakna intensiti latihan yang
dikenakan kepada subjek tidak cukup tinggi untuk meransang otot supaya bekerja dengan lebih
kuat sejurus menghasilkan lebih haba. Namun begitu, pada saat ke-120, dapat dilihat dengan
jelas pada graf yang telah diplotkan, peningkatan suhu sebanyak 2°C daripada suhu sebelum
latihan yang mana merupakan peningkatan sebanyak 5.4%. Hal ini kerana, jumlah haba yang
dihasilkan oleh otot berkait dengan jumlah kerja yang dilakukan. Semakin keras atau banyak
latihan yang dilaksanakan, semakin banyak haba yang akan dihasilkan oleh otot. Dalam hal ini,
suhu badan Lim Jia Jing terus meningkat pada saat ke-120 kerana otot Lim Jia Jing telah
bekerja selama 2 minit yang mana merangsang pembakaran tenaga sejurus menghasilkan
haba yang mana telah meningkatkan suhu badan sebanyak 5.4%.

Akhir sekali, selepas subjek berehat selama 1 minit, suhu badan subjek telah kembali
pada paras normal iaitu 37°C. hal ini kerana apabila subjek berehat selama 1 minit, laluan
diberikan kepada otot untuk berehat daripada terus membakar tenaga. Ini akan menurunkan
kembali suhu badan subjek kepada paras normal kerana darah yang melalui otot tidak lagi
dipanaskan. Namun begitu, hal ini juga dipengaruhi oleh cuaca pada ketika aktiviti makmal
dilaksanakan. Ini kerana ketika aktiviti dilaksanakan, cuaca persekitaran berada pada suhu
rendah kerana hujan lebat. Oleh itu, penurunan suhu badan Lim Jia Jing berlaku dengan
pantas. Selain itu, apabila suhu teras bertambah, darah dihancurkan dari teras ke kulit yang
membolehkan kulit memancarkan lebih banyak haba, sejurus mengurangkan suhu badan.
Peluh yang dihasilkan juga membantu untuk menyejukkan semula suhu badan subjek kerana
apabila peluh menyejat, ia membawa haba yang berlebihan.

Gambar Aktiviti :

Aktiviti naik turun bangku Aktiviti naik turun bangku Mengukur suhu badan

Suhu badan Lim Jia Jing


Rujukan

Altareki N, Drust B, Atkinson G, Cable T, Gregson W. Effects of environmental heat stress (35
degrees C) with simulated air movement on the thermoregulatory responses. Int J
Sports Med 2009: 30: 9–15.

Bar-Or O, Lundegren HM, Buskirk ER. Heat tolerance of exercising obese and lean women. J
Appl Physiol 1969: 26: 403–409.

Cheung S, Flouris AD. Maximal oxygen uptake regulation as a behavioral mechanism. J Appl
Physiol 2009: 106: 345.

Gonzalez-Alonso J, Calbet JAL. Reductions in systemic and skeletal muscle blood flow and
oxygen delivery limit maximal aerobic capacity in humans. Circulation 2003: 107: 824–
830

Kenny GP, Flouris AD. The human thermoregulatory system and its response to thermal stress.
In: Wang F, Gao C, eds. Protective clothing: managing thermal stress. Cambridge:
Woodhead Publishing Ltd. in association with The Textile Institute, 2014: 319–349.

Nakamura M, Yoda T, Crawshaw LI, et al. Relative importance of different surface regions for
thermal comfort in humans. Eur J Appl Physiol 2013: 113 (1): 63–76.

Anda mungkin juga menyukai