Anda di halaman 1dari 5

Amali 2 : Masa Reaksi

Pengenalan

Magill (1993), telah mendefinisikan masa reaksi sebagai tempoh daripada mula penerimaan
stimulus sehingga bermulanya gerak balas. Masa reaksi seseorang individu adalah berbeza
dan ia dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan individu itu sendiri. Singer (1980), telah
menjelaskan bahawa masa reaksi berkait rapat dengan fungsi fisiologi yang melibatkan
integrasi antara sistem saraf, persepsi rangsangan dan tindak balas rangsangan. Kesemua
rangsangan yang diterima oleh sensori, impuls aferen dihantar ke efektor untuk memberi
tindakan terhadap rangsangan. Menurut Johnson dan Johnson (1985), masa reaksi adalah
selang masa di antara penerimaan sesuatu rangsangan sehingga memulakan sesuatu gerak
balas. Menurut Magill (1983), pengukuran masa reaksi merangkumi dua komponen iaitu isyarat
rangsangan dan permulaan gerak balas. Isyarat amaran ialah isyarat awal yang diberi sebelum
isyarat rangsangan sebenar. Sebagai contoh “sedia” juga memainkan peranan penting kerana
ia membolehkan peserta bersedia untuk bertindak seterusnya dan mempengaruhi masa reaksi
peserta. Masa reaksi seseorang individu adalah berbeza dan ianya dipengaruhi oleh faktor
persekitaran dan individu itu sendiri.

Faktor persekitaran yang mempengaruhi antaranya ialah:-

Jumlah alternatif stimulus-respon


Kesesuaian stimulus dengan gerakbalas
Variabiliti tempoh awal

Antara faktor individu yang mempengaruhi masa reaksi ialah seperti:-

Kematangan biologi
Intensiti tumpuan
Modaliti sensori yang digunakan.
Tujuan :

Tujuan aktiviti makmal ini adalah untuk mengenal pasti masa reaksi.

Alatan yang diperlukan :

1. Kayu pembaris
2. Jam randik

Prosedur :

Aktiviti A (Reaksi Visual)

1. Dapatkan satu pembaris berukuran 100cm.


2. Penguji memegang pembaris dengan hujungnya selari dengan ibu jari dan jari telunjuk
subjek dalam keadaan menegak.
3. Subjek letakkan tangan dominan di atas meja dengan menjarakkan jari ibu jari dan jari
telunjuk sehingga mereka berukuran 8cm dan bersedia untuk menangkap pembaris. (jari
subjek tidak harus menyentuh pembaris).
4. Tanpa memberi amarah/arahan kepada subjek, penguji melepaskan pembaris. Subjek
cuba menangkap pembaris sepantas yang mungkin.
5. Tahap/bacaan (cm) tept di atas jari pertama subjek di mana pembaris ditangkap
direkodkan.
6. Lakukan ujian ini sebanyak 5 kali dan kemudian hitung purata skor pencapaian.
Aktiviti B (Reaksi Auditori)

1. Subjek akan menutup mata dan penguji akan memegang pembaris seperti aktiviti 1.
2. Penguji akan melepaskan pembaris dan berteriak ‘’Now’’
3. Subjek akan menangkap pembaris sepantas mungkin.
4. Jarak akan diukur dan direkodkan.
5. Lakukan ujian ini sebanyak 5 kali dan kemudian hitung purata skor pencapaian.

Aktiviti C (Reaksi ‘Tactile’)

1. Subjek akan menutup matanya dan penguji akan memegang pembaris seperti aktiviti 1
dan eletakkan sebelah tangan pada bahu subjek.
2. Penguji akan melepaskan pembaris dan serentak memicit bahu subjek (sebagai tanda
pembaris telah dijatuhkan).
3. Subjek akan menangkap pembaris sepantas mungkin.
4. Jarak akan diukur dan direkodkan.
5. Lakukan ujian inin sebanyak 5 kali dan kemudian hitung purata skor pencapaian.

Jadual Keputusan :

Percubaan 1 2 3 4 5 Purata Masa


(cm) (saat)
Aktiviti
A 21 13 17 16 13 16 0.181
B 12 7 7 5 9 8 0.128
C 2 1 4 1 7 3 0.078
Laporan :

Berdasarkan jadual keputusan aktiviti yang dijalankan, terbukti aktiviti A iaitu aktiviti yang
memerlukan reaksi visual mendapat skor yang paling rendah. Dalam aktiviti A, masa tindak
balas yang telah dilaksanakan oleh subjek ialah 0.181 saat dimana merupakan masa yang
paling lama diambil oleh subjek untuk menangkap pembaris berbanding dalam aktiviti B iaitu
reaksi auditori serta aktiviti C iaitu reaksi ‘tactile’. Hal ini menunjukkan subjek mempunyai
koordinasi mata dan tangan yang lemah kerana aktiviti A merupakan aktiviti yang amat
memberi fokus terhadap daya visual subjek serta melibatkan sistem saraf mata. Namun begitu,
jika subjek terus mengulangi ujian bagi aktiviti A, kemungkinan besar masa tindak balas subjek
akan lebih meningkat dan bagus kerana apabila pengulangan dibuat, intensiti tumpuan subjek
akan meningkat dari masa ke semasa dimana fokus visual dapat diberikan sepenuhnya oleh
subjek dalam aktiviti tersebut.

Seterusnya, bagi aktiviti B yang berfokuskan reaksi auditori, subjek mendapat skor
sederhana dimana masa tindak balas subjek ialah 0.128 saat. Bagi aktiviti B, saraf yang
digunakan oleh subjek ialah saraf telinga dimana subjek akan menangkap pembaris apabila
mendengar penguji berteriak ‘’now’’. Disini dapat kita lihat bahawa reaksi auditori subjek
berada pada paras sederhana

Bagi aktiviti C yang mana merupakan aktiviti terakhir yang memberi fokus terhadap
reaksi ‘’tactile’’, subjek mendapat skor yang paling tinggi dan cemerlang kerana masa tindak
balas subjek hanya 0.078 saat yang mana merupakan sangat pantas. Ini jelas membuktikan
bahawa subjek mempunyai reaksi yang paling tinggi terhadap ransangan sentuhan. Reaksi ini
berlaku melalui saraf deria yang membawa mesej dari otak ke saraf motor subjek iaitu saraf
kulit kerana dalam aktiviti C, reaksi yang ditekankan ialah rekasi terhadap sentuhan.

Kesimpulannya, ketiga-tiga aktiviti ini melibatkan pelbagai jenis reaksi dimana ianya
berlaku secara sukarela berbeza dengan refleks yang berlaku secara tidak disengajakan atau
spontan. Ini merupakan faktor mengapa reaksi berlaku lebih lambat daripada refleks. Selain
itu,faktor lain ialah dalam proses refleks, saraf deria otak memintas dan terus pergi ke ‘’Central
Nervous System’’ (pusat kawalan) manakala bagi proses reaksi, ia berlaku melalui saraf deria
yang membawa mesej dari otak ke saraf motor.
Gambar Aktiviti :

Memberi arahan kepada Bersedia Untuk Melepaskan Melepaskan Pembaris


subjek Pembaris

Rujukan :

Cattell, J. M. (1947). James McKeen Cattell, 1860-1944: Man of science. Lancaster: Science
Press

Luce, R. D. (1986). Response times: Their role in inferring elementary mental organization. New
York: Oxford University Press.

Kosinski, Robert J. 2005. A Literature Review of Reaction Time. Accessed March 17, 2005.

Marieb, Elaine N., Exercise 22 Human Reflex Physiology, Activity 9: Testing Reaction Time for
Basic and Acquired Reflexes, pp. 232-233, Human Anatomy and Physiology Laboratory
Manual (Cat Version), 2003,7th Ed.- Update, Benjamin Cummings, San Francisco,
California.

Pachella, R. G. (1974). The interpretation of reaction time in information-processing research. In


B. H. Kantowitz (Ed.) Human information processing: Tutorials in performance and
cognition. Hillsdale, N.J.: Lawrence Erlbaum Associates. Pp. 41-82.

Sanders, A. F. (1998). Elements of human performance: Reaction processes and attention in


human skill. Erlbaum, Mahway, NJ.

Anda mungkin juga menyukai