Anda di halaman 1dari 6

SISTEM DAN TEORI PSIKOLOGI

SEMESTER 1
SESI 2016

PENYELESAIAN MASALAH ANAK


MEMBERONTAK MENGGUNAKAN TEORI
HUMANISTIK

PENSYARAH: DR. SITI MARZIAH BINTI ZAKARIA


NAMA NOMBOR MATRIX
NUR AZREEN BINTI RAHMAN A160515
SITINUR HIDAYAH BINTI HERMAN A159662
HIDAYATUL AIMAN BINTI SAMSUDIN A159815
SITI NUR AIN BINTI ROSLE A158981

TARIKH HANTAR: 28 NOVEMBER 2016


PENGENALAN
Psikologi humanistik merupakan sistem psikologi yang menekankan pengajian
pengalaman sedar serta kesempurnaan sifat semulajadi dan kelakuan manusia. Tema asas
psikologi humanistik ialah menekankan pengalaman sedar, percaya terhadap
kesempurnaan sifat semulajadi manusia, fokus kepada kebebasan memilih, kespontanan,
dan kuasa kreativiti seseorang individu, serta pengajian terhadap semua faktor yang
relevan terhadap manusia.
Pada arus urbanisasi ini, sikap remaja amat berlainan daripada zaman nenek moyang
kita dahulu. Hal ini demikian kerana cara ibu bapa itu sendiri yang mendidik anak dengan
tegas ataupun memanjakan mereka. Semuanya bermula dengan didikan dirumah. Apabila
anak tidak diajar atau dididik dengan sebaiknya, maka anak-anak cenderung untuk
melawan kata ibu bapa dan memberontak untuk mendapatkan sesuatu yang diingini.
Kebelakangan ini, banyak kes-kes berkaitan sikap anak memberontak disiarkan di
dada-dada akhbar. Sikap keras kepala anak-anak ini boleh membawa kepada kecelakaan
dan menyebabkan mereka hanyut dengan keseronokkan dunia serta terlibat dengan gejala
tidak sihat seperti gejala menghisap dadah. Contohnya, pada Oktober 2016, negara
digemparkan dengan kes anak yang merupakan seorang penagih dadah membunuh ibu
kandungnya sendiri di Ampang. Suspek yang baru berusia 23 tahun itu telah menetak
ibunya dengan parang sebelum menyerah diri di Balai Polis Komuniti Bukit Indah.
Teori humanistik ini dipilih kerana teori ini dekat dengan pendekatan yang
menyentuh perasaan dan emosi seseorang individu. Kebanyakan masalah disiplin pelajar
berpunca dari didikan ibu bapa dan kurang perhatian dari keluarga sendiri.

CONTOH-CONTOH SITUASI ANAK MEMBERONTAK


Memberontak itu merupakan antara perkara yang biasanya melibatkan emosi dan
sifat agresif. Antara contoh yang menunjukkan anak memberontak adalah dengan cara
melarikan diri dari rumah. Hal ini juga sekaligus membimbangkan dan membuatkan
keluarga anak yang lari tersebut akan risau apatah lagi jika anak tersebut masih remaja
atau masih di bawah umur. Kebiasaannya, apabila ibu bapa mendapati anak mereka telah
lari dari rumah, ibu bapa pasti akan membuat laporan polis kerana risau akan keselamatan
anak-anak mereka.
Anak-anak melakukan kesalahan dan membuat masalah di sekolah juga antara situasi
yang menunjukkan sesetengah daripada anak tersebut sedang memberontak dengan
menunjukkan rasa hati mereka dengan cara yang kasar dan agresif. Tidak dinafikan
dimana-mana institusi pendidikan, akan ada pelajar yang membuat masalah dan faktor-
faktor berlakunya perkara ini adalah disebabkan berbagai-bagai isu, dan salah satu isunya
ialah anak-anak tersebut melakukan masalah kerana memberontak disebabkan beberapa
hal. Anak-anak yang memberontak di sekolah ini kebiasaanya akan mudah berasa sedih
terutama apabila melihat rakan-rakan yang lain sangat akrab dengan keluarga mereka,
tetapi tidak dirinya, anak-anak ini kurang perhatian dari ibu bapa mereka, kerana itulah,
mereka menganggap, dengan memberontak, mereka akan diberi perhatian.
Di samping itu, situasi yang menunjukkan anak-anak memberontak ialah dengan
mengamuk dan melawan. Sebagai contoh, anak-anak mengasari adik-beradik sendiri
dengan menolak atau tidak ingin berkongsi barang permainan. Menunjukkan reaksi tidak
suka atau tidak ingin beramah mesra dengan yang lain dan sering bersikap pesimis
meskipun untuk isu-isu yang kecil.
Contoh situasi-situasi anak-anak memberontak ini sangat menujukkan bahawa
norma-norma positif dalam diri akan terhakis sedikit demi sedikit jika tidak dirawat dan
dibendung. Oleh itu, sebab-sebab perkara ini berlaku harus dikenal pasti dan jalan
penyelesaian kepada permasalahan ini harus segera dilakasanakan. Hal ini terjadi
disebabkan beberapa perkara yang akan dikupas di bawah tajuk Sebab-sebab anak
memberontak.
PENYELESAIAN

Terdapat sistem dan teori yang dapat digunakan bagi menangani masalah
pemberontakan yang berlaku dalam kalangan remaja kini iaitu sistem psikologi
humanistik. Kami memilih teori huministik kerana teori ini menekankan sifat semulajadi
manusia dan penyempurnaan kendiri serta teori ini juga menyatakan bahawa setiap
manusia memiliki keistimewaan mereka yang tersendiri.
Tokoh yang terkenal dalam kajiannya berkaitan psikologi humanistik iaitu Abraham
Maslow telah memperkenalkan teori asas yang diperlukan oleh setiap manusia iaitu Teori
Keperluan Maslow. Walaupun teori ini lebih cenderung kepada cabang behaviorism,
namun ianya berkaitan dengan permasalahan yang dibincangkan berkaitan
pemberontakan yang berlaku dalam kalangan remaja. Dalam teori yang diperkenalkan
tersebut, Abraham telah menetapkan kedudukan keperluan sosial iaitu keperluan kasih
sayang berada di hierarki ketiga dan keperluan penghargaan diri di hierarki keempat.
Dalam teori Malow juga menyatakan, tahap pertama hingga tahap keempat merupakan
tahap-tahap yang sangat penting untuk dipenuhi Di sini jelas menunjukkan bahawa setiap
orang amat memerlukan kasih sayang dari orang sekelilingnya seperti keluarga, guru dan
rakan-rakan. Malahan mereka inginkan diri mereka dihargai serta dihormati bagi
memenuhi keperluan sosial mereka. Ringkasnya, pemberontakan yang berlaku dalam
kalangan remaja kini adalah berpunca daripada kurangnya perhatian yang menyebabkan
golongan remaja ini berasa diri mereka tidak dihargai.
Jadi, masalah ini mampu ditangani menggunakan kaedah psikologi humanistik
kerana ianya menawarkan pengetahuan yang luas tentang kaedah penyelidikan berkaitan
tingkah laku di samping menawarkan nilai baru yang dijadikan pendekatan untuk
memahami keadaan dan sifat manusia. Dalam masalah yang diutarakan ini, kita dapat
menggunapakai teori psikologi humanistik dari Carl Rogers iaitu menggunakan kaedah
kaunseling. Jadi, pihak yang sesuai untuk mengambil tugas menangani isu
pemberontakan dalam kalangan remaja ini ialah guru kaunseling di sekolah kerana
mereka lebih berkemahiran dan bertauliah dalam mengendalikan remaja-remaja yang
bermasalah. Guru- guru kaunseling wajar mendekati dan mengajak pelajar-pelajar
bermasalah untuk berdiskusi bagi membentuk fikiran mereka yang memahami diri
sendiri.
Semasa perbincangan guru perlu membuatkan pelajar rasa dekat dengannya untuk
menceritakan masalah yang dihadapi secara terbuka. Dari penceritaan tersebut guru perlu
menunjukkan sikap saling menghargai dan mempercayai pelajarnya itu tanpa buruk
sangka atau memperlekehkannya dalam apa-apa situasi. Di sini guru perlu membimbing
pelajarnya untuk menangani punca pemberontakan dengan mencari nilai positif
,kelebihan atau bakat yang ada dalam diri pelajar bagi membuatkan mereka berasa
bahawa mereka merupakan insan yang unik dan kreatif sehingga menyebabkan mereka
rasa dihargai. Jadi, dengan menggunakan kaedah yang diperkembangkan oleh Carl
Rogers ini, masalah pemberontakan ini dapat dikurangkan kerana pelajar-pelajar telah
dikaunselingkan sehingga mereka dapat berfikir secara positif dan matang di samping
mereka akan berasa bahawa ada individu lain yang mengambil berat tentang diri meraka
seterusnya mereka akan rasa disayangi oleh orang sekeliling. Jadi, dengan kaedah
kaunseling ini, keperluan sosial para remaja dapat dilengkapi dan impaknya, keinginan
golongan remaja untuk memberontak dapat dikurangkan seterusnya mengurangkan risiko
mereka dari terjebak dalam masalah sosial.

RUMUSAN
Secara ringkasnya, teori psikologi huministik dipilih bagi menyelesaikan isu anak-
anak yang memberontak kerana fitrah anak-anak itu ingin disayangi. Apabila mereka
tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang perlu dan secukupnya, mereka mula
mencari alternative yang lain bagi mendapatkan perhatian dan ingin membuatkan orang
sekeliling menyedari akan kewujudannya.
Oleh itu, dengan psikologi huministik ini dapat lebih mendekati dan memahami isi
hati mereka sekaligus membuatkan fasa-fasa penyempurnaan kendiri menurut teori
huministik.

Anda mungkin juga menyukai