Anda di halaman 1dari 3

5 ciri murid pemulihan

Ciri-ciri murid pemulihan boleh dikelaskan kepada 5 kategori, iaitu emosi dan
tingkahlaku, sosial, kesihatan, kesediaan belajar dan pengamatan. Dalam aspek
emosi dan tingkahlaku, salah satu ciri yang dapat dilihat daripada seseorang
murid pemulihan ialah murid tersebut sentiasa bersikap rendah diri. Hal ini
kerana mereka kekurangan keyakinan terhadap diri sendiri mereka. Mereka juga
takut akan melakukan atau mencuba perkara-perkara yang baru. Selain itu, kita
dapat mengesan murid pemulihan selalunya dalam keadaan yang sedih dan
hiba. Mereka sangat cepat bosan dan jemu terhadap pelajaran mereka. Ironinya,
keupayaan mereka untuk belajar sesuatu adalah sangat lemah. Sebahagian
murid pemulihan juga bersikap pasif dan malas. Misalnya, tidak menyiapkan
kerja rumah mereka. Murid pemulihan juga sering dikatakan bersikap degil. Hal
ini kerana mereka tidak patuh pada peraturan dan suka melawan orang lain.
Murid sebegini juga cepat marah.

Berdasarkan kajian ciri-ciri sosial murid pemulihan, seseorang itu sentiasa


berasa gelisah dan selalunya bergerak di dalam bilik darjah serta suka
mengganggu kawan-kawannya. Secara tidak langsung, sebilangan mereka
dikatakan mengalami hyperaktif kerana tidak dapat duduk berdiam-diam.
Sebaliknya, ada juga mereka yang kelihatan lemah dan kurang berinteraksi
dengan rakan mereka. Mereka sering mengasingkan diri mereka daripada
kumpulan orang ramai. Mereka juga selalu tidak hadir ke sekolah dengan
pelbagai alasan dan menangis kerana enggan pergi ke sekolah. Kebanyakan
murid pemulihan juga mempunyai perangai ganjil seperti gemar menghisap atai
menggigit jari dan kuku. Tambahan pula, mereka juga suka berbohong dan
kadang-kala mencuri. Kesannya, murid-murid lain tidak suka akan mereka dan
perasaan benci wujud.

Selain itu, ciri-ciri kesihatan murid pemulihan ialah murid tersebut sentiasa
kelihatan tidak bertenaga serta kurang zat makanan. Hal ini kerana kebanyakan
mereka adalah daripada keluarga yang miskin atau bermasalah. Tumbesaran
tubuh badan mereka juga sentiasa tidak seimbang iaitu sama ada terlalu gemuk
atau terlalu kurus. Sebahagian mereka juga menghadapi masalah penglihatan.
Tamsilnya, tumpuan perhatian yang terhad. Mereka juga lemah gerakan motor-
kasar dan halus. Disebabkan kelemahan badan, kesihatan murid pemulihan
memang senang terganggu seperti selalu sakit penat dalam jangka masa yang
panjang. Mereka juga kurang menjaga kebersihan diri dan hal ini menyebabkan
mereka selalunya kelihatan kotor dan tidak kemas.

Dalam kategori kesediaan belajar, ciri-ciri murid pemulihan yang jelas kita
lihat ialah mereka selalunya belum bersedia untuk belajar. Mereka terangguk-
angguk sahaja atau tidak menumpu perhatian ketika guru mereka sedang
mengajar. Murid pemulihan juga kurang perbendaharaan kata. Hal ini kerana
pengetahuan bahasa mereka adalah agak lemah. Lebih-lebih lagi, pemahaman
mereka juga sangat lemah. Mereka sukar memahami sesuatu dan memerlukan
masa yang panjang untuk mempelajari benda yang baru. Kadang-kala, mereka
akan berasa kurang keyakinan diri dan rangsangan. IQ yang tidak seimbang
dengan umur hayat juga telah mempengaruhi kematangan seseorang murid
pemulihan. Natijahnya, mereka suka bertindak apa yang mereka suka sahaja
tanpa berfikir kesan.

Aspek ciri-ciri murid pemulihan yang seterusnya ialah pengamatan. Antara


ciri-ciri tersebut ialah seseorang murid pemulihan sukar untuk mengenali
perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan. Contohnya, warna merah dengan
warna oren, bentuk bulat dengan bentuk bujang dan seumpamanya. Seseorang
murid pemulihan juga lemah terhadap pendengaran bunyi dan rentak. Hal ini
kerana sebahagian mereka menghadapi masalah pendengaran. Mereka juga
senang keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah terutamanya kiri dan
kanan. Tambahan pula, murid sebegini juga menghadapi masalah mengira dan
hal ini menyebabkan mereka lambat mengelaskan benda atau nombor. Murid
pemulihan juga seorang pelupa kerana mereka tidak boleh mengingat kembali
apa yang telah dipelajari. Justeru, daya pemikiran atau ingatan mereka adalah
lemah. Selain itu, murid pemulihan juga tidak dapat menyelesaikan masalah.
Mereka sukar mengambil bahagian dalam permainan kerana tidak faham akan
undang-undang. Pemikiran mereka juga tidak kreatif dan mereka sangat susah
untuk membuat sesuatu kenyataan am. Akhirnya,Murid pemulihan memang
lemah dalam pergerakan dan perbuatan mereka.

Anda mungkin juga menyukai