Anda di halaman 1dari 6

PENDAHULUAN

Pilih dan masukkan ayat di bawah mengikut jenis ayat dengan tepat kemudian bina 1 ayat contoh yang
bersesuaian.

Persoalannya, apakah tindakan drastik yang relevan dapat diambil bagi mengatasi gejala ini daripada menjadi lebih
parah dan menular dalam kalangan pelajar?

Dewasa ini, masalah gengsterisme dalam kalangan pelajar sekolah semakin membimbangkan dan memerlukan
tindakan proaktif untuk membanterasnya.

Secara umumnya, gengsterisme ialah tingkah laku jenayah yang melanggar peraturan dan perbuatan tersebut tidak
boleh diterima oleh masyarakat serta pelakunya dipanggil dengan gelaran samseng.

Oleh itu, pencegahan awal perlu dilakukan kerana bertepatan dengan peribahasa yang berbunyi mencegah lebih
baik daripada merawat.

Ayat Topik Tema

Ayat Huraian Definisi Tema

Ayat Contoh Bukti Huraian Tema

Ayat
Peribahasa/Kata-
Kesan/Kata-
Kata Hikmah
Kata Menarik

Ayat Rumus Kehendak Soalan

Gabungkan ayat di atas dalam bentuk perenggan dengan lengkap.


ISI 1 : PERANAN IBU BAPA

Pilih dan masukkan ayat di bawah mengikut jenis ayat dengan tepat kemudian bina 1 ayat contoh yang
bersesuaian.

Jelaslah bahawa, pendidikan agama merupakan perisai utama yang paling ampuh untuk menangkis gejala negatif
seperti gengsterisme ini.

Hal ini demikian kerana ibu bapa perlu memberikan didikan agama yang teguh kepada anak-anak sejak kecil lagi
bersesuaian dengan pepatah yang berbunyi melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

Impaknya, anak-anak tidak akan terjebak dengan aktiviti gengsterime kerana memahami bahawa tingkah laku
tersebut akan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri sendiri, rakan, keluarga masyarakat dan negara.

Antara langkah yang boleh dilakukan ialah ibu bapa perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha
membanteras kegiatan gengsterisme yang semakin berleluasa pada hari ini.

Ayat Topik

Ayat Huraian

Ayat Contoh

Ayat Kesan/Kata-
Kata Menarik

Ayat Rumus/
Penegas

Gabungkan ayat di atas dalam bentuk perenggan dengan lengkap.


ISI 2 : PERANAN MEDIA MASSA

Pilih dan masukkan ayat di bawah mengikut jenis ayat dengan tepat kemudian bina 1 ayat contoh yang
bersesuaian.

Sudah terang lagi bersuluh, tanggungjawab sosial media massa, sama ada media elektronik mahupun media cetak
juga amat penting dalam menangani masalah gengsterisme dalam kalangan pelajar ini.

Hal ini ekoran media massa merupakan wahana yang berkesan untuk mendidik manusia dan berupaya
mempengaruhi tingkah laku serta pemikiran manusia.

Kesannya, media massa menjadi serampang dua mata kerana bukan sahaja memberikan hiburan namun turut
membantu dalam usaha membanteras gejala gengsterisme ini dalam kalangan pelajar sekolah.

Selain itu, langkah lain yang boleh dilakukan ialah media massa perlulah menjadi pemangkin kepada pemupukan
nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat khususnya remaja.

Ayat Topik

Ayat Huraian

Ayat Contoh

Ayat Kesan/Kata-
Kata Menarik

Ayat Rumus/
penegas

Gabungkan ayat di atas dalam bentuk perenggan dengan lengkap.


ISI 3 : PERANAN PIHAK KERAJAAN DAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

Pilih dan masukkan ayat di bawah mengikut jenis ayat dengan tepat kemudian bina 1 ayat contoh yang
bersesuaian.

Tegasnya, peranan pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan amat penting dalam mempertingkatkan keberkesanan
dalam usaha mengikis gejala gengsterisme dalam jiwa golongan belia.

Hal ini kerana kempen kesedaran amat perlu bagi menyedarkan masyarakat khususnya para pelajar akan isu
gengsterisme dan memberi ilmu kepada ibu bapa dan guru agar mereka dapat mengenal pasti sama ada anak atau
pelajar yang telah menjadi mangsa gengsterisme

Implikasinya, langkah ini dapat memberikan kesedaran secara berterusan kepada mangsa gengsterisme supaya
mereka dapat mengambil langkah-langkah yang drastik dengan melaporkan kepada pihak berkuasa dan hal ini
sesuai dengan peribahasa yang berbunyi sediakan payung sebelum hujan.

Di samping itu, langkah seterusnya ialah pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) perlulah mengadakan
kempen kesedaran.

Ayat Topik

Ayat Huraian

Ayat Contoh

Ayat Kesan/Kata-
Kata Menarik

Ayat Rumus/
Penegas

Gabungkan ayat di atas dalam bentuk perenggan dengan lengkap.


ISI 4 : PERANAN PIHAK SEKOLAH

Pilih dan masukkan ayat di bawah mengikut jenis ayat dengan tepat kemudian bina 1 ayat contoh yang
bersesuaian.

Oleh itu, tindakan pihak sekolah dalam mempamerkan ketegasan dalam menetap dan melaksanakan peraturan
yang tegas dapat membendung kemelut ini daripada terus merebak dalam kalangan pelajar masa kini.

Hal ini demikian ekoran penguatkuasaan undang-undang yang ketat perlu bagi memberikan keinsafan kepada
pelaku gengsterisme dan memberi pengajaran kepada pelajar lain agar menjauhkan diri daripada terlibat dalam
gejala ini.

Kesan yang diperolehi ialah pihak sekolah dapat membendung kes gengsterisme ini secara maksima dan tidak akan
memberi muka kepada pesalah di samping menjamin keselamatan para pelajar di kawasan sekolah untuk menimba
ilmu dengan lebih dinamik.

Tambahan lagi, langkah terakhir ialah pihak sekolah perlu melaksanakan peraturan yang tegas dan ketat bagi
pelajar yang terlibat dalam aktiviti gengsterisme ini.

Ayat Topik

Ayat Huraian

Ayat Contoh

Ayat Kesan/Kata-
Kata Menarik

Ayat Rumus/
Penegas

Gabungkan ayat di atas dalam bentuk perenggan dengan lengkap.


KESIMPULAN/ PENUTUP

Pilih dan masukkan ayat di bawah mengikut jenis ayat dengan tepat kemudian fikir 1 peribahasa yang
bersesuaian.

Semua pihak perlulah menggembleng tenaga dan besatu hati menjalankan peranan masing-masing dan tidak
seharusnya mengharapkan pihak berautoriti sahaja untuk bertindak.

Berkat usaha yang gigih daripada semua pihak, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama
negara ke peringkat antarabangsa dan mengangkat martabat bangsa di persada dunia agar negara kita Malaysia
dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi setanding dengan negara-negara maju.

Pihak berkuasa dan masyarakat perlulah saling berganding bahu bertepatan dengan peribahasa
____________________________________________________________________________________________.

Sebagai penutup bicara kata, terdapat banyak langkah yang boleh dilaksanakan bagi menghakis gejala gengsterisme
ini daripada menghantui jiwa anak-anak muda harapan bangsa.

Dengan usaha yang berterusan daripada semua pihak dapat melahirkan modal insan yang berkualiti dan
mempunyai minda kelas pertama sekiranya pelajar dapat belajar dalam suasana yang kondusif dan harmoni.

Merumus kehendak
Ayat Topik
soalan

Ulasan kehendak
Ayat Huraian
soalan

Ayat Contoh Cadangan

Ayat
Peribahasa/Kata-
Kesan/Kata-
Kata Hikmah
Kata Menarik

Ayat Rumus Harapan

Gabungkan ayat di atas dalam bentuk perenggan dengan lengkap.

Anda mungkin juga menyukai