Anda di halaman 1dari 4

MINGGU 5: ATEA 3316 ISU-ISU PERBURUHAN DI ASIA TENGGARA

RUJUKAN:

McConnell, C.R., Brue, S.L, Macpherson, D. A. 1999. Contemporary Labour


Economics. 5th. Ed. Singapore: McGraw-Hill

Prema-chandra, A., Manning, C., & Piyasiri, W., 2000. Growth, Employment and
Migration in Southeast Asia. UK: Edward Elgar

World Labor Report: 1995. Geneva: ILO

KULIAH 9: MASALAH PENGANGGURAN, KEMISKINAN DAN AGIHAN


PENDAPATAN DI NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA

PENGANGGURAN

Orang –orang bekerja

Orang –orang yang bekerja secara rasmi meliputi orang-orang yang semasa minggu
survei, berumur 16 tahun ke atas dan sama ada:

1. diupah oleh firma swasta atau unit kerajaan


2. bekerja sendiri
3. mempunyai kerja tetapi tidak bekerja kerana kurang sihat, cuaca buruk,
masalah kesatuan sekerja atau bercuti.

Dengan itu, nisbah pekerjaan-populasi boleh dihitung. Nisbah ini ialah jumlah
pekerjaan sebagai peratusan jumlah populasi tidak berinstitusi.

Populasi berpekerjaan = (gunatenaga/populasi tidak berinstitusi) X 100

Populasi tidak berinstitusi meliputi semua orang berusia 16 tahun dan ke atas yang
tidak berada dalam institusi seperti penjara, hospital mental atau rumah orang tua.

Orang tidak bekerja

Individu dianggap secara rasmi tidak bekerja jika pada masa bancian, mereka yang
bersia 16 tahun dan ke atas, tidak berada dalam institusi dan tidak bekerja tetapi
ada untuk bekerja dan:

1. melibatkan diri dalam aktiviti pencarian kerja spesifik sejak 4 minggu


kebelakangan
2. sedang menunggu untuk dipanggil semula ke sesuatu jawatan dari jawatan
di mana mereka dihentikan
3. sedang mencari kerja tetapi sakit buat sementara waktu.
4. sedang menunggu untuk melapor diri ke jawatan baru dalam tempoh 30 hari.

Mereka yang berusia 16 tahun dan ke atas dan tidak dimasukkan ke dalam institusi
tetapi tidak bekerja dan TIDAK tidak bekerja diklasifikasikan sebagai ‘tidak dalam
tenaga buruh’.

Tenaga buruh itu sendiri terdiri daripada mereka yang bekerja dan tidak bekerja.

1
Tenaga buruh = Bekerja + Tidak Bekerja

Kadar pengangguran ialah peratusan tenaga buruh yang tidak bekerja.

Kadar pengangguran(%) = (Pengangguran/Tenaga buruh) X 100

Jenis-jenis pengangguran

1. Pengangguran geseran

Orang ramai sentiasa:

1. berhenti kerja semasa untuk mencari kerja baru


2. mencari kerja baru selepas kehilangan kerja sebelumnya.
3. memasuki pasaran buruh untuk mencari kerja buat pertama kalinya
4. memasuki semula pasaran buruh selepas keluar buat beberapa ketika
5. bergerak dari satu kerja kepada kerja lain dalam tempoh 30 hari.

Majikan juga sentiasa

1. mencari pengganti pekerja yang berhenti kerja atau bersara


2. memberhentikan sesetengah pekerja dengan harapan mendapat pekerja
yang lebih baik
3. mencari pekerja baru untuk mengisi kerja-kerja yang terhasil akibat
pengembangan firma

Pasaran buruh tidak akan clear. Pada mana-mana keadaan terdapat pengangguran
geseran iaitu tidak semua pencari kerja yang aktif belum mendapat pekerjaan atau
menerima pekerjaan dan tidak semua pekerja belum dapat mengisi kekosongan
kerja. Pengangguran carian ialah punca utama pengangguran geseran.
Pengangguran jenis ini dibentuk oleh individu yang mencari tawaran kerja terbaik
dan firma mencari pekerja untuk mengisi kekosongan jawatan.

Pengangguran struktural

Pengangguran ini adalah berpanjangan. Ia boleh melibatkan kos yang tinggi ke atas
mereka yang menganggur dan kehilangan output yang besar kepada masyarakat.
Pengangguran struktural disebabkan oleh perubahan dalam komposisi penawaran
dan permintaan buruh. Ia berpunca dari ketidakpastian antara kemahiran yang perlu
untuk sesuatu jawatan dan kemahiran yang ada pada orang yang mencari kerja.
Pengangguran struktural juga boleh terjadi kerana ketidakpadanan geografi antara
lokasi jawatan dan pencari kerja.

Pengangguran kurangan permintaan

Terjadi akibat kemelesetan ekonomi dan terjadi akibat kejatuhan dalam permintaan
agregat yang memaksa firma untuk memberhentikan dan membuang pekerja.
Kemerosotan permintaan agregat juga penyebab utama pengangguran
kitaran/pengangguran kurangan permintaan.

2
KULIAH 10: MASALAH PENGANGGURAN, KEMISKINAN DAN AGIHAN
PENDAPATAN DI NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA(SAMBUNGAN)

AGIHAN PENDAPATAN

Agihan pendapatan peribadi ialah corak agihan kebangsaan syer pendapatan upah
individu.

Menerangkan agihan pendapatan

Dua cara menerangkan ketidakseimbangan agihan pendapatan:

1. Taburan frekuensi
2. Keluk Lorenz

Keluk Lorenz

1. Keluk ini menunjukkan peratusan kumulatif semua penerima upah dan gaji
sepenuh masa(paksi mendatar).
2. Peratusan kumulatif jumlah pendapatan yang berpadanan kepada peratusan
penerima gaji pula pada paksi menegak
3. Jika setiap pekerja sepenuh masa menerima pendapatan purata, keluk
Lorenz adalah garisan 45 darjah.
4. 20% penerima upah/gaji sepenuh masa menerima 20% pendapatan
5. 40% penerima upah/gaji menerima 40% pendapatan
6. Semua poin ini jatuh pada garisan hipotenus.

Contoh: Agihan upah dan gaji tahunan bagi pekerja sepenuh masa, 1996

Kuantil Peratusan Peratusan Kumulatif


0 0 0(a)
20% terbawah 4.7 4.7(b)
20% kedua 10.7 15.4(c)
20% ketiga 18.9 34.3(d)
20% keempat 19.8 54.1(e)
20% teratas 45.9 100.0(f)
100

7. Kawasan berlorek antara garis hipotenus(keseimbangan sempurna


pendapatan dan Keluk Lorenz memberikan satu ukuran visual tentang julat
ketidakseimbangan pendapatan.
8. Lebih besar kawasan ini, lebih besar darjah dispariti dalam pendapatan
tahunan.
9. Jika terdapat ketidakseimbangan sempurna(jika satu orang mempunyai 100%
daripada jumlah pendapatan) Keluk Lorenz akan bertindan dengan paksi
mendatar dan menegak dan menghasilkan sudut 90 darjah pada g.

Koefisyien Gini - Konsep

1. Ukuran visual ketidakseimbangan pendapatan boleh ditukar kepada


persamaan matematik.
2. Koefisyien Gini ialah nisbah antara kawasan berlorek kepada keseluruhan
segi tiga di bawah garis hipotenus.

3
Koefisyien Gini - Pengukuran

= kawasan antara Keluk Lorenz dan garisan hipotenus DIBAHAGI jumlah


kawasan di bawah garisan hipotenus.

3. Jika terdapat keseimbangan keseluruhan pendapatan, jarak antara garis


hipotenus dan keluk Lorenz ialah sifar. Oleh itu koefisyien Gini ialah
0(=0/afg).
4. Jika satu orang mempunyai semua pendapatan, kawasan antara Keluk
Lorenz dan garsi hipotenus ialah bersamaan dengan afg dan koefisyien Gini
ialah 1(=afg/afg).
5. Lebih besar Koefisyien Gini, lebih besar darjah ketidakseimbanagn
pendapatan.
6. Koefisyien Gini bagi data di atas ialah 0.40.

Faktor-faktor yang menentukan agihan pendapatan: Model Modal Insan.


1. Pendidikan formal

Pendidikan formal mempunyai komponen pelaburan di mana ia memerlukan


pengorbanan semasa untuk meningkatkan produktiviti masa muka dan oleh itu
pendapatan sepanjang hayat.

Kesimpulan: Lebih tinggi pendidikan, lebih tinggi pendapatan yang diterima.

2. Latihan dalam pekerjaan

Latihan dalam pekerjaan meliputi ‘belajar dengan melakukan’ dalam program latihan
apprentis formal dan program latihan yang mungkin umum atau spesifik kepada
firma.

Dalam kes latihan umum, pekerja menanggung kos pelaburan melalui upah yang
kurang. Oleh itu perolehan jangkaan pekerja dalam bentuk upah masa muka mesti
cukup untuk menghasilkan kadar pulangan ke atas kos pelaburan(upah semasa
dikurangkan) bersamaan dengan apa yang boleh diperoleh oleh pekerja melalui
pelaburan alternatif.

Dengan latihan spesifik tidak boleh pindah, firma akan dipaksa membayar
perbelanjaan pelaburan. Majikan hanya akan melakukan pelaburan ini hanya jika
jangkaan peningkatan dalam produktiviti kerja meyakinkan. Latihan akan dilakukan
dalam kedua-dua kes dengan jangkaan peningkatan dalam produktiviti dan
peningkatan pendapatan masa muka.

Kesimpulan: Oleh itu kita boleh melihat hubungan langsung antara amaun dan
kualiti latihan dalam pekerjaan dengan pendapatan tahunan seseorang.

Faktor-faktor lain:

1. Perbezaan dalam keupayaan


2. Pendidikan dan latihan
3. Diskriminasi
4. Cita rasa dan risiko
5. Ketidakadilan dalam Agihan Kekayaan
6. Kuasa Pasaran
7. Nasib baik, Kenalan dan Nasib Tidak Baik

Anda mungkin juga menyukai