Anda di halaman 1dari 3

MINGGU 10: ATEA 3316 ISU-ISU PERBURUHAN DI ASIA TENGGARA

KULIAH 19: PERMASALAHAN BURUH ASING DI ASIA TENGGARA

Penghijrahan Modal Manusia Antarabangsa

 Migrasi- ‘perpindahan’
 Faktor ekonomi adalah penting dalam keputusan migrasi, apabila terdapat pariti
yang besar dalam tingkat pendapatan
 Jenis-jenis migrasi

1. Migrasi dari luar bandar ke bandar


2. Migrasi dari bandar ke luar bandar
3. Migrasi orang asing
4. Migrasi dalam rantau/regional migration
5. Transmigrasi

Ciri-ciri imigran/emigran

 Mobiliti adalah lebih tinggi di kalangan orang muda dan berpendidikan tinggi seperti
yang dicadangkan oleh Teori Modal Manusia
 Umur- umur kemuncak untuk mobiliti ialah 20-24 tahun dan semakin berkurangan
dengan peningkatan umur
 Pendidikan- menunjukkan golongan manakah yang bergerak dalam satu peringkat
umur
 Jarak – mengikut Teori Modal Manusia, apabila kos migrasi bertambah, aliran
migrasi akan berkurangan.

Migrasi di Malaysia
Pengenalan

 40% daripada penduduk Malaysia adalah imigran


 Semasa penjajahan British, orang India dan Cina datang ke Tanah Melayu
 Malaysia hari ini memperlihatkan kekompleksan migrasi antarabangsa kerana
menjadi penerima dan pengeksport buruh

Strategi Pembangunan dan Kesan Ke atas Pasaran Buruh

A. Zaman penjajahan

 Kemasukan buruh-buruh India dan Cina untuk bekerja di ladang-ladanga getah dan
lombong bijih timah.
 Muncul ekonomi dualisma

1. sektor pertanian(milik peribumi)


2. sektor getah dan timah yang berorientasikan eksport(milik asing)

 Dualisma ini membawa kepada segmentasi pasaran buruh

B. Zaman Selepas Merdeka(1957-1970)

1
 Pengangguran adalah tinggi pada tahun 1960-an sehingga mencapai 7.4
peratus(1970) dan lebih ketara di kalangan golongan muda Melayu di bandar.

C. Dasar Ekonomi Baru(1971-1990)

 Objektif utama DEB ialah mewujudkan lebih banyak kerja, meningkatkan


pendapatan dan mengurangkan kemiskinan dan menyusun semula pekerja

D. Lepas 1991

 Ketika RM6(1991-1995) kadar pertumbuhan ekonomi dikekalkan pada 8%


setahun
 Masalah:
1. memenuhi permintaan ke atas buruh
2. persaingan daripada negara jiran yang menawarkan buruh yang murah

 Pengangguran jatuh daripada 8.5%(1985) kepada 2.8%(1995).

Kekurangan Buruh

 Sektor perladangan mengalami kekurangan buruh pada 1980-an.


 Menjelang 1995, kekurangan buruh berlaku di seluruh negara
 Kekurangan buruh meliputi buruh tidak mahir, separa- mahir dan buruh mahir.
 Daripada 1987-1993, pekerjaan bertumbuh pada purata 3.9% setahun manakala
buruh tempatan tumbuh pada 3.1% dan jurang itu diisi oleh pekerja asing.

Stok/Aliran Buruh dan Kesannya

Profesional, pekerja teknikal dan mahir


Emigrasi

 Terdapat 40 000 rakyat Malaysia yang berhijrah ke Australia, New Zealand, Kanada
dan US antara tahun 1983-1990(Pillai, 1992, p. 27)

Imigrasi

 Profesional asing, pekerja teknikal dan mahir di Malaysia yang menerima


pendapatan lebih daripada RM1200 diberikan pas pekerjaan

Pekerja separuh mahir dan tidak mahir


Emigrasi

 Pada lewat 1990, dianggarkan 16 000 rakyat Malaysia bekerja di Taiwan


 Singapura mengupah lebih 200 000 pekerja Malaysia yang berulang-alik setiap
hari(NST, 24 Mei 1995).

Imigrasi
Stok dan aliran

 Bilangan pekerja asing separa-mahir dan mahir sukar ditentukan kerana bilangan
pendatang haram yang besar. (Jadual 1 dan Jadual 2)

2
Sebab-sebab kemasukan secara haram

1. Kos yang tinggi dan banyak masalah dalam menggunakan saluran yang betul
mengikut undang-undang.
2. Pekerja sah tidak dibenarkan bertukar pekerjaan, majikan dan tempat kerja.

KULIAH 20: PERMASALAHAN BURUH ASING DI ASIA TENGGARA(SAMBUNGAN)

KESAN-KESAN KEMASUKAN BURUH ASING


Kesan makroekonomi

 Dalam jangka-pendek, penggunaan buruh asing dalam industri berintensif buruh


membantu mengatasi masalah kekurangan buruh, kos buruh yang rendah dan
mengekalkan kebolehsaingan industri Malaysia.
 Dalam jangka panjang, kemasukan buruh asing yang berterusan dan tidak terkawal
akan mengganggu penstrukturan semula daripada industri intensif buruh, teknologi
rendah dan upah rendah kepada aktiviti teknologi tinggi, kemahiran tinggi dan upah
yang tinggi.
 Buruh asing menyebabkan penyelarasan upah ke atas dikonstrain bagi pekerja
Malaysia dan menyebabkan berlakunya kemiskinan

Pengiriman luar negeri

 Andaian setiap pekerja mengirim RM200 sebulan, akan berlaku aliran keluar
sebanyak RM200 juta sebulan ATAU RM2.4 bilion setahun
 Industri perbankan telah menganggarkan aliran keluar yang lebih tinggi iaitu RM3.6
bilion

Isu politik dan keselamatan

 Dianggarkan pendatang Filipina di Sabah akan melebihi penduduk negeri Sabah


menjelang tahun 2008(Gunasekaran dan Sullivan, 1990, p. 68)

Kesan sosial

 Eksploitasi ke atas migran


 Jenayah
 Penyakit

Anda mungkin juga menyukai