Anda di halaman 1dari 2

KURIKULUM ALTERNATIF UNTUK MURID ISTIMEWA

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/5643-kurikulum-alternatif-untuk-
murid-istimewa.html

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa peka terhadap pendidikan anak-


anak istimewa termasuk mereka yang menghadapi masalah pembelajaran.

Pertimbangan perlu dibuat agar pelajar berkeperluan khas diberi peluang yang sama
dengan pelajar-pelajar lain di mana kualiti pendidikan mereka perlu dipertingkatkan agar
mereka dapat menguasai Kurikulum Alternatif yang telah dibina khas untuk mereka.

Mengikut Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2007, Kurikulum Alternatif


adalah kurikulum yang dibina khusus serta dianggap sesuai dan bermanfaat bagi murid
berkeperluan khas selain dari kurikulum latihan kemahiran.

Bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK), Masalah


Pembelajaran Tahap Satu, terdapat hanya lima mata pelajaran iaitu Pengurusan
Kehidupan, Asas 3M (Membaca, menulis, mengira), Seni Kreatif, Pendidikan Islam atau
Moral dan Pendidikan Jasmani.

Komponen-komponen yang terdapat dalam mata pelajaran Pengurusan Kehidupan pula


ialah Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah Laku dan Kemahiran Manipulatif.

Asas 3M merangkumi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik manakala


Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik pula merupakan komponen dalam mata
pelajaran Seni Kreatif.

Menurut Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1) (B)
Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, guru boleh mengubahsuai
kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti,
mata pelajaran dan bahan bantu mengajar dalam melaksanakan kurikulum pendidikan
khas bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas itu.

Pendekatan yang diambil dapat menentukan komposisi yang terbaik dan sesuai untuk
murid bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang tidak kurang dari segi aptitud atau
intelek turut diberi sokongan untuk menguasai kurikulum arus perdana agar potensi
mereka dapat dipertingkatkan secara menyeluruh dan optimum.

Mereka juga akan ditempatkan di Program-program Inklusif bersama pelajar-pelajar


biasa di kelas aliran perdana serta dibenarkan untuk mengambil peperiksaan awam seperti
UPSR, PMR dan SPM.

Berdasarkan pencapaian, mereka juga boleh dipertimbangkan untuk ditempatkan di


SMPK(V) Indahpura, Kulai, Johor atau sekolah-sekolah menengah teknik yang
ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Khas.
KPM sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan untuk murid
berkeperluan khas selaras dengan hasrat kerajaan dalam memastikan semua murid diberi
peluang untuk mendapat pendidikan yang sama rata

sumber maklumat : Portal Pendidikan Utusan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai