Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
SEMESTER
PUSAT
KAMPUS UUM
TENAGA PENGAJAR
DISEDIAKAN OLEH
NO MATRIK
TARIKH HANTAR
222222
KANDUNGAN
Kandungan i
Penghargaan ii
Bahagian 2 :
Malaysia
Bahagian 3 :
3.1 Dapatan
Rujukan iii
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, akhirnya dapat juga saya
menyiapkan tugasan projek Ekonomi dalam Pengurusan Awam (GMGF1013) ini tepat pada
masanya. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan ucapan
penghargaan kepada keluarga saya yang banyak membantu dari pelbagai aspek terutamanya
Ribuan terima kasih juga ingin saya titipkan buat pensyarah pembimbing Ekonomi
dalam Pengurusan Awam ini iaitu Encik XXX yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan
pengetahuan serta maklumat yang berguna dan bermanfaat sepanjang saya dalam proses
menyiapkan tugasan ini. Segala bantuan yang telah diberikan oleh beliau banyak menjadi
Seterusnya tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan sekelas yang telah banyak
memberi bantuan dan saling bertukar idea serta pandangan dalam proses menyiapkan tugasan
ini. Semoga segala jasa dan bantuan yang kalian berikan akan mendapat balasan yang baik dari
Allah S.W.T..
Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia
tentang isu utama dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara; iaitu isu guna tenaga dan
kadar pengangguran. Pertubuhan Buruh Kebangsaan (International Labour Organisation, ILO)
dalam Persidangan World Employment and Social Outlook : Youth (2016) menyatakan bahawa
sesebuah negara dikatakan mempunyai pertumbuhan yang mampan jika kadar
penganggurannya rendah. Sebaliknya, jika kadar pengangguran di sesebuah negara tersebut
tinggi, maka berlakunya pembaziran sumber manusia. Isu dan permasalahan pengangguran ini
berterusan menjadi satu daripada masalah ekonomi yang sangat penting dan harus ditangani
dalam pasaran buruh. Faktor yang menyumbang kepada berlakunya pengangguran ini adalah
pelbagai dan kompleks untik ditafsirkan.
Secara global, isi pengangguran mengikut satu kitaran yang mempunyai naik turun
sama seperti jatuh bangun ekonomi negara dan kedua-duanya saling berhubung kait di antara
satu sama lain.
Menurut Norhayati Baharin, et. al. (2012) dalam kajian mereka, Faktor-faktor yang
Mempengaruhi Pengangguran di Malaysia menyatakan bahawa pengangguran yang berlaku
dalam sesebuah negara akan menimbulkan kesan kepada ekonomi dan sosial. Antara kesan
pengangguran terhadap ekonomi ialah mengurangkan keluaran negara. Apabila terdapat
ramainya tenaga buruh yang menganggur maka, pengeluaran hasil dari beberapa sektor
ekonomi akan berkurangan dan akibatnya keluaran negara bagi negara tersebut turut akan
berkurangan. Ini jelas menunjukkan bahawa pengangguran tidak menggalakkan pertumbuhan
ekonomi. Kadar pengangguran yang tinggi akan menjejaskan prestasi pertumbuhan ekonomi.
Pembaziran sumber-sumber pengeluaran menjurus kepada pengeluaran output yang rendah
daripada output prestasi. Seterusnya, taraf hidup penduduk di sesebuah negara diukur dengan
menggunakan pendapatan per kapita. Apabila terdapatnya ramai tenaga buruh yang
menganggur maka, keluaran negara kasar akan berkurangan dan seterusnya akan
mengurangkan pendapatan per kapita. Apabila pendapatan per kapita rendah maka, taraf hidup
penduduk juga akan rendah.
Pengangguran juga memberikan kesan kepada pendapatan negara iaitu apabila kadar
pengangguran tinggi maka, pendapatan atau keuntungan pengusaha akan berkurangan. Ini
seterusnya akan mengurangkan jumlah cukai pendapatan dan cukai keuntungan syarikat yang
dipungut oleh kerajaan dan seterusnya akan mengurangkan pendapatan negara. Apabila
pendapatan negara berkurangan maka, kerajaan tidak dapat menyediakan pelbagai kemudahan
infrastruktur yang perlu untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Perbelanjaan tersebut terpaksa
dikurangkan dan akan melambatkan proses pembangunan negara.
Dari aspek sosial pula, pengangguran boleh mewujudkan keadaan tidak tenteram dan
aman dalam keluarga. Ini kerana, apabila berlakunya pengangguran dalam sesebuah institusi
keluarga, pergaduhan akan kerap terjadi berikutan kesempitan hidup yang seterusnya boleh
membawa kepada penceraian. Di samping itu juga, kesan daripada masalah kewangan yang
dihadapi oleh pengangguran maka, mereka sanggup melakukan perkara yang tidak bermoral
seperti rompakan, pembunuhan dan lain-lain kegiatan anti sosial yang boleh mendatangkan
wang. Ini turut dinyatakan oleh Tan Sri Lee Lam Thye, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan
Jenayah Malaysia (MCPF) dalam kenyataan beliau dalam Berita Awani (2015); di mana faktor
pengangguran menjadi antara punca sesetengah individu terlibat dalam kegiatan jenyaah
samun kedai bagi mencari jalan mudah untuk memperoleh wang dengan pantas. Oleh yang
demikian, isu pengangguran ini perlu ditangani sehingga ke akar umbi agar tidak memberikan
kesan yang lebih buruk bukan sahaja kepada individu yang terlibat, malahan masyarakat,
keluarga dan negara.
2.2 IDEA DAN ANDAIAN : PENGANGGURAN DI MALAYSIA
Pengangguran berkait rapat dengan soal pembangunan sumber manusia. Dasar Pembangunan
Nasional Malaysia (DPN) melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP1, 2 dan 3)
bermula dari tahun 1971 hingga 2005 (Portal KLIK Jabatan Penerangan Malaysia, 2017) telah
memberikan keutamaan yang jelas kepada pembangunan sumber manusia. Usaha ini
dimantapkan lagi dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang telah dibentangkan
oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak melalui Program
Transformasi Sosial; di mana matlamat utama pelaksanaan Program Transformasi Sosial ini
adalah untuk mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan peratusan kelulusan
pendidikan tertinggi rakyat di negara ini (Portal KLIK Jabatan Penerangan Malaysia, 2017).
Berdasarkan perubahan, perancangan dan pelaksanaan dasar-dasar negara yang baharu
tersebut, dapat dilihat bahawa kerajaan begitu tekad dan komited dalam usaha untuk membasmi
pengangguran dalam kalangan rakyat Malaysia.
34.6
84.1
91.7
189.5
40
30
20.1
20 17.6
10
0
STPM SIJIL DIPLOMA IJAZAH
Berdasarkan maklumat yang telah dinyatakan di atas, apakah sebab atau faktor yang
mendorong kepada permasalahan tersebut?
1. Kemungkinan isu pengangguran terjadi di Malaysia disebabkan oleh sikap rakyat
sendiri yang memilih kerja.
2. Kemungkinan isu pengangguran terjadi di Malaysia disebabkan oleh lambakan
graduan akibat ketidakpadanan jurusan yang dipilih dengan peluang pekerjaan
dalam pasaran kerja.
3. Kemungkinan isu pengangguran terjadi di Malaysia disebabkan oleh peningkatan
dalam bidang reka cipta dan inovasi di mana tenaga buruh telah digantikan dengan
mesin.
4. Kemungkinan isu pengangguran terjadi di Malaysia disebabkan oleh kedatangan
tenaga buruh dari luar negara yang lebih murah.
2.3 ISU-ISU YANG DAPAT DIPELAJARI: PUNCA PENGANGGURAN DI
MALAYSIA
Rakyat Malaysia tidak mengira lapisan umur mahupun latar belakang pendidikan merupakan
modal insan berprospek tinggi untuk membantu memacu dan menggerakkan ekonomi negara.
Pengangguran dalam kalangan rakyat negara yang tidak terkawal akan membawa impak
kepada perkembangan ekonomi semasa negara. Oleh yang demikian, isu pengangguran ini
perlu dikupas dengan sebaiknya agar mampu dirawat menerusi serangkaian intervensi dan
cadangan yang bersesuaian dengan landskap dasar dan politik di Malaysia. Pengabaian secara
berterusan terhadap isu ini akan mendatangkan banyak keburukan; baik kepada pembangunan
masyarakat mahupun ekonomi itu sendiri.
Sebagai permulaan, penulisan ini akan memfokuskan kepada beberapa isu-isu yang
dapat dipelajari berkenaan dengan punca pengangguran di Malaysia. Antaranya ialah :
1. Adakah benar isu pengangguran yang terjadi di Malaysia disebabkan oleh sikap rakyat
sendiri yang memilih kerja?
2. Adakah benar ketidakpadanan jurusan yang dipilih oleh graduan dengan peluang
pekerjaan dalam pasaran kerja memberi kesan kepada lambakan graduan yang
menjadikan peratusan penganggur di negara meningkat?
3. Bagaimanakah kemajuan teknologi dapat menyumbang kepada permasalahan
penggantian tenaga buruh kepada alatan mesin yang seterusnya menyebabkan peluang
pekerjaan semakin sempit?
4. Adakah benar kemasukan tenaga buruh asing menyebabkan rakyat di negara sendiri
mengemis mencari pekerjaan?
BAHAGIAN III
3.1 DAPATAN
Dalam mendepani era globalisasi yang serba moden dan canggih, masyarakat perlu
mempersiapkan diri dengan tahap pengetahuan yang lebih tinggi selari dengan kemodenan
yang bakal dikecapi menjelang Wawasan 2020. Maka, kemunculan institusi pengajian tinggi
awam dan swasta dengan pesat ibarat cendawan tumbuh selepas hujan adalah tidak
menghairankan kerana tuntutan dunia pekerjaan yang memerlukan kemahiran dan tahap
pendidikan yang tinggi selain pengalaman kerja. Dengan lahirnya institusi pengajian tinggi
awam dan swasta yang banyak tersebut maka, pelbagai kursus turut ditawarkan sama ada dari
segi pendidikan tinggi mahupun kemahiran teknikal. Walau bagaimanapun, lambakan
siswazah yang tidak mendapat pekerjaan yang kini mencapai angka yang membimbangkan
tetap berlaku. Persoalannya, apakah punca, sebab atau faktor yang menyumbang kepada
permasalahan ini?
(Sumber: Pertubuhan Buruh Antarabangsa, Jabatan Perangkaan Malaysia dan anggaran Bank
Negara Malaysia, 2015)
Seterusnya, menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh (Sinar Harian
Online, 2017) memaklumkan bahawa 54103 daripada 238187 siswazah universiti menganggur
dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian masing-masing. Jumlah lambakan
graduan yang tidak bekerja ini amat membimbangkan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif
Multimedia Universiti (MMU), Prof. Datuk Dr. Ahmad Rafi Mohames Eshaq (Sinar Harian
Online, 2017) juga, jumlah institut pengajian tinggi awam mahupun swasta di negara ini
semakin meningkat saban tahun namun, adakah jurusan-jurusan yang ditawarkan relevan
dengan keperluan dan kehendak majikan pada masa kini? Misalnya, siswazah dalam bidang-
bidang lazim seperti siswazah sastera dan kemanusiaan, dan sains sosial lazimnya dilengkapi
dengan pengetahuan dan kemahiran umum berkaitan dengan pekerjaan sahaja manakala,
siswazah sains tulen pula dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran umum dan khusus
berkaitan dengan bidang pekerjaan mereka. Kedua-dua kelompok siswazah ini mendapati
mereka amat sukar untuk memasuki pasaran buruh dan menggunakan kemahiran dan
keupayaan mereka berbanding dengan kelompok siswazah yang lain. Ini kerana, sesetengah
institusi pendidikan menawarkan kursus-kursus yang tidak diiktiraf oleh kerajaan dan
lambakan institusi pengajian terutamanya institusi pengajian swasta hanya bermain dengan
kata-kata apabila menawarkan jurusan yang tidak mendapat pengiktirafan dan memenuhi
perspesifikasi pekerjaan yang ditetapkan. Terdapat juga sesetengah institusi pendidikan yang
hanya mementingkan teori dalam sesuatu kursus dan mengabaikan latihan industri. Ini
seterusnya akan menyebabkan graduan tidak mendapat pendedahan awal berkaitan dengan
prospek pekerjaan dan tidak dapat memenuhi standard yang telah ditetapkan oleh dunia luar.
Selain itu, pengangguran turut terjadi disebabkan oleh penggunaan tenaga buruh dalam
proses pengeluaran telah diambil alih oleh mesin dan robot. Ini berikutan daripada
perkembangan teknologi yang telah berjaya mencipta alatan yang lebih baik dan canggih untuk
meningkatkan pengeluaran dengan kos pengeluaran yang semakin berkurangan. Munculnya
berbagai-bagai peralatan canggih sangat membantu manusia dalam menyelesaikan pelbagai
pekerjaan. Misalnya, penggunaan mesin forklift di kilang-kilang yang dapat digunakan untuk
mengangkat muatan yang berat mahupun ringan dalam satu masa yang singkat berbanding
penggunaan beberapa tenaga kerja yang ramai. Kesannya, berlaku pengurangan jumlah tenaga
kerja berikutan penggantian oleh sebuah mesin yang lebih menjimatkan masa dan kos; yang
seterusnya membawa kepada kehilangan peluang pekerjaan.
Jika jumlah tenaga buruh asing ini digantikan dengan tenaga buruh tempatan, tidak
mustahil jika peratusan pengangguran boleh mencecah angka sifar peratus. Sehubungan
dengan itu, tidak salah sekiranya majikan menggunakan orang tempatan untuk memenuhi
bidang-bidang pekerjaan di negara ini demi pembangunan negara. Wang yang dilaburkan juka
tidak sia-sia jika dialirkan kepada warga tempatan berbanding dengan warga asing.
3.2 CADANGAN MENGATASI MASALAH PENGANGGURAN DI MALAYSIA
Pada dua dekad dahulu, kebanyakan graduan Malaysia senang memasuki alam pekerjaan
selepas mereka menamatkan pengajian. Pihak majikan perlu bersaing untuk mendapatkan
seorang pekerja yang berkualiti kerana tawarannya adalah terhad. Namun, keadaan pada hari
ini sudah berubah kerana graduan-graduan di kehendaki bersaing antara satu sama lain untuk
mendapatkan satu pekerjaan. Hanaya mereka yang produktif saja mendapat pekerjaan dan
mereka yang tidak produktif selain menghadapi pesaingan dalam kalangan mereka sendiri,
mereka juga menghadapi persaingan daripada bakal graduan. Keadaan ini bertambah teruk
apabila semakin ramai bakal graduan yang dihasilkan oleh institute pengajian tinggi awam
mahupun swasta dan akhirnya masalah pengangguran bertambah teruk serta membentuk satu
krisis pendidikan tinggi.
Seterusnya, kurikulum dalam bidang-bidang sastera dan kemanusian, sains sosial dan
sains perlu bersifat seimbang, iaitu terdapat penekanan elemen secara eksplisit kepada
pembangunan kualiti personal dan kemahiran praktikal. Dalam erti kata lain, kurikulum yang
bersifat seimbang perlu mengurangkan penekanan kepada keperluan subjek semata-mata dan
meningkatkan penekanan kepada keperluan jangka panjang para siswazah. Dalam hal ini,
perkerjaan dan perkara-perkara berkaitan dengan tempat kerja merupakan satu daripada
beberapa keperluan yang dimaksudkan. Setiap institusi pengajian tinggi di negara ini tidak
boleh menganggap masalah pengangguran sebagai satu fenomena yang enteng sahaja. Institut
pengajian tinggi perlu mendapatkan maklum balas secara berterusan daripada siswazah dan
juga majikan tentang objektif kursus-kursus yang ditawarkan. Matlamat akhir bagi institut
pengajian tinggi ialah untuk menghasilkan siswazah yang berkeperibadian diri yang tinggi,
berilmu, berteknologi dan berkemahiran.
Selain itu, kemahiran yang paling utama yang perlu dikuasai oleh masyarakat di
Malaysia ialah kemahiran berkomunikasi. Kemahiran ini merupakan kemahiran paling asas
yang perlu diutamakan kerana majikan akan meneliti dan menguji para perkeja sama ada
kemahiran berkomunikasi mereka adalah benar-benar pada tahap yang diingini.
Memandangkan pada masa ini Malaysia merupakan salah sebuah negara dunia ketiga yang
pesat membangun, maka tidak hairan jika negara ini dibanjiri oleh pelabur-pelabur asing yang
ingin menjalankan perniagaan sesuai dengan iklim ekonomi negara. Secara tidak langsung,
situasi ini akan memerlukan tenaga kerja mahir yang pastinya boleh berkomunikasi dengan
baik, terutamanya dalam Bahasa Inggeris. Pekerja yang diharapkan bukan sahaja mampu
bertutur dengan fasih, tetapi juga menguasai bahasa secara lisan. Ini kerana, penguasaan
terhadap Bahasa Inggeris seperti berkomunikasi dengan baik akan membolehkan seseorang
individu menjana idea yang kritis dan kreatif bagi membantu menarik minat pelabur agar terus
mengikat perjanjian pekerjaan. Kehendak pelanggan dalam urusan perniagaan juga penting
untuk difahami dengan jelas dan baik. Apabila penguasaan kemahiran berkomunikasi ini dapat
dikuasai, maka daya keyakinan akan menjadi lebih tinggi. Malah, mereka yang sedang dalam
usaha mencari pekerjaan juga akan berpeluang besar dalam mendapatkan sesuatu kerjaya
kerana mempunyai idea yang bernas selain mempunyai teknikal yang mantap. Penguasaan
kemahiran berkomunikasi dengan baik, terutama sekali dalam Bahasa Inggeris juga mampu
membantu kemahiran survival individu dalam cabaran pencarian kerjaya yang bersesuaian
dengan bidang dan kemahiran yang mereka miliki. Ini turut disokong oleh Chan Lee Yee et.
al., (2007) dalam kajian mereka bahawa penguasaan dalam Bahasa Inggeris umpama penentu
kepada graduan agar lebih mampu untuk bersaing secara efektif dalam pasaran kerja.
Bukan itu sahaja, bidang teknikal dan vokasional (TVET) merupakan sebuah bidang
pendidikan yang bertindak balas terhadap kelompangan yang ditinggalkan oleh pendidikan
tertiari dalam sesebuah negara. Bidang TVET ini melatih belia dalam pelbagai bidang yang
bersifat kemahiran yang bertujuan untuk melahirkan banyak pekerja bertaraf mahir dan separa
mahir. Oleh yang demikian, pendidikan yang berkualiti di samping bidang TVET yang
berkesan adalah penting bagi membantu masyarakat di negara ini menyiapkan diri dengan
kemahiran yang diperlukan dalam bidang pekerjaan. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2015-2025) telah menggariskan strategi yang wajar untuk mentransformasikan
sistem pendidikan negara, emmperkasakan isntitusi pengajian tunggi dengan autonami dan
tanggungjawab untuk melahirkan siswazah yang cekap teknologi dan serba boleh serta
menambah baik kualiti bidang TVET negara. Bagi belia khususnya, hasil penyeledikan
menunjukkan bahawa akses kepada latihan vokasional yang lebih banyak, berkait rapat dengan
kadar pengangguran belia yang lebih rendah (Banerji et. al., 2014). Di Jerman, Sistem
Dwilatihan Vokasional Teknikal memadankan perantis daripada sekolah vokasional dengan
syarikat untuk menggabungkan pengalaman pembelajaran berasaskan kerja bagi menyediakan
mereka untuk alam pekerjaan. Sistem ini dikatakan sebagai penyumbang utama kepada kadar
pengangguran belia di negara tersebut berada pada tahap yang rendah. Maka dengan itu, tidak
salah sekiranya kerajaan mengambil inisiatif untuk mengkaji dan menggubal semula sistem
pendidikan teknikal dan vokasional negara agar selari dengan sistem ini; sebagai usaha untuk
menangani isu pengangguran rakyat khususnya golongan belia.
Selain itu juga, usaha menggalakkan kolaborasi industry yang bermakna dalam
pendidikan dan latihan adalah penting dalam pembangunan komuniti selain memupuk tenaga
kerja bersemangat dan bertenaga untuk memenuhi keperluan industry kini dan akan datang.
Platform yang dibiayai dengan baik dan berkesan diperlukan dalam usaha ke arah menawarkan
latihan berkualiti tinggi dan menggalakkan pembangunan tenaga kerja. Platform sebegini
merintis jalan kepada kerajaan, industri dan sektor pendidikan serta latihan untuk beruding dan
membangunkan kurikulum dan latihan bagi memenuhi keperluan kemahiran industri; serta
menyokong secara aktif pelaksanaan dan usaha peningkatan yang berterusan. Maka dengan ini,
kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih proaktif dan mengambil tindakan dengan lebih
cekap bagi mencegah isu pengangguran ini agar menular dan berterusan dengan lebih teruk
lagi.
Akhir sekali, bagi menangani isu kemasukan buruh asing ke negara ini, pihak berkuasa
perlu menguatkuasa dan memperketatkan lagi undang-undang. Hukuman penjara mandatori
perlu dikenakan ke atas mana-mana individu atau majikan yang mengupah buruh asing tanpa
permit. Ini kerana, segelintir majikan suka mengambil buruh asing tanpa permit kerana upah
gaji mereka yang lebih rendah serta keupayaan mereka untuk berkerja lebih masa tanpa
meminta pulangan gaji tambahan. Selanjutnya, operasi mengesan pekerja asing tanpa permit
juga harus dijalankan dengan lebih kerap terutamanya di sepanjang pantai dan sempadan
negara. Pihak Polis Marin, Jabatan Imigresen dan Tentera Laut hendaklah bergabung tenaga
dan bertindak secara bersepadu dalam menyekat kemasukan buruh asing tanpa permit ini.
Pengambilan buruh asing secara berleluasa telah menyekat peluang pekerjaan rakyat tempatan.
Kerjasama antara kerajaan Malaysia dan kerajaan negara luar yang terbabit juga penting
dalam membendung kebanjiran kemasukan pekerja asing yang telah mengganggu-gugat
peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan. Misalnya pihak kerajaan memalui Kementerian
Sumber Manusia duduk semeja beruding dan berbincang dengan kerjaan negara yang telibat
bagi membincangkan pengambilan jumlah pekerja asing yang masuk ke negara ini; di mana
kerajaan perlu tegas dalam menetapkan had jumlah pengambilan tenaga buruh asing. Selain
itu, kementerian-kementerian dalam kerajaan juga perlu komited dalam memantau dan
menjalankan tinjauan dan pemerhatian terhadap pengusaha-pengusaha dan majikan yang
terlibat dengan tenaga buruh asing ini. Misalnya seperti Kementerian Kerja Raya terlibat dalam
sektor pembinaan, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri terlibat
dengan sektor pekerja pembantu rumah, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
terlibat dalam perladangan dan sebagainya.
Kesimpulannya, rakyat yang merupakan aset berharga bagi negara tidak boleh
diabaikan begitu sahaja. Masalah pengangguran dalam kalangan rakyat di negara ini perlulah
ditangani dengan lebih serius. Perbincangan antara badan-badan berkaitan sama ada pihak
kerajaan, swasta mahupun badan-badan bukan kerajaan ang berkaitan di peringkat serantau
perlulah dipergiatkan untuk mencari punca-punca yang menyebabkan pengangguran ini terjadi
dan seterusnya mengambil satu remedi yang bersesuaian bagi mengatasinya. Usaha yang
diambil tersebut perlulah bersifat pragmatik dan realistik agar eperdemik pengangguran ini
tidak terus menjadi duri dalam daging kepada kemajuan negara.
PENUTUP
Tiada penyakit yang tiada penawarnya, tiada masalah yang tiada penyelesaiannya, maka
langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan
agar isu pengangguran boleh dibasmi hingga ke akar umbi. Semua pihak sewajarnya sentiasa
bertanggungjawab dalam permasalahan ini. Semua masyarakat di negara ini terutamanya
golongan belia tidak sewajarnya hanya memikirkan faktor gaji dalam pemilihan sesuatu kerja
demi menjamin kepentingan mereka pada masa hadapan. Pihak majikan pula, perlulah sentiasa
memberikan peluang terutamanya bagi masyarakat tempatan mahupun graduan bumiputera
untuk mencuba nasib dalam pemilihan kerja agar isu pengangguran dapat dikurangkan; di
samping para graduan bumiputera dapat bersaing setaraf dengan graduan bukan bumiputera di
persada antarabangsa. Seterusnya, pihak institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta perlu
sentiasa mengimbangi pembelajaran siswazah di peringkat universiti dengan mengaktifkan
pembelajaran latihan industri setaraf dengan pembelajaran teori agar pendedahan awal dalam
bidang pekerjaan masing-masing akan dapat diperkenalkan dengan lebih awal kepada
siswazah. Bak kata pepatah, alah bisa, tegal biasa.
RUJUKAN
Banerji, A., S. Saksonovs, H. Lin, & R. Blavy. (2014). Youth Unemployment in advanced
Economics in Europe : Searching for Solutions. IMF Staff Discussion Note, Amerika
Syarikat.
Berita Awani. (2015). Pengangguran Merupakan Punca Individu Terlibat dalam Kegiatan
Jenayah Samun. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pengangguran-merupakan-
punca-individu-terlibat-dalam-kegiatan-jenayah-samun-19933 Di akses pada 30
November 2017.
Chan Lee Yee & Norehan Abdullah. (2007). Produktiviti bagi Sistem Pengajian Tinggi di
Malaysia. Kajian Malaysia Jilid XXV No. 2, 45.
International Labour Organisation. (2016). World Employment and Social Outlook : Youth.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2017). Siaran Akhbar : Statistik Utama Tenaga Buruh Di
Malaysia. https://www.dosm.gov.my Di akses pada 30 November 2017.
Norhayati Baharin, Ishak Yussof & Rahmah Ismail. (2012). Faktor-faktor yang
Mempengaruhi Pengangguran di Malaysia. Prosiding PERKEM VII, Jilid 1 (2012), 209-
227.
Pertubuhan Buruh Antarabangsa, Jabatan Perangkaan Malaysia dan Anggaran Bank Negara.
(2015). Kadar Pengangguran di Malaysia Mengikut Tahap Pendidikan. Dalam
Kementerian Kewangan Malaysia. (2016). Touch Points bagi Bajet 2017.
Portal KLIK Jabatan Penerangan Malaysia. Dasar Pembangunan Nasional.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/88-dasar-dasar-
negara/241-dasar-pembangunan-nasional-dpn-.html Di akses pada 1 Disember 2017.