Anda di halaman 1dari 11

TEKS PENGACARA MAJLIS BAKTI DISANJUNG BUDI DIJUNJUNG

TARIKH : 04 FEBRUARI 2016


MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT: DEWAN SIGMA
PERKARA BUTIRAN CATATAN

Ketibaan Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,


Tetamu
Dijemput semua tetamu mengambil tempat
Hidi kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.

Mohon para hadirin berdiri untuk menyambut


ketibaan Yang Diraikan ke dalam dewan.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Tn. Hj.


Mohd Sani bin Mohd Daud dan isteri, Pn. Norliza
bt. Baharum serta En. Salman bin Hussain dan
isteri, Pn. Zulaikha bt. Abdul Kadir dengan
diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “Bakti
Disanjung, Budi Dijunjung” sempena persaraan
Tn. Hj. Mohd Sani bin Mohd Daud, Pengetua SMK
Sungai Manik dan En. Salman bin Hussain,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Sungai
Manik.

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku


dan Lagu negeri Perak. Dipersilakan hadirin untuk
berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu.

...................................(Lagu Negaraku)
...................................(Lagu negeri Perak)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

1
Ucapan Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t,
Alu-aluan salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Perak Aman
Jaya.
Hidi
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Diraikan
Tn. Hj. Mohd Sani bin Mohd Daud dan isteri
Pengetua SMK Sungai Manik

En. Salman bin Hussain dan isteri


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Sg. Manik

Yang Berusaha Tn. Hj. Sulaiman bin Hj.


Samsudin
Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak

Yang Berusaha Tn. Hj. Ramli bin Yusuf


mewakili YB Ahli Parlimen Pasir Salak

Yang Berusaha En. Norazman bin Ashkar


mewakili YB ADUN Sungai Manik

Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Yusof bin Sharie


Yang Dipertua MPSM Daerah Hilir Perak

Yang Berusaha Tn. Hj. Asror bin Hj. Hanapi


Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sungai Manik
selaku Pengerusi JK Pengelola Majlis Bakti Disanjung
Budi Dijunjung

Yang Dihormati En. Abdul Halim bin Abdul Rashid


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru,
SMK Sungai Manik

Pegawai-pegawai PPD Hilir Perak


Barisan Pengetua dan Guru Besar Sekolah-
sekolah Daerah Hilir Perak atau wakil
Dif-dif Jemputan

2
Barisan guru, para pelajar, hadirin dan hadirat
yang dirahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis “Bakti Disanjung, Budi Dijunjung” sempena
persaraan Yang Diraikan Tn. Hj. Mohd Sani bin
Mohd Daud, Pengetua SMK Sungai Manik dan En.
Salman bin Hussain, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid SMK Sungai Manik.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur


Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurnia-
Nya maka kita dapat bersama-sama berhimpun
pada pagi ini untuk meraikan Tn. Hj. Mohd Sani
bin Mohd Daud dan En. Salman bin Hussain dalam
Majlis “Bakti Disanjung, Budi Dijunjung”

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala


bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang
Diraikan sepanjang perkhidmatan mereka dalam
dunia pendidikan yang berakhir sebagai Pengetua
dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK
Sungai Manik.

Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Roosezah Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh


bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Sukri b. Sulaiman.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

3
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Sukri b.
Sulaiman atas bacaan doa itu tadi.

Persembahan 1 Hadirin sekalian,


- Murid
Sebagai pembuka acara, kami tampilkan
Roosezah persembahan daripada pelajar SMK Sungai
Manik.
Dipersilakan Siti Zawiah bt Moh Yee dan
Norzahirah bt Ahmad Tasriffin.
Seterusnya, dipersilakan Nursyafiqah bt Ibrahim
dengan persembahannya.

Sekalung penghargaan atas persembahan itu tadi.


Untuk makluman hadirin, persembahan tersebut
dibimbing oleh Cik Wahida bt Abdul Wahab.

Ucapan Wakil Hadirin yang dihormati sekalian


Murid
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Hidi Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang
berbicara

Majlis menjemput saudari Nur Hanani Haziqah


binti Zainal, Ketua Umum 1 SMK Sungai Manik
bagi mewakili para pelajar untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

***************(Ucapan wakil Murid)

Terima kasih diucapkan kepada saudari Nur


Hanani Haziqah bt Zainal atas ucapan sebentar
tadi.

Ucapan YDP Sidang hadirin sekalian,


PIBG
Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan
Hidi Yang Dihormati En. Abdul Halim bin Abdul Rashid,
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru,

4
SMK Sungai Manik untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

******************(Ucapan YDP PIBG)

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati


En Abdul Halim bin Abdul Rashid atas ucapan yang
telah disampaikan sebentar tadi.

Ucapan Hadirin sekalian,


Pengerusi
Pengelola Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang
(PK1) Berusaha Tn. Hj. Asror bin Hj. Hanapi, Penolong
Kanan Pentadbiran, SMK Sungai Manik selaku
Roosezah Pengerusi JK Pengelola Majlis Bakti Disanjung
Budi Dijunjung. Dipersilakan.

****************(Ucapan PK1)

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha


Tn. Hj. Asror bin Hj. Hanapi, Penolong Kanan
Pentadbiran atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.

Ucapan Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan


PPD Yang Berusaha Tn. Hj. Sulaiman bin Hj. Samsudin,
Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak untuk
Roosezah menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha


Tn. Hj. Sulaiman bin Hj. Samsudin atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.

Para Hadirin yang kami muliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

5
Ucapan Yang Hadirin yang dimuliakan,
Diraikan (PK
HEM) Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-
nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En.
Hidi Salman bin Hussain. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan.

***………Ucapan PK HEM

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan


dan terima kasih kepada Yang Diraikan En.
Salman bin Hussain atas ucapan itu tadi.

Ucapan Yang Sudah teradat si anak lelaki


Diraikan Mati berjuang, berundur jangan
(Pengetua) Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hidi Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya


menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan Tn.
Hj. Mohd Sani bin Mohd Daud, Pengetua SMK
Sungai Manik untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan sekalung penghargaan terima


kasih kepada Tn. Hj. Mohd Sani bin Mohd Daud
atas ucapan itu tadi.

Penyampaian Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,


Watikah
Persaraan Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah
sampai di pelabuhan
Roosezah Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,

Majlis seterusnya ialah penyampaian Watikah


Persaraan dan penyampaian cenderahati yang
akan disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan
Daerah Hilir Perak kepada Tn. Hj. Mohd Sani bin
Mohd Daud dan En. Salman bin Hussain.

6
Untuk itu, majlis mempersilakan Tn. Hj. Asror bin
Hj. Hanapi mengiringi Yang Berusaha Tn. Hj.
Sulaiman bin Hj Samsudin, Pegawai Pendidikan
Daerah Hilir Perak naik ke pentas untuk
menyempunakan penyampaian watikah tersebut.
Dipersilakan.

Majlis menjemput dan mempersilakan Tn. Hj.


Mohd Sani bin Mohd Daud untuk menerima
watikah dan cenderahati daripada Tuan PPD.

Seterusnya, dipersilakan En. Salman bin Hussain


untuk menerima watikah persaraan dan
cenderahati daripada Tuan PPD.

Seterusnya Majlis mempersilakan Tn. Hj. Asror


bin Hj. Hanapi menyampaikan cenderahati sebagai
penghargaan kepada Yang Berusaha Tn. Hj.
Sulaiman bin Hj. Samsudin.

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan


terima kasih atas kesudian Tn. Hj. Sulaiman bin
Hj Samsudin menyampaikan Watikah Persaraan
dan cenderahati sebentar tadi.

Penyampaian Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian


Hadiah & hadiah dan cenderahati sebagai tanda kenang-
cenderahati kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini
iaitu Tn. Hj. Mohd Sani bin Mohd Daud dan En.
Hidi Salman bin Hussain.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Tn. Hj. Asror bin Hj. Hanapi,
Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Sungai Manik
menjemput dan mengiringi Yang Diraikan Tn. Hj.
Mohd Sani bin Mohd Daud dan En. Salman bin
Hussain untuk menerima cenderahati kenang-
kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian


cenderahati daripada:-

7
Rujuk senarai hadiah……

1. Dipersilakan PK Pentadbiran, Tn. Hj. Asror bin


Hj. Hanapi untuk menyampaikan tanda ingatan
daripada Pentadbir Sekolah.

2. Dipersilakan Cik Wahida bt Abdul Wahab


untuk menyampaikan cenderahati daripada Kelab
Staf.

3. Dipersilakan YDP PIBG, En. Abdul Halim bin


Abdul Rashid untuk menyampaikan cenderahati
daripada PIBG.

4. Dipersilakan En. Sukri bin Sulaiman untuk


menyampaikan tanda mata daripada Unit Surau.

5. Dipersilakan Nur Hanani Haziqah bt Zainal dan


Siti Zawiah bt. Moh Yee untuk menyampaikan
cenderahati daripada Lembaga Pengawas Sekolah.

Seterusnya, dipersilakan Nur Asyikin bt Rudy dan


Nur Ain Syaqila bt Shafie untuk menyampaikan
tanda ingatan daripada Lembaga Pengawas Pusat
Sumber.

Cenderahati daripada Majlis Ketua Tingkatan


yang dimulakan dengan:

1. Dipersilakan Nur Aina bt Saidin dan Amirul


Rasyid bin Rosli menyampaikan tanda ingatan
daripada para pelajar Ting 1.

2. Dipersilakan Mohd Iman bin Mohd Faizal dan


AmirSyafik bin Hamdan menyampaikan tanda
ingatan daripada para pelajar Ting 2.

3. Dipersilakan Risya Syahirah bt Sazali dan


Amirul Haikal bin Bakhtiar menyampaikan tanda
ingatan daripada para pelajar Ting 3.

4. Dipersilakan Aizuddin bin Rosli dan Syuhada

8
Aqmar bt Mohd menyampaikan tanda ingatan
daripada para pelajar Ting 4.

5. Dipersilakan Mohd Amir bin Sadri dan Jufri


Haiqal bin Jefriden menyampaikan tanda ingatan
daripada para pelajar Ting 5.

Seterusnya, penyampaian cenderahati tanda *Jika ada


kenangan daripada : cenderahati utk
kedua-dua yang
1. .................................................................................. diraikan
2...................................................................................
3...................................................................................
4..................................................................................
5..................................................................................
6..................................................................................
7.................................................................................
8.................................................................................

Terima kasih kepada Yang Diraikan Tn. Hj. Mohd


Sani bin Mohd Daud dan En. Salman bin Hussain.

Sumbangan seterusnya daripada para tetamu


jemputan. Dipersilakan Tn. Hj. Mohd Sani bin
Mohd Daud sekali lagi diiringi Tn. Hj. Asror bin
Hj. Hanapi untuk menerima cenderahati
tersebut.

1.......................................................................................
2......................................................................................
3.....................................................................................
4......................................................................................
5.....................................................................................
6.....................................................................................
7......................................................................................
8.....................................................................................
9......................................................................................
10....................................................................................

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Mohd Sani


bin Mohd Daud.

Dipersilakan pula En Salman bin Hussain untuk

9
menerima cenderahati tanda kenangan daripada
tetamu jemputan.
1........................................................................................
2.......................................................................................
3.......................................................................................
4..........................................................................................
5.........................................................................................
6........................................................................................

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Tn. Hj. Asror bin Hj. Hanapi.

Penutup Demikianlah tadi upacara penyampaian


cenderahati kenang-kenangan khusus untuk Yang
Roosezah Diraikan Tn. Hj. MohdSani bin Mohd Daud dan En.
Salman bin Hussain.

Majlis merakamkan jutaan penghargaan dan


terima kasih atas tanda ingatan, sumbangan dan
tanda hati yang diberikan dan semoga menjadi
kenangan indah dalam kehidupan Tn. Hj. Mohd
Sani bin Mohd Daud dan En. Salman bin Hussain.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih


kepada semua penyampai cenderahati sebentar
tadi.

Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Kita telah pun berada di hujung acara.


Untuk Tn. Hj. Mohd Sani bin Mohd Daud dan En.
Salman bin Hussain....
Guru umpama bintang cemerlang
Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

10
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Yang Diraikan Tn Hj Mohd Sani bin Mohd Daud
dan En. Salman bin Hussain kerana sudi untuk
bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini
dan kami semua mendoakan agar kedua-dua insan
Yang Diraikan bertambah ceria dan bahagia dalam
kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih


kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan
Majlis “Bakti Disanjung, Budi Dijunjung” ini.
Pada kesempatan ini juga, kami ingin memohon
ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilmLahit


Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa
Rahatullahi Wa Barakatuh

****Sesi bergambar (Rasmi) dengan VIP

Tetamu Jemputan diminta bersedia untuk sesi bergambar bersama dengan

Yang Diraikan.

11