Anda di halaman 1dari 12

Arahan : Kertas soalan ini mengandungi 50 soalan. Jawab semua soalan.

1. Apakah yang mengawal koordinasi hormon?


A Sistem saraf C Sistem endokrin
B Sistem pencernaan D Sistem respirasi
2. Rajah 1 menunjukkan struktur ringkas bagi tiga jenis neuron.

Rajah 1
Manakah yang mewakili neuron-neuron X, Y dan Z?

X Y Z
A Neuron perantaraan Neuron motor Neuron deria
B Neuron deria Neuron motor Neuron perantaraan
C Neuron motor Neuron deria Neuron perantaraan
D Neuron motor Neuron perantaraan Neuron deria

3. Rajah 2 menunjukkan laluan bagi impuls semasa tindakan refleks.

Reseptor Neuron deria

Neuron
perantaraan

Efektor
Neuron motor

Rajah 2
Manakah tindakan yang tidak mengikut laluan impuls seperti dalam Rajah 2?
A Bersin
B Degupan jantung
C Penghasilan air mata apabila habuk memasuki mata
D Menarik tangan apabila jari tersentuh objek yang panas

1
4. Di manakah reseptor regang boleh didapati?
A Kulit C Ligamen
B Retina D Otot jantung
5. Rajah 3 menunjukkan otak manusia.

Rajah 3
Manakah tindakan yang dikawal oleh bahagian berlabel P?

A Memberikan ucapan C Pengawalaturan tekanan darah


B Keseimbangan badan D Koordinasi pergerakan otot
6. Rajah 4 menunjukkan kelenjar-kelenjar endokrin dalam manusia.

Rajah 4
Manakah antara kelenjar A, B, C atau D yang merembeskan hormon untuk mengawal kadar
metabolik seseorang?

7. Apakah kepentingan dadah dalam bidang perubatan?


A Mengurangkan rasa sakit
B Menyebabkan rasa pening
C Merangsang euforia dan halusinasi
D Memperlahankan aliran darah dalam badan

8. Mengapakah seseorang yang mabuk tidak dapat berjalan secara lurus?


A Individu itu tidak dapat melihat dengan jelas
B Hatinya telah rosak
C Jantungnya telah dipengaruhi oleh alkohol
D Serebelumnya telah dipengaruhi oleh alkohol

2
9. Apakah yang mempengaruhi kesihatan minda seseorang?
I Penyakit
II Jangkitan pada otak
III Ketidakseimbangan hormon
A I dan II sahaja C II dan III sahaja
B I dan III sahaja D I, II dan III

10. Seekor ikan emas mempunyai 100 kromosom dalam setiap sel badan.
Berapakah kromosom yang terdapat dalam setiap gamet jantan ikan emas?
A 25 B 50 C 100 D 200
11. Rajah 5 menunjukkan pewarisan ketinggian dalam manusia.

Rajah 5

Gen-gen T dan t masing-masing mewakili gen tinggi dan gen rendah.


Apakah gen P dan Q?

P Q
A T T
B T t
C t t
D t T

12. Rajah 6 menunjukkan rajah skema bagi penentuan seks dalam manusia.

Rajah 6
Antara P, Q, R dan S dalam Rajah 6, yang mana mewakili anak perempuan?
A P and Q C Q and S
B P and R D R and S
3
13. Manakah penyakit yang disebabkan oleh mutasi gen?
A Buta warna C Sindrom Turner
B Sindrom Down D Sindrom Klinefelter
14. Rajah 7 menunjukkan pembiakbakaan pilihan bagi kelapa sawit.

Rajah 7
Apakah kelebihan penghasilan Tenera?
A Untuk meningkatkan hasil
B Untuk menghasilkan benih yang steril
C Untuk mengurangkan daya tahan terhadap penyakit
D Untuk menghasilkan buah dengan tempurung yang tebal

15. Rajah 8 menunjukkan dua jenis lekapan cuping telinga.

Rajah 8
Manakah ciri manusia yang menunjukkan jenis variasi sama seperti dalam Rajah 8?
A Saiz kaki C Ketinggian badan
B Warna kulit D Jenis cap jari
16. Manakah kesan penyalahgunaan kajian genetik?
A Pengklonan orkid
B Penggunaan senjata biologi
C Pengesanan penyakit genetic
D Penghasilan makanan berprotein bagi haiwan ternakan
17. Bahan P mempunyai takat lebur -15°C dan takat didih 87°C.
Apakah keadaan fizikal bahan P pada suhu bilik?

A Gas C Cecair
B Pepejal D Pepejal + cecair

4
18. Rajah 9 menunjukkan struktur bagi suatu atom.

Rajah 9
Apakah cas-cas bagi P, Q dan R?

P Q R
A Negatif Positif Neutral
B Negatif Neutral Positif
C Neutral Negatif Positif
D Positif Neutral Negatif

19. Suatu atom mempunyai nombor proton 13 dan nombor nukleon 27.
Berapakah bilangan zarah-zarah subatom bagi atom ini?

Bilangan elektron Bilangan proton Bilangan neutron


A 12 13 14
B 13 14 13
C 13 13 14
D 14 13 13

20. Rajah 10 menunjukkan Jadual Berkala yang tidak lengkap.

Rajah 10
Apakah unsur P?
A Logam C Separuh logam
B Bukan logam D Unsur peralihan

21. Mengapakah zink klorida tidak mengkonduksikan elektrik dalam keadaan pepejal?

A Tiada ion yang wujud dalam keadaan pepejal


B Zink klorida terdiri daripada bahan atom
C Ion-ion tidak bergerak bebas dalam keadaan pepejal
D Daya tarikan antara zarah-zarah adalah lemah

5
22. Manakah padanan yang betul bagi logam dan kegunaannya?
Logam Kegunaan
A Zink Membuat peralatan memasak
B Emas Membuat tin minuman ringan
C Kuprum Membuat elektrod dalam bateri kereta
D Aluminium Membuat badan kapal terbang

23. Manakah yang boleh dipisahkan melalui penyulingan?

A Gula dan pasir C Air tulen daripada air longkang


B Gula daripada larutan gula D Kuprum sulfat daripada larutan tepu
kuprum sulfat
24. Mengapakah air sangat penting dalam kehidupan seharian?
I Ia boleh diminum
II Ia adalah pelarut universal
III Ia boleh digunakan menjana elektrik dalam turbin stim

A I dan II sahaja C II dan III sahaja


B I dan III sahaja D I, II dan III

25. Manakah yang merupakan perubahan kimia?


A Memanggang daging di dalam ketuhar
B Melarutkan gula dalam air
C Penyejatan air daripada air laut
D Melarutkan serbuk kuprum (II) sulfat di dalam air

26. Rajah 11 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji perubahan haba dalam tindak balas
kimia.

P Q P Q

air
Pepejal air
ammonia nitrat
pepejal natrium
hidroksida
(a)
(b)
Rajah 11

Suhu air dalam Rajah 11(a) ialah 25C.


Apakah bacaan termometer dalam Rajah 11(b)?

P (C) Q (C)
A 20 45
B 27 35
C 35 20
D 50 50

6
27. Rajah 12 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji satu perubahan kimia.

Rajah 12
Apakah yang terbentuk di atas kertas asbestos pada akhir eksperimen?
A Zink karbonat C Zink sulfat
B Zink klorida D Zink oksida

28. Siri kereaktifan logam ditunjukkan di bawah

Aluminium , X , besi , timah , Y

Kereaktifan menurun

Apakah logam-logam yang diwakili oleh X dan Y?

X Y
A Zink Plumbum
B Plumbum Zink
C Zink Magnesium
D Magnesium Kuprum

29. Manakah persamaan yang mewakili tindakbalas di dalam relau bagas semasa pengekstrakan
bijih timah?

A Timah oksida + zink  timah + zink oksida


B Timah karbonat  timah oksida + karbon dioksida
C Timah oksida + karbon dioksida  timah oksida + karbon
D Timah oksida + karbon  timah + karbon dioksida

7
30. Rajah 13 menunjukkan elektrolis leburan plumbum (II) bromida.

Rajah 13

Apakah yang dapat diperhatikan pada anod dan katod?

Anod Katod
A Gas tidak berwarna dibebaskan Gas tidak berwarna dibebaskan
B Gas tidak berwarna dibebaskan Pepejal kelabu berkilat terenap
C Gas perang dibebaskan Pepejal kelabu berkilat terenap
D Gas perang dibebaskan Gas tidak berwarna dibebaskan

31. Manakah kelemahan akumulator asid- plumbum?


I Berat
II Elektrolitnya mudah tumpah
III Tidak boleh dicas semula

A II sahaja C I dan III sahaja


B I dan II sahaja D II dan III sahaja

32. Rajah 14 menunjukkan susunan radas yang didedahkan kepada cahaya matahari untuk
beberapa jam.

Rajah 14
Apakah gas X?
A Oksigen C Hidrogen
B Nitrogen D Karbon dioksida

8
33. Tiga jenis sinaran radioaktif ditunjukkan di bawah.

 Sinar alfa
 Sinar beta
 Sinar gama

Manakah bahan yang akan membebaskan radiasi seperti di atas?

A Natrium-23 C Iodin-127
B Karbon-12 D Uranium-238

34. Apakah susunan yang betul bagi kuasa penembusan sinar alfa, beta dan gama dalam urutan
menurun?
A Sinar beta, sinar gama, sinar alfa C Sinar alfa, sinar beta, sinar gama
B Sinar gama, sinar alfa, sinar beta D Sinar gama, sinar beta, sinar alfa

35. Manakah menunjukkan perubahan tenaga yang berlaku dalam reaktor nuklear?

A Tenaga nuklear  tenaga haba  tenaga elektrik


B Tenaga nuklear  tenaga elektrik  tenaga haba
C Tenaga nuklear  tenaga elektrik  tenaga kinetik
D Tenaga nuklear  tenaga haba  tenaga kinetik  tenaga elektrik

36. Rajah 15 menunjukkan pembelahan nuklear yang menghasilkan tenaga nuklear.

Rajah 15
Zarah P digunakan untuk membedil bahan radioaktif tersebut.
Apakah zarah P?

A Proton C Elektron
B Neutron D Atom Helium

37. Apakah kesan pendedahan kepada sinaran radioaktif?


A Berlakunya hujan asid C Peningkatan suhu global
B Penipisan lapisan ozon D Benda hidup akan menderita akibat
kanser

9
38. Manakah rajah sinar yang betul bagi sebuah kanta cekung?
A C

B D

39. Rajah 16 menunjukkan kedudukan objek di hadapan sebuah kanta cembung.

Rajah 16
Imej yang terbentuk adalah maya, tegak, dan lebih besar daripada objek.
Apakah alat optik yang membentuk imej seperti ini?
A Kamera C Teleskop
B Periskop D Kanta pembesar

40. Mengapakah suatu objek kelihatan berwarna merah apabila cahaya putih dipancarkan ke
atasnya?

I Cahaya merah dipantulkan


II Cahaya biru diserap
III Cahaya hijau diserap
A I sahaja C II dan III sahaja
B I dan III sahaja D I, II dan III

41. Manakah kombinasi yang betul tentang bahagian mata dan kamera yang mengawal jumlah
kemasukan cahaya ke dalam mata dan kamera?

Mata Kamera
A Otot silia Pelaras fokus
B Kornea Kanta
C Anak mata Pengatup
D Iris Diafragma

10
42. Rajah 17 menunjukkan pembentukan spektrum apabila cahaya putih melintasi prisma kaca.

Rajah 17
Mengapakah cahaya merah terbentuk pada kedudukan seperti dalam Rajah 17?
A Cahaya merah kurang dibiaskan
B Cahaya merah paling mudah disebarkan
C Cahaya merah tidak diserap oleh prisma kaca
D Cahaya merah paling mudah diserap oleh skrin

43. Apakah yang berlaku semasa pembentukan pelangi?


A Cahaya diserap oleh titisan air hujan
B Cahaya dibiaskan pada sudut yang berbeza dalam titisan air hujan
C Cahaya perlu melalui lapisan atmosfera yang nipis
D Cahaya perlu melalui lapisan atmosfera yang tebal

44. Apakah yang menyebabkan penyerakan cahaya?


I Molekul gas
II Debu
III Wap air

A I sahaja C II dan III sahaja


B III sahaja D I, II dan III

45. Rajah 18 menunjukkan penghasilan warna X, Y, dan Z daripada penambahan cahaya


berwarna.

Rajah 18
Apakah warna yang diwakili oleh X, Y, dan Z?

X Y Z
A Kuning Magenta Sian
B Magenta Sian Kuning
C Sian Kuning Magenta
D Sian Magenta Kuning

11
46. Objek berwarna hijau kelihatan hitam apabila suatu cahaya berwarna disinarkan ke atasnya.
Apakah warna cahaya tersebut?
A Merah C Hijau
B Putih D Kuning

47. Apakah logam utama yang digunakan dalam pembentukan gangsa?


A Timah C Kuprum
B Besi D Aluminium

48. Rajah 19 menunjukkan susunan atom dalam suatu aloi.

Rajah 19
Mengapakah atom Y ditambah ke logam tersebut?
A Untuk menguatkan logam tersebut
B Untuk menurunkan takat lebur logam
C Membolehkan logam mengkonduksi arus elektrik
D Untuk mengelakkan atom logam daripada bertindakbalas antara satu sama
lain

49. Manakah yang diperlukan untuk proses Haber berlaku?

A Serbuk besi sebagai mangkin C Suhu 1500 C


B 1 tekanan atmosfera D Nitrogen dan oksigen sebagai bahan
mentah

50. Manakah antara berikut dipadankan dengan betul?

Bahan cemar Kesan buruk


A Jelaga Hujan asid
B Karbon dioksida Kesan rumah hijau
C Sulfur dioksida Penipisan lapisan ozon
D Nitrogen dioksida Kanser kulit

~~~ KERTAS SOALAN TAMAT ~~~

12

Anda mungkin juga menyukai