Anda di halaman 1dari 1

Kelab Hoki (L/P),

SMK Klesang Besar,


75200 Klesang Besar,
Melaka. Tel: 06-3153512
__________________________________________________________________________________________

Ruj.Kami : SMKKB
Tarikh : 10 Januari 2011

Pengetua,
SMK Klesang Besar,
75200 Klesang Besar,
Melaka.

Tuan,

PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB HOKI (L/P)

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2 .Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Kelab Hoki (L/P) memohon kebenaran daripada pihak tuan
untuk menubuhkan Kelab Hoki (L/P) SMK Klesang Besar berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42 ,No. 11, Tambahan No. 21,
Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.

3. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan maklumat-maklumat berikut:

3.1 Draf perlembagaan


3.2 Senarai ahli jawatankuasa
3.3 Senarai aktiviti utama

5. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“BERSAMA-SAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………
( E KIM HOCK)
Guru Penasihat,,
b.p. Jawatankuasa Kelab Hoki (L/P),
SMK Klesang Besar,

s.k. 1.
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Klesang Besar,

Anda mungkin juga menyukai