Anda di halaman 1dari 4

ISTIADAT LINGKUNGAN TUNAS

LAGU KUMPULAN BERENAM

SIANTAN

– SIANTAN DATANG BERKAWAN , BERANI MACAM PAHLAWAN

MELOR
– MELOR TAAT DAN SETIA BERUSAHA SETIAP MASA

KENANGA
– KAMI BERNAMA KENANGA BERJASA BERTENAGA

CEMPAKA
- CEMPAKA BERSUKA RIA MENOLONG ORANG DUKA

TERATAI
- TERATAI NAMA KAMI BEKERJA TIAP HARI

KESIDANG
- KAMI KESIDANG DATANG MENOLONG PAGI PETANG

LAGU PANDU PUTERI TUNAS

PUTERI TUNAS BERTUJUAN


MENOLONG DAN BERKAWAN

LAGU AHLI BARU


AHLI BAHARU SUKA HATI
MENJADI PUTERI TUNAS

LAGU LOCENG TUNAS


TUHANKU,
SERUAN HAMBAMU,
BERI KAMI NIKMAT,
SEPANJANG HAYAT ,
SELAMAT TINGGAL 3 X
SEBELUM MEMBUAT LINGKUNGAN
KAKAK SETIA AKAN MENENTUKAN TEMPAT MEMBUAT PERJUMPAAN

LETAKKAN BENDERA PPTUNAS ( PENNANT)

TENTUKAN TEMA KREATIVITI MEMBENTUK LINGKUNGAN

BERI MASA AHLI BERBINCANG DALAM KUMPULAN

SETIAP KUMPULAN BERENAM MASUK DENGAN CARA REKAAN MENGELILINGI


PENANT /PENANDA DAN BERDIRI DISEBAHAGIAN LINGKUNGAN

AHLI BAHARU

APABILA SEMUA KUMPULAN BERENAM PPTUNAS TELAH BERADA DALAM


LINGKUNGAN , AHLI BAHARU YANG BERADA DALAM KUMPULAN AKAN TERUS
MASUK KE TENGAH LINGKUNGAN DAN DUDUK BERTINGGUNG DI SITU

LAGU PANDU PUTERI TUNAS

SEMUA AHLI PEGANG TANGAN


SKIP KE KIRI DAHULU NYANYI LAGU INI SAMPAI HABIS

PUTERI TUNAS BERTUJUAN MENOLONG DAN BERKAWAN

KEMUDIAN SKIP KE KANAN DAN NYANYI SEKALI LAGI .


SETELAH SELESAI ,LEPAS TANGAN , MENGHADAP KE DALAM .

SKIP KUMPULAN

TIAP KUMPULAN AKAN MASUK KE TENGAH UNTUK MENYANYIKAN LAGU


KUMPULAN
MULA-MULA MASUK BERSKIP, TANPA PEGANG TANGAN , DAN
MENG’HUMMING’ LAGU KUMPULAN

NA , NA , NA, NA , NA , NA…. ( Irama Lagu Kumpulan ) .

SETELAH MEMBENTUK BULATAN MENGELILINGI PENANDA, SKIP KEKIRI LAGU


KUMPULAN DAN SKIP SEKALI LAGI KEKANAN
DAN MENYANYIKAN LAGU KUMPULAN
SETELAH TIBA PEGANG TANGAN DAN BERSEDIA UNTUK SKIP
DAN MENYANYI LAGU KUMPULAN
SEMASA KELUAR
LEPAS TANGAN DAN SKIP
HUMMING LAGU KUMPULAN
BALIK KE LINGKUNGAN DIDAHULUI DENGAN KETUA KUMPULAN
KEMUDIAN KUMPULAN BERIKUTNYA MASUK HINGGA SELESAI KUMPULAN
KEENAM

AHLI BARU

SETELAH SEMUA KUMPULAN BERENAM SELESAI MASUK DALAM LINGKUNGAN ,


AHLI BAHARU AKAN BANGUN , BERPEGANG TANGAN DALAM BULATAN DAN
SKIP KEKIRI SAMBIL MENYANYIKAN LAGU :

AHLI BARU SUKA HATI, MENJADI PUTERI TUNAS

KEMUDIAN SKIP KEKANAN DAN MENYANYIKAN LAGU SAMA SEKALI LAGI


AKHIR SEKALI SKIP SAMBIL HUMMING BALIK KE KUMPULAN ASAL MASING-
MASING .

SETELAH SEMUA KUMPULAN SELESAI MENJALANKAN AKTIVITI INI , MAKA


SECARA BERAMAI-RAMAI SEKALI LAGI PEGANG TANGAN ( DALAM
LINGKUNGAN BESAR )
SKIP KEKIRI MENYANYIKAN LAGU PPTUNAS HINGGA SELESAI , SKIP KE KANAN
MENYANYIKAN LAGU PPTUNAS HINGGA SELESAI.

SETELAH SELESAI SKIP DALAM LINGKUNGAN BESAR BERAMAI-RAMAI

SEMUA AHLI AKAN BERDIRI TEGAK , MEMBUAT ISYARAT PANDU PUTERI DAN
BERKATA
“ T.O.S , T.O.S , T.O.S ”

KEDUDUKAN TANGAN TEGAK

AHLI BAHARU TAK PERLU BERI ISYARAT HORMAT

PEMIMPIN BOLEH KATA ‘TOS’ SEKALI UNTUK BERI KLU KEPADA AHLI UNTUK
MEMBERI HORMAT TOS

SETELAH SELESAI MEMBENTUK LINGKUNGAN

KAKAK SETIA AKAN MEMBUAT AKTIVITI BERIKUT ( MASIH DALAM LINGKUNGAN )

A. MEMERIKSA PAKAIAN AHLI TUNAS


B. MENGUTIP YURAN
C. MEMERIKSA KEBERSIHAN AHLI
KREATIVITI

PEMIMPIN BOLEH MEMBUAT SATU PUSINGAN UNTUK MENGUTIP YURAN


BAGI AKTIVITI MEMERIKSA KEBERSIHAN AHLI ,
BOLEH MENGGUNAKAN KREATIVITI
Cth: BUAT AKSI STATIK ULTRAMAN
….Tujuan nya supaya ahli menunjukkan jari bagi pemeriksaankuku

BERSURAI

SETELAH SEMUA AKTIVITI DIJALANKAN , KAKAK SETIA BOLEHLAH MEMINTA AHLI


TUNAS BERSURAI
ARAHAN- AHLI TUNAS KELUAR BARIS
SEMUA AHLI AMBIL 1 LANGKAH KE DALAM PUSING KE KANAN DAN
BERGERAK BEBAS.

TUTUP PERJUMPAAN MINGGUAN

SETELAH SELESAI AKTIVTI MINGGUAN PEMIMPIN AKAN MENUTUP PERJUMPAAN


SEMUA AHLI BERDIRI DALAM LINGKUNGAN BESAR
PEMIMPIN AKAN BERI KATA-KATA ALUAN
BERSURAI DENGAN NYANYI LAGU LOCENG TUNAS