Anda di halaman 1dari 7

SK DATU’ HASHIM

16100 PENGKALAN CHEPA KELANTAN

KERTAS CADANGAN
HARI SUKANEKA PPKI

KELOLAAN :

GURU PELATIH PENDIDIKAN KHAS IPG KAMPUS KOTA BHARU

PISMP AMBILAN JUNE 2014

TARIKH :

5 MAC 2018

TEMPAT :

PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN DATU’ HASHIM

1.0 PENGENALAN
Program Sukaneka Khas merupakan projek julung kalinya yang dirancang oleh guru pelatih

dengan kerjasama para guru PPKI SK Datu Hashim. Program ini akan diadakan selama satu hari di

Padang Sekolah Kebangsaan Datu’ Hashim. Program ini dirancang bertujuan untuk merapatkan

ukhuwah dan silaturahim di antara murid – murid PPKI dan guru – guru serta pembantu pengurusan

murid PPKI. Program ini juga mampu mendidik murid agar dapat bekerjasama antara satu sama lain

dan dapat meningkatkan lagi semangat kesukanan di kalangan murid pendidikan khas. Selain itu, ia

dapat memberi peluang kepada mereka menjalani terapi motor halus dan motor kasar melalui aktiviti

tersebut. Di samping itu, murid dapat menjalani aktiviti riadah di luar bilik darjah yang dapat

menyihatkan badan. Kesimpulannya, program ini dapat membentuk proses sosialisasi dalam kalangan

murid dan memberikan pendedahan awal kepada murid berkeperluan khas untuk mengamalkan gaya

hidup yang sihat dari segi aspek JERIS ( jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial).

2.0 RASIONAL

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid-murid pendidikan khas

menjalani terapi dalam aspek JERIS (jasmani,emosi,rohani,intelektual,sosial) serta mendedahkan

kepada pelajar tentang kepentingan bersukan. Program ini diharap dapat membentuk keyakinan serta

sikap positif di dalam diri murid serta dapat mencungkil bakat murid-murid pendidikan khas.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Murid dapat mengembangkan potensi diri dari aspek jasmani, rohani, emosi, intelek, dan sosial

seperti termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Khas.
3.2 Memupuk semangat kerjasama dalam diri setiap murid.
3.3 Pelajar dapat menambahkan kemahiran pergerakan psikomotor kasar dan psikomotor halus.
3.4 Memberi peluang kepada murid-murid Pendidikan Khas tentang pendedahan serta peraturan

dalam sukaneka.
4.0 JAWATANKUASA INDUK DAN JAWATANKUASA KERJA

JAWATANKUASA PENGGERAK PROGRAM HARI SUKANEKA PPKI

SK DATU’ HASHIM

PENGERUSI

PN. ROHANI BINTI RAJAB

( GURU BESAR )

TIMBALAN PENGEGERUSI

EN. MOHD ZULKIFLI B. CHE OMAR

( PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS )

SETIAUSAHA

ALEXSON HAWELL

BENDAHARI

ASRAN BIN SILUAH


AJK PUBLISITI DAN DOKUMENTASI

PN. FARIDAH HANUN BT MOHD ARIFFIN

PN. ERNIE WIRDAYU BT AB.SAMAD

AJK AKTIVITI DAN URUSETIA

EN.ALEXSON HAWELL

EN. ASRAN BIN SILUAH

EN. MOHD HASRI B. HAMZAH

EN. MOHD FAIZUL B. PARLAN

AJK PERSEGARAN

CIK HASMAH BT AWANG

PN. HALIMAH BT. MOHAMAD

AJK HADIAH DAN CENDERAHATI

PN. WAN AINI BT. WAN ISMAIL

PN. ROSMALIZA BT. ISMAIL

PN. HASILAH BT. HUSSEIN

AJK PERALATAN

PN. HASMARINI BT KOB@HANIFAH

PN.ZETIL ELINDA BT AHMAD

PN.ROSLINA BT IBRAHIM

PN. NOR AZIRA BT YAACOB


AJK KAWALAN MURID

PN.HAJAH WIDURI BT JUSOH

EN. MOHD NASIR B. HUSSIN

PN. MASMARIANA BT. MAT NAWI

PN.KUNAALNI BT. RAJA IBRAHIM

5.0 PERLAKSANAAN

Program ini akan dijalankan pada bulan Mac 2018 seperti di bawah :

Tarikh : 5 Mac 2018

Masa : 7:45 – 9:15 pagi

Tempat : Padang sekolah, SK Datu’ Hashim

6.0 KUMPULAN SASARAN

Sasaran bagi program ini adalah semua murid pendidikan khas SK Datu’ Hashim. Jumlah

keseluruhan murid pendidikan khas yang akan mengikuti program ini adalah seramai 50 orang murid

dan 16 orang guru serta 5 orang pembantu pengurusan murid.

7.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti

7:45 pagi Pendaftaran peserta sukaneka

8:00 pagi Pertandingan “Air dalam botol”

8:15 pagi Pertandingan “Belon air”

8:30 pagi Pertandingan “Gelung bola”

9:00 pagi Majlis penyampaian hadiah dan penutupan.

9:15 pagi Majlis bersurai


8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BI PERKARA ANGGARAN HARGA JUMLAH

L (RM) X UNIT (RM)


1 Persegaran RM 2 x 50 RM 100

2 Hadiah :

a) Pertandingan “Botol air” – 3 pemenang RM 3 x 3 x 3 RM 27

b) Pertandingan “Belon air” – 3 pemenang

c) Pertandingan “Bola gelung” – 3

pemenang
JUMLAH KESELURUHAN RM 127
9.0 PENUTUP

Program Sukaneka ini akan dapat memberi banyak manfaat dan pengalaman berharga kepada
murid Pendidikan Khas SK Datu Hashim. Melalui program inilah, secara tidak langsung ia memberi
impak yang berguna dan menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman secara langsung selain
daripada pembelajaran di dalam bilik darjah. Semoga aktiviti sukaneka ini akan memberi seribu satu
manfaat dan perubahan yang besar kepada semua pihak dan sekaligus dapat merealisasikan segala
matlamat dan objektif yang telah dirancang dengan jayanya. Di harap pihak penganjur mendapat
kelulusan dari pihak Guru Besar.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

________________ ____________________________ _____________________

ALEXSON HAWELL EN.MOHD ZULKIFLI BIN CHE OMAR PN.ROHANI BT RAJAB

Setiausaha, Penolong Kanan Pendidikan Khas Guru Besar

Program PPKI SK Datu’ Hashim SK Datu’ Hashim

Sukaneka Khas

PPKI SKDH

Anda mungkin juga menyukai