Anda di halaman 1dari 3

 Butir-butir transaksi yang mengelirukan dalam penyata akaun

Terdapat 2 jenis penyata akaun yang dikatakan milik OKT dan Edward,
yang jelas berbeza format tetapi dikeluarkan oleh bank yang sama, di alamat
yang sama iaitu Maybank Berhad cawangan Jitra. Jika diamati dengan
terperinci, terdapat banyak keraguan yang mengelirukan tentang butir-butir
urusniaga bagi kedua-dua penyata akaun terutamanya pada terma-terma
yang diguna pakai bagi transaksi.

Jika dirujuk pada Penyata Akaun yg dikatakan milik OKT dan Edward iaitu
pada tarikh 5/1/2018, di mana pihak pendakwaan mengatakan pada tarikh
inilah wang berjumlah RM 200,000.00 telah dikreditkan ke dalam akaun bank
si OKT melalui cek yang dikeluarkan oleh Edward.

Tuan Hakim, di penyata akaun yang di atasnya tertera nama OKT iaitu
Akim Rusdi pada tarikh 5/1/2018, butir-butir urusniaga yang tertera adalah
“payment to A/C From 0112134151617-MBB”. Terma ini adalah sangat
mengelirukan. Jika pihak pendakwaan mengatakan yang terdapatnya
sejumlah wang RM200,000.00 telah dikreditkan ke dalam akaun Maybank
OKT, butir urusniaga yang sepatutnya tertera adalah “Fund Transfer to A/C”
diikuti dengan nama pemegang akaun yang mengkreditkan amaun ke dalam
akaun OKT dan bukannya tertera di situ nombor akaun pemegang akaun
tersebut. Tetapi yang ada di atas penyata akaun yang kononnya milik OKT
adalah nombor akaun yang tidak bernama.

Tuan Hakim, selain itu, bagi penyata akaun yang di atasnya tertera nama
Maria Mariana Edward Chin pula, pada tarikh 5/1/2018 - butir transaksi yang
tertera adalah “Fund Transfer from A/C to 15102366781143 Akim Rusdi”
diikuti dengan nombor cek di bawahnya bagi menunjukkan yg kononnya
Edward ada membuat transaksi melalui cek berjumlah RM 200,000.00 kepada
akaun OKT.

Tuan Hakim, ingin ditekankan di sini bahawa bagi proses pindahan wang
oleh pemegang akaun Maybank ke akaun Maybank yang lain, telah ditetapkan
oleh pihak Maybank sendiri bahawa had pindahan yang dibenarkan melalui
mesin ATM adalah RM 10,000.00 manakala had maksimum bagi pindahan
wang melalui atas talian Maybank2u adalah RM 30,000.000. Oleh itu,
bukankah jumlah RM 200,000.00 seperti yang ditunjukkan dalam butir
urusniaga bagi penyata akaun milik Edward ini sudah jelas melampaui atau
melebihi had maksimum yang ditetapkan oleh pihak Maybank? Tidak mungkin
pihak Maybank benarkan pindahan wang yang melebihi amaun yang
sepatutnya dilakukan.

Kesimpulan:

Oleh yang demikian Tuan Hakim, pihak pembelaan berhujah bahawa


penyata akaun yang dikemukakan pada mahkamah hari ini adalah
mengelirukan, tidak tepat, tidak benar dan cuma diada-adakan. Pihak
pembelaan juga menyimpulkan bahawa pihak pendawaan telah gagal
mengemukakan bukti yang sahih dan tepat tentang adanya pemberian suapan
berjumlah RM 200,000.00 melalui cek daripada Edward kepada OKT kerana
sudah jelas di borang pembukaan akaun Maybank milik Edward, akaunnya
adalah di bawah kategori akaun simpanan Wadiah-i yang tidak langsung
membolehkan pemegang akaun jenis ini untuk melakukan apa-apa
pembayaran melalui buku cek. Selain itu had maksimum amaun yang
dibenarkan untuk membuat transaksi pindahan wang yang ditetapkan oleh
pihak Maybank juga jelas sekali membuktikan yang jumlah RM 200,000.00
seperti tertera di kedua-dua penyata akaun adalah tidak masuk akal. Jadi,
ketiadaan bukti-bukti sahih yang menunjukkan adanya pemberian dan
penerimaan wang suapan ini membuktikan yang OKT tiada langsung
menerima apa-apa suapan dalam kes ini. Oleh itu, kami berhujah bahawa
elemen perolehan suapan oleh OKT dibawah seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009
adalah gagal dibuktikan sama sekali oleh pihak pendakwaan.

Anda mungkin juga menyukai