PISMP PJ SEM 3
REFLEKSI INDIVIDU
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah, akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan
kerja kursus bagi subjek Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku dengan jayanya.
Tugasan kerja kursus ini memerlukan saya bekerjasama bersama rakan saya iaitu
Muhammad Fakhrurazi bin Mohd Termizi untuk mengumpulkan segala maklumat yang
diperlukan untuk memudahkan lagi kajian kami terhadap kes yang telah diberi. Kajian
kes yang telah kami lakukan adalah berkenaan lampiran empat iaitu mengenalpasti
respon mendengar dan menghasilkan respon empati. Apa yang saya perolehi secara
individu berdasarkan kajian kes yang telah kami lakukan ialah saya dapat
mendengar saya. Sebagai seorang bakal guru pada masa hadapan, saya perlu
mempunyai respon mendengar yang baik agar saya lebih peka terhadap segala
perkara yang didengar oleh saya semasa berada di sekolah suatu hari nanti dan cuba
untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Saya juga perlu meningkatkan lagi
kemahiran mendengar anak murid saya kelak agar mereka dapat memberikan respon
mendengar yang baik dan sentiasa memberi tumpuan semasa saya mengajar Maka,
kajian kes yang saya lakukan ini sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam
menguasai dan memantapkan lagi kemahiran mendengar dan respon mendengar saya
dan saya akan cuba untuk meningkatkan kemahiran mendengar murid-murid saya
kelak agar mereka juga dapat menunjukkan respon mendengar yang baik. Disamping
itu, saya sebagai seorang bakal guru perlu menunjukkan respon empati yang tinggi
RUZIDAN BIN SENAWI
PISMP PJ SEM 3
kerana ini membolehkan saya berkomunikasi dan bergaul dengan orang lain dengan
mudah. Apabila saya menjadi seorang guru nanti, saya perlu menghasilkan respon
empati ini agar saya menyelami dan mendalami perasaan murid sekiranya murid
mengalami masalah tertentu dan saya perlu mengambil tindakan yang bersesuaian
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid dengan mengenalpasti punca