Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1.0 Pengenalan
Bersyukur ke-hadrat Ilahi kerana dengan limpah serta kurniaNya dapat kami
laksanakan Pertandingan Dam Aji Terbuka bagi memenuhi tuntutan tugasan PJMS 3092
Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan dengan jayanya. Tugasan ini memerlukan kami
untuk melaksanakan sebuah pengelolaan permainan dan kami telah memilih permainan dam
aji. Rasional pertandingan dam aji ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan awal
kepada guru pelatih mengenai prosedur menguruskan pertandingan sukan dengan betul.
Seterusnya, objektif utama pengelolaan permainan ini pula adalah untuk memartabatkan
kembali permainan tradisional dam aji agar permainan warisan bangsa ini tidak pupus di
samping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan pihak yang terlibat.
Pertandingan ini telah melibatkan penyertaan seramai 16 orang guru pelatih daripada
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) Ambilan Jun 2017. Sepanjang proses
pertandingan ini berlangsung, kami telah memperoleh pelbagai kemahiran dan pengalaman
dalam pengelolaan permainan yang dipilih iaitu dam aji. Sehubungan dengan itu, saya telah
mengenalpasti beberapa isu berkaitan pengelolaan permainan yang telah dilaksanakan ini
dalam aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Saya juga turut mengemukakan
cadangan penambahbaikan bagi memberi peluang untuk kami memperbaiki serta
menambahbaik kemahiran pengelolaan sesebuah permainan pada masa yang akan datang.
Pada pendapat saya, penganjuran pertandingan ini telah berjaya dan terdapat banyak
kekuatan yang saya dapati sepanjang tempoh pengelolaan permainan dam aji ini. Pertama,
tiada sebarang masalah yang timbul dari pihak penganjur sendiri iaitu guru pelatih Elektif
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Ambilan Jun 2016. Kami dapat bekerja sebagai satu
NUR INSYIRAH BINTI ABDUL RANI
keluarga serta segala bantuan tenaga dan idea dapat disumbang bersama. Malah, setiap AJK
yang telah dilantik dapat melaksanakan tugas dengan baik dan dapat memberi kerjasama
yang padu. Kerjasama dan bimbingan dari pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani turut
membantu kelancaran pengelolaan permainan ini. Segala pandangan, nasihat dan sokongan
yang diberikan tanpa jemu amat membantu kami sepanjang menjalankan tugasan yang diberi
ini. Semua guru pelatih Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) yang terlibat juga
telah memberikan komitmen dan kerjasama yang sangat memberangsangkan. Hal ini telah
menyumbang kepada aspek kekuatan dalam pengelolaan permainan yang kami jalankan.
Bukan itu sahaja, atas faktor kekangan masa, pemilihan penganjuran Pertandingan
Dam Aji ini adalah sangat sesuai dijalankan kerana permainan ini tidak memerlukan
persediaan yang rumit serta tidak memerlukan tempat yang spesifik untuk dilaksanakan. Hal
ini secara tidak langsung menjadi sebuah kekuatan bagi pengelolaan pertandingan ini. Kami
hanya memerlukan peralatan permainan seperti papan dam serta buah dam sahaja. Kami
juga tidak menghadapi sebarang masalah dalam menyediakan peralatan tersebut. Ini menjadi
kekuatan bagi kami kerana peralatan-peralatan tersebut boleh didapati daripada stor sukan
Pendidikan Jasmani dan Sukan. Selain itu, permainan dam aji ini juga tidak seperti
sesetengah permainan lain yang memerlukan baju yang berbeza untuk membezakan peserta.
Peserta yang bertanding hanya perlu melekatkan tanda label berwarna mengikut unit masing-
masing pada baju mereka. Perbezaan kumpulan ini adalah bagi memudahkan pihak
penganjur mengesan peserta serta melancarkan perjalanan pertandingan.
Seterusnya, cara pemarkahan bagi permainan ini adalah lebih sistematik dengan
wujudnya pengiraan masa. Kami menggunakan kiraan masa selama 10 minit untuk
menentukan pemenang bagi sesebuah perlawanan dan bukan menunggu sehingga pemain
menamatkan permainan. Setelah tamat masa 10 minit, hakim yang bertugas akan
menghentikan permainan kemudian akan mengira bilangan buah dam yang tinggal di atas
papan dam bagi kedua-dua orang pemain. Pemain yang meninggalkan buah dam paling
banyak di atas papan dam akan dikira sebagai pemenang. Hal ini memudahkan kami untuk
menentukan pemenang serta menjimatkan masa pertandingan. Berbanding dengan kaedah
menunggu sehingga permainan selesai, pengiraan masa adalah lebih sistematik. Hal ini
adalah kerana pengiraan masa dapat menyeragamkan masa permainan yang diperuntukkan
di setiap gelanggang. Oleh itu, masa bagi keseluruhan pertandingan dapat ditetapkan untuk
melancarkan majlis.
NUR INSYIRAH BINTI ABDUL RANI
Terdapat juga beberapa kekangan yang dihadapi oleh pihak kami sebagai penganjur
pertandingan. Antaranya ialah berlaku penarikan diri peserta pada saat akhir disebabkan oleh
faktor kesihatan. Penarikan diri pada saat akhir ini telah menyebabkan kami terpaksa mencari
pengganti peserta tersebut untuk menyertai pertandingan ini. Nama peserta di borang
pendaftaran juga perlu ditukar di saat akhir. Hal ini sedikit sebanyak telah mengganggu
kelancaran pengurusan pertandingan ini.
Tambahan lagi, ada di antara peserta yang menyertai pertandingan ini masih tidak
jelas dengan peraturan permainan yang telah ditetapkan. Hal ini demikian kerana, setelah
ditanya, kami mendapati bahawa mereka tidak mendapat sebarang sebaran maklumat
berkaitan peraturan permainan di media whatsapp. Pihak kami telah menyebarkan peraturan
permainan melalui media whatsapp beberapa hari sebelum pertandingan ini dijalankan.
Memandangkan sebaran ini tidak sampai kepada beberapa orang peserta, kelemahan yang
saya dapati adalah dari segi penyebaran maklumat. Perkara ini seterusnya akan
menyebabkan berlakunya soal jawab yang mengambil masa yang agak panjang bersama
hakim yang menjaga permainan tersebut.
Dengan penganjuran Pertandingan Dam Aji ini, peluang yang saya boleh dapatkan
ialah ilmu dan pengalaman pengelolaan permainan. Ilmu dan pengalaman yang diperoleh ini
adalah sangat berguna bagi kami sebagai persediaan untuk menjalani praktikum tidak lama
lagi. Penganjuran acara ini mungkin bakal diadakan di sekolah. Maka, pengalaman dan ilmu
yang ada ini perlu direbut dan dikumpul secukupnya. Ilmu dan pengalaman ini juga amat
penting untuk diaplikasikan di sekolah setelah berada di alam pekerjaan nanti. Hal ini akan
memudahkan urusan pengelolaan permainan yang akan dijalankan. Pendedahan yang saya
terima sebagai juruacara semasa pertandingan ini berlangsung juga telah memberikan
pengalaman baharu yang sangat berguna untuk saya. Pengalaman semasa mengelolakan
pertandingan ini dapat saya gunakan dalam penganjuran sesuatu program di sekolah saya
kelak.
Saya juga mendapati bahawa pengelolaan permainan ini boleh dijadikan platform
utama untuk menyemai semangat kerjasama dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim
antara rakan-rakan yang bersama-sama bertungkus-lumus sepanjang proses pelaksanaan
pertandingan ini.
Selain itu, peralatan yang rosak juga turut menjadi ancaman terhadap sesuatu
pengelolaan permainan. Sebagai contoh, sekiranya papan dam didapati rosak atau buah dam
tidak mencukupi, permainan tidak dapat diteruskan seperti yang dirancang. Permainan juga
menjadi tidak selamat. Maka, langkah berjaga-jaga sepatutnya perlu diambil terlebih dahulu
seperti menyemak atau menyelenggara peralatan terlebih dahulu sebelum memulakan
sesebuah pertandingan.
Peralatan seperti sistem pembesar suara yang digunakan sepanjang majlis turut
menjadi sebuah ancaman. Sekiranya sistem ini bermasalah, pihak penganjur akan
menghadapi masalah untuk mengumumkan sesuatu. Perkara ini akan menyebabkan para
peserta dan individu yang terlibat tidak mendapat maklumat yang jelas dan tepat. Maka,
sesebuah pertandingan akan menjadi tidak tersusun dan tidak dapat dikawal. Pihak penganjur
pula perlu memikirkan jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut. Hal ini secara
tidak langsung akan mengganggu kelancaran sesebuah pertandingan yang dikelola.
syarat bahawa sekiranya mana-mana peserta ingin menarik diri, mereka perlu mencari
pengganti mereka dan sekiranya tidak dilakukan, mereka dianggap kalah serta merta.
1.6 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, Pertandingan Dam Aji ini sangat sesuai dilaksanakan dalam
kalangan guru pelatih Elektif Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Ambilan Jun 2016 bagi
mendalami ilmu teori mengenai pengelolaan permainan yang dipelajari secara praktikal
sepanjang proses menganjurkan pertandingan ini. Pengelolaan permainan ini juga banyak
mengajar saya serta memberi ilmu tentang gerak kerja sesebuah Ahli Jawatankuasa (AJK)
yang terlibat sepanjang proses pelaksanaan pertandingan ini bagi memastikan pertandingan
yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar. Kerjasama daripada semua pihak juga
adalah amat penting dalam menentukan kelancaran serta keberhasilan pengelolaan
permainan ini.
NUR INSYIRAH BINTI ABDUL RANI
LAMPIRAN
NUR INSYIRAH BINTI ABDUL RANI